Post by admin™ on Sept 24, 2007 4:51:37 GMT -5
Gadis itu masih di situ setelah berjam-jam aku memperhatikan gelagatnya, tidak ada tanda-tanda untuk dia beranjak pergi. Sesekali aku tercuri pandang rintik putih yang gugur menuruni lurah pipi yang gebu itu. Tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang, gadis itu terus menangis. Kecantikannya pudar dihanyutkan oleh airmata dan derita. Gadis manis itu kuhampiri.
Sedikit tersentak gadis itu, bila menyedari kehadiranku. Seperti seorang kakak yang mengerti naluri adik kecintaannya, aku membelai rambut gadis itu. Tiba-tiba dia menghantar sendu yang semakin dalam ke ruang dada.
“Mengapa menangis dik? Apakah yang telah membuat batinmu tercalar begini?”
Gadis itu mengangkat mukanya perlahan-lahan. Jelas memperlihatkan wajah yang cukup muda untuk menanggung penderitaan yang cukup berat. Matanya yang comel seperti mata kelinci itu juga mula membengkak. Gadis itu menjawab dengan suara perlahan namun dapat juga kutangkap isi pengucapannya.
“Adik, telah putus cinta kak.”
Jawapan yang telah kusedia maklum dari awal walau intipati ceritanya belum dapatku tebak.
“Adik amat mencintai dia. Dia adalah cinta pertama adik. Namun akhirnya adik terpaksa meninggalkan dia. Adik tinggalkan dia kak.”
“Mengapa begitu dik? Mengapa membiarkan sahaja cinta itu berlalu sedangkan hati merasa amat sakit sekali.”
Gadis itu memandang jauh ke depan seperti ada jawapan pada lantera di hujung kaki langit. Lama dia berdiam dengan ekor mata yang terlalu redup. Aku tetap tidak beranjak dari tangga batu itu. Inginku selongkar selingkar kisah yang menjerut tangkai hati gadis muda ini. Akhirnya dia kembali bercerita kisah dukanya.
“Kak, adik tinggalkan dia kerana adik merasakan usia adik terlalu mentah untuk bercinta. Adik takut juga jika dia tidak mampu membahagiakan adik. Maka atas alasan kosong itu adik tinggalkan dia. Mulanya adik fikir adik kuat menghadapi perpisahan ini. Adik ingat adik boleh hidup tanpa rasa cinta. Tapi lihatlah apa yang terjadi, adik menyesali perpisahan dan mula kenal erti rindu. Alangkah egoisnya diri adik ini.”
Aku mendengar dengan teliti butir bicara gadis itu. Aku mengerti dia sebenarnya berada di hujung kekeliruan. Masih belum cukup kenal apa maknanya cinta.
“Dik, mahukah adik mendengar satu kisah cinta ‘Bernama Tapi Tak Berupa.’
“Kisah apakah itu kak? Ya, adik ingin mendengarnya.”
Beberapa tahun lalu ada seorang gadis bernama Tiara yang gemar melayari internet dan mencari kenalan dari ruangan chating. Dia telah berkenalan dengan seseorang yang menarik dan unik sifatnya. Gemar berpuisi, bernyanyi dan seorang yang kelakar . Mereka menjadi sahabat yang sedia berkongsi apa juga masalah. Tahulah dia bahawa lelaki bernama Boni itu seorang duda beranak satu.
“Kemudian bagaimana kak? Bercintakah si Tiara itu dengan duda beranak satu?”
Gadis itu tiba-tiba menyampuk kerancakanku bercerita. Kulihat matanya tidak lagi banjir oleh manik putih. Malah penuh tanda tanya dan sifat ingin tahu yang memuncak. Seketika, aku biarkan gadis itu dengan persoalannya. Ku sambung kembali kisah ‘Bernama Tapi Tak Berupa itu.’
Kian tahun persahabatan mereka kian akrab. Segala cerita suka dan duka dikongsi bersama. Namun dalam tempoh itu, mereka tidak pernah bertemu walau sekali. Sekadar berhubung melalui sms, email atau chating. Mereka sama-sama memutuskan untuk tidak ingin berjumpa. Kerana pertemuan hanyalah mengundang sakit hati saat masing-masing ingin pamitan. Namun rupanya persahabatan itu ingin ditukar menjadi cerita lain pula.
Aku menghela nafas dan meneguk sisa liur yang tertakung. Kulihat gadis itu tidak berpuas hati dan meminta aku menyambung cerita lagi.
“Kak, teruskan bercerita. Adik ingin tahu apa yang terjadi pada mereka.”
Persahabatan itu telah mengundang rasa cinta pada diri Boni. Dia tenggelam timbul dalam lautan asmara yang memanah naluri lelakinya. Dia sedar dia duda beranak satu, namun rasa cinta itu membuat dia berani menyuarakan hasrat menyunting bunga bernama Tiara. Lalu petang yang sepi itu dia menghubungi Tiara.
“Tiara aku ingin bersemuka denganmu secara empat mata.”
“Untuk apa Boni? Bukankah kita telah memutuskan untuk tidak bertemu. Kau juga pernah mengatakan bahawa persahabatan boleh hidup tanpa pertemuan.”
Maafkan aku Tiara. Tapi kali ini aku merasakan amat perlu menemuimu. Ada sesuatu yang ingin kuluahkan.”
“Luahkan saja di sini. Selama ini pun kita boleh bicara bebas.
Aku meneguk air mineral yang masih berbaki di dalam botol. Aku jadi dahaga pula setelah kian banyak berbicara. Kali ini gadis itu lebih sabar menunggu kisah itu di sambung. Aku menarik nafas cukup panjang sekadar untuk mencari kekuatan. Sesaat kemudian kisah itu ku sambung lagi.
“Tiara aku jatuh cinta padamu. Jatuh cinta pada ketinggian budimu. Kau banyak memberikan aku semangat setelah perkahwinanku lebur. Kau katakan padaku bahawa hidup bukan sekadar untuk diteruskan tapi harus diperjuangkan. Katamu, relakan saja jika cinta itu memilih untuk pergi. Kerana cinta yang ikhlas tidak akan membuat jiwa merasa menangis dan terhiris. Cinta adalah untuk membangkitkan kekuatan dan bukan untuk menghinakan diri sendiri. Itu yang kau katakan Tiara, saat aku berduka isteriku mengikut lelaki lain. Akhirnya aku mengerti, Tuhan telah sembunyikan mentari semata-mata untuk menghadiahkanku pelangi. Kaulah pelangi itu Tiara.”
“Wah, Boni itu sangat romatik kak. Pasti Tiara menerimanyakan.”
Belum sempat aku menyambung cerita, gadis itu lebih dulu memotong dengan senyum di bibir. Mungkin dia terbayang cerita Hindustan yang bermula dengan persengketaan dan berakhir dengan peleraian yang cukup manis. Menari dari satu lembah ke satu lembah dengan ratusan gubahan lagu yang asyik.
“Tidak dik. Tiara menolak cintanya mentah-mentah. Seperti dirimu juga, dia terlalu egois kerana dia menyangka dia boleh hidup tanpa cinta. Dia takut bercinta dengan seorang duda. Takut jika tidak menemukan kebahagiaan. Maka atas alasan remah itu dia tinggalkan saja ikatan itu tanpa bersambut.
Hari demi hari persahabatan mereka kian renggang. Tiara tidak pernah lagi menyambut panggilan, membalas sms dan juga email dari Boni. Dia biarkan saja lelaki itu terkapai-kapai dihanyutkan gelombang emosi yang sakit. Dia nekad memutuskan persahabatan itu. Akhirnya persahabatan itu lenyap sama sekali dari muka bumi.
Tahun demi tahun berlalu dengan usia yang kian beranjak. Esok genap tiga tahun perpisahan antara mereka. Setelah Boni pergi dari hidupnya, Tiara merasa sunyi sekali. Dia merasa rindu yang teramat hingga membuat batinnya menangis. Siang malam dia berdoa semoga persahabatan itu kembali terjalin. Kini dia benar-benar jatuh cinta pada seseorang yang ‘Bernama Tapi Tak Berupa.’
“ Benarkah Tiara jatuh cinta? Kalau begitu, kenapa dia tidak menghubungi Boni saja kak. Itukan lebih mudah daripada dia menanggung derita?”
“Sudah dik, beratus-ratus kali dia menghubungi Boni namun gagal. Nombor telefonnya tidak pernah aktif.”
“Kan dia punya alamat email Boni kak. Kenapa dia tidak mengirim email saja?”
“Tiara telah memadam semua email Boni yang tersimpan di peti emailnya termasuk alamat email Boni juga.”
“Lantas kisah ini tamat di sini saja?”
Gadis itu menyoal seolah-olah tidak berpuas hati dengan peleraian cerita tersebut.
“Tidak dik, kisah ini belum tamat.”
Kulihat mata gadis itu kembali bersinar seperti cahaya mentari yang sedang tegak di atas kepala dan mengundang banjir peluh yang cukup banyak.
Tiga tahun Tiara mencari Boni namun pencariannya gagal. Akhirnya pada saat dia benar-benar putus asa, dia mendapat sebuah hadiah yang tak ternilai harganya. Pagi itu Tiara membuka kotak emailnya. Tertera nama pengirim yang pernah sebati dalam hidupnya. Email itu dibuka dengan penuh debaran.
“Tiara, maafkan aku kerana tiba-tiba sahaja mengirim email ini buatmu. Aku merinduimu Tiara. Tiga tahun aku belajar untuk melupakanmu dengan mengembara ke negara asing, namun aku gagal. Ingatan dan rindu itu menjadi satu hingga membuat aku kaku untuk melangkah. Sudah berumah tanggakah kau Tiara? Semoga sahaja kau bahagia dan ceria menghadapi hidup ini. Aku masih seperti dulu. Masih Boni yang sama dengan impian dan cita-cita melangit untuk memiliki seorang hawa bernama Tiara. Balaslah email ini Tiara, walau hanya sepatah perkataan kau tulis aku sudah berpuas hati.”
Gadis itu tergelak. Aku hampir terlupa bahawa ada gadis manis yang duduk di sisiku kerana terlalu asyik bercerita
“Teruskan ceritanya kak.”
Pinta gadis manja itu.
Email itu membuat hati Tiara kembali berbunga mekar dan mewangi. Kali ini dia tidak berfikir lama untuk meluahkan isi hatinya. Penantian selama tiga tahun itu membuahkan hasil yang cukup manis. Dia menerima kehadiran Boni dengan seluruh rasa syukur dan gembira. Bermula episod baru, dengan ikatan cinta yang kian mendalam. Kemudian mereka memutuskan untuk mengatur pertemuan pertama hujung bulan tersebut.
Cinta telah membuat hidup Tiara berubah. Dia menjadi ceria dan ringan mulut untuk bertegur sapa dengan semua orang walaupun ada di antaranya yang tidak dia kenali sama sekali. Seperti ingin dia jeritkan di telinga mereka tentang kebahagiaan yang dia rasakan. Dia ingin berkongsi tentang rasa itu pada semua orang. Matanya juga telah menjadi buta akibat panahan asmara itu. Kereta mayat yang berlalu di depan mata, kelihatan seperti kereta berhias yang baru saja memenangi hadiah pertama dalam perarakan tahunan. Tidurnya tidak pernah lena kerana ada saja khayalan indah yang datang menyucuk-nyucuk akalnya.
Alangkah bahagianya Tiara saat itu. Sebolehnya dia ingin memiliki sepasang sayap jelita yang boleh membawanya terbang menemui teruna hatinya. Menghantar rindu yang kian kuat bertamu. Memuntahkan lahar sayang disulami mutiara-mutiara cinta yang akhirnya menjelmakan sebuah kenangan manis. Namun impian hanya impian belaka jika takdir memintas segalanya.
Malam itu Tiara menerima sebuah panggilan kecemasan dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai sepupu Boni.
“Boni ditimpa kemalangan jalan raya. Sekarang dia dalam keadaan kritikal.”
Malam itu juga Tiara mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur dengan doa yang tak putus semoga terunanya melepasi saat-saat kritikal.
“Ya Tuhan, ini adalah pertemuan kami yang pertama, jangan jadikannya yang terakhir.”
Air matanya kian deras dan sendu yang kian meninggi.
Kaku, bisu dan cedera parah hanya itu gambaran yang dapat dia berikan sesaat melihat tubuh Boni. Amat lemah sekali hinggakan dia tidak segan memuntahkan manik putihnya lagi. Jari-jari Boni digenggam erat. Dikucupnya jemari itu dengan harapan Boni menyedari kehadirannya. Namun, tubuh yang tak berdaya itu akhirnya akur dan menyerah pada suratan azali menyahut panggilan kubur. Boni telah pergi dengan membawa cintanya.
“Dik, kisah ini sudah tamat. Maafkan kakak kerana membuatmu sedih. Ambillah iktibar dari cerita ini dik. Jangan menolak jika cinta itu memilih untuk singgah di hatimu jika sesungguhnya jiwamu tidak merelakan cinta itu pergi. Terimalah dia seadanya.”
Aku lihat gadis itu menangis dengan penuh dramatik. Dia merenungku cukup dalam dan kemudian memelukku erat. Aku membalas pelukannya.
‘Terima kasih kak kerana menceritakan sebuah kisah yang memberikan kesan abadi dalam diri adik.”
Aku menggangguk dan meminta izin untuk pergi setelah kisah itu tamat kuhikayatkan. Aku melangkah meneruni tangga batu itu dengan hadirnya suara di hujung kuping telingaku. Cukup jelas pengucapannya.
“Kau kisahkan lagi cerita kita pada gadis itu Tiara?”
“Ya Boni, aku akan terus menceritakan kisah kita itu pada sesiapapun juga yang sudi mendengarnya.
Angin bertiup membelai tubuhku dan aku menikmatinya seolah-olah itu adalah dakapan dari seorang lelaki yang mengajar aku makna rindu. Boni semoga damai menemani kau di sana.