Post by admin™ on Aug 10, 2006 18:46:07 GMT -5
Tiap2 kali nak cuti sekolah, mak bedah akan menyiapkan makanan kegemaran anaknya si Banggang. Dia tak pernah berhenti berharap anak kesayangannya akan pulang kepangkuannya setelah lama merantau jauh.
Dia jerukkan petai dua tiga botol lam lemari.. sebab si Banggang memang suka makan petai jeruk..semacam makan jeruk kelubi jerk.. lepas tu dua tiga botol budu cap limau nipis tersimpan kemas.. mana lagi ikan asin haruan, sepat tersimpan kemas dalam plastik hitam. Semua makanan kegemaran si Banggang. Dan setiap petang dia akan menunggu di tebing penambang sambil memandang ke arah depan...sana takut2 si Banggan akan pulang... terlepas pandang akan anak kesayangannya itu. Dia memang tidak dikurniakan anak yang ramai. Setelah lahir saja si Banggang bapak si Banggang pun meninggal dan dia pun tak kawin2 lagi takut orang aniayakan si Banggang. Kasihsayangnya tercurah sepenuhnya kepada anak kesayangannya. Tapi semenjak si Banggang duduk dikota dan menjadi cikgu disebuah sekolah menengah.. tak pernah lagi anak kesayangannya itu pulang ke kampung dan anaknya sendiri tidak pula mengajak dia menziarah dia dikota tambah lagi..dia sendiri tak pernah keluar dari kampung halamannya. Sejak merdeka dia tak pernah keluar dari kampung yang terpencil itu.
Si Banggang sejak jadi cikgu dan mula bertugas dibandar.. memang berazam untuk melupakan tanah lumpur yang pernah dia harung. Dia ingin lupakan kehidupan lampaunya. Di bandar si Banggang menukar nama nya kepada Sharipah Idora Mukhlis... turun naik dia ke pejabat pendaftran untuk menukar nama. Tapi untung juga kerana dia anak orang asli jadi kerja tukar nama amat mudah sekali. Sipah Idora tak tahu kenapa dia sangat benci dua orang aslinya. Memang wajahnya tidak ada seperti salah silah keturunannya. Dia sangat cantik dan terlebih cantik dan maknya... dan dia pun sangat heran kenapa dia dan emaknya bagai langit dengan bumi. Sejak mak dia antar dia ke tadika dan sejak cikgu tadika mengajar dia A B C dia mula tanamkan keazaman untuk terus belajar dan tinggal jauh2 dari kawan2nya yang sangat malas belajar. Dia jadi pelajar yang tekun .. dan dia menjadi kesayangan cikgunya. Mungkin jugak kerana dia cantik dan cikgunya pula masih bujang. Melalui cikgu bujang itu dia mendengar keindahan kota yang jauh dari kampung halamannya. Yang dinamakan kampung tepi bawah kandang.
Dari situ ditanamkan keazamannya untuk keluar dari kampung Tepi Bawah Kandang(TBK) dan bila dia diterima masuk maktab dia suka sakan.. mak si Banggang pun suka kerana anaknya menjadi anak yang pertama dikampung TBK masuk ke maktab. Dan sejak masuk maktab perguruan dia balik cuma dua tiga kali dan selebihnya dia suka duduk dikota.. begitulah seterusnya sehingga dia menjadi cikgu dan mengajar di sebuah sekolah menengah di bandar besar. Dia telah lupakan pada emaknya dan dia memang mahu melupakan emaknya.