Post by admin™ on Jan 11, 2006 20:49:11 GMT -5
25th Dicember 2005...
BANDA ACEH - Mungkin ada di antara kita sangsi apabila dikatakan di bandar ini kini hanya tinggal seorang sahaja warga keturunan India selepas tsunami melanda setahun lalu.
Walaupun ia dianggap janggal atau aneh inilah hakikatnya yang harus diterima oleh Radakrishnan, 34, yang kini harus menjalani kehidupan sendirian tanpa sesiapa lagi di sisi.
Isteri, seorang anaknya dan lima keluarga India lain, kira-kira 20 semuanya terkorban - hilang ditelan tsunami. Sehingga sekarang tidak diketahui kubur mereka.
Tsunami memusnahkan segala kebahagiaan dan kegembiraan Radakrishnan yang mengusahakan bengkel kereta di Kampung Kedah, di sini.
Jika sebelum ini dia ditemani oleh abang dan adiknya ketika bekerja dan dihiburkan oleh isteri serta anaknya selepas kepenatan mencari rezeki, tetapi semuanya sudah berakhir.
``Waktu malam adalah masa paling menyeksakan kerana fikiran saya mula mengimbas kembali kenangan bersama isteri dan anak tunggal kami,'' katanya.
``Sebelum tsunami kami ada lebih lima keluarga India di sini, tetapi kini tinggal saya seorang. Yang lain semuanya terkorban,'' kata Radakrishnan.
Selain saat-saat manis bersama isteri dan anaknya berusia 7 tahun, Radakrishnan juga merindui detik-detik bekerja bersama abang, adik dan anak saudaranya.
Jika sebelum ini, Radakrishnan akan bertukar-tukar fikiran dengan mereka ketika menjalankan tugas di bengkel berkenaan dan pada malam harinya menghabiskan masa bersama keluarga, tetapi kini dia hanya sendirian.
Lebih memilukan, dia menjadi satu-satunya penduduk Banda Aceh daripada keturunan India yang masih hidup selepas bencana tsunami.
Walaupun jumlah kaum India tidaklah ramai di Banda Aceh tetapi ternyata tsunami memberikan kesan yang cukup mendalam kepada Radakrishnan. Air matanya mula bergenang di kelopak mata apabila diminta mengimbas kembali tragedi tersebut.
Menurut Radakrishnan, ketika kejadian dia bersama keluarga berada di bengkel yang terletak di rumah dua tingkat tersebut. Arus deras yang berlaku pada pagi 26 Disember 2004 itu bukan sahaja menghancurkan bahagian bawah rumah berkenaan tetapi juga menghanyutkan dia dan seluruh ahli keluarganya.
``Saya dihanyutkan kira-kira 8 kilometer dari rumah saya dan ketika itu saya tidak tahu nasib isteri dan anak saya serta mereka yang lain, apa yang saya tahu apabila kembali ke sini semuanya sudah tiada,'' katanya.
Apa yang menyedihkan bagi Radakrishnan sehingga kini dia tidak tahu di manakah ahli keluarganya dikebumikan sekali gus memusnahkan impian sekurang-kurangnya untuk melihat batu nisan mereka.
Setelah beberapa hari berusaha mencari, Radakrishnan terpaksa menerima hakikatnya bahawa dia kini sebatang kara dan perlu berusaha untuk bangkit semula daripada kehancuran yang dialaminya.
``Saya tidak mendapat apa-apa bantuan untuk meneruskan kehidupan, akhirnya ada seorang teman meminjamkan wang bagi membolehkan saya membaiki bengkel dan kediaman yang rosak,'' katanya.
Radakrishnan mengharapkan akan ada pihak-pihak di Malaysia terutamanya daripada pertubuhan atau parti politik India yang sanggup memberi bantuan kepadanya bagi membolehkan dia memajukan lagi bengkelnya yang kini beroperasi dalam keadaan serba kekurangan.
``Saya perlukan bantuan kerana banyak peralatan yang hilang ketika tsunami dan ia melibatkan kos agak besar, saya berharap akan ada rakyat Malaysia yang sedia membantu,'' katanya.
Kini setelah setahun berlalu, Radakrishnan tekun mengusahakan bengkel itu kerana memahami hidup harus diteruskan biarpun kenangan indah bersama keluarga sentiasa menghantuinya.
Malah sehingga ke hari ini di dinding bengkelnya masih tertera tulisan `musibah desaku 26.Dis.2004' satu tarikh dan peristiwa yang sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Radakrishnan sepanjang hayat.