Post by admin™ on Dec 11, 2005 1:47:22 GMT -5
SEJUK menggigit epidermis diri. Dengan jaket membalut tubuh, mafela melilit leher, vest menutup dada dan topi menyerungkup kepala, dingin tetap menjarah diri.
Saya yang sering beruzlah dalam kamar, berbicara dengan komputer, bergomol dengan manuskrip dan mencumbui sastera, tidak betah mendaki setinggi Jabal Musa. Keringat tiris dari langit dahi dan gaung ketiak, sendi merungut sepanjang pendakian. Metah keletihan. Aduh, saya ketinggalan berbanding rakan-rakan lain.
Kesal menggigit diri. Alangkah baiknya, di kala bintang mesra di dada langit dan bulan mencumbui gelita malam, saya mengelus kreativiti di hadapan komputer. Serasa mahu menyumpah kesanggupan menggabungkan diri dalam ekspedisi menjelajah Semenanjung Sinai, terutama menakluk puncak Jabal Mu-sa. Saya rimpuh dengan perjalanan padat.
Wardi, urusetia ekspedisi yang berjalan di akhir rombongan, saya biarkan meneruskan perjalanannya. Saya bersendirian meraba jalan susur yang disediakan ke puncak dan sesekali duduk melepaskan lelah yang terkial-kial.
Di bawah, kelihatan jujukan cahaya lampu. Tentulah rombongan pelancong asing. Di atas, cahaya itu seperti seekor naga menyusuri jalan ke puncak. Pastilah, itu rombongan ekspedisi saya.
Saya menghela lelah terbuku di dada. Oksigen berebutan melalui dinding alveolus. Wap mencelah dari bibir, berpual ke udara. Aroma gelita seperti bau harum gadis suci. Saya rakus menyedut dingin malam. Malam di sini masih belum diperkosa, tidak seperti malam di Kaherah yang sering dinodai.
Dingin menjamah kulit dan meraba epidermis sebelum meramas sumsum. Biarlah rakan-rakan lain serakah menjarah puncak, saya tegar bersendirian menikmati elusan malam. Ketika itulah, dia menegur saya. Melabuhkan punggung kental, lantas melemparkan sen-yum akrab. Saya terpesona dengan ukiran senyum dalam
gelita.
Namanya Emma. Dibungkus solekan malam, dia seperti Helen Hunt, aktres yang me-nggondol anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award melalui filem As Good As It Gets.
Puncak masih jauh, anda masih bersantai di sini?
Saya tergegau metah. Mata asyik memetia kaca langit, pantas menyeluruhi wajahnya. Di situ, saya menemui sepasang mata jeli seperti cermin membalikkan kerlingan bintang.
Beberapa ekor unta ditunggangi pelancong asing melintas di hadapan kami. Bau hapak menjentik hidung. Dengusan unta mencelah di sebalik irama cengkerik. Saya dan Emma diselimuti dingin dan sepi.
Saya kali pertama ke sini. Membaca sirah Musa, saya ghairah menyusuri perjuangan nabi kita.
Nabi kita? Saya dan Emma berkongsi akidah?
Anda Islam? Sekali lagi saya tergoda menikmati irasnya. Sungguh, sesal tadi hilang dirampas kejelitaannya.
Dia tergelak manis sambil menutup mulut. Aduh, Emma mengutip budaya Melayu sedangkan wanita Melayu berahi budaya Barat.
"Saya Protestant. Kristian menerima Musa sebagai nabi, dan pasti Islam juga demikian."
"Anda mengetahui tentang Islam?" Ujar saya sambil memetia bibir yang bergerak halus seperti melihat getaran malam.
"Hanya sedikit. Barangkali anda boleh memberitahunya." Emma bangkit. Dia menghulur tangan. Saya tersenyum.
"Baiklah, pelajaran pertama Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita yang halal bernikah bersentuhan kulit."Emma ketawa lagi.
"Saya sudah tahu tentang itu. Sekadar menguji."
Emma dilahirkan dalam dekad Belgium dilanda krisis antara rakyat berbangsa Perancis dan Belanda. Bapanya pegawai tinggi tentera NATO, manakala beribukan wanita Inggeris, birokrat Kesatuan Eropah (EU). Mereka penganut Kristian Protestant dan sering mengunjungi gereja setiap Ahad, tetapi melupakannya pada hari yang lain.
Di tepi Sungai Senne, Emma sering digigit persoalan agama. Justeru, dia merapati Bible dan mengetis Kristian.
"Bagaimana anda boleh sampai ke sini? Ke Mesir? Ke Jabal Musa?" Saya memperkemaskan windbreaker, mengumpul hangat di segenap tubuh.
"Saya cuba mencari akar Kristian. Saya mendapati bukan hanya Jesus yang perlu disoroti, malah Moses juga wajar dikaji. Jesus menerima Bible, sedangkan sebelum itu Torah sedia wujud. Pasti anda pernah mendengar Old Testament dan New Testament.
Angin menyelinap tiba-tiba. Metah sejuk. Emma ketawa melihat saya menggigil. Ah, dengan cuaca serendah 0 darjah Celsius di musim dingin Brussels, wajar Emma tidak terkesan.
"Mencari akar tunjang Kristian, anda ke Mesir melihat sendiri tinggalan agama sam-awi ini?"
"Saya hairan. Yahudi dan Kristian tumbuh di Asia Barat Daya, mengapa subur di Eropah?"
Pangkal remajanya sebelum akrab dengan gereja, Emma dirasuk ghairah rock alternative. Dia mengagumi Kurt Cobain, Krist Novoselic dan Dave Grohl; mengimani Nirvana dalam kehidupan terumbang-ambing. Ketika ibu bapanya sibuk menggagaskan kestabilan rantau Eropah,dia hanyut dalam man-dala hiburan.
Kematian Cobain pada April 1994 men-yentaknya. Dia disuntik gelisah. Ternyata Nirvana bukan kunci persoalan hidup. Emma mencuba Lysergic Acid Diethylamid (LSD). Dia diheret ke alam khayalan.
LSD persis mimpi yang mengubah perasaan dan pemikiran serta menyelewengkan persepsi terhadap masa dan ruang. Malah, penagihnya hilang upaya mengawali diri sehingga melakukan keganasan. Efek fizikal termasuklah mengantuk, gayat, anak mata terbeliak, kebas, lemah, gementar dan mabuk.
Emma hampir menuruti jejak Cobain!
Kurun ketujuh dan kelapan selepas Masihi, tiga pusat Kristian Timur ditakluk Islam. Jer-usalem, Antioch dan Iskandariah tidak lagi menjadi nadi Kristian Timur. Pusat keempat, Constantinople dirampas Sultan Muhammad al-Fatih pada 1453. Justeru, akar Kristian di timur mula rapuh, tetapi serentak dengan kebangkitan Kristian Barat. Eropah mula dikuasai gereja!
Suara Emma sayu mengucup gegendang telinga. Angin menampar pipi, lalu dingin berbekas. Saya menggigil, hati dikunjungi tanda tanya. Emma bukan gadis cetek pengetahuan. Dia mendalami akar Kristian!
"Justeru, anda datang ke sini mencari sebab relainya akar Kristian?"
"Anda tahu gereja pertama tumbuh di Jer-usalem? Anehkan, kuasa gereja tidak subur di sini."
Saya geleng. Nyata ilmu teologi saya tipis. Saya terperangkap dengan pengkhususan il-mu. Sebagai seorang mahasiswa Syariah Islamiah, saya mengabaikan milal yang lain.
"Anehkan, kejatuhan Kristian di Timur seperti suria tenggelam selepas senja. Esoknya, fajar tidak menjelma!"
Mujurlah Emma sempat diselamatkan. Di tepi Sungai Senne, Emma dijumpai polis dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia koma! Bapanya berada di Bosnia Herzegovina mengendalikan Pasukan Pengaman NATO, manakala ibunya menghadiri Sidang Kemuncak EU di Amsterdam. Malang, kedua-duanya tidak dapat meninggalkan kesibukan pada saat Emma bertarung nyawa dengan maut.
Wajah pertama yang muncul di korneanya selepas sedar dari koma, milik doktor Islam. Dr Muslim berasal dari negara yang pernah menjadi akar Kristian Timur; Mesir.
Emma mula mendekati Kristian dan gereja. Dalam masa sama, hubungannya kian rapat dengan Muslim. Jiwanya menjalar ke Kristian, cintanya dibakar api Islam.
Constantine The Great memindahkan pusat empayar dari Rom ke Byzantine dan menamakan Constantinople sebagai pusat kerajaan, keintelektualan dan keagamaan. Serentak itu, Kristian Barat mula berpusat kepada Papacy, ibu pejabat Pope di Rom. Pusat Kristian Timur bangkit berasingan dan berdikari. Justeru keterasingan itu menyebabkan tidak mampu berhadapan dengan gelombang kebangkitan Islam. Akar mereka tidak kukuh memaut antara satu sama lain untuk berhadapan dengan akar Islam yang kian utuh.
Kami lelah di kaki puncak bukit. Jalan susur tamat, tetapi kami mesti mendaki anak tangga untuk menggapai puncak. Kami singgah di gerai minuman dan makanan ringan yang cerah dengan mentol 50 watt.
Emma mencicip teh. Asap tipis berpual bangkit membelai lembut wajah Emma. Saya meneguk halus air mineral sambil mata merasai kemanisan wajah wanita itu. Saya bersyukur mengikuti ekspedisi ini!
"Anda lebih banyak mendengar. Seharusnya anda mengajar saya tentang Islam."
Saya tersenyum. Hubungannya dengan Mu-slim pasti mendedahkannya kepada Islam. Haruskah saya mengulangi kisah itu?
Muslim, lepasan kuliah perubatan Universiti Kaherah berhijrah ke Belgium. Selain menjalankan praktik perubatannya di Brussels, Muslim juga anggota Mdecins Sans Frontires (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan, organisasi kemanusiaan antarabangsa yang menyediakan bantuan perubatan kepada mangsa konflik peperangan, kebuluran, wabak dan bencana alam. MSF mendapat anugerah No-bel Keamanan pada 1999.
Di tepi Sungai Senne, mereka sering berbicara soal teologi. Mereka tidak saling mempengaruhi, kerana itu hubungan mereka kian mekar oleh bumbu cinta. Api cinta menjalar ke segenap mandala hati Emma.
Di tengah Grand-Place yang tersohor, Muslim melafazkan cinta. Hati Emma seperti Grand-Place yang pantas dibangunkan kembali selepas dibom Perancis pada 1695. Cinta Muslim hujan menyuburkan bumi hati Em-ma.
Emma masih mendekati gereja. Api cinta mengupak perkebunan hati. Aduh, kedua-duanya bertembung. Harus ada yang terkorban. Sedarkah Emma?
Islam mula tumbuh di gersang sahara Makkah. Subur sebagai daulah pertama di Madinah. Amru al-As membuka Mesir, Umar membebaskan Baitulmaqdis dan Muhammad al-Fatih menamatkan kekuasaan Rom dengan menawan Constantinople.
Kami mendaki tangga batu. Angin semakin keras menampar tubuh, menakluk segenap epidermis dan menyebarkan dingin ke dalam diri. Saya menggigil digigit sejuk metah. Saya tidak digalur resah, justeru nyaman merajai diri.
Nafas Emma berlari kencang bertingkah arus angin. Mengah mendaki puncak. Merdu di telinga saya.
"Dengan pedang?" Pertanyaan Emma mencubit rasa. Persepsi klise masyarakat Barat terhadap penyebaran Islam. Ditambah penyelewengan fakta oleh orientalis, Barat rabun terhadap realiti Islam. Saya mengeluh, dijawab pawana dengan pantas.
"Andai semata-mata dengan pedang, Islam tidak mampu berkubu di bumi baru. Kekerasan Maharaja Trajan dan Marcus Aurelius tidak upaya menguburkan kebangkitan Kristian dalam empayar Rom. Justeru, faktor peperangan bukan dominan dalam penyebaran agama samawi, khususnya Islam." Upaya juga saya mengutip cebisan sejarah. Mata saya memaut mata jeli Emma. Nyata dia me-renung puncak bukit.
"Islam berdepan Kristian atas dasar hujah, bukan semata-mata pedang dan emosi. Keduanya agama samawi,berakar satu. Perbincangan wajar bergerak atas penerimaan yang satu juga; tiada Tuhan melainkan Allah. Isa atau Jesus mengucapkannya, begitu juga Muhammad saw."
Emma dan Muslim sering bersantai di Grand Place. Di hati Brussels itu, cinta dijalin indah. Menyelongkari Muzium Diraja Seni Moden Brussels, mereka menjejaki akar cinta. Dalam kerling neon di tengah mandala Grand Place dikepung Hotel de Ville; Dewan Bandar Raya dan Maison du Roi; muzium, Muslim membentang sirah Islam dan Emma menukil akar Kristian di Timur.
Cinta tidak bererti tanpa penyatuan. Emma tidak menyedari vakum antara mereka berdua. Akidah keduanya tidak mengizinkan jasad Emma berpaut pada Muslim. Budaya masyarakat Muslim memandang serong kehidupan Emma, anak pegawai NATO dan birokrat EU. Aduh, kedua-dua organisasi ini curiga terhadap kebangkitan Islam.
Emma dan Muslim menyintai tanpa penyatuan!
Akar Islam melingkari ke segenap Timur Tengah setelah meruntuhkan Rom dan Parsi. Menjalar ke Afrika dan melintasi Jalan Sutera sehingga ke China. Menerobos Eropah di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad. Andalusia diasaskan Abdul Rahman al-Da-khil sebagai pusat Kerajaan Bani Uma-iyyah. Cordova, Seville, Toledo dan Granada menebarkan cahaya keilmuan ke ruang gelap Eropah. Eropah menyedut Renaissance dari nafas Islam.
Lelah tidak terasa. Saya yang asing daripada ekspedisi memanjat bukit seperti akrab kali ini. Sendi yang pegal sebelumnya, bagai disuntik-tambah bendalir sinovia sehingga pergerakan bertambah kencang. Bicara dengan Emma melupakan keletihan mendaki Jabal Musa.
"Renaissance permulaan masa depan gelap gereja dalam kekuasaan daulah. Aduh, gerakan Reformation rentetan Renaissance; pemulihan agama di Eropah Barat pada 1510 hingga akhir 1550-an berakar Islam?" Suara Emma menggetis telinga.
Intelektual Barat bermazhabkan Andalusia dirangsang semangat inkuiri. Mereka merintis penyelidikan sehingga menghasilkan penemuan dan rekaan sains. Gereja menyekat gelombang intelektual. Malangnya, kebe-balan gereja memangsakan institusi itu sendiri. Karya The Prince oleh Machiavelli, Praise of Folly oleh Erasmus dan Uthopia oleh Thomas More sudah berakar dalam pemikiran masyarakat Barat sehingga akhirnya mereka menolak gereja. Justeru, berlakulah pemisahan agama, sekularisme.
Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestant. Martin Luther, paderi Jerman mempelopori penentangan terhadap Katolik. Beliau menentang amalan kolot, penyelewengan dan rasuah dalam institusi gereja. Gerakan Reformation ini melarat ke segenap Eropah Barat seperti Switzerland, Sweden, Denmark, Norway dan England. Semuanya bernafaskan Islam?
Vakum ini disedari apabila cinta kejap terjalin. Emma menyedari jurang antara mereka dalam metah.
Di seberang, Muslim bersama-sama masyarakat Muslim Belgium dan dia dalam genggaman budaya Barat.
Ibu bapa Emma menyedari anak mereka dirasuk cinta. Mereka cuba menghalang. Ketika Diana meninggal dalam pelukan Dody Fayed dalam kemalangan tragis di Perancis, Emma dipaksa meninggalkan Muslim.
Islam masih menjadi fobia di mata bapa Emma. Dia pegawai tentera NATO melihat Islam menjadi ancaman kepada Barat selepas keruntuhan tembok besi komunis Russia. Ibu Emma mengakui sistem ekonomi Islam andai dibiar mengakar di dunia Islam, keruntuhan sistem kapitalis bakal menjadi realiti.
Komuniti Muslim memandang curiga kepada Emma. Seorang gadis Kristian, anak pegawai NATO dan birokrat EU cuba mendekati Muslim. Cintakah itu? Atau udang berselimut di balik batu? Muslim didesak memisahkan diri daripada cinta Emma.
Mereka berdua mangsa pertembungan dua budaya! Akar Islam kukuh pada akidah umatnya. Akidah Islam tidak mengizinkan perbezaan antara dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia kembali ke akhirat. Justeru, segala amalan mesti berasaskan Islam. Islam menolak sekularisme, pemisahan yang diterima Barat setelah kegagalan kuasa gereja mencengkam daulah. Benar, Barat menghirup nafas Islam, lantas melaksanakan Renaissance, Reformation dan sekularisme. Namun, Barat silap besar kerana justeru pemisahan itu mengakibatkan ideologi manusia mengakar dalam tamadun mereka. Hari ini mereka menerima padahnya.
Saya menyusuri akar tamadun Barat. Di sini, saya terlempar. Tamadun Eropah hari ini, menyelisir ke Renaissance sehingga bertemu tamadun Islam di Andalusia sebelum berakhir di daulah Madinah. Dari akar Kristian, menjejaki kenabian Isa dan perjalanan Musa, juga mengintai kebangkitan Muhammad.
Emma memberontak, menyanggah halangan ibu bapanya. Muslim upaya meyakinkan komunitinya, Emma ikhlas menghulur cinta. Emma menemui Muslim di Grand Place, cuba merungkai persoalan cinta mereka, sekurang-kurangnya mendekatkan jurang melebar.
Ketika dunia tertanya-tanya, konspirasikah yang meragut nyawa Puteri Diana, Muslim ditembak di dada. Dia rebah dalam pelukan Emma. Grand Place gempar.Seorang lelaki Muslim menghela nafas terakhir dalam goncangan dada gadis Kristian.
Islam penamat agama samawi. Bukan semata-mata dimulai Muhammad saw, bahkan disambung daripada akar risalah tauhid. Baik Muhammad saw, Isa as dan Musa as, mereka menegaskan keesaan Allah. Akar tunjang kerasulan ialah tiada tuhan melainkan Allah!
Kami sampai jua di puncak Jabal Musa. Emma menghela nafas lega. Rakan-rakan terperanjat metah melihat saya bergandingan wanita asing. Saya abaikan kemusykilan mereka, lalu menunaikan solat Subuh.
Emma menanti saya.
Katakanlah: Wahai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang kita tidak berselisih terhadapnya, bahawa kita tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu apa pun serta sebahagian kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahawa kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah). Saya mengalunkan ayat ke-64 surah Ali Imran. Emma tergegau. Dia memetia dada langit.
Darah pekat mengalir membasahi dada. Muslim tercungap menyedut sisa nafas. Bibirnya menggigil menahan bisa peluru menjarah jantung. Tangan Emma basah menyeka darah daripada terburu-buru keluar. Emma menjerit meminta pertolongan, sebelum Muslim berbisik ke telinganya.
"Carilah akar cinta kita di Mesir. Aku harap kau akan menemui persoalan yang membelenggu di situ."
Muslim melepaskan nafas terakhir, lalu terkulai dalam dakapan Emma. Emma melutut di sisi mayat Muslim di tengah kesunyian Grand Place.
Matahari perlahan bangkit dari lena. Suria menggeliat, melemparkan cahaya ke segenap alam. Manusia di puncak Jabal Musa diam kekaguman. Emma tenggelam dalam pancaran sinar baru.Suria tetap sama seperti zaman Musa dan Isa. Pastilah Tuhan yang sama juga membangkitkan hari baru. Hari ini berakar dari semalam.
Benar pesan Muslim, aku akan menemui akar cinta di sini. Tauhid akar tunjang dalam pencarianku! Moga-moga Muslim aman di alam baqa biarpun pembunuhnya masih
bebas dan menjadi misteri.
Saya tersenyum. "Tuhan, betapa indahnya perjalanan hamba-Mu mencari akar kewujudan diri."
Sewaktu Hafiz mendekati saya dan bertanyakan Emma, saya hanya menjawab, "Dia seorang pengembara menyusuri akar kehidupan di Mesir!"
Sungguh, saya tidak menyesali ekspedisi ini.
Oleh: MOHD NAZMI YAAKUB