admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 25, 2007 17:42:17 GMT -5
Seekor raja anjing dan raja babi ketemu di suatu puncak. Mereka diiringi oleh anjing-anjing dan babi-babi yang masing-masing membawa senapang dan siapa sedia menerima arahan dari raja masing-masing. Raja anjing dengan sifat keanjingannya memprotes olah manusia yang selalu menghina dengan menggunakan perkataan "Anjing Kamu!" dan Raja babipun cukup marah kerana manusia selalu kala memaki dengan menggunakan kata "Babi" meski babi dan anjing sebenarnya cukup berjasakepada manusia. Kerana anjing yang dikasih makanlah sang pelacur masuk syurga kata seorang kawan dan tiba-tiba sang babi berfikir, apa jua jasa mereka terhadap manusia. Babi tidak bisa menjawab pertanyaannya sendiri dan dalam diam babi cukup sedih/apa lagi bila ramai mengatakan babi punya kuman yang tak mudah mati. Babi terus berfikir dan kerana itulah sebab-sebabnya orang selalu kalau marah akan menggunakan kata "Babi kamu!" Persoalan demi persoalan ditanyakan oleh sang babi kepada dirinya sendiri dan sampai sekarangpun babi tidak ketemu jawaban dan yang ia ketemu orang terus ketika marah akan menyebut namanya yang kekadang kala makan ia terbatuk-batuk kerana nama sering disebut orang.
|
|