Post by sue_hana on Nov 16, 2006 1:27:57 GMT -5
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan
disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita
kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka
terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin
dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang ana k
dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis
ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab
dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di
suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah
terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu
ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang
lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar
memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis
yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang
kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita
yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu
pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah
jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi
dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi
daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja
tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil
inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain
video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah
belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak
untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh
memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard
yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak
pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam
kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam
satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah
jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah
di rumah bersama ana k isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka
bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi
imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna,
salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih
handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa
kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertim ana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak
jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi
imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga
tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh
belajar, apa salahnya lelaki!