admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 23, 2007 23:05:22 GMT -5
Pagi seperti biasa Mek Som akan pergi ke warung kopi Kak Nah. Dia mengambil upah menyapu sampah dengan mencuci piring dan cawan kotordi warung tersebut. Mek Som sudah berumur enam puluh tahun lebih. Tetapi disebabkan dia belum berkahwin usia tua tidak meletak pada wajahnya. Namun begitu disebalik skafnya yang besar itu sebenarnya sudah merimbun rambut putih. Mek Som suka memakai t'shirt dan berseluar panjang. Tubuhnya agak pendek dia berjalan dengan agak payah kerana kaki nya sakit.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 24, 2007 4:13:25 GMT -5
Sebenarnya Mek Som anak angkat sahaja dan dia ada seorang lagi adik angkat lelaki yang sudah berkahwin. Yusop namanya. Bekerja di hospital ditempat orang mengambil ubat. Kedua ibubapa angkat Mek Som telah meninggal dunia. Orang kampung memanggil mereka Pak Da dan isterinya Mak Teh. Arwah ayah dan emak angkat Mek Som sangat menyayanginya sehingga dia tidak di sekolahkan.
|
|
|
Post by vanilla® on Jun 25, 2007 7:37:57 GMT -5
hikss..hikss...sayang tapi tak p skola ehhh
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 25, 2007 22:21:42 GMT -5
ermm..org dulu2 yan dia ingat p sekolah ini bahaya.. takut betul anak2 dia orang pandai dan jadi omputih..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 25, 2007 22:54:20 GMT -5
Mek Som semasa kecil percakapannya agak sedikit pelat. Dia suka menyanyi dan lagu yang sering dinyanyikan semasa pulang dari mengaji akan menjadi ikutan kawan kawan sekampung. Wajah Mek Som tidaklah boleh dikatakan comel dan cantik, tetapi wajah biasa biasa orang kampung. Tetapi Mek Som mempunyai angan angan yang tinggi hendak berkahwin dengan orang yang kacak kacak. Semasa kecil dia suka bercerita tentang dia mendapat surat surat cinta dari aneka orang. Heran juga bagaimana orang yang tidak bersekolah boleh menulis surat. Tetapi sebagai kerenah budak budak persoalan itu dibiarkan saja.
Sebab itu apabila menjadi anak dara dia selalu berangan angan kahwin dengan orang yang bergaya dan kaya. Mak angkatnya juga mempunyai angan angan yang sama. Sehinggalah orang tidak berani untuk masuk meminang Mek Som jadi lah Mek Som hanya tinggal angan angan saja.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 17, 2007 7:20:22 GMT -5
Mek som menyanyi dengan riang sambil menyapu tepi tepi longkang. Dia seakan menikmati perkerjaannya sebagai tukang sapu. Bahkan dia selalu berbangga bahawa dia sedang bekerja. Seringkali apabila dia bertemu dengan orang orang kampung dengan bangganya dia akan menceritakan yang dia baru balik kerja atau sedang mahu pergi kerja.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 7, 2008 22:20:38 GMT -5
Bulan puasa mek som tetap juga dengan kerjanya menyapu. Tapi sifat suka minum di kedai kopi telah dihentikan sama sekali kerana pada bulan puasa semua orang berbuka dirumah. Terkadang mek som merasa sangat rindu untuk pergi ke kedai kopi Bob yang kadang kadang dia akan menolong untuk mencuci cawan dan piring sambil boleh berborak borak dengan penghuni lain di kedai kopi.
Mek som ada kawan baik yang di panggil Mak Ngah tapi mak ngah ini telah menjadi pikun pikun akibat usia tua dan keadaan dirinya yang diuruskan oleh seorang bibik . Tapi ingatan mak ngah kepda mek som yang selalu menemaninya dulu seringkali membuatkan dia memanggil bibik itu sebagai mek som. Mek som merajuk panjang dengan ahli keluarga mak ngah kerana dia tidak disukai oleh keluarga anak anak mak ngah.
|
|