admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 7, 2006 19:57:31 GMT -5
Ada mendung. Awan tebal dan hitam di langit. Aku mengheret langkah kaki dengan cepat. Biarpun sesungguhnya gerakkan itu amat perlahan sekali. Kerana aku mengheret kaki yang sudah kematu. Kaki yang sudah tidak ada gunanya. Aku ingin cepat cepat berlindung dari hujan itu pun kalau hujan turun. Kaki2 lima deretan kedai sudah banyak yang ditutup. Barangkali bersedia untuk hujan turun. Seretan kakiku semakin lambat,kerana kudratku semakin berkurang. Aku cuba mengheret dengan lebih cepat. Tetapi keupayaan ku semakin terbatas. Terasa ingin aku baring diam2 di kaki lima. Kepenatan. Guni yang aku alas sudah basah. Basah dek peluh sendiri
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 8, 2006 7:44:35 GMT -5
Akhirnya habis pulas juga tenagaku. Aku berhenti dibawah tangga. Lejun juga bajuku bukan hanya dengan peluh tetapi juga dengan tempias hujan. Aku amik guni yang juga sudah basah. Kemudian aku kibas2.. mengeluarkan air yang akan menambahkan berat guni tersebut. Aku tengok lutut aku. Alahai bergesek dan berdarah lagi. Macam biasa dan macam selalu aku buat jugak, aku amik guna yang aku kibas tadi untuk mengelap darah yang masih ada melekat. Lutuku sudah seperti kain guni. Banyak bekas2 luka yang terbuka dan yang berparut. Aku mengeluh perlahan. Kemudian merenung orang turun naik tangga. Ada yang memandang padaku sinis. Ada yang memandang simpati. Aku sudah biasa dengan semua tenungan tersebut. Aku sudah lali dengan semua pandangan orang. Ada yang memandang sangat jijik. Ada yang memandang dengan penuh simpati. Tetapi aku jarang melihat orang memandang dengan penuh kasihsayang. Kemudian aku mulai merenung kembali dunia sebelum semua ini terjadi. Dalam keriuhan aku menangis.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 17, 2007 7:18:39 GMT -5
Dalam tangisan itu aku merenung pada wajahku sendiri. Tetapi aku tidak mengaca aku cuma merenung pada bayang bayang rasa itu sendiri. Benarkah kesedihan dalam penderitaan ini sudah sampai ke penghujung dimana aku sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan semua rasa yang menderitakan hatiku. Aku ingin meraung kuat kuat tetapi raungan itu hanyalah menjadi sedu sedan yang amat menghibakan.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Sept 29, 2015 0:38:02 GMT -5
Errrr.............. apakahh???
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 14, 2023 9:35:56 GMT -5
aku menangis dalam senyap airmata yg tersembunyi hatiku terluka tapi engkau gagal tuk'meliat aku terbaring tanpa kau sadari sedang engkau fikir aku baik2x saja walaupun hatiku menjerit dengan kuat engkau gagal mendengar malam sunyi tanpa jawapan dari engkau parah dengan keperitan aku masih terbaring menunggu engkau masa bergerak dengan pantas aku tidak temui engkau berdekatan malam ini akan berakhir sendirian hati yang terluka parah menekur pandangan paling kecil dan berdarah membiarkan banjir airmata hatiku patah dengan teruk bagaimana aku tetap berharap engkau mahu mendengar walaupun cuma sekali namun aku tahu...... ~~~"she gone"`~~~~~ dan hanya aku yang merasai kesakitan ini.
|
|