admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 20, 2006 2:36:20 GMT -5
KamarulBahrin nama dia sebenarnya. Tetapi kawan2nya memanggil dia krul jer. Entah kenapa nama itu pulak yang menjadi pilihan kawan2nya. Pada hal papa dan mamanya telah berikan nama yang elok untuknya.
Teringat semasa darjah satu kawan2 sekolahnya memanggil dia Kamal atau Bahrin tetapi semenjak dia naik tingkatan dan belajar di kolej namanya bertukar tukar. Sekejab Krul sekejab Bad sekejab Kring. Tetapi yang akhir di tempat kerja nama Krul lah saja di panggil. Kadang2 dia rasa malas hendak menjawab apabila orang memanggil namanya bukan2. Tetapi kalau tidak menjawab nanti dikatakan sombong pula.
KamarulBahrin bekerja sebagai seorang pembaca meter saja. Jadi dia akan sentiasa pergi dari rumah ke rumah untuk membaca meter. Setiap petang dia akan balik semula ke pejabatnya untuk punch card. Begitulah rutin harian KamrulBahrin. Dia menanam cita2 untuk berhenti bekerja dan mencari kerja yang lebih glamor dari pembaca meter. Bukan saja dia terkadang dikejar dengan anjing..kadang2 suami orang atau orang silap sangka kepadanya sentiasa mahu mengejar dia.
Seumur hidup KamarulBahrin kerjanya hanya jatuh cinta saja. Setiap kali dia berpisah dengan kekasihnya airmatanya akan jatuh. Dia sangat sensitif sekali. Memang dari kecil dia anak manja. Kerana cuma dia lah satu satunya anak mama dan papanya. Sebab itu dia malas belajar dan hanya bekerja sebagai pembaca meter saja.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 9, 2006 4:45:21 GMT -5
Sebagai kerja pembaca meter, KamarulBahrin kena masuk pejabat dalam pukul 8 pagi kemudian setelah punchcard dia akan keluar ke tempat dia membaca meter. Biasanya KamarulBahrin pergi dengan motor kapcai pejabat. Kereta kelisanya dia tinggalkan saja di pejabat. Maklum kerja membaca meter tak kan nak bawa kereta. Lagi pun kalau bawa motor kapcai pejabat minyak diisi dan biasanya dia akan mengisi penuh. Separuh jalan dia akan mengeluarkan wayar yang boleh menyedut minyak untuk diisi didalam botol kosong yang memang telah disediakannya. Minyak itu akan dimasukkan ke dalam kereta kelisanya. Dan kerja dalam satu hari dia akan mengisi penuh minyak sebanyak dua kali. Dan yang paling penting boss tempat dia kerja tak pernah bertanya. Dan dia pun tak payah memberi jawapan. Lagi pun untuk mengisi penuh kapcai itu tak sampai enam ringgit dua kali isi cuma duabelas ringgit tetapi kalau seminggu? sebulan? untuk kereta kelisanya tak pernah dia isi minyak dengan duit poketnya.
Selain itu dia diberi duit poket sebanyak rm 5.00 sehari untuk makan pagi dan tengahari. Jadi gaji bersihnya setiap bulan dia boleh menabung. Biarkan kerja tidak glamor dan dia pula tidak gila glamor pendapatannya tetap dan dia beruntung. Tidak seperti kawan2 nya yang gaji beribu2 tetapi berhutang sana sini. Bagi KamarulBahrin status itu tidak penting yang penting poketnya berisi dengan wang dan selama dia kerrja sebagai pembaca meter dia tidak pernah keputusan dalam urusan kewangan.
Hari ini, seperti selalulah rutin KamarulBahrin membaca meter. Hari ini KamarulBahrin bertugas di kawasan Taman Siamang Gagap. Ahh... setiap kali ingin membaca meter di rumah bernombor 1, Jalan Satu, Taman Siamang Gagap, jantung KamarulBahrin bagaikan tak cukup oksigen. Sesak nafasnya. Rumah perempuan yang telah membuatkan airmatanya mengalir 2 hari 2 malam... Ah... Latifah...
KamarulBahrin masih lagi teringat. Pertama kali dia melihat LatifahAyu adalah bila pertama kali juga dia pergi membaca meter di rumah bernombor 1,Jalan Satu, Taman Siamang Gagap. Dia dengan machoo seperti biasa parking kapcainya ditepi pagar. Kemudian dengan sekali tolak pintu pagar besi terbuka. Dengan langkah perlahan dia mencari meter rumah tersebut. Cari punya cari pusing keliling dia tak jumpa. Akhirnya dia menekan loceng rumah tersebut. Banyak kali ditekan loceng masih tidak terbuka pintu. Dalam fikiran KamarulBahrin mungkin tuan rumah ini pergi kerja. Dan dia menilik bil bulan lepas untuk dibuat anggaran saja. Sedang dia khusyuk meniliti bil lama rumah bernombor satu, suatu suara manja kedengaran menegurnya. Jantungnya hampir saja terputus dan matanya terbelalak. Memang betul2 terbeliak. Apa tidaknya makhluk yang menegurnya itu tersangatlah menikam jantungnya sehingga melemahkan seluruh pori2 nya. Rambutnya yang mayang mengurai, terlepas tergerai dibahu, hitam lebat dan berkilat, mata yang tajam, hitam dan teduh seakan dapat meneka apa yang ada dalam hatinya.. bibirnya merekah itu adusssssss KamarulBahrin berfikir kalau hari2 dia membaca meter rumah ini pun dia sanggup. Apalagi keadaan orang yang menyapanya itu hanya bertuala sampai ke paras lutut.
"maafkan saya adik....saya mencari meter api rumah ini?", tegur KamarulBahrin dengan mesra dan masih dengan mata yang terbeliak.
"ooOOhh abang cari meter...tu abang......kat luar sana...ditepi pintu pagar......abang lain kali kalau nak baca meter tak payah masuk dalam pagar....kami punya meter nun...kat luar sana........",jawab gadis itu dengan penuh manja dan menggoda lagi.
-------------------------------------------------------------------------------- "Errr... a.. abang ba.. baca me.. meter api. Bu.. bukan me.. meeter a.. air..."
Tiba-tiba KamarulBahrin menjadi gagap. Agaknya tulah nama taman ni, Taman Siamang Gagap. Isk... tapi aku bukanlah Siamang Gagap. Kenapa aku yang kena gagap...?
KamarulBahrin menggetus dirinya sendiri. Apa ke bengaplah aku ini....
"Err.. Meter api kat mana dik? Kat lu..luar tu, meter air..." Tanya KamarulBahrin sambil matanya tertancap ke rambut perempuan itu yang basah berjuntaian di bahu. Eh.. sebenarnya Kamarul memandang dada perempuan itu.
"Oh.. meter api rupanya. Ingatkan meter air. Meter kat sini, bang."Perempuan itu menjuihkan bibirnya yang seksi ke atas dinding di tepinya. Agaknya segan takut ternampak ketiaknya kot maka dia tunjuk pakai bibir atau mungkin nak khabar ke KamarulBahrin bibirnya seksi merekah macam Angelina Jolie.
Lembutnya, manjanya.. Ah.. atau perempuan ini cuba menggoda aku? Getus hati KamarulBahrin lagi. KamarulBahrin melihat papan meter dengan dada berdebar. Kuat betul degupan jantungnya. Sesungguhnya ini bukan kali pertama dia pernah bertemu dengan gadis2 manja, sudah banyak kali sejak dia bekerja sebagai pembaca meter. Tetapi biasanya dia tidak gagap dan tidak berdebar. Sebab dia teringat pesan opahnya dahulu.. semasa arwah itu masih hidup katanya kalau dada berdebar bila kita berjumpa dengan seseorang itu tandanya kita ada jodoh dengan orang tersebut. Tetapi pada pandangan firasat KamarulBahrin itu bidaah semata mata, sebab semasa dia kecik2 dulu dadanya sentiasa berdebar bila berjumpa dengan bengkali yang menjual permata. Dadanya juga berdebar bila mendengar bunyi loceng aiskrim , lagi berdebar bila mendegar hon baik jual roti kaya.. tak kan dengan semua orang itu dia akan berjodoh. Aduss...... bagaimana pulaks bila berdebar setiap kali dia akan mengeluarkan duit untuk membayar tol kerana gadis yang menjaga tol itu sangat manisnya. Dia pernah juga bercinta dengan gadis yang menjaga tol sehingga kering airmatanya bila dia terpaksa tinggalkan gadis tersebut di kotak tol.
"bang.......bang!!!!!" panggil gadis tesebut dengan manjanya lagi. Dia tidak berani menoleh apa lagi hendak memandang ke arah gadis tersebut. Sehingga dia terkejut babun apabila bahu nya ditepuk lembut. Dia melompat seakan akan mahu melatah hampir terjatuh ke dalam longkang.
"adussssss........." putus urat jantungnya.
"berapa lama abang nak berdiri depan kotak meter tu bang..... abang tak nampak ker?", tanya gadis tersebut yang rupanya sudah siap berpakaian. Tetapi memakai baju kelawar merah, yang ada bunga rerama didadanya... seakan akan rama rama itu akan hidup dan terbang.
"erk......erk....... da da da da da.....siap......", gagap lagi suara KamarulBahrin.
"meh Ipah tengok abang ni tulis apa......?", pandai pulak gadis itu bergurau.
" erk erk.....erk...... ", masih lagi tergagap2.. KamarulBahrin sambil merenung rama rama yang ada di dada baju gadis tersebut apalagi erk....gadis itu tidak mengenakan 'selipar' berkaki ayam sahaja.
"Abang ni gagap ker..? Ipah yang tinggal kat sini pun tak gagap. Err.. ker abang memang gagap..? Isk... Maafkan ipah yer..."
"Ipah? Err.. I..Ipah...?" KamarulBahrin macam orang gagap menyebut semula nama Ipah. "Ipah...???"
"Err... Nama saya LatifahAyu. Abang boleh panggil saya Ipah jer..." Explain perempuan itu sambil jarinya bermain-main hujung rambutnya yang masih lembab. Dia kemudiannya merapati KamarulBahrin sambil kakinya meninjit sikit ingin melihat bil meter apinya.
KamarulBahrin menjadi semakin gugup. Hidungnya kembang kuncup kerana haruman bau Latifah yang menusuk hidung. Isk.. Lori minyak wangi tumpah ke apa ni..? Oh.. baru KamarulBahrin perasan, rupanya perempuan ini rendah darinya sebab tu kena tinjit. Ahaks... ohh... rendah dari aku. Ermm.. sesuai dibuat awek ni.. Jiwa KamarulBahrin telah berbunga gatal.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 11, 2006 23:51:03 GMT -5
Sebenarnya LatifahAyu pun dah memasang nawaitu kikisnya kepada KamarulBahrin ni. Bila LatifahAyu nengok KamarulBahrin pun stail gelojoh bley tahan, dia pun fikir bahawa lelaki di hadapannya ini boleh dimakan.
"Sedangkan aku dulu pun kene kikis, baiklah aku ambik kesempatan..." LatifahAyu mencatur-catur strategi di dalam kepala otaknya. Padanya, KamarulBahrin di hadapannya ini laksana lelaki yang lurus bendul tak bley nengok perempuan dahi licin sikit terus cair seluruh badan. Buktinya, bila terpandang akan dirinya mula-mula tadi, terus mamat ni gagap seluruh badan. Lidah leku tak tahu berbahasa laksana orang tertelan kapur layaknya.
"Eh.. aku ni dahi licin ke?" Tanya LatifahAyu dalam hatinya sambil meraba dahinya yang jendul..
“Ahh… aku pun apa kurang, manalah tak tertelan kapur si mamat pembaca meter ini. Dah pakaian aku pun tak semenggah, patutlah terbuntang bijik matanya tadik.. Hehehehe…” LatifahAyu tersenyum seorang diri, bicara dalam hati.
“Err… Atifah ni, bujang lagi ke atau dah berpunya?” KamarulBahrin ni pulak memang seorang yang lurus, bukan tahap bendul tapi mungkin lebih kurang sama je dengan pembaris kayu yang lurus. Straight to the point orang putih kata tapi orang Melayu cakap, memang tak malu sungguh. Tapi pada KamarulBahrin, dia kena bertindak cepat, cekap dan pantas takut burung yang dijerat terbang tinggi. Nanti tak terkejar pulak aku di bumi. Aku tadak sayap nak terbang. Cewaah… KamarulBahrin pun punya strategi. Burung yang cantik seperti ini, tidak mungkin tidak, aku nak!!!
“Eh! Mengapa Abg Krul ni senyum-senyum jer? Err… dah habis ker baca meter kat area ni?”
La… Atifah ni… potong stim aku berangan.
“Err… Yer.. yer… Abg beransur dulu. Err.. no. tipun Atifah tu abg akan ingat sampai bila-bila. Abg pergi dulu ya…” KamarulBahrin terlupa akan soalannya yang tidak berjawab dan mula terlupa diri lagi. Dia laksana anak teruna yang sopan santun berbudi bahasa minta diri berbahasa basi dengan perempuan jelita di depan mata. “Ahhh.. Atifah.. LatifahAyu seayu orangnya seindah nama seperti puteri di bawah bulan purnama, bertemankan minyak tanah… Adeh!!!”
“Hehehehe.. Bang.. lenkali nak jalan tu, mata bukak yer bang… Pintu pagar tu punya besar pun abang langgar….”
Adeh!! Maluuu!!!!
“Bang… no tipun saya tu ingat lagi tak bila dah langgar pintu pagar tu..??? Jangan ingat jer bang… ingatlah talipun sekali yer…” LatifahAyu pun sama seperti KamarulBaharin. Tak malu…
Malam ini sunyi dan sepi sekali. Bahkan bukan saja kalau jarum jatuh akan kedengaran seperti bunyi kuali yang terhempas..harta habuk yang ada berjelaga di kipas biliknya itu pun kalau terjatuh akan berbunyi seperti gelas pecah.
KamarulBahrian sejak balik dari pejabatnya termenung panjang. Masih lagi baring2 dikatil dengan seluar baju kerjanya. Makan minum pun telah terlupa asyik angau ingatkan si ayu jelita LatifahAyu yang tidak tahu malu atau memang jenis yang malu malu kambing.
KamarulBahrin meraba2 dahinya yang terlanggar pagar rumah LatifahAyu. Tak benjol tetapi sakit itu tetap terasa tetapi bila dia teringat sewaktu pertama kali dia menatap wajah gadis yang bertuala itu hatinya berbunga riang, sakit itu seakan akan menjadi nikmat. Tadi semasa balik mamanya pun heran kerana dia tidak terjah meja makan . Terus saja dia naik ke bilik dan sampai malam2 dia tidak turun2 ke bawah. Jenuh mamanya memanggil untuk makan dia cakap dia sudah kenyang. Kenyang dengan hanya mengenangkan wajah LatifahAyu.
Bunga bunga rindu mula mengambang dalam dadanya. Apalagi dia ditemani oleh bunyi hujan.... renyai2..diluar kamarnya. dan suara anjing yang menyalak pun berbunyi tidak lagi mendayu tetapi seperti tersepit lidahnya..... dia seakan2 ingin melompat ke luar tingkap rumahnya untuk menjenguk di tingkap rumah LatifahAyu gadis yang telah mencuri hatinya. Lama betul dia termenung dan merenung. Barulah dia merasa ada nyanyian rindu dan kelaparan dari cacing2 didalam perutnya.
Dengan pantas dia membuka baju dan seluar kerjanya sambil bertowel saja dia turun kebawah dan mulai mengeledah lemari lauk mamanya. Masih ada lauk yang tertinggal ikan tongkol goreng dan sambal belacan. KamarulBahrin jenis yang tidak kisah. Apa saja akan dimakannya asal dapat dijimatkan duitnya. Dia memang seorang yang penjimat kerana dia telah berazam cukup duit dia akan mengakhiri zaman bujangnya. Dia tidak mahu hidup solo selama lamanya. Dan wajahnya makin berseri apabila teringat wajah LatifahAyu. Sambil makan sambil dia mengenangkan peristiwa tadi. Kemudian dia bangkit ke sinki untuk membasuh pinggan tetapi dia terkejut apabila mendengar mamanya menjerit dengan kuat......
"kenapa dengan ko ni.. Kamal berspender saja didapur?"..
KamarulBahrin terkejut beruk dan berlari bersembunyi disebalik peti ais.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 13, 2006 23:33:35 GMT -5
"Yang kamu berbogel ni pasal apa?"
"Eh.. yang mama skodeng saya, kenapa?" KamarulBahrin cuba cover line.
"Apa pasal pulak mama nak skodeng kamu? Tadi panggil turun makan kata dah kenyang tapi pasal apa pulak ni menyelongkar almari macam setahun tak jumpa makanan? Kot yer pun lapar, takkan sampai tak sedar tuala kamu tertanggal..."
"Heheheheh..." KamarulBahrin menyeringai busuk.
Tu la... KamarulBahrin tak paham macamana dia boleh tak sedar tualanya tertanggal. "Eh, bila masa tertanggal? Patutlah aku rasa macam berangin jer.. Hahahahah.." KamarulBahrin gelak dalam hati. "Ini semua LatifahAyu punya pasal. Hahahahaha" Tukasnya sambil gelak-gelak kemaluan dihadapan mamanya.
KamarulBahrin terfikir apa hebatnya aura LatifahAyu sampai dia angau sebegitu. Dulupun dia pernah jugak tergila-gilakan Juwita, anak Pak Mat Usin Ngok Ngek hujung kampung yang satu sekolah menengah dengannya dulu. Tu lagi cantik dari LatifahAyu ini tapi agaknya cantik ajelah tu sebab KamarulBahrin tak kemaruk sangat. Tapi yang ini, iskk.. bukan saja Ayu namanya, ayu wajahnya, tapi seksi giler!!! Tergugat imanku siang tadik. Nasib baik sebelum pergi baca meter kat kawasan rumah LatifahAyu, KamarulBahrin telah menunaikan sembahyang Zuhur. Kira masa kat rumah LatifahAyu tu, KamarulBahrin masih dalam wuduk la. Alhamdulillah... Heheheheh... KamarulBahrin menyeringai lagik.
"Tu tersengih-sengih macam kerang busuk tu apahal? Tak reti-reti lagi pakai seluar ker...? Berapa lama kamu nak duk kat peti ais tu...???" Mama pun berlalu.
"Iskk. Apa teruk sangat aku ni? Tak boleh jadik ni. Aku musti berbuat sesuatu. Isk... isk... Arrr... ehhh... ermmm.. ooooo.... Aku nak tipun Atifah!"
Dengan memalu kambing, KamarulBahrin menarik tualanya yang tersepit dicelah kerusi tarik punya tarik sampai terbalik kerusi tersebut. Apa daaaaaaaa....... mamanya tak kuasa melayan kaletah anak bujang tuanya yang satu satunya saja. Dulu semasa dia dapat tahu akan cuma dapat satu anak saja, pernah jugak disuruh papanya si KamarulBahrin tu berkawin lain supaya bertambah zuriat tetapi lelaki itu tidak mahu. Dia lebih pentingkan kerjaya dari berbini ramai. Anaknya yang satu2 itu pun jarang terjaga, apa lagi asyik ke luar negara saja semacam dah habis semua isi dalam negara ini di negara orang pula mahu dikautnya. Mungkin itulah yang menyebabkan dia tidak kisah sangat perihal suaminya itu. Dapat satu anak pun sudahlah bengap, malas belajar, tetapi rajin bekerja tidak pula mahu bekerja dengan papanya. Apa hebatnya dengan bekerja membaca meter dari rumah ke rumah. Itulah yang mengherankan. Biarlah ikut kehendak anak bujangnya.
Sambil melilit tuala di pinggangnya Kamrulbahrin duduk disofa sambil bermain dengan remote control. Nak tepon si Atifah atau tidak. Nak ke tak nak. Ala nantilah dulu... apa kata dia layan bola dulu. Di tv 2 sedang di tayangkan siaran langsung antara Jepun dan Australia. Layan mata dulu baru layan perasaan. Sekejab dia boleh lupa ingatan terhadap Atifah. Dia sedang hanyut dalam dunia bolanya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 17, 2007 7:15:35 GMT -5
ermmmmmmmmm ni pun tak bersambung2 lagik... fist aku post citer ni kat TKO isk..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 20, 2016 4:39:07 GMT -5
aurmmmm wakakkakakakaa gila punya ceritaaa puihhhhhhhhhhh
|
|