Post by admin™ on May 18, 2006 13:16:32 GMT -5
Prolog
Aku berdiri ditiang rumahku sendiri. Yalah tak kan aku nak duduk kat rumah orang lain pulak. Tak pasal2 kan aku kena taji. Kedengaran keriuhan suara kawan2 ku sedang berlaku di atas pokok rambutan yang sedang ranum. Aku masih lagi bermalas2 di tepi rumahku. Rumahku cuma sebatang pokok kerewa yang kering tapi sedikit rimbun.. batangnya kurus.. namun ada dahan tempat aku bergayut. Aku memang sedikit encem dari yang lain2. Dengan misai ku yang sedikit tebal dan melentik. Dengan mataku yang merayu memang aku menjadi kegilaan kawan2 dibawah sana tak kira lelaki atau perempuan semuanya berteriak setiap kali melihatku. Dan memang dasar beruk tak kan nak bersopan santun lagi.
Aku merenung teman2 yang sedang makan2 buah rambutan tak kira yang masak atau tidak. Memang jenis tekak batu betul. Banyak kulit2 rambutan berkeliaran dibawah. Aku dengan malas mengaru2 kepala ku yang memang sudah gatal biarpun tidak berkutu.
Sedang aku mengelamun, aku terkesima apabila terlihat wajahmu melintas dihadapanku. Lantas ku turunkan tanganku yg dari td sedang menggaru-garu kepalaku. Aku bukan ape, aku tak mahu la nnt dikatanya aku ni serupa macam beruk mencari kutu, tergaru2. Aku tak tahu kenapa, dengan berani mulutku terus menyapa mu....
" Nak ke mana Miah?", sapa ku.
Terasa sebal juga muka ku yang sedikit ensem dari kawan2 ku yg di atas pokok tu bila mulut aku ni tak dapat dikawal. Tapi...Miah, kau memberi aku kejutan. Kau membalas sapaan ku.
Aduh! Miah...sungguh aku tak sangka.
Manja sungguh suara Miah. Ekor Miah lebih panjang sedikit dari kawan2nya. Mesti kalau Miah bergerak ekornya akan bergerak longlai. Tenungan mata Miah mengoncang kalbu hatiku. Adusss Miah. Suara lembut Miah menjawab sapaan aku takut seakan akan boleh menyebabkan aku jatuh ke tanah.
"suppit tidak pergi makan rambutan sama kawan?", manja betul suara Miah.
"ko nak kemana Miah?", tanya aku sambil tergaru garu lagi kepala yang tidak berkutu. Kawan2 ku memang suka sangat mencari kutu dan kepala aku yang sangat lebat dengan bulu2 mesti menjadi idaman mereka kalau mereka tidak makan rambutan. Kepala akulah yang mereka suka ligan.
"Miah nak ke pokok jambu air depan sana, papa cakap buah dia sudah masak ranum", jawab Miah sambil mengerdip2kan matanya. Bulu mata miah yang dompot itu seakan akan ikut bergerak.
"aku ikut ko boleh Miah?"
"tak mau lah suppit......nanti semua kawan2 ko akan ikut ko..."
"ala...diaorg tak berani la Miah kalo Supitt ada...diaorg tu kalo Supitt jeling je...diaorg b'keliaran lari gi pokok petai ujung kampung tu", aku meyakinkan Miah supaya membenarkan aku mengikutnya.
"Tp Supitt....Miah takut la nnt ape plak kata suku sakat kita bila nampak kita berdua-duaan?"
Alaaaa Miah...apa la yang kau nak takutkan sangat dengan suku sakat kita. Diaorang tu bukan tau hukum hakam ape pun. Kalo aku bawak kau lari pon Miah, diaorang tak kisah punya la....
Tp memang kalo la ikutkan hati aku yang tgh meronta-ronta dgn jelingan si Miah yang menawan tu, mmg aku nak bawak lari je. Tp memikirkan bapak si Miah, penghulu segala suku-sakat kami kat kawasan ni, aku batalkan saja niat tak elok aku tu. Bak kata manusia, nak pikat anak kena pikat bapak dia dulu. Tp kalo setakat nak pikat bapak si Miah aku rasa tak de masalah. Setakat tetiap minggu aku bg petai 20 papan, senang-senang je bapak Miah masukkan aku dalam senarai menantu dia. Cuma yang aku risau ialah....mak si Miah. Adoiiii....ni yang masalah
Aku melihat si Miah berlalu dengan longlai. Kalau aku ikut si Miah mesti laa kawan2 aku ikut sama. Huh!! mereka semua jenis beruk yang tak makan saman. Sering mengejek saja kerja mereka. Gemulai ekor si Miah mengembangkan bulu tengkuk aku. Akhirnya aku cuma mengeluh perlahan bila terbayangkan taring emak si Miah.
Mak Bom nama emak si Miah memang terkenal dengan beruk betina yang garang. Semua beruk2 jantan atau betina takut dengannya. Pantang ada silap sikit mesti diserang.
Bapak si Miah bernama Pak Kor ok saja tetapi takut bini. Sentiasa saja duduk dibelakang bininya mencari kutu bininya. Pada hal aku tau kalau di belakang Mak Bom, Pak Kor sering mengorat beruk2 betina yang lain. Apalagi kalau Mak Bom pergi ke kebun hujung kampung sana kerana Mak Bom suka makan jering muda dan pisang kaki. Kalau pergi ke kebun hujung kampung sampai seminggu dua..makan minum Pak Kor tak di kisah sangat begitulah adat Mak Bom.
Kalau mengambil hati Pak Kor memang boleh dibeli dengan petai berpapan papan tetapi dengan Mak Bom ni...kalau di bawa pisang kaki pisang tanduk bertandan tandan pun belum tentu dapat ditawan hatinya. Apalagi ada kes yang menyebabkan Mak Bom sangat bencikan suppit.
Erk erk......suppit meneguk air liur keringnya sendiri teringat kisah yang menjadi rahsia antara dia dan Mak Bom...peluh jantan dan betina membasahi bulu2 nya yang lebat.