Post by admin™ on Jun 8, 2005 21:00:23 GMT -5
Keretapi berhenti di stesen Nilai.. aku yang sudah terlena dibahumu kau kejut dengan perlahan. Terasa sangat lembut tanganmu menepuk bahuku perlahan lahan... kalau boleh aku ingin terus buat2 tak tahu supaya tanganmu tak henti2 menepuk bahu, kemudian dada, kemudian pipi...dan kemudian2 tu entah aper aper lagi.
Tapi memikirkan akan keretapi akan bertolak untuk meneruskan destinasinya aku terpaksa sedarkan juga dari tidur yang sekejab. Aneh! aku pula yang terlena dibahumu... agaknya makcik yang sebelah mawar berkaki gelak lebih gila melihat telatahku. Tapi memang makcik tu dah tak ada..dibangku tersebut cuma aku dan mawar berkaki sahaja yang ada.
Dia mendahului aku keluar dari pintu keretapi sedang aku mengekornya dari belakang. Kami menuju keluar dari kotak.. stesen keretapi mencari bas untuk menuju ke Sepang. Duduk2 dibangku dengan diam2.. engkau menatap wajahku seketika kemudian bertanya adakah aku hendak minum atau apa2.. aduh!! makin aku tersentuh dengan layananmu yang sedemikian. Engkau bercakap terlalu lembut...kata2 yang keluar dari bibirmu yang sedikit merah dengan polesan lipstik seakan akan berirama dengan suaramu.
"Fir nak minum air....nak keropok goreng?",tanya Mawar sambil menatap wajahku manja. Mata bundar dan sayunya menikam dalam2 pada jantung hatiku.
"ehemm....tak nak.."
"mawar belikan air mineral boleh?",tanyanya lagi dan aku cuma mengangguk. Dia beredar ke gerai depan dan aku menatap lenggang lengguk jalannya. Terasa gemuruh lagi dadaku. Terasa tidak aku tinggalkan gadis itu jauh2... dan aku memang akan pergi jauh.. bayangkan terbang melintasi lautan....mesti jauh dan yang pasti gadis ini akan d**elilingi oleh orang lain dan bukan aku yang selalu ditatapnya. Cemburu mulai mahu meletup dalam hatiku.
Tiba2 bahu ku ditepuk perlahan, dan aku menoleh kepada orang disebelahku.
"Bas ke Sepang dah datang...panggillah isteri kau tu!" suruhnya. Dan aku sedikit ternganga... adeiii!! kalau lah masa itu lalat berkeliaran mungkin dalam mulutku lah mereka akan beranak pinak...
"oh!!" cuma itu jawab ku untuk menjauhkan rasa debar yang bergemuruh dalam dada. Aku melangkah melaju menuju ke tempat mawar berkaki sedang membeli air mineral.
"Fir nak apa lagi erk..? Kan dekat KLIA sana barang2 mahal tau....Fir nak makan erk?.. ".aku geleng2 kepala.
"Bas dah datang....".bisikku perlahan ke telinga mawar. Dan dia melontar senyuman yang paling manis. Dia membayar harga air mineral dan entah apa2 yang dibelinya...
Kami berjalan beriringan menuju ke bas. Aku membiarkan dia naik dahulu dan aku ikut dibelakang. Rupanya lelaki yang menyuruh aku memanggilkan mawar tak lepas2 memandang kepada kami berdua. Aku jadi heran sendiri. Tadi makcik yang dalam keretapi tak berhenti2 memandang kami...sekarang digantikan oleh lelaki ini pula. Agaknya memang kami berdua pasangan yang aneh.
Mawar duduk disebelah tingkap dan aku duduk disampingnya. Sedikit bersentuhan bahu...dan dia mula membuka air mineral dan mengujukkan kepada ku botol air mineral yang sudah diisikan dengan straw. Untung aku kalau dapat beristerikan mawar berkaki ini. Agaknya aku dilayan sebegini juga... atau lebih lagi. Tiba2 aku lihat mawar tersenyum lebar... dan aku makin keheranan lagi....
cinta ini telah meruntuhkan lagi
sebuah harapan yang terbina
dan luka akibat cinta ini
semakin melarakan bila aku kembali
ke tanah semenanjung
sedang engkau tiada lagi
disampingku......
Sengaja aku datang ke kotamu
Lama nian tidak bertemu
Ingin diriku mengulang kembali
Berjalan jalan bagai tahun lalu
Walau diriku kini tlah berdua
Dirimupun tiada berbeda
Namun kenangan spanjang jalan itu
Tak mungkin lepas dari ingatanku
Sepanjang jalan kenangan
Kita slalu bergandeng tangan
Sepanjang jalan kenangan
Kau peluk diriku mesra
Hujan yang rintik rintik
Di awal bulan itu
Menambah nikmatnya malam syahdu

Kisah cinta kita
jatuh berderai
bagai kaca yang terhempas ke batu
angkara fitnah yang melanda
pedih untuk ku tanggung
tapi ....semua berlalu sepi
namun ku cuba
mengutip semula
jejak jejak yang hilang
kabur sekabur mentari
di lindungi kabus
akhirnya
aku berlalu pergi
tanpa dapat mengesan jejak mu lagi
jatuh berderai
bagai kaca yang terhempas ke batu
angkara fitnah yang melanda
pedih untuk ku tanggung
tapi ....semua berlalu sepi
namun ku cuba
mengutip semula
jejak jejak yang hilang
kabur sekabur mentari
di lindungi kabus
akhirnya
aku berlalu pergi
tanpa dapat mengesan jejak mu lagi