admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 8, 2005 20:45:43 GMT -5
Dia termenung dipinggiran kali sambil menutupi ruang diri dengan berlindung disebalik pohon mangga. Ada deru angin lembut yang membelai diri, membelai wajah sepinya. Dia mengusap jari jemarinya sambil merenung cincin dijari manisnya. Sudah habiskah manis itu sehingga tiada lagi perkhabaran yang didengarnya. Cinta itu datang sekali tapi acap kali menyapa ruang jendela hatinya. Memang selalu bertukar ganti, tapi kadang kadang menyingkirkan yang pernah menapak disukmanya amat sukar sekali. Rukman bukan nama asing, tapi selalu menjadi rakan sekongsinya sejak kecil lagi sehingga dia ditunangkan dengan Rukman dengan penuh ketulusan dan kebahgiaan dia menerima lamaran itu. Biarpun dia belum tau bagaimana hendak mentafsirkan rasa hatinya sendiri. Cintakah dia kepada Rukman atau cuma takut akan kehilangan orang yang banyak memberi dorongan dan pertolongan kepadanya, atau takut dia akan kehilangan masa masa manis yang pernah dilalui bersama Rukman. Dia tidak tahu sedalam mana kasihnya kepada Rukman biarpun dia tahu bahawa lelaki itu amat menyintainya. Hati perempuannya masih lagi lembut masih lagi menyapa kasih kasih yang datang bertamu dibirai hatinya.
Teringat dia pada pertemuan dia dengan lelaki yang bernama Sabirin, orangnya sederhana tapi kelakar. Hatinya mulai tersentuh dengan kelakar kelakar Sabirin tidak seperti Rukman orangnya agak serius dan tak berapa pandai berkata kata. Tiba tiba dia jadi rindu pada orang yang bernama Sabirin...tolonglah Rukman tolonglah kau pegang tanganku ini.....jangan biarkan aku terlepas dari engkau aku takut dengan bayangan itu, Rukman dimana engkau.....di mana engkau Rukman.
Rukman seorang pegawai tentera yang berpangkat kapten. Gigih berkerja dan sering saja kehilangan masa luangnya demi negara. Sebagai pilot dia mesti selalu bersedia...tugasnya tak kira tempat dan masa. Dalam diam diam dia teramat merindui sekali tunangannya Alisya...sedang apa agaknya tunangnya itu. Setiakah dia, rindukah dia...hatinya sering tertanya tanya...dia memang tak pandai bersuara tapi dia juga punya rasa dan punya cinta....... Dia tau Alisya sudah penat dalam menantinya...sudah hampir tiga tahun dia bertunang bukan satu jangka masa yang pendek..dia sentiasa saja sibuk dalam tahun tahun terakhir ini lebih lebih lagi dia telah ditugaskan mengawal perairan negara.......sibuk sungguh. Rukman merenung gambar Alisya di dalam dompetnya yang tersenyum manis, berbaju kurung dan berselindang. Ayu seayu orangnya.
Memang Alisya adalah cinta pertamanya, cinta dari zaman anak anak dia tidak pernah membuka matanya kepada gadis lain selain dari Alisya. Sebagai seorang tentera yang segak dan punyai jawatan dia mesti digilai oleh ramai gadis tetapi hatinya seperti beku dengan sapaan yang lain. Baginya Alisya sudah cukup memadai untuk dia. Wajah lembut gadis itu selalu saja mengusik mimpi mimpi dia dimalam hari suara yang manja....tetapi sayangnya Rukman sendiri tidak pandai bermanja mungkin kerana dia tegas dan tugasnya menjadikan dia tidak pandai merenggek renggek cinta.
Rukman teringat kepada sahabat baiknya Sabirin. Lelaki itu sentiasa kelakar dan selalu saja menjadikan apa saja topik sebagai rakan ketawa dan ketawa Rukman cuma mulut yang terbuka tidak seperti Sabirin. Dimana engkau sahabatku masihkan engkau dikampung atau merantau kemana mana? Telah lama dia tidak menemui Sabirin sejak dia bertunang dengan Alisya lelaki itu hilang entah kemana. Jejak nya pun payah nak diikuti.
Sabirin lelaki pongah. Sederhana. Sedikit gelap dengan rambut panjang melepasi bahu, mata yang tajam tanpa misai dan janggut... dia tidak tampan tetapi dia manis dan menarik. Kisahnya juga menarik. Dia dalam diam diam menyintai orang yang sama dengan Rukman. Tetapi demi sahabat baik dia sanggup mengorbankan cintanya. Dia tidak pernah mahu berebut kasih dengan Rukman kerana sayangnya kepada Rukman melebihi dari dia menyayangi diri sendiri. Kehadiran Rukman sendiri didalam hidupnya amat bermakna biarpun dalam diam diam dia menyintai Alisya dengan caranya tersendiri.
Memang ramai lelaki akan jatuh cinta dengan Alisya. Perempuan itu terlalu lembut , terlalu halus dan amat santun sekali. Mana mana lelaki tak akan membiarkan gadis yang begitu baik berlalu begitu saja.
Sabirin baru pulang dari merantau...dia kerja kapal dan kerja itu menjadikan dia makin gelap dan pertemuannya dengan Alisya mengundang rindunya yang merimbun untuk gadis itu. Biar berapa banyak pelabuhan yang disinggahinya tak pernah ada perempuan yang dapat memikat hatinya sebagaimana melekatnya gadis itu dalam hatinya. Dia bertemu tak sengaja, dia ingat Alisya sudah kemana mana dibawa Rukman sebagai isteri......tetapi terkejut dia Alisya masih lagi berstatus tunang dengan Rukman dan entah kenapa tiba tiba hati dia mulai kuat untuk kembali mendekati bunga idaman hatinya itu. Rukman peganglah tanganku, tahanlah aku dari mendekatinya.. bisik hati kecil Sabirin perlahan. Kuatkan hatiku sekuat dulu, tetapi makin kuat dia melarikan diri makin dekat lagi dia mendekati Alisya dan gadis itu pula tidak lagi seperti dulu mengasingkan diri......tiba tiba ada keterbukaan dalam berbicara ah! Rukman berdosakah aku kepada engkau....Rukman tolonglah ..gapailah tanganku ini.. jangan biarkan hatiku menodai hatimu, aku tidak ingin engkau terluka .. tetapi hatiku makin degil Rukman.
Sabirin membiarkan dadanya bengkak dengan teka teki yang tak berkesudahan. Payah membuang impian yang mulai datang dan bertamu.. dan cinta itu makin mahu melekat dan mendekat.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 8, 2005 20:47:17 GMT -5
PART 2
Bagaimana mungkin hati ini menjadi semakin gundah....semakin pasrah akan kemana harus aku campakkan seluruh rasa ini.. bagaimana aku bisa hidup andai terus saja diburu oleh bayang bayangmu. Akan kenapakah pada engkau hatiku harus jatuh kasih, jatuh sayang, jatuh cinta? apa alasannya....aku sendiri payah hendak memengertikan hatiku sendiri, pahitnya semakin memenuhi ruang diri akan kelautan manakah nanti kedukaan ini akan aku campakkan....akan kepelabuhan manakah kelukaan ini nanti akan aku labuhkan...payahnya menjangkau angan angan untuk terus bersama hidup denganmu. Aku memang sukar untuk memberikan hati ku pada orang...aku sukar untuk membuka diri tapi andai keterbukaan itu telah nampak akulah orang yang paling setia pada janji...tidak aku leraikan janji itu biarpun aku terluka dan dilukakan...
aku bersumpah demi cinta kita aku cinta kamu dan hanya kamu aku tidak boleh menyintai yang lain seperti mana aku menyintaimu aku bersumpah demi cinta kita biar orang panggil aku gila mungkin juga ada benarnya aku kehilangan diriku kepadamu tak ada apa lagi yang penting selain dari ingin selalu dekat denganmu menatap wajahmu mendengar gemersik suaramu berjalan berpegang tangan denganmu menyusuri pantai ditemani angin petang dan aku tak perlu takut akan rasaku ini semua penderitaan akan aku lalui aku bersumpah aku cinta kamu dan hanya kamu aku telah kehilangan hatiku kepadamu dan tiada lagi yang bermakna akan aku berikan segalanya untukmu untuk berada dekat denganmu sentiasa aku bersumpah demi cinta kita dengar degup jantungku tergetar apabila dekat denganmu mengapa hati sering rindu denganmu dan mengapa selalu aku fikirkan tentangmu suatu emosi yang tak terkawal bila berada dikitaranmu aku bersumpah demi cinta kita akan ku berikan segalanya untukmu
anehnya cinta yang datang dan bertamu pada kamar hatiku. cuma engkau yang selalu ada disana dan menari narikan lagu rindu......kerinduan membelit diri melekat seluruh dendam rasa ingin aku terbang melangkahi awan untuk bersama sama denganmu.......
ah! Rukman menjadi penyair tak bertauliah lagi. Merenung wajah Alisya yang manja itu membuatkan segalanya menjadi bertambah kacau. Rukman tidak tahu disaat itu....Alisyanya sedang berada bersama sama dengan Sabirin sahabat baiknya yang dicari carinya kemana mana itu.
Alisya menerima tawaran Sabirin untuk keluar. Dan mereka sekarang sering keluar atau kadang kadang Sabirin mengambil dan mengantar dia ke tempat kerja. Tiba -tiba Sabirin menjadi kemaruk akan pertemuan dengan Alisya yang sedang kesepian itu. Ingatannya kepada Rukman semakin samar dan semakin berbaur. Kehadiran Sabirin telah membuang penatnya kepada rindu untuk Rukman. Hari harinya makin ceria dan dia makin hilang dirinya....bersahabat dengan orang yang ceria seperti Sabirin sesuatu yang manis dan Sabirin pula memang seorang lelaki yang pandai memikat hati perempuan lebih lebih lagi perempuan itu adalah orang yang dicintainya. Merasakan yang Rukman telah melepaskan peluang yang diberikan kepada nya... dia merasakan yang Alisya memang telah ditakdirkan kepadanya. Sedang waktu itu Alisya didalam kemelut diri. Dia telah letih dan merasa penat dalam penantian untuk hidup bersama Rukman lelaki yang sekarang menjadi samar samar....tapi masih ada melekat disudut hatinya. Aneh juga semakin dalam perhubungan dia dengan Sabirin semakin payah lagi dia membuang Rukman dari hatinya.....cinta apakah ini......hubungan apakah ini.... atau perasaan apakah ini....curang?? Curangkah dia....sedang dia memang perlukan seseorang didalam hidupnya.....Rukman terlalu tidak mengerti dan selalu begitu. Memang Rukman lelaki yang baik....mengambil berat.....tetapi entahlah dia semakin malas memikirkan semuanya. Sedang perhubungan diantara Alisya dan Sabirin makin melekat...tiba2 datang satu berita yang Rukman terlibat dalam kemalangan yang dahsyat di udara.....dimana jet yang dipandunya meletup diudara dan dia sempat melepaskan dirinya ke udara...tetapi dia telah jatuh disatu kawasan padang yang dipenuh banir.....luka parah...dia dimasukkan ke hospital dan dia koma. Berita itu seakan akan mahu memberikan tanda kepada Sabirin bahawa memang Alisya telah ditakdirkan untuknya. Sedangkan berita itu sepatutnya menjadi kesedihan sepatutnya menjadi balasungkawa kepada Sabirin....namun ianya menjadi satu kelegaan kepadanya.Jalan keluar untuk Alisya kembali kepadanya. Alisya menerima berita itu dengan terkejut...dan dalam diam dia menangisi nasib malang Rukman. Menerima nasib yang tunangnya sedang koma......seakan akan memberhentikan segala yang dia lalui bersama sama Sabirin. Baru dia tersedar yang dia telah menghanyutkan dirinya jauh jauh dari Rukman. Tunangnya yang menyintainya dengan sepenuh hatinya, tetapi dia telah mengabaikan semua itu....apakah yang difikirkan oleh Rukman waktu itu?
Rukman lelaki yang tabah dan sabar. Dia menerima takdirnya...dia lumpuh diantara pinggulnya dan kebawah...dia gagal menjadi lelaki yang sebenar. Beberapa bulan itu dia mula memikirkan tentang Alisya. Dia tahu yang Sabirin berkawan dan selalu menemani Alisya kemana saja tunangnya itu pergi....tiba tiba Rukman mempunyai gagasan yang tersendiri....apa salahnya aku korbankan cinta aku demi mereka.....petang itu Rukman di datangi Alisya sendiri....
"Lisya...aku memang menyintai engkau....sedalam dalamnya, dalam hidup ini aku cuma cintakan engkau....dan aku tidak boleh mementingkan diriku sendiri dan aku tau kau cintakan aku juga.. tapi demi kehidupanmu yang seterusnya aku perlu bebaskan engkau dari ikatan ini....itu bukan bermakna aku tidak cintakan engkau....kerana aku tersangat menyintai engkau aku mahu engkau hidup sewajarnya......engkau wanita ...engkau sempurna....dan aku ingin engkau nikmati apa yang sepatutnya engkau nikmati.....dan aku tahu engkau pun tak akan melupakan aku...tetapi hidup ini tidak cuma kita saja......" Alisya menunduk mendengar kata kata Rukman sambil memainkan cincin dijarinya...seakan menjadi satu kelegaan kepadanya. Kerana dia sendiri sudah terperangkap dengan kasihsayang untuk Sabirin....dan Rukman telah membuka jalan itu. Letihnya dalam penantian untuk hidup bersama Rukman...dan kehadiran Sabirin menceriakan hari harinya. "kau terimalah sahabatku itu...untuk menjadi suamimu dan aku bebaskan engkau dari ikatan pertunangan kita.....kau faham bukan...aku sayang kau....amat sayang kau dan menyintai engkau....dan aku ingin engkau bahgia dan aku rasakan yang Sabirin mampu membahgiakan engkau....."
Sabirin seakan menyorak menerima berita tersebut. Sedang Alisya sebenarnya makin keliru dengan perasaan nya sendiri. Dia tidak pernah melupakan Rukman......tetapi lelaki itu terlalu dingin dalam perhubungan....apakah setiap perempuan mahu sentiasa dirinya dibelai...atau kah memang sikap Rukman begitu...tidak hangat tidak manja....kerana dia tenterakah atau memang sikap Rukman begitu.....tetapi dalam diam diam Alisya merasakan dia masih lagi menyayangi Rukman....cuma dia seakan mendendami Rukman yang terlalu tertutup dalam perhubungan.. merasakan yang Rukman lebih menyintai tugasnya negaranya keluarganya dari dia....memang selama ini Rukman banyak berkorban untuk keluarga...kerana Rukman anak yang sulung dan dia berjaya....dia mesti berkorban membahgiakan keluarga dahulu sebelum dirinya sendiri. Itu janji Rukman kepada arwah bapanya...dan dia mesti lunasi semua itu....kerana memang Rukman orang yang berpegang kepada janji. Adik beradik yang seramai enam orang itu perlu diurusinya sebelum dia mengurusi dirinya sendiri... dia ingat Alisya memahami dirinya sedang dia tidak tahu yang Alisya sudah penat dalam penantian......ah! perempuan....apa lagi yang dimahu dalam hidup apabila sudah dewasa selain dari orang yang dicintai berada disebelahnya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 8, 2005 20:49:32 GMT -5
PART 3
Mereka akhirnya berkawin....dalam restu Rukman. Meriah sekali perkahwinan tersebut maklum Alisya satu satu anak.....dan Sabirin juga ingin memeriahkan hari bahgianya. Dia tidak lagi menoleh kepada Rukman. Dia berubah totalnya sekali. Dia merasakan seolah olah kemenangan ada dipihaknya. Ah! anak yatim seperti Sabirin tentu tidak sehalus perasaan yang dimiliki oleh Rukman. Dia seakan ingin mengkhabarkan kepada dunia yang dia telah mendapat apa yang dicintainya....dan dia telah terlupa kepada Rukman sahabat baiknya itu.....tangan Rukman semakin sukar dipegang....dia seakan tidak mengindahkan kesakitan Rukman....lelaki lumpuh yang tidak dapat melakukan apa saja..terpaksa membebaskan cintanya demi orang yang dicintai....dan Alisya semakin keliru dengan rasanya....sedang dia cuma merasa menyayangi Sabirin.....dihari pernikahannya itu baru dia merasakan yang dia sebenarnya amat menyintai Rukman tetapi semuanya sudah terlewat.....kerana keluarganya seakan merestu Sabirin menjadi menantunya....dan Alisya tidak lagi seceria dulu....biarpun sering ditinggalkan Rukman dia tidak merasa begitu menderita.......tetapi sekarang hati makin terluka...dia merasa sakit...seperti mana Rukman... Kemeriahan perkahwinan.....semua orang bergembira satu wajah tersusuk sepi....disebalik kerusi roda Rukman dibawa pembantunya bercuti kesebuah pulau. Jururawat itu bernama Danila.....gadis serani...anak cina campur india...kecil molek orangnya...putih dan lembut..rambut yang mengurai melepasi bahu...sentiasa ada disamping Rukman sejak awal dia dimasukkan ke hospital.....alis matanya lentik.....rambutnya agak keperangan...watak yang sama seperti Alisya....manja tetapi tegas....dan gadis itu tau apa yang tersirat didalam hati Rukman.....dia ingin mengembirakan lelaki lumpuh itu...diwajah lelaki itu seakan tersurat yang cinta itu benar benar mahu membunuh seluruh rasanya....dan wajah itu semakin kuat untuk mengulur ngulurkan waktu dan membiarkan duka itu berlalu....terlalu kebal hati lelaki itu... teguhnya...akan kasih itu. Doktor Haslinda.....teman sekuliah Rukman yang menjadi doktor perawatnya telah memilih Danila kerana dia tau akan kepakaran Danila....dan kebaikan gadis itu....muda belia lagi baru memasuki umur dua puluh satu tahun...berbanding dengan dia sendiri sudah tigapuluh lima tetapi telah menjadi janda anak tiga. Dia tidak mahu lagi meneruskan perkahwinannya kerana dia tidak mahu berkongsi kasih dengan wanita lain. Dia membebaskan dirinya dari ikatan perkahwinan dan dia memelihara sendiri ketiga tiga anaknya dan membiarkan bekas suaminya menikmati hidup tanpa gangguan tanggungjawab. Dia seorang doktor yang bertugas untuk hospital tentera dan dia mengenali Rukman sejak dia belum kahwin lagi. Dia memang seorang yang bebas...amat bebas sekali kerana bagi dia hidup cuma sekali....hatinya pernah tertarik pada Rukman....tetapi pemuda itu seolah olah cuma mahu bersahabat dan mereka kekal bersahabat sampai sekarang.
Cinta perlukah kepada ucapan...perlukan pada sebutan..cinta perlukan pada perlakuan...Danila merenung wajah Rukman diam diam....lelaki itu biarpun sakit namun tubuhnya tetap tegar dan kukuh..dia lelaki yang tidak ikut sakit dengan kelumpuhan. Tiba-tiba bocah kecil itu merasakan satu perasaan yang aneh setiap kali memandang wajah Rukman. Ada perasaan yang tergetar getar apabila menyentuh lelaki itu. Ingin melindungi lelaki itu dari rasa sakit dan kecewa..aneh sungguh rasa itu.
Disatu ruang lagi....kemeriahan perkahwinan Alisya sayangnya tidak terbawa sampai keranjang pengantin. Entah kenapa malam pengantin itu Sabirin tergopoh gopoh....dia melupakan pengorbanan Rukman dan dia merasakan dia keluar sebagai pemenang dan ingin mengambil haknya sebagai seorang suami sedang Alisya sendiri dalam satu perasaan yang memilukan dan mulai merasakan akan cinta Rukman yang tulus itu.....dia melayani Sabirin seadanya tidak hangat dan tidak juga menolak...dan Sabirin menyangka memang begitulah layanan orang yang pertama kali dikamar pengantin....dia sebenarnya keliru dengan Alisya....tiba tiba dia ingin meregut haknya sebagai suami Alisya menjerit nama Rukman.....perlahan....tapi sayu..pilu dan merayu...dan tiba tiba kejantanan Sabirin terkulai layu...dan biasa dinaikkan lagi. Renyuh hati Alisya melihatkan keadaan suaminya.....dan waktu itu juga Sabirin teringatkan akan Rukman dan dia menangis semahu mahunya.....dia telah melupakan hati Rukman....dan dia keluar meninggalkan Alisya sendiri...dan sejak malam itu....dia tidak pernah lagi memasuki kamar Alisya......malam pengantin itu menjadi dingin sedingin es....dan Alisya pula tidak pernah mengeluh....atau meminta....mereka meneruskan hari harinya seperti biasa......memang pernah Sabirin mencuba juga untuk menjadi lelaki dan suami kepada Alisya seperti biasa...kejantanannya tidak pernah menjadi...dan dia mulai merasakan sesuatu yang tidak kena.....
~tetiba dah malas nak menyudahkannya...cerpen ker novel nih!! sambung jer sapa nak sambung....kalau rajin aku sambung...kundang tq arr aku cuma penulisan picisan yang menulis cuma ikut naluri hati
Dia mula berubat...dia ingat mungkin dia terlalu stress dan gembira mendapatkan apa yang dicintainya...tapi dia tidak ke doktor malah sebaliknya dia ke dukun dimana dia diurut dan disuruh menguji kejantanan dengan orang lain dulu sebelum mencuba dengan isterinya. Sabirinpun melakukan sebagaimana yang disuruh dukun..dia mendatangi rumah pelacuran dan dipilih yang sesuai dengan seleranya....aneh kejantanan berjalan lancar dengan pelacur tersebut.. dia kembali kerumah dia segembira lelaki lain......kali ini dia akan tunjukan kejantanan kepada Alisya isteri yang dicintainya. Malam itu dia mandi awal dan berlama lama dikamar mandi........dia memasuki kamar Alisya dan seadanya sebagai seorang isteri yang baik Alisya tau akan maksud yang tersirat dihati suaminya itu biarpun dia makin merasakan ada jurang perasaannya untuk Sabirin. Malam itu tetap bukan malam pengantin untuk Sabirin biarpun dia ditolong oleh Alisya juga......kesian Sabirin...dan dia mula sadar dia terpaksa menerima hakikat yang dirinya ikut lumpuh bersama Rukman untuk Alisya...dia makin sadar yang ketulusan dan keikhlasan temanya itu menjadikan dia tidak bermaya..dia marah akan dirinya........dia mulai membenci dirinya sendiri..makin dia gusar semakin dia teringat akan Rukman yang tulus itu.......
"Sa...ku serahkan Alisya yang aku cintai untuk engkau nikahi, kau bahgiakan dia dan jangan kau sakiti hatinya....kau datangilah dia dalam dia ikhlas menerimamu...jangan kau pogah kerana aku tahu apa ada dihatinya......biar perhubungan itu seikhlasnya....saling memberi dan menerima bukan cuma engkau saja....." suara Rukman perlahan lembut tetapi penuh kesedihan sedang dalam hati Sabirin mengenyahkan segalanya kerana dia keluar sebagai pemenang. Kau lumpuh buat saja seperti lelaki lumpuh.....memang tuhan telah mentakdirkan aku untuk dia...ego Sabirin berbisik dalam hatinya sendiri.
Sabirin berubah menjadi pembengis.....dia mulai benci kepada dirinya sendiri....dia menjadi baran dan menyakiti hati Alisya.....namun perempuan itu menerima saja dengan wajar kerana dia harus mentaati suaminya.....biarpun hatinya makin tawar dan makin gundah. Setiap detik dia teringatkan kepada Rukman. Lelaki yang berjiwa besar itu. Biar lumpuh masih gigih meneruskan kehidupan dan cuba membahgiakan keluarganya. Rukman tidak menjadi parasit dan cuma makan hasil wang tabungnya......dia membuka sebuah cyber cafe...sederhana memang...tapi demi kelangsungan hidup..dia tidak mahu bergantung cuma dari wang dana itu...dan dia ingin jadi lelaki yang tetap bertanggungjawab kepada keluarganya. Lumpuh tidak menghalang dia untuk jadi orang. Seringkali Alisya merenung masa masa manisnya bersama Rukman. Memang lelaki itu tidak pandai memujuk kalau dia merajuk....tidak pandai merayu....entah kenapa dia begitu beku dalam perhubungan...kadang kadang Rukman romantik juga orangnya.....dia akan ingat tarikh tarikh yang mesti diingati......kiriman bunga tidak pernah tidak pada tarikh2 keramat....namun memang orangnya sebegitu......Rukman tak pandai menzahirkan apa yang ada dihatinya tetapi dia menyintai lelaki itu. Dia cuma khilaf seketika....dan juga memang takdirnya begitu dia terpaksa meneruskan hari harinya.....sebagaimana dulu....Sabirin makin menjauhinya, makin sibuk dengan dirinya sendiri. Mereka menjadi dua orang asing yang berada satu rumah dan tidak satu kamar. Sabirin makin ketagih ke rumah rumah pelacuran untuk melampiaskan kesakitan hatinya. Dia mulai merasakan dirinya tak ada harga dihadapan isterinya. Dia menyintai dan menyayangi Alisya tetapi dalam waktu yang sama dia menyakiti orang yang dicintainya....dia tidak berani berkongsi masalahnya dengan isteri dan membuang diri..pada bayang bayang kelabu.
Rukman pula makin hari makin tabah didalam hidup. Biarpun masih ada sisa sisa kenangan untuk Alisya dia diamkan saja dalam dadanya. Menyibukan dirinya dengan kerja..dan dia memang seorang yang gilakan kerja. Kerana dia tau...masih banyak yang bergantung hidup dengannya....dia mahu semua adik adiknya menjadi orang yang berjaya....dan dalam diam diam ada dua wanita yang mulai menyuruti hatinya untuk ikut larut dalam hidup Rukman.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 8, 2005 20:50:43 GMT -5
Wanita itu adalah Danila perawat muda dan Doktor Haslinda janda anak tiga....dua duanya sering saja ikut larut dalam kehidupan sehari hari Rukman. Rukman lelaki lumpuh cuma pada anggotanya..dia tidak ikut lumpuh dengan jiwanya. Jiwanya masih tetap besar ingin menjadi orang yang tidak perlu bergantung dengan orang lain..tetapi dia tidak sedar keterbatasannya.. yang dia tetap cacat dan perlu bergantung dengan orang lain juga.......dan inilah yang dilihat oleh Danila si perawat kecil itu. Setiap kali dia melihat Rukman terkial kial menyarungkan seluarnya...atau apa saja hatinya makin renyuh dia ingin mengabdikan dirinya kepada Rukman.......pada lelaki itu yang telah menyentuh hati sucinya. Dengan berani dia mendatangi Rukman....."abang Rukman, ini adalah permintaan Dani yang tulus untuk abang....Dani ingin menjadi isteri abang...ingin membantu abang dalam kesukaran abang....Dani tidak meminta lebih dari apa yang abang mampu berikan...cuma Dani ingin mengurangkan kesukaran abang.....dan kita tidak lagi menjadi tidak halal kalau sering menyentuh.....abang tau dosa seorang bukan muhrim saling menyentuhkan?.. Dani ingin memudahkan kerja abang....Dani tau apa yang Dani minta keterlaluan......tapi demi yang dinamakan kasihsayang yang tulus.....Dani sanggup abang....tidak salah bukan?" Rukman merenung dalam dalam pada wajah Danila...anak manis itu..kalau aku kawin muda dia sudah pasti akan menjadi anakku...beza umur yang belasan tahun tetapi sudah berfikiran seperti orang dewasa. Rukman tau apa erti itu cinta dan pengorbanan. Dan dia tahu apa yang ada di dalam dada Danila.....gadis itu menyintainya....sesungguhnya..hati lelakinya tersentuh kerana dia sudah mulai berfikir untuk menghentikan semua perasaan Danila terhadapnya dengan mengambil perawat lelaki untuk menolongnya.....tetapi di halang oleh Doktor Haslinda kerana orang seperti Rukman memerlukan seorang yang halus jiwanya untuk membantunya. "Dani tau apa yang Dani lakukan abang....memang Dani menyintai abang sejak pertama kali Dani temui abang terbaring koma .. entah kenapa Dani tidak tahu mungkin itulah takdir Dani.. Dani perlukan orang seperti abang untuk mendorongkan hidup Dani....orang yang penuh kasihsayang dan Dani tak harapkan abang menyintai Dani....kerana Dani tau apa yang ada dihati abang......cuma yang Dani mahu memudahkan kerja abang dan ada disamping abang sentiasa.. Dani tak akan memasuki dunia abang dengan paksa cuma Dani ingin jadi isteri abang dan menjaga segala keperluan abang...." Rukman memahami....dia akur pada lumrah takdirnya. Dia tidak mahu menolak huluran kasih yang tulus mulus....dia tidak mahu kejam kepada Danila..... kerana dia tahu dia tidak mampu untuk memberikan kebahgiaan kepada Danila. "Tidak semua kasihsayang itu perlukan kita ke kamar tidur abang....Dani tidak meminta itu.. kita akan berlainan kamar cuma Dani ini menyerahkan seluruh kesetiaan Dani kepada abang " "Dani tau apa yang Dani minta itu amat sukar abang tunaikan.....kerana abang tidak mahu menyakitimu Dani....abang tidak mahu menjadi orang kejam..." "Dani tau apa yang Dani mahukan....Dani ingin menumpang kasihsayang dengan abang... Dani tidak ada siapa siapa lagi didunia ini...apa salahnya kalau kita saling bergantungan...abang.. Dani faham abang...Dani tidak akan meminta lebih dari apa yang mampu abang berikan tapi Dani yang akan berikan kepada abang apa yang mampu Dani berikan...."
Terhenyah seketika Rukman. Permainan apakah yang kau berikan untuk aku lagi....tertanya tanya Rukman pada dirinya sendiri. Menerimakan aku huluran kasihsayang ini.. sedang hati ini tetap masih melekat pada Alisya..... pasti orang yang dicintainya sudah berbahgia...itu yang selalu dia doakan...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 17, 2007 7:06:10 GMT -5
bila ler nak edit jadi buku citer nih isk..........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 4, 2013 4:37:36 GMT -5
Hurmm.......... dunia kita berbeda.
|
|