Post by admin™ on Oct 28, 2004 2:44:09 GMT -5
"Aku puas!!! Akhirnya kecundang seorang perwira yang mengagung-agungkan keikhlasan cinta. Tiga tahun hatiku mati untuk menerima keikhlasan cinta huluranmu. Barangkali aku keterlaluan. Tapi ketahuilah perwira seperti mu pernah merobek hati ini.
Ku kutip semula cebisan-cebisan hati yang pernah dikecewakan. Lalu ku gumpalkan bersama air asin Laut China Selatan. Beku menjadi batu. Terlalu keras. Hujan-hujan kasih yang berlimpahan kau curahkan padaku cuma sekadar mendinginkan tubuhku. Tidak menghakis sedikitpun. Hatiku bukan kertas litmus biru yang boleh kau uji dengan keasidan cinta mu lalu bertukar menjadi merah. Cinta mu belum mampu untuk menuteralkan hatiku yang pekat dengan dendam kepada insan-insan sepertimu.
Menggunung harapan yang kau ciptakan. Aku cuma pelakon yang baik. Berpura-pura mencipta lakaran harapan untuk hidup bersamamu. Ku akui, sepanjang perkenalan kita tidak sekali pun tingkahmu menyakiti hati. Cuma aku, yang terlalu keras katamu. Pernah ku katakan padamu, tidak mungkin aku menyayangi mu sepertimana dirimu menyayangiku. Hari-hari yang dilalui bersamamu adalah hari-hari yang ku tunggu detik kecundangmu dalam menagih cinta.
Waktu kian hampir. Kau menagih kesungguhan cintaku. Menginginkan mahligai impian. Bukan sekali kau mengajukan persoalan membuktikan cinta ku padamu. Acapkali rasanya…dan kini tiga tahun kau menantiku dengan kesabaran, seperti yang pernah ku janjikan dalam lakonan sandiwaraku. Beriku masa tiga tahun untuk mengenalimu. Kataku suatu ketika dulu.
Hati ketawalah sepuasnya hari ini…kerna hari ini kita akan menyaksikan natijah cinta sejati yang pernah kau berikan dahulu tetapi dibalas dengan kedukaan. Sejarahnya tetap sama, berulang. Cinta ikhlas cuma keputusanya adalah kedukaan! Maafkan aku, kerna pernah ku katakan aku bukan insan yang kau impi. Tapi kau degil. Hatiku kosong. Bukan milikmu. Tiada bekas kasih sayang. Yang ada cuma balam-balam luka lama. Entah bila hilangnya.
Lan, maaf cintaku bukan milikmu. Jangan menagih kasihmu. Kerana pernah ku bicarakan hati ku kosong. Dan aku tidak sanggup menyintaimu, kerna aku hanya bersandiwara. Lan, kau sebenarnya mangsa dendamku… dendamku kepada lelaki yang merobek hatiku yang begitu ikhlas menyintai suatu ketika dulu. Lan biarkan aku pergi. Jangan kau kejar, carilah insan yang tulus menerima cintamu. Ku yakin ada insan yang benar-benar menyintaimu sepenuhnya. Lan biarkan aku pergi dari hatimu, dirimu cuma pertaruhan dendamku. Kini aku puas melihat kehancuran dirimu yang begitu mengagungkan cinta.
Jiwa ini damai…bebas…tanpa ada insan yang duduk dihati ini. Ringan rasanya. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku…jauhi aku dari perbuatan keji. Berikan ku kekuatan untuk meneruskan kembara ku ini. Tunjukkan aku landasan mu yang benar ya Allah. Lan, maafkan aku. Sebenarnya ada rasa bersalah dihati ini!!! Aku menjadi sepi. Tanpamu hari-hari yang ku lalui kosong. Kali ini biarlah aku yang mengejar kasihmu semula.
Bersama desiran ombak rindu ini kita lalu bersama. Angin pantai timur mencium pipiku. Senja itu kita kembali bersama. Dan malam-malam kita lalui bertemankan bintang dilangit. Subuh ini, kesejukan mencengkam tubuh. Kehangatan cintamu memanaskan diriku. Pantai ini menjadi saksi antara kita. Petang-petang ini kita duduk bersama… merencana sesuatu.Yang pastinya kita bertemankan jagung rebus kegemaranku