admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:23:35 GMT -5
lakaran novelku lagi.. tapi entah bila nak aku publishkan.. Setiapkali dia datang kepadaku dia akan menguntumkan secebis senyuman. Senyuman yang menawan dan menggoda hati lelakiku. Dan apabila dia tersenyum maka nampaklah lesung pipit di kedua pipinya yang kemerahan merahan itu yang sering membuatkan aku sedikit gemas. Aduh! Dia memangnya seorang gadis yang cukup menawan dan boleh dikatakan dalam kategori jelita juga. Ini membuatkan aku tambah mengagumi dirinya. Wajahnya yang bujur sireh tanpa ditemani jerawat amat mempersonakan dengan hiasi sepasang mata bundar yang redup sinarnya disertai dengan alis yang hitam lagi lebat tanpa perlu alat make up lain untuk menghitamkannya mengundang seribu lelaki untuk memujanya. Tubuhnya yang langsing membuatkan dia nampak lincah dan lembut bila melangkah dengan rambutnya yang panjang terurai lurus dibiarkan dimainkan oleh angin petang yang manja lagi mendinginkan. Aku jadi hanyut sendiri bila dia berada disampingku dan menyerikan lagi hari hari yang bakal aku lalui nanti. Alangkah indahnya kehidupan ini seandainya dia benar benar menjadi kekasihku yang satu. Tapi kesadaran itu tetap itu tetap juga datang mengejutkan aku dari lamunan yang indah, bahawa kamu dibatasi oleh satu tembok yang tinggi dan teguh yang akan menghalang pertemuan dua hati yang ingin saling memiliki, tetapi ikatan persahabatan adalah lebih kukuh dari segalanya galanya dan aku juga tidak mahu menceroboh masuk ke dalam hatinya tanpa meminta izin dari tuannya dahulu. Dan kerana keteguhan itulah yang membuatkan mereka saling menghormati. Biarlah aku menjadi orang yang kedua penting didalam hidupnya. Biarlah hanya hati yang saling memiliki walaupun tanpa pernah bersuara. Mungkin disatu ketika nanti kami akan dapat mentafsirkan kejurus mana perhubungan itu mesti dilanjutkan. Waktu dia menghampiriku, aku sedang berdiri diperhentian bas, aku merenung wajahnya dalam dalam. Terasa ada sebuah kedamaian yang menyusupi masuk dihatiku dan kedamaian itu tak pernah terucap oleh bibirku ini. Kelembutan wajahnya membuatkan aku menjadi tenang dari segala keresahan yang membelengguku disaat ini. Perjalanan hidupku selama ini terlalu pincang, sebelum aku bertemu dengannya aku sering hanyut dalam arus hidupku sendiri yang memburu kebahgiaan yang tak pernah mau menampakkan wajahnya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:25:06 GMT -5
Kini setelah aku bertemu dengannya, aku mula mempelajari erti sebuah kehidupan dan mula ingin mengenali hati gadis ini. Gadis yang berada dihadapanku. Aku juga ingin jadikan gadis ini sebagai dewi penyelamat dalam kehidupanku dan mungkinkah dia yang bakal menjadi dewi penyelamat itu?
"maafkan aku Adi, kerana terlewat", sapanya membuatkan aku terkejut dari lamunan yang panjang tadi. Aku merenung wajahnya lagi.
Dia tertunduk malu.Aku memerhatikankan orang ramai yang sedang lalu lalang dihadapanku. Aku seolah olah tidak mengacuhkan kehadirannya lagi.
"kau marah?". Tanyanya mencari suatu kepastian dariku.
"tidak! Cuma sakit hati kerana aku sendiri datang awal", jawabku sinis.
Dia tersenyum manja. Dia tau aku buat buat merajuk. Lelaki merajuk. Memang aku kuat merajuk sebenarnya.
"Dah lama kau tunggu aku?""tidak lama…Cuma dalam beberapa jam",jawabku tak acuh lagi.
"Jadi kau betul betul marah kerana aku terlewat ya.."
"Ah!.. tidak kau sibuk tentunya..aku faham sebenarnya saja nyakat engkau..",jawabku sambil tersenyum sinis.
"Lalu…..kenapa kau begini? Merajuk? Biar Hani pujuk", usiknya padaku untuk membalas kata kataku tadi.
"Kau begitu cantik hati ni Hanida… aku kagum dengan kecantikanmu itu", sendaku lembut membalas kembali usikannya tadi.
Dia menjeling manja. Makcik yang berada disebelahku juga turut tersenyum. Aku melemparkan secebis senyuman pahit kepada perempuan tua yang begitu bersahaja menguping perbicaraan kami.
Dengan perasaan yang serba salah aku menarik tangan Hanida dan mengajaknya pergi cepat cepat dari situ. Makcik itu terus memerhatikan kami.
"Makcik itupun terpesona melihat kau…", kataku perlahan. Hanida mencubit lenganku.
"Aduh! Hani.. alah sakitlah….apa ni main cubit cubit laks ni..", jeritku manja.
"Padan dengan muka..mulut awak tu celupar sangat…buatkan Hani malu…awak tau?", jawab Hanida senang. Aku cuba tersenyum kelat.
"Awak nak kemana hari ni?"
"Terserah pada awaklah…saya ikut saja nanti kalau tak awak marah lagi…merajuk lagi..hehehe..kan suka merajuk…..apalah buang karan betul kalau lelaki suka merajuk tau.. lainlah kalau perempuan ini dah terbalik…", usiknya lagi
"Ehemm..apa kata kalau saya bawa awak ke bulan nak?"
"Gila!!….awak ingat awak ada sayap…..kalau ada sayappun mesti dah patah sebelum sampai ke bulan lagi….", getusnya sambil tertawa.
Kami sama sama ketawa. Senda gurau yang kadang kadang entah apa apa….tapi membuatkan kami makin mendekat. Tanpa ada batasan rasa. Aku berlari ke depan dan berhenti dihadapannya. Dia hampir terlanggar dengan ku.. dan memandang ke wajahku.
"Bagaimana kalau Adi bawa awak pulang ke rumah? Boleh jumpa ibu..nak?", tanyaku bersungguh sungguh.
"Untuk apa?", dia membalas sambil menolak aku ke tepi.
"Ehem..! temukan bakal menantunya…..",jawabku pantas sambil memegang bahunya.
Dia memasamkan wajahnya. Aku terus mengusiknya dengan membuat mimik muka melucukan. Akhirnya dia tersenyum sambil ketawa.
"Wokey…saya setuju", ucapnya sambil mencubit lengganku sekali lagi.
"Aduh!..apa ni…. Main cubit cubit ni…",jeritku kesakitan.
Seorang pemuda yang melewati kami memandang kepadaku dengan keheranan. Aku memandang kembali kepadanya dengan acuh. "Padan dengan muka awak..hehehe",ujarnya sambil cepat cepat berjalan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:28:22 GMT -5
Aku mengejarnya dan kami berjalan beriringan semula. Aku dan Hanida menyusuri bangunan yang sedang dibina..kemudian melintasi taman bunga dan berada ditepi tembuk yang menghalang dari air laut ke muka kuala….kami tidak bercakap. Melayani fikiran masing masing. Kami meninggalkan daerah bising perlahan lahan menyusuri pantai sambil berjalan beriringan dan sesekali bersentuhan tangan. Agak lama kami membisu tanpa apa apa bahan untuk berbicara. Tidak seperti pertemuan biasa, jika aku bertemu dengannya pasti ada ada saja cerita yang kami bualkan. Akhirnya aku menjadi bosan dengan situasi begini. "Kau jadi pendiam hari ni Hani….kenapa?", tanyaku memancing perbualan. Dia tetap membisu berjalan sambil menundukkan wajahnya. Memandang gerak kakinya.. "Apakah ada sesuatu yang menyebabkan kau begitu pendiam atau ada sesuatu yang menganggu dalam fikiran awak?…..atau awak nak jadi bisu……yang mana satu?", tanyaku dengan nada usikan. Dia menoleh kepadaku. Kami berhenti.Aku terpegun dengan tatapannya yang sebegitu. Tatapan yang tajam tapi sinarnya amat mengoncang hatiku. Bahkan aku takut takut kalau dia dapat merasakan getar getar hatiku itu. Bibirnya terkatup rapat….ulas ulas bibir yang nipis itu seakan menahan marah. Dia akan tambah cantik kalau sedang marah begini. Tapi akhirnya aku sendiri yang membuang wajahku ke arah lain….takut benar akan hatiku sendiri kalau dia dapat mendengar apa yang aku rasakan. "awak bosan ker dengan saya hari ni?"…..tanyanya perlahan tapi terus memerhatikan wajahku. Takut aku menipu agaknya. Aku mengelengkan kepalaku. "nanti tercabut kepala awak kalau awak tak berhenti mengeleng….",tegurnya sambil tersenyum. Aku menoleh kembali kepadanya. Kini tatapannya kembali lembut dan mempersonakan. Ah! kau makin pandai memainkan mimik wajah yer. Bisikku didalam hati. Akhirnya aku perasan ada wajah wajah yang tersembunyi disebalik dinding dinding batu yang sedang memerhatikan gelagat kami. "Ah! saya tidak apa apa…",jawabku serbasalah. Dia menjauhkan dirinya dariku dan meninggalkan aku sendirian disitu. Aku mengeluh perlahan dan berjalan perlahan mengikuti langkahnya dari belakang. [/i] [/color]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:33:33 GMT -5
Akhirnya dia berhenti dan menanti kehadiranku kembali kesisinya. "Apakah kekasih awak marah kalau awak sering keluar dengan saya?" "aik! Awak ni selalu fikir yang bukan bukan" "habis tu…kenapa awak bersikap begini….biasanya tidak begini….awak ramah, manja, banyak bercerita….hari ni seperti buang buang marah dengan saya….",ujarku dengan nada merajuk. "awak yang pendiam hari ni…dan awak yang mulakan…" "saya? Biar betul", ujarku separuh terkejut. Kami kembali mendiamkan diri. Dan tanpa disadari kami telah makin jauh menyusuri pantai. Angin pantai membuatkan aku sedikit kedinginan lalu ku tarik kolar jeketku ke atas. Aku menoleh kepadanya. Dia juga kelihatan kedinginan kerana kemeja yang dia pakai agak nipis dan skirt labuhnya berkain lembut. Aku menarik pinggangnya supaya merapati tubuhku. Dia membiarkan saja. Kami menyusuri dada pantai itu dengan diam dan melayan angan angan sendiri. Yang kedengaran didaun telinga Cuma nyanyian ombak yang sedang bercanda dengan pantai. Angin semakin kuat….maklum hari sudah petang…ada mega di kaki langit..nampak semakin indah senja yang mahu datang. "Adi…", panggil Hanida perlahan. Aku memalingkan wajah memandang pada raut wajahnya itu. Mata kami saling bertatapan. Terasa ada sebuah ucapan yang tak terucap dari bibirku. "kau sering saja mengungkit tentang dia….bila kita bertemu, kau seharusnya tau dan mengerti yang diantara saya dan dia ,kami hanyalah bersepupu. Dan dia sendiri tidak ada waktu untuk mengajak saya berjalan jalan seperti ini…dia lebih pentingkan kerjanya dari saya yang awak anggap kekasih pada dia…apakah awak masih ragu ragu dengan semua ini?" "jadi maksud awak….saya ni sebagai teman yang dapat memberikan awak hiburan? Yang Cuma mengubat kesepian dan kesunyian awak?", ujarku lagi. "Awak tak faham…atau awak saja buat buat tak faham? Diantara kita bukankah tiada apa apa halangan…kitakan sahabat jadi salahkah seorang sahabat membawa sahabatnya bersiar siar dan menghiburkan hati sahabatnya yang sedang berduka…awak ni kenapa? Apa lagi yang awak mahukan….awak tau saya memang sayangkan awak…lebih dari dia..awak tau kan? Tanpa awak saya akan kehilangan segala galanya…memang awak temani saya..itu amat berharga untuk saya…kadang kadang saya tidak tau jalan fikiran awak…akhir akhir ini awak semakin berteka teki dengan saya….", keluhnya dengan panjang lebar. [/i][/color]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:41:33 GMT -5
Aku mengeluh berat. Terasa ingin aku jeritkan padanya bahawa aku telah merasai perubahan angin lain terhadap semua perasaan ku terhadapnya. Kini bukan sahabat lagi yang aku ingin kan dari nya melainkan cintanya. Ah! mungkin aku terlalu berkhayal dengan duniaku sendiri. Aku takut dia akan tertawa dengan seluruh rasaku ini yang datang tiba tiba saja. Apakah aku bodoh atau dungu? "mungkin aku ingin kan lebih dari itu?", terkeluar saja perkataan itu dari mulutku tanpa sempat aku tahan sendiri. "maksud awak?, Tanya Hanida ragu ragu. "Ah! tidak ada apa apa……lupakan saja", jawabku untuk menutupi kesalahan ktadi. "awak rupanya masih sangsi dengan dirimu sendiri Adi…aku heran, kenapa kau sering saja mengukit topik itu bila kita bertemu. Tapi bila saya bertanya, awak hanya menjawab entahlah….apakah awak tidak mempunyai keyakinan terhadap saya?, tanyanya lembut. Aku melepaskan diri darinya. Duduk dipasir pantai yang lembut dan dia juga melabuhkan punggungnya ke sebelahku. Dia menarik kakinya dan memeluk kedua dua lutunya, sambil jari jemarinya bermain dengan pasir pantai…. "awak kesal ker mengenali saya Adi?", tanyanya perlahan. Aku membuang wajahku pada laut yang terbentang luas. "Apakah awak tidak mendengar pertanyaan saya tadi?", sambungnya setelah membiarkan aku lama mendiamkan diri. Kali ini suaranya sedikit mengandungi tangis. Tangis kerana aku tidak mengacuhkan pertanyaannya. Dia memang cepat mengalirkan airmata. Dia manja memang aku tau dia anak manja…maklum anak bongsu…mesti manja..dan aku suka dengan kemanjaan itu entah kenapa mungkin kerana aku anak tunggal. "tidak…",jawabku singkat. "tapi kenapa awak tidak acuh pada pertanyaan saya tadi….seolah olah saya sedang bercakap dengan angin…"rungutnya. Aku berdiri dan menghulurkan tanganku kepadanya. Dia menyambut tanganku dan kami berdiri sambil menganding tangannya kembali kami menyusuri pantai itu. Setelah agak jauh dan mungkin sudah penat kami melabuhkan kembali punggung kami disatu kawasan yang mempunya longgokan batu batu pantai yang besar. Dia duduk disebuah batu yang agak besar dan membiarkan tubuhnya yang langsing itu dijamahi oleh angin pantai yang mesra. Aku Cuma berdiri disampingnya sambil melontarkan batu batu kecil ke tengah laut….batu batu itu bergulung gulung memecah ombak.Memandang jauh ke tengah laut dimana ada sebuah pulau dihujung sana. "kau masih marah dengan ku Hani?"soalku padanya "awak yang marah dengan saya hari ni….",jawabnya pantas "saya…..hemm kenapa hari ni kita asyik bergaduh saja yer…angin apa agaknya yang menyerang kita ni…" "ya awak marah saya dari tadi……" "siapalah yang nak marahkan awak…gadis cantik dan menggoda….lemah lembut lagi menggoda di petang petang begini…ha ahhhh makin sayang ada laaaaa", jawabku sambil tersenyum lebar. Dia ikut tersenyum. Hatiku kembali terubat dengan senyuman itu. "awak tau kenapa kita sering kesini?"soalnya sambil mendongakkan kepalanya kepadaku. Disepak rambutnya ke belakang kerna angin yang berhembus lembut dipetang ini telah membawa rambutnya ke hadapan dan menutupi sebelah wajahnya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:43:06 GMT -5
"mungkin disini ada kedamaian, ada ketenangan yang tidak akan kita jumpai dimana mana tempatpun dan mungkin juga kerana kita senang dengan keadaan disini, aku memang dari dulu menyukai ombak, laut, pantai, burung burung, karang karangan….dan nun…kau lihat ditengah laut ada pulau pulau yang sedang menanti kunjungan orang…dan yang paling aku suka sekali adalah apabila awak ada disisi saya…disini..sambil borak borak…" "apakah yang sebenarnya awak cari dalam hidup awak yer Adi?" "sebuah ketenangan, kedamaian, kebebasan, kepuasan ah!! kadang kadang tidak tau lagi apa yang saya cari didalam hidup ini…saya rasakan kadang kadang juga hidup ini kosong dan sepi saja, hampa , tersingkir….apa agaknya yang awak fikirkan tentang diri saya?" "awak seorang yang baik, mempunyai keluarga yang baik juga dan terhormat…anak tunggal, kaya, pintar dan ramai teman teman…tanpa awak membuka mulutpun ramai yang akan mengelilingi awak….tidak seperti saya….siapalah saya kalau dibandingkan dengan awak… kadang kadang saya memang sangat beruntung dapat bersahabat dengan orang yang seperti awak….awak tau…ramai yang patah hati kerana tak dapat menjadi teman awak.." "maksud awak Hani……teman teman wanita?", tanyaku dengan segera. "mungkin….",jawab Hanida sambil mengetapkan bibirnya. "kau masih tidak mengenali aku dari dekat Hani…." "ya…ada lagi yang saya tak kenal awak….kita dah lama bersahabat Adi…rasanya Hani tau apa yang Adi rasakan…." "Ah! sudahlah….." "kenapa?" "aku mencari sesuatu yang lebih bererti…apakah awak fikirkan ombak itu kejam ..Hani?",tanyaku untuk mengalihkan topik perbualan kepada perkara perkara yang lebih santai dan menyenangkan. Takut benar aku akan membuka rahsia hatiku ini. "rasanya tidak….kenapa, awak rasa ombak kejam?" "kenapa awak kata dia tak kejam kan dia selalu meninggalkan pantai…..memusnahkan pantai tapi pantai tetap setia…." "itu kan hukum alam….", dia tersenyum manja…aku membalas senyumannya. "ya…hukum alam…tetapi kalau melihat dari pekerjaan sehari hari….orang akan mengatakan yang ombak ini kejam….selalu menyeksa pantai…ke sana ke mari… kemudian memusnahkan pantai…meninggalkan karang karangan ditepi pantai..kadang kadang tu….menarik pasir pasir…tapi kata orang pantai itu setia..biarpun ombak lembut dan ganas dia tetap setia menanti dan menerima apa saja keadaan ombak….seperti orangkan ombak itu.. adakah seperti awak?" "laaaaa…kenapa ombak nak disamakan dengan saya….awak ni… saya adalah saya.." "maksud saya…ada kah sifat awak akan seperti ombak…atau awak seperti pantai.." "awak ni nak cari gaduh ker….saya akan mengikut naluri saya…kalau tempat yang perlu kita setia pasti saya setia…kalau tempat perlu kita tegas kita akan tegas…awak marah ker?" "entah….." "lagi lagi enta jawapan awak….awak ni masih tidak ada ayat lain nak gantikan perkataan kegemaran awak tu..saya rasa awak ni memang angkuh..ego dan mahu menang sendiri jer tapi….",dia berhenti seketika sambil tersenyum lebar. Wajahku ditenung seketika dan kembali dia menyambung kata katanya yang terputus tadi….. "awak memang tampan…jujur saya rasa seorang gadis yang dapat menakluki hati awak memang seorang yang bertuah…pasti awak seorang yang pandai bercintakan" Aku tergelak besar. "Kenapa awak berkata demikian…..ada ker yang tertarik dekat saya ni…yang buruk ni..awak terlalu memuji" "saya cakap yang betul tau….ramai kawan kawan saya yang selalu tanyakan awak…mereka cakap kenapa awak masih lagi tidak punyai special girlfriends….kadang kadang mereka fikir awak playboy….asyik keluar memilih saja…" "mereka semua kawan kawan saja…tetapi saya lebih rapat dengan awak kan…?" "ya saya tau….kerana kita rapat sejak dulu dulu lagi….kenapa tak awak buka hati awak untuk seseorang?" Aku Cuma tersenyum. Dalam hati yang menjawab yang aku telah memilih tapi pilihanku hak orang lain. "awak tak letih ker berdiri dari tadi?", Aku diam. Mungkin dia tidak sedar bahawa didalam hatiku telah ada dia atau dia telah membaca riak hatiku dan mungkin dia tidak mahu menunjukkan bahasa hatinya kepadaku dan mungkin dia tidak tahu bertapa aku amat menyayangi dan merinduinya setiap saatku. Kehadirannya disisiku membuatkan aku menjadi seorang lelaki yang penuh tanggungjawab, tenang dan tidak seliar dan senakal dulu lagi. Entah apa yang membuatkan aku berubah sebegitu. Mungkin kerana kelembutannya, dia selalu menggunakan kelembutan hatinya untuk menarik aku kesisinya. "Adi! Adi…",panggil Hanida. Aku seperti orang mamai. Baru tersentak dari mimpi yang manis. "Ada apa Hani..?"tanyaku kembali. "Awak mengelamun yer.."tanyanya membalas sambil jemarinya bermain main dengan hujung rambutnya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:44:06 GMT -5
Aku mengeleng ngelengkan kepala. Dia tertawa lebar. Dan aku malas untuk ikut tertawa bersamanya Cuma mengerutu perlahan. "apakah awak pernah memiliki hari hari yang seindah ini?", tanya Hanida. Aku mengangguk. Dia merenung sinar mataku. Dan aku mencari cari sinar cemburu dimatanya. "Tentu bersama sama kekasihmu kan…" "mungkin.. dan kau tentunya pernah juga mengajak dia ke sini ?" "siapa?" "Dia…",jawabku sambil duduk disampingnya. Bau harum perfume yang dipakainya menusuk ke hidungku. Aneh terasa ada satu kesenangan bila berada didekatnya. "Maksud awak si Badrul? Tak pernah….Cuma dengan awak saja saya ke sini" "sungguh ni……" "apa tak percaya?…..saya pernah tipu awak?" "tak bukan itu maksudku.." "awak tak tahu dan tidak pernah mengerti hati saya….sebenarnya diantara kami ada jurang yang amat sangat. Saya tidak tahu kenapa…." "mungkin kerana awak sendiri tidak pernah mahu menyakinkan dan tidak cuba memahami hati dia…awak saling menjarakkan diri kut" "untuk apa? Bukahkah kami akan dikahwinkan….Hani rasa makin keliru dengan diri sendiri sekarang ini…tak tau bagaimana nak elakkan diri dari semua itu….saya rasa belum bersedia untuk semua itu" "apakah awak tidak menyintainya?" Dia mengeluh kecil. "Saya telah cakap dengan awak…..dia Cuma sepupuku….dan kasihsayang saya padanya kerana dia sepupu saya dan dia memang baik dengan saya….tapi hati saya bukan untuk dia…" "mungkin dia menyintai awak…..kalau tidak tak kan dia setuju dengan pertunangan itu…" "entahlah…!tapi saya rasa semuanya juga kerana terpaksa….dia akur dengan keluarganya dan seperti juga dengan saya….kami tidak ada peluang untuk mengelakkan diri kecuali ada alas an yang benar benar kukuh" "apa kata kalau kamu menyintai saya saja…."tiba tiba saja aku menyarankan sebegitu. Seakan mahu tercabut jantungku sendiri bila tersedar akan ketelanjuran hatiku. "kamu selalu suka bergurau, orang seperti saya mana layak untuk kamu…tapi saya rasa gadis yang bakal awak cintai itu akan bertuah memiliki hatimu, awak penyayang, lembut lagi sopan dan awak juga ada segala galanya….sedang saya ini masih lagi tergantung sebegini , masih ragu ragu dengan diri sendiri….agaknya kerana saya sering keliru…payah untuk saya memahami hati dan kemahuan sendiri….sesungguhnya saya mahu bebas dari ikatan itu tapi tidak ada keberanian untuk keluar dari lingkungan itu…saya tidak mahu melukakan hati orang tua dan harapan mereka, tapi hati saya sendiri….disakiti…atau saya yang menyakiti hati saya sendiri…",ujarnya dengan wajah yang sedih. Aku meletakkan tanganku ke bahunya. Terasa ingin aku memeluknya dan membiarkan dia merebahkan dukanya ke dadaku…ingin aku menghiburkan hatinya yang sedang duka itu untuk mengurangkan kesedihan hatinya itu…tapi tak aku lakukan kerana aku tidak mempunyai keberanian. "kenapa kau berkata demikian….sedangkan aku tau kau memiliki sekeping hati yang setia, kau berwajah cantik……keluargamu orang baik baik dan menyayangimu apa lagi yang kau cari dalam hidupmu", ucapku lembut nada menghibur. "saya ingin kebebasan dalam menjalani kehidupan dan memilih teman hidup……tapi ruang itu tertutup untuk saya…ianya seakan membelit leher…menyesakkan nafas…" Aku memusingkan kepalaku ke arahnya, mata kami bertentang ada sinar matanya yang lembut merenung wajahku mencari pengertian yang dalam. Aku menguis rambutnya yang menutupi wajahnya. "kekuatan mesti ada dalam dirimu….." "entahlah….mungkin juga saya seperti awak….mahu mencari kesenangan, kebebasan dan memilih keriangan hati sendiri….tapi entah kenapa saya merasa lebih senang disamping awak dari dia….seakan akan saya berdosa bila bersama dia….kerana hati saya tiada dengan dia…kalau begitu selalu…apa akan jadi dengan perasaan saya ni….." "Hani…..awak harus belajar mengenalnya…saya bukanlah seorang lelaki yang sebaik awak sangkakan..saya manusia yang sentiasa melakukan kesilapan…sering merosakkan hati orang kerana saya tidak tau apa yang saya mahukan dalam hidup ini….tapi saya memang senang dengan awak…bersahabat dengan awak….entah kenapa, saya rasa awak lain dari yang lain…awak lebih memahami saya tidak banyak menuntut…sebab itu saya senang sekali dalam perhubungan kita….ini" "awak tau….dia selalu cemburu dengan awak…katanya saya melebihkan awak dari dia.. dan katanya lagi saya Cuma mengejar bayang bayang awak…saya bodoh….tapi saya tau saya memang sayangkan awak…..tapi cinta saya belum tau lagi…apakah saya akan menyintai sesiapa…..kadang kadang memang saya rindu kalau tidak bersama awak….awak mengembirakan hati saya…saya senang dan terhibur…kita kadang kadang bergaduh… boleh berkongsi apa saja….tapi tidak dengan dia…kalau dengan dia mesti mengikut hati dia saja… saya tidak ada pilihan , sebab itu saya lebih senang keluar dengan awak…saya selalu cakap dengan dia yang awak adalah sahabat baik saya….dia tidak percaya…." "kenapa awak tidak berterus terang dengan dia?" "siapa yang akan percaya dengan cakap saya…" "ya…..sudahlah…biarkan saja…biar kan masa yang menentukan segalanya galanya", ucapku untuk menghiburkan hatinya. Kami duduk berdekatan…dia merenung ke arah laut entah apa yang ada didalam fikirannya aku sendiri tidak tahu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:45:56 GMT -5
Senja sudah mula menampakkan wajahnya. Mega merah dikaki langit sedikit demi sedikit mula menghilang, digantikan dengan warna warna hitam dan kelam. Awan itu seperti mengandungi hujan. Aku masih duduk disampingnya sambil memainkan jemari tanganku. Sesekali aku ambil anak anak batu kecil lalu ku lontarkan ke laut. Dia membiarkan saja angin mengusik dirinya. Aku merasa sedikit kedinginan. "Jum Hani…marilah kita balik…..hari akan gelap ..seperti mau hujan…..",kataku padanya sambil menarik tangannya untuk bangkit berdiri. Dia bergantung denganku dan bangkit dengan malas sambil menarik tangannya dan mula mengibas ngibas punggungnya yang dilekti pasir pantai. Belumpun jauh kami mengatur langkah, rintik rintik hujan mulai turun berguguran. Aku menariknya ke sisiku. Tapi belum sempat aku mengatakan sesuatu rintik rintik itu sudah mulai menjadi hujan yang lebat..dan angin mulai kencang…ombak semakin garangnya bunyinya. Mataku meliar mencari tempat untuk berteduh seketika. Aku menarik dia dan kami berlari lari anak menari tempat berteduh. Hujan dipantai memang sebegini. Di antara pokok pokok ru, aku lihat ada sebuah pondok yang ditinggalkan. Akhirnya aku menarik dia untuk berteduh di pondok tersebut sahaja. Hujan makin lebat….pondok ini tidak nampak kukuh tapi lumayan juga untuk berteduh. Aku memandang kepadanya seketika, dia tertunduk malu dan kelihatan sekali rona rona merah menjalar dimukanya. Kemeja yang dipakainya sudah basah, begitu juga dengan skirt labuhnya. Mungkin dalam keadaan kami berdua begitu membuatkan dia malu. Kami tidak pernah berkeadaan begini sebelum ini. Mataku menjadi sedikit nakal tetapi aku tahankan kenakalan itu agar tidak ketara. Pondok ini sudah terlalu uzur, kelihatan menunggu masa untuk dirobohkan..tapi cukuplah untuk kami berteduh dari hujan yang lebat diluar sana. Atapnya sudah banyak yang bocor dan kami terpaksa memilih kesatu sudut yang tidak ditimpa hujan….dindingnya yang terdiri daripada kayu kelihatan sudah agak reput dan banyak ranting ranting ru didalamnya. Mungkin ditiup angin sehingga masuk ke dalam rumah….pintunya juga sudah tercabut dan kami dapat melihat keadaan hujan yang diluar…..agak jauh untuk ditimpiaskan hujan. Untuk memanaskan badan, aku kumpul ranting ranting kayu yang kecil untuk dinyalakan. Apinya kecil saja ,takut pula nanti akan terbakar pondok ini kalau apinya besar tetapi cukuplah untuk memanaskan kami dari merasa kedinginan diluar. Ianya agak tersorok dari angin….seperti ada hadangan dihadapan. Hanida berdiri dipintu pondok di mana tempat mula mula dia berdiri. "awak nanti kebasahan lagi…tidak rasa dinginkah?", tanyaku padanya setelah melihatkan dia masih lagi tercegat disitu. Dia Cuma mengangguk dan badannya kelihatan mengigil kesejukan. Maklum dia kebasahan. Kasihan juga aku melihat dia dalam keadaan begitu. Lalu aku buka jeketku dan aku lemparkan kepadanya. Dia memandang tajam kepadaku. Memang kelihatan sedikit kurang ajar. Tapi aku Cuma acuh tak acuh saja dengan tingkahku tadi. Aku bangun dan kembali berdiri disampingnya sambil memandang keadaan diluar sana. Agak payah kelihatan dia menyarung jeketku ke tubuhnya kerana kesejukan dan kebasahan. Tak sampai hati aku melihat dia terkial kial akhirnya aku menolong dia menyarungkan jeket ku itu. Dia memandang wajahku sambil mengucapkan terimakasih. Aku sendiri merasa sejuk sekali….maklum hujan ditepi pantai dengan angin yang kencang terasa seolah olah mencucuk cucuk sendi tubuhku. "kau kedinginan juga ya…." Dia bertanya kepadaku apabila melihat aku mengelus ngelus tubuhku. "tak…..aku sedang buat senaman ni….",jenakaku "kau buat lawak yee…..jahat engkau….",balasnya tersenyum Aku kembali ke unggun api. Bunyi ranting yang terbakar cukup merdu…disamping bunyi angin dan hujan diluar. Seakan bumi terpinjam seketika menghiburkan aku.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2004 8:47:09 GMT -5
Kesepian didalam pondok ini telah membuatkan aku dilanda keresahan. Dia membisu sambil bermain main dengan tali jeketku. Duduknya agak jauh dariku dan kebisuan diantara kami terasa seperti menyakiti hatiku sendiri. Agak romantik juga berkeadaan begini fikir hatiku sendiri. "awak lapar ker?", tanyaku memancing perbualan dan untuk memecah kesunyian diantara kami. Dia tidak menjawab tetapi Cuma mengelengkan kepalanya saja. "awak bisu ker…atau simpan suara untuk esok?", tanyaku lagi. Dia menjeling marah. Aku membalas dengan senyuman menggoda. "jahat" "hehe…awak tak sejuk ker" "awak sendiri macam mana….memang lah sejuk kalau tak…awak tak nampak saya menggigil ni….atau awak ingat saya sedang menari…", dia membalas usikanku kembali. "hujan diluar makin lebat ni…macam mana kita nak balik….kenapa awak tak bawa paying tadi?", ngomel aku sendiri. "abis awak tak cakap suruh saya bawa payung, baju hujan…apa lagi yang mesti kita bawa kalau sedang keluar dating…" Aku tersenyum makin lebar. Mendengar kami saling berbalas balas jenaka. Terasa ada kemesraan yang menusuk dalam jiwa. "emm kalau sejuk sejuk beginikan….awak adakan…." "jangan nak mengatal…..nanti saya cucuk mata awak…." "apa nak takut…kalau mata saya buta…..awak yang kena pimpin tangan saya….itu baru betulkan" "dah sudah…tapi hujan diluar tu lebat betul yer…kalau ada ribut dan petir emm takut juga.." "apa nak takut saya kan ada…ni pahlawan dari gunung semanggol" Hanida tergelak sakan. Aku bangkit perlahan dan duduk disebelahnya. Dia menyandarkan kepalanya kebahuku. Kami saling berdekatan ada sedikit kehangatan bila berkeadaan begini. "sejak kebelakangan ini saya sering teringatkan awak…awak guna gunakan saya?", usikku lagi. "hummm mana tak nya koleksi awak dah lari tinggalkan awak ke overseakan….",dia kembali menyakat aku. "yer….si sofia bapanya hantar dia ke luar negara….tapi kakaknya sudah ada disana…tapi siapa cakap dia kekasih saya…." "Si Badrul tu apa kurangnya…semalam abang saya jumpa dia berjalan dengan teman sekerjanya mesra bukan main lagi…..tapi heran bila abang saya bercerita begitu saya tak rasa cemburu…..aneh juga, tapi kalau awak saya lihat berjalan dengan orang lain…hem terasa nak saya letupkan awak…" "hahaha haa ….sama sama cemburu yer kita ni…" "Adi….saya takut nanti saya akan kehilangan awak…. Tak kira sebagai apapun saya tidak mahu kehilangan awak…" Aku bangkit dari sisinya. Dia mendongakkan kepala memandang kepadaku. Aku buka baju kemejaku yang terasa begitu melekit dan gatal gatal, lalu aku ambil sebatang kayu yang agak kuat lalu ku sangkut kemeja tersebut dan aku dekatkan dengan api yang sedang menyala. "kau tidak sejuk….." "sejuk…..tapi baju tu gatal ..melekit dah basah….biarkan dia kering sedikit…agaknya terkena air hujan yang masin" "abis kenapa tak buka seluar sekali….", gurau nya. "ooiiiii buka seluar ni kan ada yang lari terjun laut….tak seluar tak berapa basah sangat…" Aku kembali duduk disebelahnya. Dia menjarakkan ruang diantara aku dan dia. Aku tersenyum sinis. "apa kau takut?", tanyaku mengusiknya. Dia tidak memandang wajahku. "aku perlukan kehangatan…..",pintaku mengusik lagi. Tiba tiba terasa cubitan di lenganku. "aduh..!" "rasakan gatal…." Aku menarik dia ke dalam pelukanku. Dia tidak meronta ronta…bahkan dia memalingkan tubuhnya dan menyandarkan tubuhnya ke tubuhku. Kami sama sama mendiamkan diri. Inilah pertama kali aku memeluknya dengan begitu mesra. Dan dia membalasnya. Dapat aku rasakan kehangatannya setiap kali dia menghembus nafasnya. Aku tunduk sambil memerhatikan wajahnya. Bibirnya yang kecil dan nipis itu seolah olah mengundang untuk dicium. Tapi aku bukanlah lelaki yang sebegitu jahat. Aku tahu dimana hakku sebagai seorang sahabat. Sesungguhnya aku tidak mahu menodai kesucian persahabatanku dengannya. Kami memang mesra, tapi selalu kami bataskan kemesraan itu. Kau terlalu cantik dimataku petang ini. Dia memejamkan matanya…dan aku juga menyandarkan tubuhku ke dinding, kami sama sama bersandar….aku masih tetap memeluknya erat…tanda sedar kami sama sama terlena sementara menanti hujan teduh. Aku terkejut bila merasakan ada sesuatu yang mencucuk dadaku. Rupa rupanya ada kayu yang jatuh diatas jeket yang dipakai Hanida…dan mencucuk dadaku. Gelap sekali didalam pondok, api yang dinyalakan tadi telah padam . Aku menolak Hanida dan mengejutkannya. "Hani…….hani…huhss lena tidur mentang mentang dipeluk orang…", panggil ku. Dia membuka matanya dengan malas. Apabila terpandang saja wajahku dia terkejut seolah olah baru tersedar dari mimpi yang menakutkan. "kenapa?", tanyaku lembut. "dah malam ker?….hujan dah berhenti…..?" "emmmmm…belum malam lagi…apa nak tidur kat sini ker…..nyamuk banyak ni.." "hush ! tak mau laaa…." Aku mengambil kemejaku dan menyarungkan ke tubuhku. Aku menghulurkan tanganku mengajak dia keluar dari pondok ini. Dia menyambut dan kami keluar bergandingan. Kami berjalan dengan diam . Deru kereta tidak kami hiraukan. Dia melayani perasaannya sendiri dan begitu juga dengan diriku. Agak jauh juga dengan tempat parking keretaku. Kali ini dia terpaksa menerima pelawaanku untuk mengantar dia sampai ke pintu pagar rumahnya. "terimakasih… tak mau masuk dulu?" "emm .. rasanya akan mengundang pertanyaan yang banyak baik tak usah…terimakasih juga kerana temankan saya…" "awak drive hati hati…sampai jumpa lagi..bye!" Aku memandu dengan perlahan sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Rumahku dengan rumahnya kalau berjalan kaki memang agak jauh tetapi kalau dengan kereta tak sampai setengah jam pasti sudah sampai. Dikiri kanan kawasan perumahan masih ramai lagi orang sedang berjogging. Sampai dirumah aku terus di marahi dengan mama. Dia begitu bising sekali dengan berbagai bagai pertanyaan. Aku buat acuh dan tak acuh saja. Mama merungut tentang bajuku yang basah dan seluarku yang basah. Sudah tua tua bermain dengan hujan lagi. Papaku Cuma memandang dengan ekor matanya sambil membaca paper. "malam pa…ada story hebat hari ni di paper",sapaku sambil duduk disofa. Mama dengan gemas menarik tanganku dan menolak aku ke kamar…terus ditolak aku ke kamar mandi. "Mandi dengan air panas…..tau….cepat tukarkan pakaian basah tu…", perintah mama sambil menyambar tuala ku yang berada di gantungan dan meletakkan ke bahuku. "selamat malam ma..", sempat aku bisikkan ketelingannya sambil aku cium pipinya. Dia menampar bahuku sambil menolakku ke kamar mandi. "Mandi air panas…..", jerit mama dari luar. Sambil membuang pakaianku aku tersenyum lebar. Mama sayang betul dia dengan anak bujangnya yang satu satu ini. Siapa lagi yang dia ada selain dari aku. Aku berlama lama dalam kamar mandi… masih lagi terbayang wajah Hanida yang manis yang berada didalam pelukanku. Sebenarnya dalam persahabatan kami aku tidak pernah lagi merasa seikrab itu dengan dia. Memang kami selalu keluar tapi kami keluar sebagai seorang teman. Tadi seolah olah kami sepasang kekasih yang sedang mabuk asmara. Keluar dari kamar mandi dengan bertuala aku hempaskan tubuhku ke katil…tiba tiba terasa begitu penat sekali.. "Adi…bangun nak…laaaa kamu tidur dengan bertuala bertuah betul budak ni….", terdengar sayup sayup suara mama mengomel. "adus! Panasnya badan budak ni…. Papa….pa….Adi mama rasa demam ni… panggilkan doctor pa…itulah bermain hujan…dah tau diri tak tahan dengan hujan….papa…. dengar tak apa mama katakan…", sayup sayup Cuma terdengar ditelingaku.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 17, 2007 5:04:36 GMT -5
entah citer haper2 nih......buang karan jerk......hampesh
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 18, 2016 9:15:49 GMT -5
admin admin suka benar merepek
|
|