admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 26, 2006 19:06:31 GMT -5
;D ;Dada orang kalau tak ada sambal belacan memang tak buleh .. menu sambal belacan mesti ada setiap kali nak makan.. tetapi taukah anda bagaimana menyedapkan sambal belacan anda supaya lebih power dan menyelerakan? disini saya sediakan petua2 yang saya dapat dari opah saya.. dan bonda saya kerana step father saya seorang yang fanatik dengan sambal belacan tanpa sambal belacan dalam setiap menu makanannya leh jadi kes gaduhs ringan2 nyer.. masam2 muka masa makan.....jadi saya ingin tahu apa yang menyebabkan mereka ketagih sambal belacan disini petuanya.. gunakan lesung batu.....jangan guna blender kerana aroma yg dikeluarkan oleh blender tidak sedap..... semasa menumbuk .. mula2 letakkan cili bagi yang suka kepada cili padi boleh juga letak satu lesung.. lepas tu kalau anda gunakan asam mangga.....terus masukkan asam mangga yang dipotong kecil2... belacan itu hendaklah dibakar dahulu supaya aromanya lebih mengancam apabila ditumbuk..... apabila anda menumbuknya perlulah ada rentak yang selari...... selepas itu anda letakkan gula pasir.....jangan letak garam....diulang jangan letak garam kerana belacan anda sudah masin.....selepas tu anda cincang sedikit lagi buah mangga.... yang tidak terlalu hancur untuk menyedapkan lagi.....letak sedikit jus limau kasturi supaya dia tidak terlalu kering.... okies...selamat mencuba....semoga anda dapat aroma sambal belacan yang menyelerakan untuk berbuka puasa petang nanti....bersama ulam ulaman.....yang boleh mengawet mudakan anda......
|
|
|
Post by cakoi on Sept 26, 2006 19:44:19 GMT -5
Ishk teringat dulu2.. arwah nenek cakoi suka sgt suruh cakoi buat sambal cili tumbok.. ia seakan-akan sambal belacan juga.. Caranya gini, amik la dalam 25 bj cili api, ditumbuk, masukkan belacan yg telah digoreng, pastu masukkan pula dalam 1/2 cawan ikan bilis. tumbuk hingga separuh lumat, pastu masukkan asam limau... dah siap.....mmg itu fav. arwah nenek.
abah cakoi lak... dier suka pakai cili besar, mula2 goreng cili besar dalam 10 biji, pastu tumbuk, masukkan pula belacan bakar dan gula.. kalau tak masin letak sedikit garam dan last kali perahan air limau..dah siap... hari2 nak mkn mender tu... besa abah suka mkn ngan ikan kembong goreng......
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 27, 2006 1:36:53 GMT -5
isk sebut pasal sambal lacan ni kecur liur.... apa lagi kalau sambal nenas... isk sedap eh!!
|
|