Post by admin™ on Jun 25, 2006 1:08:00 GMT -5
LONDON: Beribu-ribu papan buletin di internet dirosakkan sejenis virus yang menggunakan web Google untuk melakukan kerosakan itu secara terus-terusan.
Cecacing Santy pada mulanya muncul pada 20 Disember lalu dan dalam tempoh 24 jam berjaya merosakkan lebih 40,000 laman web.
Program itu mengeksploitasi kelemahan yang ada dalam perisian phpBB, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Bagaimanapun, jangkitan yang disebarkan oleh cecacing Santy berjaya dihentikan selepas Google mula menyekat laman web yang terkena virus itu dan mencari mangsa baru.
Cecacing itu menggantikan forum bual dengan satu laman mengumumkan laman berkenaan sudah dirosakkan oleh Santy.
Selepas terkena jangkitan, laman web yang rosak secara rambang mencari laman web lain menggunakan perisian phpBB untuk dirosakkan.
Sebaik saja Google menyekat laman web berkenaan barulah kadar jangkitan berkurangan dengan segera.
Satu mesej yang dihantar kepada firma keselamatan Finland iaitu F-Secure oleh pasukan keselamatan Google menyatakan:
Sekalipun tindakan menanganinya wajar dalam tempoh tujuh jam, kami fikir ia sepatutnya lebih pantas lagi.
Kami akan mengkaji semula prosedur bagi meningkatkan masa tindakan balas pada masa depan bagi mengatasi masalah yang sama.
Firma keselamatan web menganggarkan kira-kira sejuta laman web menyelia forum perbincangan menggunakan program terbuka phpBB.
Serangan terburuk cecacing itu dianggap sudah tamat selepas carian pada pagi kelmarin menunjukkan hanya 1,440 laman terkena jangkitan.