Post by admin™ on Jan 26, 2008 6:38:00 GMT -5
Sastera subjek picisan?
MEMASUKI alaf siber, apabila bercakap, di mana-mana saja orang akan merujuk kepada isu sains dan teknologi maklumat (IT). Dalam dunia kerjaya pun perkara yang sama berlaku. Graduan bidang sains dan IT mendapat tempat dan mendominasi peluang pekerjaan.
Justeru, bagaimana nasib pelajar jurusan sastera di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)? Apakah mereka dalam kategori kelas kedua? Produk yang dihasilkan kilang jurusan sastera di IPT lebih ramai, merumitkan keadaan. Adakah mereka mampu bersaing atau terpaksa menerima hakikat menganggur? Bagaimana mahu mengubah mentaliti generasi muda termasuk ibu bapa supaya menerima peluang belajar di institusi kemahiran yang mampu menjamin masa depan berbanding di IPT aliran sastera? Profesor Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Haron Daud, berkata tiada salah mahasiswa memilih jurusan sastera kerana ia juga cabang ilmu.
Menurutnya, tanggapan negatif mahasiswa sastera sukar memperoleh pekerjaan perlu diperbetulkan kerana mereka bukan tiada permintaan tapi mungkin tidak menepati kelayakan majikan. “Ramai beranggapan sastera hanyalah subjek atau pengkhususan picisan dan penyumbang pengangguran. “Tanggapan itu perlu diperbetulkan kerana banyak faktor mempengaruhi seseorang graduan dipilih bekerja. “Aliran sains, kejuruteraan dan IT juga mengalami masalah sama, cuma kurang ketara kerana peluang kerjaya luas,” katanya. Beliau berkata, setiap ilmu itu ada kepentingannya dalam menjana kehidupan manusia cuma perlu tahu menggunakannya bagi memperoleh manfaat. Meskipun tiada statistik kukuh mengenai jumlah pengangguran membabitkan mahasiswa aliran sastera, masyarakat ghairah mengaitkan dengan jurusan itu. Antara faktor dikaitkan ialah kekurangan tempat dalam pelbagai sektor kerjaya, kelayakan akademik tidak memuaskan dan subjek berkenaan tidak mempunyai nilai
kepentingan dalam pembangunan negara. Bagaimanapun, disebabkan mahu anak mempunyai status ‘mahasiswa universiti’, keba-nyakan ibu bapa seolah-olah tidak kisah apabila ditawarkan pengkhususan sastera di institusi pengajian tinggi tetapi kecewa tidak memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian. Mengulasnya, Dr Haron berkata, pandangan masyarakat atau ibu bapa itu jauh menyimpang kerana tiada bukti mahasiswa aliran sastera sukar memperoleh pekerjaan. Beliau berkata, orang sastera menerajui pembentukan organisasi awal negara dan mereka sudah membuktikan keupayaan melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik. “Siapa kata orang sastera tiada kualiti. Pada awal pembentukan negara, kebanyakan organisasi diterajui mahasiswa sastera. “Biarpun zaman berubah dan lebih mementingkan aspek pembangunan sains dan IT, peranan sastera tidak boleh dipandang sepi kerana berkait dengan modal pembangunan kerohanian manusia. “Sains dan teknikal lebih berbentuk fi
zikal tapi sastera menjurus kepada kekuatan emosi serta lahiriah. Tanpa kekuatan dalaman, sukar mereka berjaya,” katanya. Beliau berkata, masyarakat perlu mengubah pandangan bahawa universiti bukan kilang mengeluarkan produk tetapi melahirkan manusia berilmu dan berfi kir. “Jika sukar memperoleh pekerjaan, cuba bidang lain. Bukan disebabkan mengambil jurusan sastera, tiada prospek dalam kerjaya. “Sebagai mahasiswa, anda harus pandai berfi kir dan mencari alternatif memperbaiki diri,” katanya. Dr Haron berharap kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan supaya subjek sastera tidak dianak tiri berbanding sains dan teknikal. “Dunia kini bersaing dengan kemajuan sains dan teknologi. Tapi, tidak bermakna sastera tiada sumbangannya dalam pembangunan negara. “Kita bukan mahu melahirkan ‘robot’ tapi manusia yang mampu berfi kir dan elemen ini ada dalam sastera. “Pendekatan boleh diubah daripada teori semata-mata ke konsep mesra pelajar. Ini
bagi melihat nilai sastera dan mengubah cara berfi kir,” katanya. Sementara itu, bekas peguam, Nisa Haron, berkata mahasiswa perlu mengubah mentaliti dengan melihat prospek lain yang disediakan dan tidak hanya terkongkong pada satu aliran semata-mata. Menurutnya, mengambil aliran sastera tidak bermakna mereka harus bekerja dalam kerjaya sama tetapi perlu bijak meneroka bidang yang mempunyai permintaan di pasaran. “Jangan terlalu tertutup dengan tanggapan jika ambil bidang sastera kena tunggu tawaran atau cari kerja sama dengan kelayakan. “Itu bukan cara mahasiswa berfi kir, tidak salah meneroka bidang lain asalkan boleh membantu diri sendiri. “Jika minat teknikal, tidak salah belajar dalam bidang berkenaan meskipun sudah ada kelayakan dalam sastera. Ia memberi nilai tambah dalam memasarkan diri. “Sebagai mahasiswa, jangan mudah putus asa kerana pemilihan kerjaya berasaskan minat boleh menjadi penggerak lebih cemerlang. “Tiada jaminan
bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya,” katanya. Beliau berharap tiada pemisahan pelajar aliran sastera dan sains kerana ia boleh memberi kesan pada masa depan. “Pemisahan itu boleh menjadikan sesetengah pelajar rasa tersisih dan melunturkan minat belajar. Jadikan sastera subjek wajib seperti Bahasa Melayu, barulah kesannya boleh dilihat secara bersepadu. “Justeru, tidak timbul lagi percanggahan pendapat di kalangan mahasiswa sastera atau aliran lain sebab mereka sudah tahu kepentingan jurusan masing-masing,” katanya.
Kreatif Hasyuda Abadi