Post by admin™ on Jan 16, 2008 6:00:01 GMT -5
bagi penulis2 yang ada minat nak mengarang boleh je.. hantar karya anda kat sini ada rules2 dia.. tema karangan Terimakasih Cikgu selamat mengarang buat semua
hah tak leh laks....... isk isk.. isk...
hah tak leh laks....... isk isk.. isk...
PERADUAN MENULIS CERITA KANAKKANAK SEMPENA HARI GURU 2008 PERINGKAT KEBANGSAAN Peraduan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu; a. Kategori Guru b. Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6) c. Kategori Murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5) Pemenang peraduan ini akan menerima hadiah wang tunai dan sijil bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima (5) hadiah sagu hati. SyaratSyarat Peraduan 1. Peraduan ini terbuka kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia. 2. Cerita hendaklah ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 3. Tema cerita ‘Terima Kasih Cikgu’ 4. Tajuk skrip penulisan adalah bebas. 5. Peserta hanya boleh mengemukakan satu hasil karya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 6. Panjang cerita · Kategori Guru TIDAK lebih daripada 3000 patah perkataan. · Sekolah Menengah TIDAK lebih daripada 1000 patah perkataan. · Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada 250 patah perkataan. |
7. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada halaman akhir penulisan skrip. 8. Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman skrip. 9. Cerita hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua (double spacing) dan menggunakan saiz huruf 12 poin. 10. Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan. Karya tiruan dan karya terjemahan adalah terkeluar daripada peraduan ini dan tidak akan dipertimbangkan. 11. Penulis dilarang menyentuh halhal yang sensitif mengenai ras, agama dan politik. Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan latar belakang masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan yang harmoni dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Elemenelemen nilai murni harus digarapkan. 12. Hasil karya yang dihantar adalah cetakan yang asal. 13. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar karyakarya yang diterima. 14. Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran BBT III. 15. Penulisan skrip adalah untuk bahan bacaan murid sekolah rendah dan menengah. 16. Tarikh tutup peraduan ialah pada 21 Februari 2008. 17. Jemputan Ke Majlis Perayaan Hari Guru 2007; Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah dalam Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. |