admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 26, 2007 22:44:17 GMT -5
YB dakwa DBP alami 'kemandulan minda' Oleh Abdul Halim Yusof KUALA LUMPUR: Jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), didakwa mengalami sindrom 'kemandulan minda' kerana gagal membuat penyelidikan seperti sarjana dan ilmuwan silam untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.
Ahli Parlimen Grik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata kegagalan jawatankuasa itu menyebabkan DBP cenderung meminjam perkataan Inggeris dan menjadikannya istilah Melayu sehingga Kamus Dewan kini seolah-oleh gedung bahasa rojak.
"Perkataan seperti konsultansi dan bajet umpamanya adalah daripada bahasa Inggeris, tetapi sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu sedangkan DBP sepatutnya berusaha membuat penyelidikan mencari istilah lebih sesuai.
"Perkataan snek kini sudah boleh digunakan sedangkan dalam Bahasa Melayu, istilah jajan lebih sesuai untuk tujuan itu," katanya dalam soalan tambahan kepada Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Dr Wan Hashim juga bertanya sama ada DBP mengambil tindakan terhadap Kementerian Kewangan kerana menggunakan perkataan bajet bagi belanjawan sedangkan mengikut Kamus Dewan, perkataan bajet itu ialah bagi kegunaan tidak formal.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P Komala Devi, ketika menjawab soalan itu berkata, bahasa sesebuah masyarakat adalah dinamik menyebabkan berlaku pinjaman perkataan daripada bahasa lain.
Komala berkata, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurangkan penggunaan bahasa rojak dan DBP pula menubuhkan jawatankuasa sebutan dan istilah bagi menangani bahasa rojak.
Sementara itu, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) dalam soalan tambahannya mencadangkan DBP dan Institut Terjemahan Negara (ITNM) bekerjasama untuk mencipta istilah bahasa Melayu.
Sumber: Berita Harian Online 27 November 2007
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 26, 2007 22:45:12 GMT -5
biasalah untuk membuat penyelidikan perlukan pengorbanan bukan saja dari wang ringgit tenaga dan macam2 lagi....... tak ramai yang berani melakukan semua itu kecuali yang betul2 berminat.. dan ada pihak jugak yang berminat bukan cuma cakap je berdegar2...
|
|
|
Post by insanManikam on Nov 26, 2007 23:33:38 GMT -5
YB dakwa DBP alami 'kemandulan minda' Oleh Abdul Halim Yusof KUALA LUMPUR: Jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), didakwa mengalami sindrom 'kemandulan minda' kerana gagal membuat penyelidikan seperti sarjana dan ilmuwan silam untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.
Ahli Parlimen Grik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata kegagalan jawatankuasa itu menyebabkan DBP cenderung meminjam perkataan Inggeris dan menjadikannya istilah Melayu sehingga Kamus Dewan kini seolah-oleh gedung bahasa rojak.
"Perkataan seperti konsultansi dan bajet umpamanya adalah daripada bahasa Inggeris, tetapi sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu sedangkan DBP sepatutnya berusaha membuat penyelidikan mencari istilah lebih sesuai.
konsultansi = penasihat <<=== istilah ni dah lama diguna pakai (khidmat nasihat) bajet = belanjawan <<=== istilah bajet ni PM sendiri yg tuka belanjawan jadi bajet..ape kene mengena ngan DBP?.. "Perkataan snek kini sudah boleh digunakan sedangkan dalam Bahasa Melayu, istilah jajan lebih sesuai untuk tujuan itu," katanya dalam soalan tambahan kepada Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Dr Wan Hashim juga bertanya sama ada DBP mengambil tindakan terhadap Kementerian Kewangan kerana menggunakan perkataan bajet bagi belanjawan sedangkan mengikut Kamus Dewan, perkataan bajet itu ialah bagi kegunaan tidak formal.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P Komala Devi, ketika menjawab soalan itu berkata, bahasa sesebuah masyarakat adalah dinamik menyebabkan berlaku pinjaman perkataan daripada bahasa lain.
Komala berkata, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurangkan penggunaan bahasa rojak dan DBP pula menubuhkan jawatankuasa sebutan dan istilah bagi menangani bahasa rojak. <<=== kalau tengok dalam berita hari2 bila pemberita tanya soalan kat menteri2 tu sume, diorg sendiri yg gunakan bahasa rojak...even pak lah sendiri guna bahasa rojak..samy vellu?..lagi le teruk...bahasa rojak siap pasembuq..camne nak suruh org lain tak guna bahase rojak..kepimpinan melalui teladan
Sementara itu, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) dalam soalan tambahannya mencadangkan DBP dan Institut Terjemahan Negara (ITNM) bekerjasama untuk mencipta istilah bahasa Melayu.
Sumber: Berita Harian Online 27 November 2007
ngarut ah diorg ni...bagus nak komen pasal bahasa..istilah baru boleh dicipta, tapi nak mengguna pakai kadang2 susah nak diterima...bende2 camni takyah la masuk sidang parlimen...baik korang bincang camne nak martabat bahasa melayu..sebab antara diorg sendiri ni ramai yg dok gile cakap bahase omputih..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 27, 2007 1:09:19 GMT -5
ada satu kes kat sidang dewan rakyat... tengok wakil rakyat bergaduh.. siap bertumbuk lagi.. ceh cam ni ke wakil rakyat.. tak leh tahan emosi.. hampeh jer... dia orang ni suka belasah je.. tak leh nak sentuh langsung.. tak leh nak kritik langsung... bunga pagar betul dia orang ni otak cimpanzee
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 27, 2007 22:25:29 GMT -5
komen2 pinggiran kesan dari kritikan terhadap DBP oleh ahli dewan
komen 1
Peranan DBP sebagai pemacu bahasa dan kesusasteraan memang tidak dinafikan lagi. Namun bila mana tohmahan tajam yang dilemparkan oleh orang Parlimen tentang fungsi DBP dan kemandulan idea (jika itu betul) sudah tentu memberikan neraca negatif kepada golongan yang selama ini berjuang di bawah payung DBP. Saya melihat tohmahan ini sebagai satu cabaran yang harus digalas oleh DBP sebenarnya. Sebagai orang luar, sudah tentu kita tidak dapat melihat "apa yang berlaku di dalamnya", jadi rasa saya tidak perlulah kita menyalahkan DPB % kerana DBP bukan dipimpin atau ditadbir oleh seorang sahaja. Sebagai golongan yang cinta kepada kelestarian dan kelangsungan bahasa dan sastera, sewajarnya kita menaruh kepercayaan kepada pihak pengurusan DBP untuk mencorakkan pengurusan dan dalam masa yang sama tetap menjadi teras perjuangan ahli-ahli bahasa dan sastera. Sekurang-kurangnya semua rakyat faham bahawa mengurus sebuah organisasi yang besar contohnya DBP bukan perkara yang mudah. Saya masih beranggapan bahawa DBP telah melakukan tugasnya sejak 50 tahun yang lalu. Seperti kata pepatah Melayu, Berata mata memadang berat lagi bahu yang memikul.
<juilis69@yahoo.com>
komen 2
Bila di Parlimen orang bercakap tentang sesuatu yang biasanya sebagai luahan semata-mata tetapi apabila luahan rasa itu sebagai tanggungjawab sosialnya saya fikir wajar juga diambil ikhtibar. Tentu sahaja ada yang kurang kena atau tidak kena. Apa yang sedia ada itu tidak sentiasa benar di mata semua orang. Dan ada ketikanya juga kita merasakan bahawa hanya kita sahaja yang betul. Orang lain itu tidak tahu apa yang kita buat itu sebenarnya tidak harus diperbetulkan lagi kerana setiap tindakan telah ditentukan justifikasinya. Namun sebenarnya taktik ini sering disalah guna. Apabila disalahguna natijahnya akan menerima tohmahan. Tohmahan inilah yang akan meletakkan jejak jelek mereka sebagai pelaksana setiap dasar. Barangkali selepas mendengar setiap butir tohmahan itu barulah berusaha mahu memperbetulkan yang difikirkan betul tetapi salah sebenarnya. Namun yang dianggap salah itu sering juga diletakkan di tempat yang salah pula dan bermulakah episod serasehan bukan-bukan. Bermulalah juga tunding menunding. Menegakkan benang yang basah. Inilah yang bermukim dalam fikiran yang mungkin pernah difikirkan orang lain. Bukan ungkapan yang sengaja diada-adakan. Kenyataannya memang nyata. Kebenarannya memang benar. Barangkali tidak perlulah menyatakan yang benar atau yang salah. Paling penting membetulkan yang tidak betul. Yang penting juga ialah menidakkan pandangan orang lain tentang ungkapan kemandulan minda. Apakah justifikasinya sehingga wujud ungkapan begitu. Setelah 50 tahun negara kita merdeka, ada yang tega melontarkan ungkapan ini. Baik juga kita lihat semula ke dalam, jangan sekadar menerawangkan pandangan kita kepada orang lain di luar. Lihat kelemahan yang sedia ada, dan yang telah diketahui tetapi disembunyikan murnikan. Semua mahukan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan. Namun jika lebih kepada kata-kata semata-mata atau ungkapan yang muluk semata-mata, tentulah ada yang berani berkata: ah temberang saja bah tu!
Kreatif Hasyuda Abadi
hasyuda@yahoo. com
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 28, 2007 13:12:21 GMT -5
Jawapan dari DBP
Mandul minda tuduhan melulu: DBP Oleh Farid Noh KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah, menafikan dakwaan kononnya DBP mengalami sindrom 'kemandulan minda' kerana gagal membuat penyelidikan untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.
Beliau menegaskan, tuduhan itu bukan saja tidak berasas, malah tidak adil dan melulu kerana dibuat tanpa penyelidikan terlebih dulu mengenai kaedah yang digunakan DBP dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan.
"Saya bukan saja kecewa malah terperanjat kerana tuduhan itu dibuat bekas ahli akademik yang dihormati. Berfikirlah dulu sebelum bercakap, jangan segala yang terfikir dicakapkan seperti bidalan bercakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. "Sekali imbas tuduhan itu mungkin dianggap memalukan DBP, tetapi sebenarnya ia berbalik kepada mereka dan menunjukkan betapa sesetengah pihak tidak pernah membuat penyelidikan atau sekurang-kurangnya bertanya kepada DBP mengenai kaedah yang digunakan dalam mencari istilah baru bahasa Melayu," katanya ketika ditemui di DBP, semalam.
Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Grik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, bahawa Jawatankuasa Istilah DBP mengalami 'kemandulan minda' kerana gagal membuat penyelidikan seperti sarjana dan ilmuwan silam untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.
Pada sidang Dewan Rakyat kelmarin, Dr Wan Hashim berkata, kegagalan jawatankuasa itu menyebabkan DBP cenderung meminjam perkataan Inggeris dan menjadikannya istilah Melayu sehingga Kamus Dewan kini seolah-olah gedung bahasa rojak.
Sumber: Berita Harian 28 November 2007
|
|