Post by admin™ on Jun 8, 2005 21:08:00 GMT -5
Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu
kisah yang lalu tak akan berulang lagi
lupakan saja cerita lama
usah dirayu pada yang tak sudi.
usah dinanti pada yang telah pergi
hanya luka lama kan berdarah kembali
.......................benarkah begitu paluan hati? Derit yang ku dengar adalah suara tangisan hati.. suara seorang manusia insan yang terbelit dalam kesepian dan kesunyian dalam keseorangan. Tetapi sepi itu indah....ada bunyi alam yang gemersik didalam minda.....ada bisikan sayang pada alam yang terlakar.....kalau aku pelukis memang kau lukiskan semua rasaku....sayangnya aku cuma seorang insah yang biasa.
Apakah namanya cinta...kalau harus menyakiti orang yang kita cinta. Harus meninggalkan semua yang kita cinta. Kenapa cinta mesti tidak saling memiliki. Benarkah kalau kita benar benar cinta kepada seseorang kita mesti merelakan diri kita disakiti? Entahlah satu jawaban yang sukar untuk kita lukiskan kerana ianya adalah luahan dendam dan derita dalam kalbu.
Itu adalah bahasa hati "rindu" satu rasa yang ada dalam semua jiwa orang, kadang2 kalau tak jumpa sehari kita di landa rindu rinduan yang amat sangat....kalau tak dengar suara sejam dua kita dah tak senang duduk.....kalau tak melihat kilasan jerlingan mata....kita dah tak der selera makan... kalau tak menghidu bau setengah hari.....kita dah semacam kera yang kena belacan...susah juga yang dikatakan penyakit rindu..... apa lagi kalau rindu ini berkaitan dengan bayangan.... bayang bayang makin kita dekat makin dia jauh..... cuba anda lihat pada bayang bayang.....kadang2 tinggi, besar, pendek....kecil mengikut waktu yang bergerak.....sentiasa saja bergerak dalam satu ruang yang tidak akan tersentuh ..
"ingin ku sentuh bayangmu.... Ingin ku taburkan rindu ini" semua itu adalah satu keinginan hati satu hasrat yang tersirat. Seperti pagi pagi sebegini.....aku sudah bangun sudah mengerjakan suruhan Tuhan tetapi kenapa masih ada satu ruang lompang di dalam diri aku? Lama aku merenung.... mencari jawabannya.... rupanya ianya adalah luapan... satu perasaan rindu..... rindu kepada Yang Maha Esa.....rindu mendengar puji pujian kepadanya.... setiap pagi akan terdengarlah para muazim di masjid melagukan irama itu...... manis terdengar di halua telinga.... terasa amat dekat sekali dengan sang Pencipta.....Rindu makin merimbun tetapi ingatan itu adakah sama dengan perbuatan kita... apa sama dengan apa yang ada dihati kita...... Rindu itu seperti bayang bayang... kalau bayang2 hilang..... rindu mungkin ikut hilang bersama bayang bayang.....
Tapi aneh juga kalau perasaan rindu kepada seseorang mengamit..... rindu pada insan amat berbeza dengan rindu kepada benda benda lain lebih2 lagi kepada benda2 yang mati.... sebab itu perasaan sentiasa hidup.... kalau perasaan seseorang sudah mati.....bermakna dia sudah tiada apa apa lagi...