Post by admin™ on Sept 22, 2007 1:17:25 GMT -5
Bunyinya mungkin pelik tetapi bukan luar biasa, membedah karya sendiri. Ini
mungkin boleh disamai dengan menceritakan proses kreatif. Para penulis sering
ditanya bagaimana proses kreatif atau proses penciptaan sehingga karyanya tidak
kiralah sama ada novel, cerpen atau puisi terhasil. Namun demikian, ada kalanya
penulis seperti ini kesasar apabila berhadapan dengan mereka yang kurang faham
tentang bedah karya sendiri ini. Penulis amatur beranggapan penulis ini 'syok
sendiri' dan 'angkat bakul'. Mereka juga menanggap apakah ini salah satu cara
mempromosi karya selepas menyatakan karya tersebut bermutu baik dan patut
dibaca, patut dibeli untuk dijadikan idola atau contoh jika mahu terlibat lebih
jauh dalam bidang penulisan.
Tentulah berbeza keadaanya jika bedah karya itu dibuat oleh orang lain,
pengkritik sastera misalnya. Tentulah berbeza tanggapan. Inipun tertakluk sejauh
mana niat kritikan itu dibuat. Ada kritikan promo, ada kritikan bina, ada
kritikan angkat dan ada juga kritikan kawan. Idealisme seorang penulis itu
berbagai-bagai. Barangkali dia boleh menghebahkan mengapa dia menulis sesebuah
karya itu dengan memberi alasan-alasan terperinci kemudian diperkuat dengan
elemen-elemen pembinaan hingga menyerlah sebagai sebuah karya yang diagungi. Itu
pun memerlukan reaksi orang lain yang membaca. Apakah dengan pandangan beberapa
orang yang rapat sudah memaksa dinobatkan itulah karya yang terbaik. Barangkali
penulis ini berpandangan sudah sampai masanya para penulis bangun dari tidur dan
mengkhabarkan kepada dunia bahawa 'akulah penulis yang hebat', 'aku menghasilkan
sebuah novel besar', 'orang yang tidak membaca rugi besar tapi inilah buku yang
terhebat dihasilkan oleh seorang aku bergelar
penulis yang tiada tandingnya di negeri ini' dan sebagainya lagi. Wah, ini
memberi tanda yang kurang enak didengar. Jika benarlah novel atau cerpennya atau
buku puisinya itu memang versatil, sasa dengan gagasan-gagasan baru, teguh
dengan buah fikir yang mampu diuji zaman kita tidak ragu-ragu untuk mengakuinya.
Tapi harus bersabar dulu kerana karya besar tidak terjadi dengan masa yang
terdekat tetapi bakal memakan waktu. Memerlukan juga peranan pihak-pihak lain.
Bukan main sumbat, main tangkap atau main cakap sahaja.
Apapun juga terserahlah, jika ada yang begitu suka berkata 'akulah yang hebat'
ya teruskan. Apa yang penting setiap langkah yang diatur akan menuju destinasi
yang jujur, setiap ungkapan yang diperkatakan akan mengangkat kebenaran bukan
kemegahan yang berlebih-lebihan. Saya pernah berkata bahawa zaman keemasan
seseorang itu tidak akan berulang.
HA
Kreatif Hasyuda Abadi
keadaan ini banyak berlaku dalam kitaran penulis2 lama yang angkuh dengan karya mereka sendiri.. dan kalau mendapat kekuasaan mereka akan mengedit dan mencantas karya2 baru seperti hak milik sendiri dan sehingga hilang keaslian tulisan yang ditulis oleh penulis2.. masalah ini seringkali berlaku dalam bengkel2 yang di anjurkan oleh DBP.. tapi kami sebagai penulis2 baru apa hendak dikata.. setiap karya kami di kupas sesampai liang lahat tetapi karya2 mereka yg gitu2 di dewa2kan....... aduhai malangnya.. nasib diri..