admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 17, 2007 8:40:21 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 17, 2007 8:49:58 GMT -5
A[/size]ku mengatur langkahku lambat lambat. Sesekali aku menoleh kepada seorang gadis yang sedang berjalan di sebelahku. Dia akan melemparkan secebis senyuman yang manja dan menggoda setiap kali aku memandang kepadanya. Aku makin tergoda untuk menyapa dan untuk mengenalinya. Itu adalah naluri biasa bagi jantina lawan jenis apabila melihat sesuatu yang menarik hati. Tetapi sebelum sempat aku berbuat sedemikian, seorang pemuda berandal yang berlagak seperti gaya orang tidak kenal adat dan tidak keruan telah menghampirinya. Pemuda itu seakan akan mahu melanggar tetapi memberhentikan tubuhnya dengan tiba tiba. Dan gadis itu juga terpaksa berhenti dan aku pun ikut berhenti sama. "Hei, engkau sudah lupakah pada aku?", sapa pemuda itu dengan kasar namun seperti meramahkan suaranya yang garau. Teguran itu bukan saja mengejutkan gadis tersebut juga mengejutkan aku sendiri.
Pemuda itu menghadiahkan senyuman yang gatal tetapi aku melihat terasa seperti ngeri, apa lagi gadis tersebut. Mata pemuda itu meliar mencari sasaran yang empuk untuk ditatap. Yeah, wanita sebagaimana menutup diripun akan tetap terpandang seksi dimata lelaki apalagi gadis ini berpakaian up to date. Dia cuba berkasar apabila sapaannya tidak dilayan oleh gadis tersebut. Dia menghampiri gadis tersebut dan cuba untuk meraih tangan tetapi gadis itu dengan pantas mengelak dan menghampiri aku yang berdiri juga hampir dengan dia. Wajah gadis tersebut kelihatan bertukar menjadi pucat dan aku dengan lagak seorang wira menarik gadis itu disamping ku.
"Ayuhlah, kita pergi minum dulu , aku merasa dahaga sekali maafkan saya saudara, ini adalah teman wanita saya jadi jangan pandai pandai nak menganggu ek", ujarku lalu meraih tangan gadis itu dan membimbing dia masuk ke satu kafe yang berhampiran dari tempat itu. Gadis itu agak terkejut dengan keadaan yang terjadi namun aku memberikan dia secebis senyuman yang menandakan itu adalah satu pertolongan ikhlas. Dan dengan langkah yang selamba gadis itu membalas peganganku dan kami bergandingan berjalan demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Namun sempat juga aku memberikan senyuman mengejek kepada pemuda iseng tadi dan dia memandang ku dengan pandangan yang penuh dendam. Kurang ajar barangkali dia fikir padahal dia sendiri yang kurang ajar.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 18, 2007 0:56:06 GMT -5
Kami memasuki kafe tersebut. Pelanggang dikafe tidaklah begitu ramai maklumlah hari sudah hampir senja pasti tak ramai orang berada di luar rumah. Keadaan cuaca yang dingin tidak membuatkan orang berselera untuk berada jauh dari rumah. Aku menarik sebuah kerusi dan mempersilakan gadis itu duduk. Bertindak sebagai seorang lelaki yang budiman. Mata kami berpandangan seketika. Dia kemudiannya tertunduk malu dan aku melemparkan pandanganku ke arah luar kafe, kelihatan pemuda itu masih lagi berdiri dihadapan kafe dan memandang ke arah kami barangkali perasaan tidak puas hati masih lagi berganjal dalam hatinya. Barangkali juga dia merasa curiga dengan lakukan kami ataukah mungkin merasa tercabar dengan senyuman kurang ajarku tadi atau barangkali dia sudah melihat yang sebenarnya kami waktu dia mengoda gadis tadi kami saling tidak kenal mengenali. Kerana waktu itu keadaan kami agak berjarak. Dan yang pasti aku yakin dia telah lama memerhatikan gadis tersebut.
"Dia tu memangnya terkenal dengan samseng di bandar ini, sering saja menganggu gadis gadis", terang gadis itu memulakan perbualan. Rupanya dia telah hafal sikap pemuda tersebut. Aku cuma mengangguk saja tanda mengiyakan kata katanya. Wajar bukan untuk aku lebih bersikap sopan apa lagi dengan gadis yang menarik perhatianku ini.
"Kelihatannya dia masih tidak puas hati , barangkali dia curiga dengan lakunan kita tadi", balasku dengan mencemuh. Gadis itu menatap wajahku seketika.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 28, 2007 23:11:13 GMT -5
"Memang, dia sering saja menganggu gadis-gadis yang ingin pergi kerja atau pulang dari kerja, biarpun si gadis berjalan dengan teman lelakinya, dia tu ada kumpulannya sendiri, jadi dia bolehlah berlagak mancho", terang gadis itu dengan panjang lebar.
"Biasalah pekan kecil seperti ini mesti ada yang ingin tunjuk lagak"
"Kau oranb baru di daerah ini eh?", tanyanya kembali.
"Ya, dari mana kau tahu?"
"Dari lagak dan bahasa yang kau gunakan itu memang cepat boleh dikenali kau asal orang sini atau orang luar, kau orang Semenanjung ya? dan tidak takut pula pada orang-orang yang seperti itu, padahal kebiasaan orang disini membiarkan saja atau lebih tepat lagi menghindari diri dari orang yang seperti itu, bukan apa takut apa-apa kejadian berlaku, lagi pun mereka sangat suka berkelahi", terang gadis itu tanpa perlu aku tanyakan apa-apa.
"Kau memang pintar. Maafkan aku kerana agak kurang ajar tadi denganmu, maklumlah takut kau sendiri sudah punya teman istimewa dan nanti marah pula padaku kerana mengaku teman wanitanya sebagai teman wanitaku tanpa izinnya"
"Ah! tidak mengapa. Itukan wajar, kau kan mahu berlagak sebagai wira kota kecil, tapi syukurlah aku terhindar dari diganggu terus oleh samseng tu, lagi pun tiada siapa nak marah , aku masih sendiri lagi", ujarnya dengan tawa manja. Aku ikut tertawa.
"Jadi, aku tidak perlu risau andai aku perlukan bantuan mu untuk tunjukkan aku tempat-tempat yang istimewa di bandar kecil ini ye. Itupun kalau engkau tidak ada kerja lain dan ada kelapangan waktu. Apa kata mu?"
"Kebetulan aku pun sedang cuti, ketempat yang bagaimana kau ingin lawat? Rumah bergambar, tempat-tempat bersejarah atau restoran-restoran makan yang hidangan dia sedap-sedap",
"Semua sekali boleh eh?", tanyaku seperti menggoda dia. Dia senyum manja. Ikhlas kami mula merasa lebih serasi padahal baru saja kenal tidak berapa lama.
"Kau sudah menjadi hero penyelamatku dan aku tidak rugi untuk menjadi heroinmu dalam sehari dua ini ", dia berlawak lagi. Aku senyum nakal.
"Kau mahu minum atau makan?", ujarku untuk memeriahkan lagi perbualan.
"Boleh juga mintakan aku fresh oren tanpa ais dan sekeping sandwich tuna tanpa dibakar"
Aku memanggil pelayan dan memesan makanan. Aku sendiri meminta satu kopi panas dan juga sandwich telur. Sementara pelayan pergi mengambil makanan yang di order kami berborak-borak kosong.
"Ada apa kau datang ke pekan kecil dan sepi ini?"
"Aku tertarik dengan kisah-kisah sejarah disini. Banyak yang ku baca tentang sejarah pahlawan pahlawan yang hebat hebat dari daerah ini. Jadi aku ingin melihat sendiri lagi pun aku sudah bosan bercuti di bandar bandar besar ataupun di tepi tepi laut yang penuh dengan orang asing.
|
|