admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 19, 2007 2:53:40 GMT -5
Saudaraku sempittseber,
Dengan perasaan sangat duka, kota kamben sepi aku tinggalkan. Amat besar malu yang aku pikul di hadapan umum. Sengaja aku pergi ke Tikar mengkuan layu ini adalah hendak mencari pekerjaan. Tetapi pekerjaan belum juga dapat. Aku tahu sudah, bahawa semua ini adalah pembalasan Tuhan yang harus aku pertanggungjawabkan.
Dosa aku yang terlalu besar terhadap diri saudara, kuncup pengharapan saudara yang mulai akan mekar, aku patahkan , aku rebut Intan Mata Kuyu (IMK) dari tangan saudara, pada hal aku tau ketika itu engkau sangat cintakan dia bagai nak gila dan dia pun mengharapkan akan bersuamikan engkau seorang gembala kamben tua. Aku pengaruhi keluarganya dengan wang dan dengan keturunanku. Aku hinakan saudara di hadapan mereka. Aku tidak insaf bahawasanya panas akan berganti juga dengan hujan, bahawasanya kehidupan ini adalah laksana roda pedati, turun naik silih berganti. Aku tidak insaf bahawa kelak aku akan mengemis kepada orang yang pernah aku hinakan.
Memang setelah aku berkawin dengan Intan Mata Kuyu (IMK), aku berbesarhati beberapa bulan lamanya, lantaran cita cita aku telah tercapai. kembang mekar dari batipuh telah aku petik. Tetapi kemudian pergaulan kami nyata tidak sesuai, sebab dia seorang perempuan yang tinggi budi, padahal aku hanyalah seorang yang rendah. Sangka aku tidak akan sampai nyata pembalasan Tuhan keatas diri aku. Aku telah jatuh terlalu dalam ke lurah perjudian, aku pandang rendah. Bertemu oleh aku dalam keadaan yang tidak aku sangka sangka. Telah naik gensi dan darjatmu, pada hal aku telah jatuh tersungkur. Aku harus menelan kepahitan malu yang amat sangat , kepahitan pembalasan Ilahi yang begitu terang dan nyata. Sekarang aku insaf akan keadaan itu apabila aku betul2 fikirkannya/
Sekarang aku sudah menetapkan hukuman atas diri orang yang bersalah sekian besar. Aku mesti mencabut jiwanya, supaya dia lekas tersingkir. Maka sebelum itu, dengan surat ini aku berterus terang kepadamu, bahawa Intan Mata Kuyu aku kembalikan ke tangan mu, dia aku lepaskan, tiada dalam ikatan aku lagi, aku merasa hanya inilah sedikit pembalasan kepada mu dari aku yang hina ini.
Aku kembali kan intan mata kuyu ke tanganmu, kerana memang engkaulah yang lebih berhak ke atas dirinya, hampir tiga tahun aku bergaul dengan intan mata kuyu, ternyata pergaulan kami tidak cucuk, yang mencucuk hanyalah aku saja sedang dia tak buat apa2 pun, kerana dia aku dapat dengan jalan tipuan, meskipun berkulit nikah kawen. Akan lebih beruntung engkau mendapat dia, dan dia pun akan lebih puas beroleh suami yang cucuj dengan aliran jiwanya. Adapun aku sendiri telah menetapkan ponis atas diri aku sendiri.
Tak perlu engkau hiraukan bagaimana kesudahan dari kehidupan aku ini. Kerana kehilangan orang yagn sebagaimana aku ini dari dalam masyarakat belumlah akan sebagai kepecahan telur ayam sebiji.
Maafkan dosaku lahir dan batin;
aku yang bernama sumpittsauber
tanggal mati 19 ogos 2007
PENGUMUMAN PENTING
ORANG YANG MENULIS SURAT TELAH DI TEMUI MATI DIDALAM BNGSAL KAMBEN DUA HARI YANG LEPAS
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 19, 2007 3:11:44 GMT -5
Adindaku Intan Mata Kuyu (IMK)
Hampir tiga tahun kita bergaul, hampir tiga tahun kau menuruti aliran hidup aku yang sial, yang penuh dengan dosa, penuh dengan tangan yang kotor. Hanya semata mata lantaran menurutkan nafsu muda aku, kau suruh aku mengerjakan ibadat kepada Tuhan untuk menebus kesalahan dizaman remaja, hanya sebulan dua dapat aku kerjakan. Dasar kotor, kian lama seruan kekotoran itu kedengaran oleh telingaku kembali. Aku kecewakan hatimu, aku habiskan gaji dan pendapatanku untuk melepaskan nafsu angkara murkaku.
Aku tahu, kerap kali engkau meratapi untung nasibmu lantaran bersuamikan aku. Kerap kali pula kau ku maki, ku pikullkan ke atas pundakmu kesalahan kesalahan yang sebenarnya mesti aku sendiri memikulnya.
Intan Mata Kuyu, berhentilah berlakun kesedihanmu sehingga kini, ketahuilah bahawa aku ini telah insaf akan segala kesalahanku. Dan keinsafan itu akan ditebusnya. Pinang akan disurutkan ke gagang sirih akan dipulangkan ke tampaknya.
Sengaja aku menyingkirkan diri, supaya jangan kau ingat juga kecantikkanmu dan kemudaanmu yg telah hilang percuba lantaran ku rampas dengan kejamnya. Maka sebelum masanya lepas dan penyesalan timbul, semasa tunas angan2mu masih boleh tumbuh kembali , aku menyingkir dan pergi.
Aku akan memberikan hukuman kepada anak muda yang sekejam itu, yang mengecewakan perjalanan hidup seorang pujangga, mematahkan pengharapan seorang gadis, hanya dengan pengaruh wang dan turunannya, pada hal dirinya sendiri hanyalah seorang yang rendah dalam segala perkara.
Hapuskan segala kesedihan yang telah terlukis di keningmu kembalikan segala remuk kedukaan yang telah timbil di dirimu hampir tiga tahun lamanya lantaran aku.
maka sesampai surat ini, ketangan engkau yang lembut itu, lantaran kau ku ambil dahulunya dengan nikah (entah sah ke tak sah aku tak tahu.. aku lupa amik surat nikah kat balairaya pasal ketua kampung halau aku dengan tongkat ali pasal aku kenyit pada bini mudanya) sekarang engkau aku lepaskan pula dengan sah menurut agama. Sesampai surat ini ke tangan mu adindaku Intan Mata Kuyu maka jatuhlah talak sebanyak 3 kali padamu.
Meskipun setelah perkataan itu keluar dari mulutku kau bukan isteriku lagi, namun aku masih berani memohon kepada kau atas nama seorang yang telah hampir 3 tahun bergaul dengan dikau, yakni jika edahmu telah sampai, jangalah kau kembali ke Kandang Kamben sepi, tinggalkan engkau kepada jejaka pujaan hati engkau kalau dia masih suka dan menerima engkau jadi isterinya. Aku pun suka jugak kalau kau boleh jadi isteri orang besar2.
Hanya sekadar inilah suratku. Inilah hanya korban yang dapat ku berikan untuk pembalas budi baik tuan empunya istana yang telah membalas segala kejahatan aku dengan kebaikan sekian lama. Dan jika sekiranya engkau menerima khabar apa apa tentang diriku yang tidak baik, tolong maafkan segala kesalahan aku selama engkau menjadi milikku, an tolong pula kiranya engkau bacakan doa2 yang kau hafal untuk permudahkan urusan ku insan yang malang ini.
aku tukang tulis surat
tanda tangan lupa buat dakwat abis daaa
PEMBERITAHU
SURAT INI TAK SEMPAT SAMPAI KE TANGAN INTAN MATA KUYU KERANA SURAT INI TELAH DI MAKAN OLEH KAMBEN YANG KELAPARAN TERLUPA DI BERI SARAPAN PAGI OLEH TUAN KAMBEN INNALILLAHIWAINAILAIHIROJIUNNNNN
|
|
|
Post by vanilla® on Aug 22, 2007 7:06:22 GMT -5
apa hal pitt
|
|
|
Post by insanManikam on Aug 23, 2007 4:06:22 GMT -5
erk lain macam je bunyi..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 16, 2007 9:45:10 GMT -5
Ke sisi pengetahuan sahabatku semoga Allah menyertaimu!
Sahabatku SiPittung!
Hari Raya Korban telah selesai. Tidak sedikit kerbau, lembu, kambing dan biri biri yang telah disembelih oleh umat islam kita untuk mendapat pahala dan berkat dan ganjaran di hari kemudian.
Tetapi sahabaku, bukan itu yang aku hendak menceritakan kepadamu, melainkan satu hal yang sangat ngeri dan aneh!.
Jika di sana sini orang sedang sibuk melakukan korban daripada binatang binatang peliharaan yang sudah cukup umurnya tetapi tidak jauh dari rumahku ini beberapa orang dari kaum munafik telah mengorbankan satu insan yang masih di dalam kandungan masih suci dari segala noda dan dosa.
Astaghafirullah!! Luar biasa sekali perbuatan kaum ini, sahabatku. Dan lain dari apa yagn telah dilakukan ke atas Nabi Ibrahim dahulu.
Sudah lazat benar nampaknya bidan itu memakan hasil dari kecaian daging manusia yang dibunuh dengan tangannya sendiri yang tua terkutuk, tangan najis dan asap api neraka itu. Mungkin kerana dia tidak pernah mendapat apa apa balasan dari pemerintah seperti mana pembunuh pembunuh yang lain. Pada hal inilah pembunuh yang paling ganas, dan paling banyak membunuh manusia dizaman yang penuh dengan erti kemodenan ini.
Sahabatku si Pittung! Engkau tentu hendak bertanya bagaimanakah aku boleh mengetahui kejadian ini dan siapa siapakah pula yang terlibat itu?.
Sahabat..! sebelumnya biarlah aku menuntuk berbanyak maaf darimu sekiranya di dalam penjelasan ini agak tidak menyenangkan hatimu !
Kelmarin dua hari sebelum lebaran , Hayatan kenalanku telah dtang memberitahuku iaitu sahabatnya dari bandar bernama sudin bermata bulat akan kemari dan membawa seorang gadis untuk mengugurkan anak dengan bidan terkutuk itu, jadi dia telah meminta supaya aku menumpangkan mereka dirumahku selama mereka didesa ini. Sebab katanya di rumahku tidak ramai orang.
Aku tidak kenal sudin itu, Pittung, tetapi aku rasa pernah nama itu kau sebutkan kepadaku terutama yang perempuannya. Kerana sebelum aku memberikan jawapan yang aku tidak mahu bersubahat telah sempat juga aku bertanya kepadanya tentaqng perempuan itu.
(surat ini tak dapat aku siapkan sebab aku telah disaman oleh penulis yang sebenar harap maaf pittung)
surat tanpa tanda tangan
|
|
|
Post by SilaKama© on Sept 16, 2007 10:47:41 GMT -5
isk..."hayatan"....adehhhh.....
p/s: pesal haku sendiri tak paham citer dia nih..???
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 16, 2007 10:50:51 GMT -5
aku pun indak faham jugak bah!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 28, 2007 23:41:17 GMT -5
Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.
Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta.
Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…
Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….
Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang…
Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Awak…
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan…
Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…
Awak…
Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…
‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…
‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…
‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’
Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu….
Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’
Awak…
Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…
Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…
Awak…
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.
Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.
Awak…
Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 28, 2007 23:42:59 GMT -5
p/s pesanan dari syarikat celbem yang telah bangkrap... jika seseorang memberi anda surat yang sebegini secepatnya hendaklah anda membakar nya kerana ini adalah kata2 yang akan mengundang anda dalam kehidupan yang sangat murung untuk selamanya padahal orang yang mengarang surat ini dapat hidup bahgia selamanya.
|
|
|
Post by SilaKama© on Oct 29, 2007 2:42:45 GMT -5
p/s pesanan dari syarikat celbem yang telah bangkrap... jika seseorang memberi anda surat yang sebegini secepatnya hendaklah anda membakar nya kerana ini adalah kata2 yang akan mengundang anda dalam kehidupan yang sangat murung untuk selamanya padahal orang yang mengarang surat ini dapat hidup bahgia selamanya. :'(Pesanan dari pengurusan Syarikat Maju Mundur: Anda dinasihatkan tidak membakar surat tersebut kerana ia menyumbang kepada pengeluaran karbon dioksida yang tinggi di dalam udara...maka dengan itu lebih baik anda sedekahkannya kepada mak cik Temah sebelah jiran anda untuk dibuat pembungkus nasik lemak...dapt juga pahala...jika tidak menghargai tuan surat pun, sekurang-kurangnya menghargai suratnya..apatah lagi anda membantu kepada pembangunan negara..hehehehe....
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 29, 2007 4:11:58 GMT -5
p/s dari makcik temah penjual nasik lemah (anak tiri no 3 yang tukang kasi sms) makcik temah mohon maaf dia dah lama tak jual nasik lemak semenjak suami dia meninggal dunia tepi kolah mandi akibat terkejut kerana membaca surat tersebut..... innalillahiwainnailahirojiun......
|
|
|
Post by vanilla® on Oct 29, 2007 21:04:35 GMT -5
hahahha...ada 2 ja kamu urang ini..bikin saya senyum sendiri2 pulak..eheheh
|
|
|
Post by SilaKama© on Nov 1, 2007 23:33:03 GMT -5
kamu bikin tersenyum bah...hati 2 urang ini luka berdarah pilu ngilu deh...hahahahaha... ;D
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 17, 2007 7:33:04 GMT -5
isk sejak balik honeymoon di bali makin pelik je mak budak belum ada anak dua urang nih.. isk isk...... isk...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 17, 2007 7:34:58 GMT -5
|
|