admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 15, 2007 23:35:08 GMT -5
Arena Wati (lahir 30 Julai 1925) ialah Sasterawan Negara Malaysia tahun 1988.
Dilahirkan di Kalumpang Kabupatan, Makasar, Indonesia dengan nama Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.
Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Baru dan Brunei. Dalam tempoh ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara tahun 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada tahun 1959 di Singapura. Selepas itu beliau terus menulis termasuk:
Lingkaran (1962) Sandera (1971) Bunga Dari Kuburan (1987) Kuntum Tulip Biru (1987) Sakura Mengorak Kelopak (1987) Panrita (1993). Novelnya yang berjudul Sukma Angin (1999) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99.
Pada tahun 1985, Arena menerima "Anugerah Penulisan Asia Tenggara" (SEA Write Award) daripada Paduka Raja Thai, di Bangkok, Thailand. Arena Wati terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) pada tahun 2003.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Arena_Wati"
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 15, 2007 23:37:06 GMT -5
novel lingkaran akua ada, sandera ada masa form six dulu ada belajar, bunga dari kuburan ada. kuntum tulip biru ada, sakura mengorak kelopak ni ilang entah sape curik.. pantira ada.. mevrouw toga aku ada
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 15, 2007 23:38:32 GMT -5
Cakra Waruga (KN) Sebuah Trilogi Tiga Genre(KN) Sebuah Trilogi Tiga Genre(KT) Trilogi Busa - Busa Hati Trilogi Busa - Busa Sukma Trilogi Busa - Busa Kalbu Trilogi Armageddon : Mandala Trilogi Armageddon : Menorah Trilogi Armageddon : Pentagon Warna Sukma Usia Muda
yang pun aku kena carik......isk..
|
|