admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 13, 2021 20:09:29 GMT -5
Perjalanan panjang dari gerabak satu hingga ke gerabak paling ujung membuatkan hatinya menjadi hangat. Lebih lama terperak dikerusi membuatkan punggungnya sakit, Perjalanan yang mengambil masa berhari hari tidak akan membuat seseorang itu betah cuma duduk duduk sambil melihat keluar atau membaca. Apa lagi kerusi kosong disebelahnya membuatkan dia tidak punya teman untuk di ajak berbicara. Kesendirian sejak memulakan perjalanan jauh. Sebuah pelarian yang tidak pasti. Tapi dia harus pergi jauh jauh . Meninggalkan semua yang ada di kota kelahirannya itu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 15, 2021 17:41:01 GMT -5
Melarikan diri sebenarnya bukan satu hal yang bagus. Keadaan ini menampakkan kita gagal untuk melindungi diri sendiri. Pengecut dan tidak berani berjuang. Tapi hal yang bagus dari sebuah pelarian adalah kita bebas kembali membentuk harga diri dengan kitaran yang baru.
Manusia itu sifatnya pelupa. Kebanyakkannya. Mereka lupa mereka pernah dibahagiakan. Mereka lupa mereka pernah berjaya. Dan kerana hal yang kecil mereka tidak kuat untuk berjuang mereka menyalahkan pada hal hal yang baik dan melihat cuma pada hal hal yang buruk.
Itulah perjalanan pada setiap orang. Kebarangkalian menjadi pelarian itu sangat mudah, Tapi untuk mengekalkan apa yang ada itu lah yang payah.
Kembali ke tempat duduknya di gerabak satu. Menghembuskan nafas kepenatan. Bukan penat perjalanan dari gerabak satu ke gerabak hujung tapi penat dengan "sebuah rasa" yang masih lagi tertinggal dalam ruang sempit hatinya.
Tetiba ada seseorang bertanya akan tempat kosong di hadapannya. Suara halus dan lembut. Dia tidak mendongak atau menatap wajah yang bertanya dia cuma menjawab perlahan.
"Ya.." jawapan yang tidak jelas tapi bangku di hadapannya mulai di duduki. Dia menatap keluar, Kemudian mengeluh perlahan. Di manakah hujungnya perjalanan panjang ini?
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 20, 2021 8:45:58 GMT -5
Menikah ? Ternganga aku bertanya kembali. Ya. Menikah. Memudahkan perjalanan kita berdua. Yang mana kita ada teman yang wajar untuk meneruskan perjalanan kita seterusnya. Kita baru kenal cuma di tiga stesen. Belum sampai dua hari dan kita tidak saling kenal mengenal. Yang itu kita fikirkan kemudian boleh? . Begitu yakin jawapan yang diberikan tanpa kerdikan kelopak mata. Bukan wajah mengharap. Tapi seperti membuat keputusan yang tegas dengan yakin. Dan aku mengeluh perlahan. Memandang ke luar jendela keretapi yang bergerak dengan laju. Dan keinginan untuk bermain pindah dari satu gerabak ke satu gerabak mula mati. Ajakan itu seperti kurang waras dan kurang wajar. Seperti terhukum ke penjara yang kita tidak nampak.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 21, 2021 20:55:27 GMT -5
Dalam usia yang sebegini aku masih ingin bebas. Aku tidak mahu ada keterikatan. Dan yang pasti aku tidak ingin memikul tanggungjawab. Lagi pula ini adalah pengembaraan ku ke tempat asing yang tidak aku kenal apapun. Pengembaraan meloloskan diri dari sebuah tanggungjawab yang dipaksa aku memikulnya. Seperti kata orang pindah ke satu koch ke satu koch yang lain nampak bangku yang sama cuma penghuninya yang berbeza atau bangku bangku kosong.
Aku merekapkan kepala ku ke jendela keretapi yang sedang melaju. Destinasi seterusnya adalah kota Bangkok. Aku pernah berkali kali ke Bangkok tapi dulu cuma urusan wisata wisata kecil bersama gerombolan anak anak sekolah atau gerombalan pengiat agama yang melawat sekolah sekolah pondok di daerah selatan Thailand dan mereka singgah ke kota Bangkok untuk mencari barang barang buat dibawa pulang ke kampung halaman selain membeli belah di pekan Golok. Dan waktu itu aku cuma menjadi penghuni bilik hotel yang setia sementara menunggu mereka selesai urusan membeli belah ataupun beriadah. Dulu aku berbeda dari sekarang kalau melancung.
Kali ini pengembaraan aku pilih adalah dengan keretapi. Kerana memang aku sangat teruja dengan keretapi. "Transseberia" kisah perjalanan panjang berulang kali aku baca. Dan aku telah lama menabung untuk ikut menjadi orang yang mengembara melalui jalan yang aku pilih sendiri.
Yaa. Hidup ini adalah perjudian. Aku kartunya dan kau pemainnya dan dia adalah wangnya. Kau bermain bersama ku dengan penuh kebahagian tetapi akhirnya engkau memilih dia kerana dia adalah wang yang boleh membawamu kemana saja di dunia ini bahkan kelangit ke tujuh pun dia mampu kerana dia adalah wang raja dalam kehidupan manusia sekarang.
TITIK.
Fikiran ku bertitik titik kembali. Dan aku ingin lelap seketika sebelum keretapi ini sampai ke pusat jantung kota Bangkok.
|
|