admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 18, 2021 19:09:32 GMT -5
Cuaca menangis today. Di rumah tenang. Dingin dan menyepi. Anak anak bebulus buat hal sendiri sendiri. Wassap bro?? I'm thinking alot lately. So rambut dah makin banyak putih. Apa yang hendak dibuat kalau setiap hari tidak mampu membuat apa apa. Oh.. im on 55. Itulah realitinya. Aku sudah 55 kata orang ready to go. Tapi aku masih macam tak berubah perangai. Gasak games always. Tak berfikiran ke depan memang sebab aku dah 55 nak ke depan mana lagi lah kan? Aku memang memilih menyendiri sejak aku merasa satu tusukan paling dalam pada dadaku oleh penipuan yang aku rasakan sepatutnya tidak perlu. Aku menyisih dari setiap ruang gerombolan orang. Hanya denagn diri sendiri dan aku semakin hilang percaya dengan orang. Walau sebaik apa pun orang saat kita tidak lagi diperlukan mereka akan menendang kita jauh ke dasar gaung yang dalam. Orang yang terlihat baik itu belum tentu akan baik seperti mana kita lihat dan kita rasakan. Kerana setiap orang itu akan berubah. Perubahan yang perlu kita jangkakan apa lagi kalau melibatkan rasa kasihsayang peralihan cinta atau peralihan perasaan. Hubungan sebaik apa pun mereka akan tetap menghina perhubungan yang lama setulus mana pun kita memberikan kasihsayang perhatian apa pun. Manusia itu jahat sebenarnya. Dan aku pun manusia. Kejahatan manusia memang jelas kelihatan dan boleh dibaca. Sebab manusia itu hidup di dunia ini. Ini sedikit pengenalan akan thread baru sengaja aku letak face dupang aku. Selamat pagi kandang. Walaupun sebenarnya aku tutup banyak pintu kandang. Tapi boleh saja dibaca kalau ada kesudian memasuki kandang. Free untuk membaca apa pun. Semoga semuanya berjalan baik baik mengikut aturan Tuhan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 2, 2021 5:52:27 GMT -5
Jangan curi curi datang. Datanglah dengan penuh berani kerana bukankah itu sifat diri mu? Seorang yang sangat berani memperjuangkan apa keinginan mu . Kucing kucing ku membiak dengan banyak sekarang. Anak si koyu sudah tujuh ekor, campur si tommy dengan si pugut ibunya dan si bacak mana lagi si kecik dan si comel yang hampir buta matanya. Tapi semuanya hidup di luar rumah cuma si tommy kadang masuk tidur disamping ku. Aku sudah tidak punya kamar sendiri Bro!!. Aku sudah tidur di ruang tamu dengan membawa katil bujang ku. Beginilah lumrah kehidupan. Aku agak berisi sekarang. Sihat jasad? berisi tidak bermakna aku sihat sebetulnya. Cuma nafsu makan aku sangat okay sejak pkp dan pkp selanjutnya. Bonda tak selera makan aku selera makan jer. Nasi dengan kicap ikan goreng sambal gaprek or ulam ulam segar sudah okay. Telur dadar, ikan rebu or singgang okay saja pada ku. Susu HL satu liter sehari habis . Sosej bakar apa saja makanan terasa enak. Tapi yang pasti aku tidak punya teman di real or di maya. Aku memilih hidup sendirian dengan bonda. Bonda sangat bergantungan hidup dengan aku Bro!! walaupun kadang aku ingin juga berehat dua tiga hari bersama diri sendiri. Kadang aku fikir alangkah baiknya jika aku punya saudara yang prihatin dan menyayangi bonda sebagaimana aku menyayangi dan bertanggungjawab sama bonda. Bukan cuma kirim uang untuk belanja bonda. Belajarlah hidup bersama bonda walaupun bonda tidak suka berada di rumah anak anak. Apa salahnya anak anak berkorban dengan hidup di rumah bonda. Tak boleh kan? Begitulah rata rata sikap anak anak. Ada rakan sekerja aku cakap aku terlalu manjakan bonda. Kalau beliau mahu mak beliau lakukan sendiri berdikari katanya. Aku tak kecil hati kalau beliau kata begitu. Tapi sebagai anak aku berhak untuk manjakan bonda aku. Bonda aku sudah hampir 80 tahun. Walaupun sihat badanya cuma tidak boleh berjalan jalan seperti biasa, bergantung dengan kerusi rota. Makan minum semua aku siapkan. Bonda cuma duduk dikatilnya dan mengaji atau baring baring berehat atau menonton tv. Aku sebagai anak tidak terganggu dengan semua itu. Kadang aku terpaksa tidak keluar work kalau bonda ku lihat murung seperti depress. Aku temani bonda di rumah. Walaupun aku tahu kalau aku tidak keluar work pastilah pendapatan aku kurang or tiada pendapatan langusng. Tapi aku tidak bergantung dengan pendapatan ku, hidup ini rezeki itu Allah yang bagi dan pastilah ada jalannya yang Allah berikan untuk aku. Aku lebih yakin untuk menemani bondaku di rumah bro!! Tapi alangkah baiknya kalau sister2xku mampu menjaga bonda ku sebulan dua tiga hari agar aku boleh berehat juga. Tapi mereka lebih penting kan family mereka sendiri dari bonda. Mereka tidak tahu powr or "doa" dari bonda. Mereka fikir semua yang mereka dapat itu dari usaha mereka. Sikap anak anak berbeda walaupun sama perut yang membersar didalam nya. Bro!!! kamu bahagiakan? pastilah kerana kamu memilih orang yang baik kan bro? orang yang romantis pandai kelakar, pandai membuat kamu ketawa terbahak bahak, pandai segalanya bahkan orang yang terpandang di matamu . Pegawai negeri kan? Aku cuma gelandangan.. tidak ada untung nya engkau bersama ku. Hidup ini penuh dengan ranjau. Tapi jika kamu masih ada orang tua berbaktilah kepada orang tua mu benar benar ikhlas. Kerana cuma itulah kunci dimana hati mu akan tenang dan menemui kebahgiaan yang benar bererti.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 9, 2021 21:00:23 GMT -5
Hujan turun awal pagi dan masih lagi turun walaupun tidak lebat tapi dingin. Ada air yang melimpah ke aspal kecil depan rumah. Kucing kucing bergelimpangan tidur ruang belakang dapur. Dingin barangkali. Aku panaskan enjin kereta terasa ingin jalan jalan dalam hujan dan bercerita dengan diri sendiri.
Hujan.. apakah hujan tidak pernah membuatkan engkau rindu kepada ku? Yeahhh orang seperti engkau sangat mudah membuang orang itu aku hapal sejak aku kenal engkau. Tapi orang seperti aku ini? masih mencari cari pada kenangan semalam. Aku ingin keluar cari breakfast yang agak enak dalam dingin hujan. Kalau rajin aku akan singgah ke tempat aku work.
Kereta ku seperti makan minyak hitam bro... hari senin lepas aku drive long distance sendirian kerana ikut apa yang bonda suruh. Cousin ku kenduri menyambut menantu sulungnya dan bonda tak dapat hadir kerana keuzuran dan dia suruh aku gantikan tempatnya 80km bro.. pulang balik 160 km.. sendirian lagi bro.
Terasa ingin menangis bila aku teringat akan engkau.. LINE ku bisu lama. Tapi masih aku simpan setiap tanda kenangan itu tak pernah aku buang apa pun kerana itulah aku. Diri aku. Jom jalan jalan sendirian melihat hujan .. semoga engkau sentiasa bahagia yaaaa...........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 10, 2021 23:51:26 GMT -5
Tersentuh hati aku baca posting Izan di group Kandangfb. Nampak sangat aku telah lama meninggalkan teman teman yang dulu sangat menceriakan hari hari ku. Waktu aku sedang sakit dulu, sedang gila gila dalam kandang. Merekalah yang memberi aku kekuatan untuk berada terus disini. Tapi sudah berapa lama aku meninggalkan mereka? Yang rajin aku mencoret di wall di Yan (cumieYan) itupun just liking saja. Apakah aku tidak rindu kepada mereka? Sebenarnya aku belajar hidup dalam dunia aku sendiri. Aku sangat takut untuk berada dalam kitaran teman teman, aku takut aku membuat mereka kecewa kerana mereka punyai tugas lain yang lebih baik dari duduk melangut dalam kandang. Akar dan sue adalah kawan yang sangat baik. Akar yang lucu dan dulu aku rasa dia adalah peminat fanatik ku dalam kandang, sama sue mereka bertemu jodoh disini. Tuhan berikanlah kekuatan kepada keluarga kecil sahabat ku berdua itu dalam menjalani ujisan yang kau berikan. Tuhan ku kau sembuhkan penyakit yang sedang di derita oleh Akar dan kau berikan kekuatan kepada Sue untuk tetap berada disamping kecintaan dia. Teguhkanlah ikatan kasihsayang mereka Tuhan. Permudahkan urusan mereka tuhan. Semoga Akar cepat sembuh dan kembali menjadi insan yang memberi keceriaan kepada orang lain. Aku sering dalam kandang sendirian dan aku baca semua posting posting Akar. Bangunlah sahabatku. Tak rindukah engkau untuk berada disamping sue dan anak anakmu? Kau harus kuat sahabatku walaupun aku cuma manpu mendoakan mu dari kejauhan. Kami masih membutuhkan mu Akar. Jangan pernah putus asa bangkitkan kawan. Cuaca disini pun hujan dan dingin. Bangunlah sahabatku... ceriakan hari hari yang mendatang dengan senyumanmu. Teman teman yang singgah di Kandanng mohon doanya yee... walaupun kalian tidak kenal Mr Akar bantulah mendoakan kesembuhannya. Doa adalah harapan yang terindah dalam kehidupan seseorang walaupun doa dalam diam dan tersembunyi.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 9, 2022 8:32:26 GMT -5
Wassap bro! 2022 menjelma dalam kancah musibah sana sini. Bertabahlah semua orang dalam menghadapi setiap ujian hidup. Hidup tak selalunya akan lurus dan manis. Jangan mengikat dan terikat dengan tantangan. Hadapilah tantangan itu dengan hati yang tulus. Setiap ujian itu bakal membawa kita mengenal erti ketabahan, kesabaran dan ketenangan. Ada orang di awal tahun ini kehilangan segala galanya. Aku cuma kehilangan masa lalu. Tetaplah tabah dan sabar dalam mendaki hidup yang semakin mendatar ini.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 5, 2023 7:29:22 GMT -5
wassap wassap berassap hahahahahaa... aneh aneh aja tulisan tulisannya
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 1, 2023 7:38:05 GMT -5
Never stop moving. Stop looking back. Walk und walk. But never forget.
|
|