Post by admin™ on Aug 9, 2021 19:02:25 GMT -5
Ini yang aku pegang sejak dulu, kita tidak perlu bergaduh dan berebut akan sesuatu hal yang sudah beranjak atau ingin pergi. Kalau seseorang itu benar benar menghargai diri kita pastilah tidak akan ada ruang untuk dia berpindah hati atau mencari kebahagiaan diluar. Bahagia telah ada cuma cara kita untuk grow bagaimana bahagia itu kita miliki untuk kita nikmati dan kekalkan. Bahagia bukan satu kejaran kerana setiap kejaran itu pastilah ada perhentian. Apabila kita berhenti kita akan mulai bosan dan mengejar lagi. Sampai bila?
Sebab itu aku sering bertahan dengan cuma satu hubungan, kalau sudah kau ingin beranjak pergilah. Tapi jangan ada penipuan dalam pemergian. Ikhlas meminta pastilah ikhlas juga akan kau dapat hidup dengan tenang tanpa rasa ragu. Berapa ramai orang yang ikhlas dengan perpisahan hidup bahagia? ramai kerana mereka itu melepaskan apa yang bukan milik mereka atau sekadar diberi pinjaman saja.
Manusia harus jangan ada sikap tamak dalam apa pun bentuk perasaan. Kalau tamak kita akan kehilangan segala galanya. Belajar mengikhlaskan diri sendiri dulu baru dengan orang lain. Cinta itu untuk setengah orang sangat mudah diungkapkan tetapi tidak grow dengan rasa cinta itu. Mereka seolah olah taksub hanya dengan cinta tapi tidak pernah bertanggungjawab atas setiap perasaan itu. Berapa ramaikah menukar cinta seperti menukar baju? hatta hanya sedikit kekurangan , salah faham dan tidak saling ingin memahami. Jenis yang membiarkan hal hal kecil menjadi besar.
Berjalanlah dengan penuh bahagia.