admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 29, 2021 21:08:33 GMT -5
Total lockdown menyeluruh again. Kerajaan gagal atau rakyat gagal atau kedua dua nya gagal?. Kenapa Menteri Miti takut hendak tutup kilang kilang? takut dengan tokey tokey kaya? Adakah Menteri ini berfungsi untuk kesejahteraan rakyat?
Padahal pendapat aku kalau dibuat total lockdown seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya itu adalah lebih wajar dan peningkatan seperti ini tidak berlaku. Apakah kerajaan terlalu takut dengan pemain ekonomi? kalau betul kerajaan memikirkan ekonomi pks tidak akan berlaku lockdown yang berulang ulang sebegini. Sepatutnya di awal pengurangan sekolah tidak perlu dibuka lagi tapi kerana mengikut suara rakyat yang dah bosan anak anak berada dirumah tapi yang akhirnya kerajaan juga yang rosak di mata rakyat.
Kes ini pada pendapat aku adalah dari kegagalan kedua duanya. Rakyat separuh nya sangat selfish sekali. Tidak ada kesedaran tentang penting nya SOP dan yang pasti suka menyalahkan orang lain bukan diri sendiri atas kesilapan sendiri.
Menyuruh orang lain untuk menjaga tetapi diri sendiri tidak menjaga. Ekonomi semakin teruk. Ekonomi aku dari tahun lepas lagi teruk tapi masih juga dapat menghidupkan diri dan bonda . Aku berharap lockdown kali ini adalah lockdown yang terakhir. Berfikirkan demi diri sendiri kalau bukan untuk orang lain pun. Jaga SOP kalau anda memang kebal dengan convid tapi ada orang lain yang mudah terjangkit apa lagi memudaratkan mereka.
Semalam adalah kematian yang tertinggi hampir 100 kematian. Bayangkan apa yang terjadi pada mereka mahukan anda meninggal dan diuruskan seperti itu? Entahlah...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 29, 2021 21:21:53 GMT -5
Ada Menteri yang di tahan di roadblock Perasing pada hari raya ke empat. Ada artis buat rumah terbuka dan berkumpul family ada aneka alasan buat mereka yang ada $$ untuk menghalalkan segalanya yang di larang untuk rakyat marhaen.
Menteri yang berpangkal Dr sudah berapa kali ditangkap kes melanggar SOP tapi tetap menggulang hal yang sama. Tiada ketegasan dalam pentadbiran kerana untuk mengukuhkan kedudukan masing masing takut untuk melepaskan orang yang tidak bertanggungjawab so jadilah #kerajaangagal.
Aku paling menyampah dengan YB2 yang ada pangkal Dr ini . Mereka ini bukan jenis yang menyelami masalah rakyat. Mentang2 kaya dan konon berpendidikan. Mereka tidak akan tahu kesukaran rakyat bawahan yang mereka tahu cuma diri mereka sendiri berjimat cermat, atau sudah ditakdirkan suruh berusaha dan jangan dengki dengan orang yang lebih. Mereka bukan yang terbaik dalam memerintah negara. MB aku pun MB sampah dari awal pkp lagi tidak ada bantuan pun yang diberikan kecuali suntian kata kata yang menyedihkan rakyat padahal parti yang berlandaskan ISlam. So pada aku jangan percaya dengan mereka mereka yang bertopengkan agama ini. Titik!!
Mereka menjual agama untuik kepentingan diri mereka sendiri itu memang ramai. Kata tak boleh rentas negeri tapi berapa ramai para penceramah penceramah bebas ke rumah artis bikin cukur jambul anaknya. Sebab mereka ada wang??
Menyampah lockdown lah berulang ulang hanya membuatkan rakyat makin menyampah!!! kalau mereka sendiri tidak menjaga SOP
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 5, 2021 0:05:02 GMT -5
Day 5
Sabtu tapi aku ingat jumaat sebab semalam tak ada solat jumaat. Adus aku jadi terlambat sehari yeahh? Nothing to do much sebab beberapa hari lepas aku dah buat macam macam. Rumah atas bawah dah segar bangat. Bersih selalu di mop di sapu dan di kemasi walaupun ke empat empat bilik nya kosong. Kamar aku dah kosong kamar sebelah dah jadi kamar baju aku dan kamar solat dan dua kamar tamu tetap kosong. Tempat katil bonda telah di kemaskan sebab bonda dah tak tidur lagi disitu. Bonda dah dibawah di ruang tamu ke dua kamar bonda dan ruang utama pula menjadi kamar tidur aku.
Menjaga bonda yang sakit aku tidak ikut sakit tapi melihat bonda segar walaupun tidak sekuat dulu itu sudah cukup bagus untuk aku. Yang penting beliau mahu makan. Cuma beliau sudah berkerusi roda sekarang. Banyakmengomel tentang lenguh sana sini yeah yeahlah beliau kerja sejak kecil kan?.
PKPD macam tak memberi apa apa kesan aku tengok kes semakin naik, jem tetap ada walaupun malam tidak ada lagi suara deruman kenderaan di jalan utama. Sunyi amat sih. Aku dengan bonda setiap hari dan dengan si bebulu, hidup ini sederhana kan? kebahagiaan? Bahagia itu tetap ada bila kita menerima semuanya dengan sabar dan tabah.
Apa eh korang buat saat pkpd ini? aku dan banyak hari tak keluar kemana mana. Just duduk rumah. Terbongkang di sofa kalau tidak melakukan rutin kerjaan rumah agar ada aktiviti kerana aku tidak keluar jogging. Takut macam bulan bulanan yang diawal bonda sakit dulu aku menjadi sangat berisi sekali eh!! ngeri ah.. tengok di luar jendela harus potong rumput tapi bukan hari ini. Udara panas lurrrrr
Apa eh fungsi pkpd ini? Bantuan dari kerajaan negeri tak nampak nampak lagi yeahlah aku tidak harus bergantung dengan bantuan kerajaan negeri tapi apa gunanya jadi rakyat negeri kalau tidak dibantu saat saat sukar. Aku lihat negeri negeri lain sudah banyak mendapat bantuan. Sudah hampir seminggu pkpd tapi tak ada yang bertanya khabar hurmmmmm... aku kerja sendiri lurrrrr sudah berapa bulan tidak kerja . Asik buka dan tutup saja. Tapi sewa tetap perlu di bayar lesen pun harus dibayar. Moga moga tuhan mempermudahkan urusan hidup ku.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 5, 2021 22:08:37 GMT -5
Dah hampir seminggu pkp dekat area aku pkpD tapi aku tengok penurunan belum ada lagi Selangor masih lagi the best leader. Anehkan? so apa pentingnya pkp kepada rakyat? kalau peratusan masih belum menurun? separuh masak? atau tidak masak masak?
Aku dah hampir seminggu juga tidak keluar kemana mana. Makan apa adanya didalam rumah. Tapi yang penting bonda tetap sihat walaupun menggunakan kerusi roda. Anak anak lain? bonda adakah anak anak lain selain dari aku? macam tak ada je kan?
Tak apalah dunia kita seperti roda tak selalu nya kita diatas dan tak semestinya kita dibawah terus. Selamat menjalani pkp untuk seminggu lagi..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 20, 2021 8:48:42 GMT -5
Sesiapa yang masih tidak cuti untuk pulang kampung melihat orang tua, aku harap mereka ambillah cuti. Ambillah peluang habiskan tahun baru disamping keluarga itu pun kalau masih ada orang tua. Jangan menyesal kemudian. Bersenang senanglah dengan keluarga tercinta.
|
|