admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 22, 2021 6:54:19 GMT -5
Pkp 3 + huhuhuhu macam tak jalan sudah dengan pkp ini oleh rakyat Malaysia. Tahlah malas nak fikir. Kedai buka jam 8am sampai 8pm kecuali farmasi. Sektor perkilangan diteruskan dengan minima pekerja. Tapi mana ada boss nak bagi gaji free pada pekerja yang tak bekerja kan?
Bantuan pasti macam tak ada. Lalui sajalah. Pada aku sepatutnya dari awal dulu lagi pkp diperketatkan dilakukan sebelum kes naik sampai 4k+ ketat seperti pkp pertama. Tapi tak dengar cakap dengar cakap peniaga2x besar. So hadam sajalah rakyat kecil semacam aku.
Pada kata dasar "kerajaan sekarang gagal" .
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 22, 2021 23:23:21 GMT -5
Dipasaraya mulai ramai orang que di kaunter bayaran. Membeli bagai nak perang. Itulah rata rata sikap penduduk sini, planet M huhuhuhu.
Bila eh start pkp 3+ esok ke lusa? Aku macam biasa rutin kadang di rumah kadang di luar rumah. Engkau ? Bagaimana dengan rutin mu? di telegram? huhuhuhu di mana lagi kan? tempat yang menyemai rasa kasihsayang yang sangat dalam sehingga sanggup menipu semua orang yang menyayangi mu hanya kerana se"org" .
Kenyang gila today... blurpppppppppp
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 22, 2021 23:25:18 GMT -5
Kenapa tidak buat full lockdown? why? kerana rakyat marhain? ya kah? rakyat yang kerja half half dah lama survival dengan pkp yang tak boleh pkp adalah tokey tokey kilang dan tokey tokey Mall...... jangan jadikan alasan ada rakyat yang makan nasi dengan air garam yeaa..
Itu pun kerana bakul makanan tidak sampai.. or bakul makanan rm100 cuma di isi dengan rm30? huhuhu itulah sikap planet M.. bersabar jelah rakyat yang betul betul terhimpit dengan masalah akibat dari pkp yang berterusan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 25, 2021 20:50:50 GMT -5
Kenaikan mendadak pesakit convid salah siapa? salah diri sendiri yang tidak menjaga SOP dan mementingkan diri sendiri. Terlalu yakin dengan diri dan berfikiran semua itu takdir!! so what to do.. Area aku sudah menjadi zone merah semua. Pekerjaan pun terbengkalai apa lagi pekerjaan aku memerlukan orang ramai dan sekarang nak jumpa orang ramai payah.
So keputusan dia duduk di rumah jaga bonda tanpa pendapatan? tak apa rejeki itu akan ada walaupun kita belum mampu berusaha dengan kudrat sendiri yakin pada jalan Allah kan? tak perlu mengharapkan kepada kerajaan negeri kerana mereka pasti tidak akan membantu mereka fikir rumah besar orang kaya kaya semua gasak engkau lah orang politik semuanya sama je bertopengkan agama je untuk meraih undi tapi pada kata dasarnya semuanya penuhkan tembolok sendiri jer.
Berserah dan berharap kepada tuhan itulah jalan yang terbaik kalau boleh berusaha yaa berusahalah. Selamat menjalani pkp lagi .. sia sia kalau masih belum ada kesedaran.
|
|