admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 21, 2021 23:05:32 GMT -5
Jumaat hari pertama pkp 2.0. Suasana agak sunyi disini. Biasa keluar jogging so aku tak keluar today. Rasanya boleh saja kalau jogging solo kut. Tapi malas nak menjawab kalau ada yang menjaga. Bikin nasi goreng telur untuk bonda. Semalam beliau tak makan nasi. Aku bikin begedil ayam untuk aku. Ada orang bagi kentang free masa beli bawang dan masih ada dada ayam yang belum bikin apa apa. So aku try bikin begedil macam okay saja lah untuk di makan oleh mulut tua ku.
Sambil masak aku mendobi pakaianku. Then ambil pasir baki dari buat bilik air letak di ruang belakang dapur. Anak anak si pugut sudah semakin membesar. Yang puannya pun sudah mau menikah cepat betul membesar baru lima bulan kut mereka. Yang ku panggil tom or tommy sudah ditukar nama dengan si Otot saja. Dan si gie gie sudah menjadi si koyu ini yang puannya dan mau menikah sudah. Kira sudah baligh la dia sebab gayanya itu macam mamanya dulu bising kalau mau menikah.
Today pula aku baru tau si pugut mau beranak lagi. Bergersik dia didalam lemari baju aku. So aku bongkar tempat baju kasi pindah dan biarlah dia beranak dalam sana dari dia beranak dalam siling macam hari tu. Kali ini aku sudah tak panik lagi biarlah dia beranak normal secara apa apapun kerana itu pengalaman dia yang ke tiga.
Siap masak mandi aku urut bonda dengna hurixx yang harga dia mahal gila rm20 satu botol kecil? macam tak percaya je tapi itulah hakikatnya. Nanti aku try tanya di farmasi berapa harganya. Kalau kena pow pun aku anggaplah memberi derma pada pekerja sabasun .
Today apa mau bikin? melangut ajalah di depan si muka empat segi.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 22, 2021 8:10:51 GMT -5
Today aku tidak keluar kemana mana. Mengikuti sop pkp. Magrib bro ku hantar ikan segar dari laut. Okay selamat duit aku untuk tiga empat hari kut. Beras lumayan lagi belum di buka. Ayam masih ada. Stok magie pun masih ada. Just jajan saja tak ada. Nanti aku keluar beli biskut or kacang. Aiskrim pun masih ada.
Memang malas nak bergerak kemana mana. Temani saja bonda di rumah. Lagi pun dua dua warga tua . Bulan ini bulan yang agak bagus dengan perhatian kewangan dari anak buah. Okaylah membantu mengurangkan beban yang memang nya sudah terbeban sejak setahun sejak awal pkp lagi. Ekonomi jatuh merudum apa lagi aku belum kuat untuk bertapak. Tak mengapalah itu adalah dugaan hidup.
Apa fungsi pkp kepada orang lain? rata rata aku tengok orang tidak ikut sop ngeri juga membayangkan mereka semua. Memang mati it pasti tapi kita harus menjaga diri or keluarga. Tapi hakikat itulah sukar untuk diterima oleh semua orang.
Salam pkp moga tabah sentiasa.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 24, 2021 4:34:30 GMT -5
Hari ke dua pkp di rumah aja..
Hari ke tiga pkp after siap tugasan rumah , aku keluar membeli barang dapur. Singgah ke 3leaft cari telur gread AA, beli rempah, entah bila aku nak mengulai. Ada rasa ingin bikin nasi kuning. Santan dah aku beli entah berapa hari.
Then singgah pasar basah, cari limau kecil. Rm 5 yang sudah di plastik.
then terus lagi ke pasaraya sabasun carik apa kekk? cari biskut, susu segar, salad, nenas sarawak, taugeh emmm nuget kopak lagi rm50 .. tinggal duit seringgit saja dalam beg ku. So biarlah. Ada lah tu rejeki yang akan datang. Di rumah aja.
Kadang aku berfikiran entah simpang siur juga fikiran aku. Masih udara sejuk dingin tapi okay juga di rumah lagi pun aku sudah tua juga kan? yaaa laaa.. aku sudah tua oaalaaaaaa..., bohong kalau aku tidak beranjak tua.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 24, 2021 21:48:23 GMT -5
Hari ke 4 pkp 2.0
Pagi bangun dengan malas. Udara memang sejuk gila lately. Terang tapi tidak panas. Bonda sering tiduran saja. Masak air dan panaskan kew tiaw semalam. Bikin lempeng telur untuk bonda. Bagi makan anak bebulu. Then blender baju sendiri. Sambil jemur baju aku on pc. Pc pun kadang bergurau dengan aku. Maklumlah usia pc pun sama tua dengan aku sendiri. Tapi setakat ini gurauannya boleh aku atasi walaupun dengan debar di dada. Maklumlah sekarang duit dalam wallet memang kadang cuma tinggal siling je.
Bantuan? kata MB akan di pertimbangkan. Huh!! makan dekat engkau orang semualah duit. Hidup tanpa barakah tanpa doa kerana ramai rakyat yang sukar walaupun masih ramai lagi yang mampu hidup senang lenang apa lagi kalau kerja dengan gomen. Gaji memang tiap bulan masuk apa lagi bonus dan bantuan sana sini. Kami? Zero.
Entahlah malas nak fikir tentang kerajaan dan politik. Buat sakit jiwa je.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 26, 2021 0:59:30 GMT -5
PKP hari ke 5
Rutin pagi biasanya persiapan untuk bonda. Then main main dengan anak bebulus dibelakang dapur. Blender baju bonda dan sidai. Duduk di ruang depan then potong dahan dahan buah mangga yang banyak kerengga. Itu pun terserang oleh gerumbulan kerengga yang amrah rumah mereka di kacau.
Entah banyak yang ada dalam fikiran tapi aku biarkan saja. Zohor naik mandi then solat zohor then langut didepan si muka empat segi. Aku tau si muka empat segi pun sudah penat tunggu masa saja untuk dia pencen tapi barangkali kerana dia kesiankan aku tak ada kawan.
PKP apa baiknya? pada aku ada kesukaran dalam ekonomi yang sangat dalam. Tapi tak ada tempat untuk mengadu just melalui saja apa adanya semoga Allah memberi jalan keluar untuk aku seperti biasanya. Yang aku berharap hanya kepada Allah kerana pada manusia ini cuma perantaraan saja.
Hikmat bahagia itu mudah ringgan kan hati kita dalam menghadapi hari. Masa depan? Inilah masa depan ku .
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 31, 2021 23:27:02 GMT -5
PKP hari ke 11 ?
Pening kepala aku memikirkan semua hal. Apalagi dengan karenah anak anak bebulu, bonda dan diri aku sendiri. Melalui hari hari dengan sabar? entahlah. Kadang seperti tidak sabar juga.
Terasa benar ingin mengembara jauh jauh dari dasar kehidupan ini. Meninggalkan semua hal yang lama. Tapi ke arah manakah langkah ku ini? Sedang kaki ku tetap terikat dengan tanggungjawab.
|
|