Sudah penghujung tahun 2021. Tak ada yang berbeda. Aku tetap orang yang sama. Orang yang sukar beranjak dari masa lalu. Hujan turun sejak pagi. Sejak engkau menghubungi aku lewat msg di fb rasmi ku aku tidak boleh tidur di malam hari. Banyak pertanyaan yang beratus dalam kepala ku. Banyak yang hendak aku tanyakan tetapi cuma tertinggal dalam kotak pertanyaan.
Aku takut aku kabur dengan apa inginmu.
Sekadar memintak maaf?
tapi bukankah engkau telah meminta maaf lebih awal sebelum engkau lakukan hal itu?
dan aku pun dengan ikhlas memaafkan mu
berulang ulang aku maafkan mu setiap kali aku sadar dan menghidu bau ujudmu dalam apa pun bentuk mu kerana aku tahu itu engkau dan engkau tidak boleh membohongi deria instint ku.
Cita rasamu yang jarang berubah aku hapal setiap kata tuturmu aku hapal dan gerak mu aku tau. Itu engkau masih ujud dan bernafas.
Kata teman engkau bahagia. Syukurlah kerana itulah yang aku harapkan engkau sentiasa bahagia. Pastilah hidup mu tanpa kekurangan tapi apa alasanmu untuk meminta maaf lagi?
Barangkali engkau ingin memberitahu ku yang engkau masih ujud? padahal itu aku tahu dan aku rasa engkau pun tahu aku tahu hal itu. Orang seperti aku sukar untuk dibohongi kerana Tuhan sentiasa memberi aku jalan untuk aku tahu dan aku tidak mudah untuk mempercayai berita tanpa kesahihan. Apa lagi dizaman media sosial yang banyak impak kepada hidup manusia.
Engkau ingin khabarkan yang engkau sedang happy happy?
itu pun aku makluminya
engkau berhak bahagia dan happy happy walaupun jalan yang kau pilih aneh..
Aku seorang yang makin serius, seorang yang kurang senang bercanda dan kata bonda wajahku garang dan aku cepat marah.
Bukankah aku memang pemarah sejak dulu?
yeahh aku yang memilih keadaan ini sejak hilang mu penghujung 2019
2020 kau biarkan kosong setahun walaupun aku dapat menghidu mu dimana mana tapi aku bukan jenis orang yang menganggu kerana aku tahu engkau tidak mahu aku menganggu mu kalau tidak kenapa engkau lakukan itu kepadaku.
Kau merasa tidak kejam? dengan sikap dan tingkah mu?
barangkali benar aku ini robot yang tidak punya perasaan..
seperti mana yang dilakukan orang terhadapku..
Tuhan memberi aku rasa sabar yang cukup besar
dan orang yang tahu diri
aku bukan jenis orang yang bertanya tanya
apa lagi orang yang merebut kasihsayang orang lain
aku sudah tua sangat tua
sepatutnya hidup aku haruslah diisi dengan sikap tua
tapi hadir engkau semua membuat langkah ku terganggu
aku jadi ingin tau kenapa?? tapi aku tidak punya keberanian untuk bertanya kenapa
aku tidak berani memperpanjangkan perbualan
aku takut kalau aku akan membuat orang lain terasa
aku takut pada kedekatan yang boleh membuat orang berpikiran aku jahat lagi
sudah cukup aku menjadi jahat dalam hidupmu
kenapa??
kau benci aku??
kau ingin hilang dan pergi dari ku??
aku penghalang bahagiamu??
aku sangat lelah dan penat lately
kerana aku orang yang sangat berfikir panjang ..
aku baca msg msg lama kita sebelum itu
katamu aku suka menghalau senang menghalau mu dari memujuk
yeahh itu memang sikap ku yang tidak boleh berubah walaupun aku hendak berubah
aku tidak ingin berebutan dengan orang
aku penat dan lelah untuk menjadikan perasaan itu perang
kasihsayang itu biarlah tulus dan ikhlas
walaupun tanpa apa apa ikatan..
aku perih dan kecewa dengan diri sendiri
aku tidak punya keberanian untuk bertanya
begitu juga dengan hari hari yang aku lalui sekarang
aku penat untuk bertanya
tanggungjawabku seorang kah dalam hidup ini untuk menjaga orang tua?
kerana aku pun ingin keluar dari kehidupan yang sebegini aku ingin pergi jauh dan jauh
sejauh jauh nya meninggalkan segala luka dan sengsara
kalau boleh pindah aku ingin pindah ke planet lain yang tidak dihuni oleh manusia
meetingku seringkali cuma dengan diri ku sendiri