Post by admin™ on Oct 9, 2020 3:28:22 GMT -5
zanariah_mutalib@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan boleh mencetuskan pelbagai implikasi ketika negara masih bergelut mengekang penularan wabak COVID-19.
Anwar semalam mendakwa diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, Selasa ini dan akan mempersembahkan dokumen yang mendakwa beliau mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen.
Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata tiga senario mungkin berlaku, yang semuanya boleh menjurus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ketika pandemik COVID-19.
Katanya, senario pertama, jika Anwar benar-benar mempunyai sokongan, ia bermakna ada Ahli Parlimen yang 'berubah angin' atau melompat parti, maka Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap hilang sokongan majoriti.
"Dalam senario ini, Muhyiddin boleh terus meletakkan jawatan atau meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen (yang mana membuka kepada PRU-15 diadakan). Terpulang kepada baginda sama ada memenuhi atau menolak permintaan itu.
"Jika permohonan (PRU) ditolak, maka Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan. Jika permohonan diterima, maka berlakulah PRU-15," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Fathi berkata, bagi senario kedua, ada kemungkinan Anwar mempunyai sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin tetapi tidak mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
"Kenapa berlaku demikian? Tidak mustahil mereka (Ahli Parlimen) yang menyatakan sokongan kepada Anwar berbuat demikian semata-mata untuk memastikan berlaku PRU lebih awal.
"Berdasarkan beberapa kenyataan umum, kelihatan tokoh daripada UMNO sangat mengharapkan agar PRU diadakan segera.
"Harapan ini mungkin timbul kerana keyakinan bahawa inilah saat mereka untuk mengembalikan semula kuasa yang hilang dalam PRU ke-14 dahulu.
"Sokongan kepada Anwar hanya sebagai 'alat' untuk mencapai cita-cita (PRU) ini. Jika demikian, Anwar mungkin berjaya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi gagal untuk menubuhkan kerajaan dan akhirnya PRU-15 tidak lagi boleh dielakkan," katanya.
Bagi senario ketiga, Dr Muhammad Fathi berkata, ada juga kemungkinan elemen tertentu dalam UMNO benar-benar ingin menyokong Anwar menubuhkan kerajaan baharu dan apabila hasrat itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka dengan sendirinya kerajaan PN jatuh.
Bagaimanapun katanya, pada saat rundingan untuk menubuhkan kerajaan, kemungkinan wujud konflik terutama antara elemen UMNO dan DAP yang pada zahirnya amat sukar untuk bergabung dan jika keadaan itu tidak dapat diselesaikan, ia akan membawa kepada PRU-15 dalam tempoh terdekat.
"Berdasarkan tiga senario kemungkinan di atas, kita dapat jangkakan bahawa langkah terkini Anwar mungkin membawa kepada PRU-15 pada saat rakyat sedang bertarung dengan COVID-19.
"Kita doakan agar semua pemimpin politik mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, mengatasi cita-cita politik.
"Rakyat inginkan ahli politik yang menjadikan kuasa sebagai jalan untuk berbakti dan bersedia untuk bekerjasama demi kepentingan negara serta rakyat, walaupun berada di atas platform politik yang berbeza," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd

confirm aku tak akan mengundi pada calun calun pru 15 kalau perlu di adakan pada tahun ini atau tahun hadapan. Korang ahli politik sampah tak akan dapat undi aku walaupun aku cuma satu undi aku tak akan menghalalkan jari aku untuk mengundi pada orang2x yang tidak bertanggungjawab.
Paling aku menyampah dengan mereka ni. Apalagi pengikut pengikut yang taksub cuma pada satu pemimpin yang tak boleh move on. Kau rasa untung ke or akan tetap sama je kalau siapa pun yang menjadi PM? kalau PM dari negara atas langitpun kalau pengikut semacam rakyat malaysia ini segelintir bukan semua tak akan ada yang bagus di mata mereka memerintah. Kau rasa dia orang tu tak ada rasuah? bersih? apa motif dia orang tergila gila nak jadi PM, apa motif dia orang update setiap hari isu sensitif? supaya rakyat berpecah pecah dan akan ada PRU 15? dalam waktu convid19 yang semakin membiak ini. Korang tak rasa selfish sangat ke?
Gila betul ahli politik malaysia sekarang. Sehinggakan tak ingat dunia kejarkan kerusi PM kenapa? mesti lah kuasa dan wang!!! gilaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!! so demm you all