admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 22:36:19 GMT -5
Menjadi Islam itu mudah. Masuk Islam bukan mudah. Banyak hal yang harus kamu fikirkan sebelum membuat keputusan untuk memeluk islam. Kalau kamu memeluk islam atas dasar cinta sahaja, apabila habis cinta kamu makan aku akan membuang islam. Ramai yang begini. Dan kamu jangan tergolong dalam orang yang sebegini.
Bila memilih untuk menjadi Islam jadilah islam yang sebenarnya. Nanti kamu akan cakap orang islam pun bukan mengikut ajarannya juga. Kamu apabila hendak sesuatu pasti tetap akan menemukan jawapan untuk kamu sendiri. Sukar untuk aku berdepat dengan orang yang memilih perasaan cinta menguasai hatinya. Bukan kewajaran dalam berfikiran.
Lihat utube diatas bagaimana anaknya walaupun islam tidak membuang ibunya. Bukan tidak bercakap dengan ibunya berhari hari hatta kerana tiada sefahaman tentang orang yang kamu cinta. Kamu hidup dengan ibumu lama tapi kamu sanggup membuang dan melawannya hanya kerana seorang lelaki yang cuma kamu kenal sebegitu saja tapi kamu rasakan begitu mengenalnya.
Cinta kadang mengaburi warna mata hati kita. Kita sanggup membuat keputusan yang melukai ramai orang. Hatta menipu hanya untuk mengikuti perasaan cinta kita yang tidak bertempat. Kamu fikir bahagiakah begitu.?
Pemuda itu bertanya ibunya bagaimana sifatnya setelah muslim. Dan jawapan ibunya itu membuat hatiku tersentuh perih. Katanya anaknya menjadi semakin baik dan sopan dan sangat menyayangi ibunya. Kerana memang dalam islam orang tua apabila ibu sangat tinggi darjatnya dalam hidup seseorang. Kita tidak boleh menderhaka kepada ibu kita hanya kerana mengikut perasaan cinta kita.
Engkau tidak pernah belajar dari kehidupan yang telah engkau lalui. Bagaimana cinta yang mengebu gebu itu berakhir begitu saja. Sia sia kerana tidak ada ketulusan dalam hatimu. Tidak ada kemurnian dalam cinta dan kasih sayang mu. Tidak ada cinta sebenarnya. Cuma perasaan suka yang terlampau hingga membuat engkau seperti hilang diri sendiri. Bahagia itu sederhana.
Hormatilah ibumu walaupun engkau merasakan ibunya itu menghalang langkahmu dalam perjalanan cintamu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 22:38:00 GMT -5
Apabila ditanyakan tentang Islam, Nabi Muhammad s.a.w. pun menjawab sebagaimana yang terkadung dalam hadis tersebut iaitu:
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan sembahyang.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa.
5. Mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syarak
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 22:39:46 GMT -5
Rukun Islam
Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun Islam yang lima. Andai kata rukun-rukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu ia akan membawa kejayaan besar kepada diri individu, masyarakat dan negara.
Islam ialah agama Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk menjamin keselamatan hidup penganutnya. Dalam pandangan Islam, inilah agama yang mesti dipegang teguh oleh setiap manusia kerana ia merupakan agama kebenaran dan keredaan serta telah diberi jaminan oleh Allah s.w.t. Ini dibuktikan dalam firman-Nya yang bermaksud:
Setelah mengenali Islam dari segi asal maknanya, maka sekarang mari kita kenali Islam dari segi rukun-rukunnya, bermula daripada ucapan syahadah sehinggalah kepada ibadat haji. Seterusnya, kita akan memahami kesan dan relevannya penghayatan rukun Islam dalam kehidupan manusia.
Melafazkan syahadah
Syahadah (Penyaksian tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) adalah pengucapan dua kalimah syahadah yang merupakan penyataan atau ikrar misi dan visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam.
Syahadah memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia merupakan nur Islam. Selain itu, kalimah Syahadah ini dapat membezakan antara umat Islam dan kaum kafir yang lain. Kalimah Syahadah juga adalah syarat mutlak untuk umat Islam memasuki syurga.
Lafaz kalimah syahadah ini juga merupakan kunci atau syarat utama sesuatu amalan atau ibadat itu diterima oleh Allah s.w.t. Di samping itu, lafaz kalimah syahadah merupakan syarat untuk mendapatkan syafaat daripada Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat. Kalimah syahadah ini juga merupakan syarat perlindungan harta, jiwa dan kehormatan manusia.
Seterusnya, apabila anda sebagai seorang Islam yang telah mengakui dan bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah, maka anda mesti membuktikannya dengan melaksanakan semua amalan ibadat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. dan dipraktikkan oleh para Rasul-Nya. Tahukah anda, apakah amal ibadat yang sangat penting dalam kehidupan manusia? Ya, amalan itu tidak lain dan tidak bukan ialah solat lima kali sehari.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 22:41:57 GMT -5
Tujuan solat
1. Solat mendidik manusia supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dan mematuhi perintah-Nya.
2. Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan.
3. Solat akan memberi ketenangan jiwa.
4. Solat akan memberi kejayaan kepada orang mukmin tetapi solat itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh khusyuk.
Hikmah solat
1. Menghampiri diri kepada Allah s.w.t.
2. Menguatkan keimanan dan ketakwaan.
3. Mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t.
4. Memberi kecerdasan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani.
5. Bersyukur kepada Allah. s.w.t.
Jadilah seorang muslim yang cintakan islam bukan cuma cintakan orang islam. Itu penting untuk menuju jalan bahagia mu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 22:48:00 GMT -5
See jodoh itu rahsia Tuhan yang penting kita saling menghormati dan menjaga diri sendiri.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 22:54:04 GMT -5
Thats make me cry. He look so much love with his mom. Itulah yang sepatutnya. Menjadi anak yang baik kepada orang tua memang tidak mudah. Dugaan nya amat banyak. Tapi jangan meninggalkan orang tuamu hanya kerana memilih cinta. Beradalah bersama orang tuamu dan juga cinta. Kerana Tuhan itu amat mengasihi orang yang mencintai orang tuanya dalam bentuk yang kamu sendiri tidak akan faham.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 23:00:49 GMT -5
Maybe aku pun akan jadi seperti orang tua ini menghabiskan hari2x sendirian. Tapi banyak juga rutin yang harus dibuat kan selain membaca membaca dan membaca. Islam itu sangat indah kalau anda mengenalnya. Tapi jangan anda mengenal orang yang cuma islam tapi bukan islam yang sebenarnya. Mereka memaki maki orang lain tanpa ada rasa adat. Dan islam itu bukan sempit ruanganya.
Semalam ada aku membaca komen seorang makcik yang agak berusia di page Najib Razak. Sedih bahasa yang dia gunakan begitu lucah apa lagi di page bekas mantan PM. Itulah sikap rakyat malaysia segelintirnya dalam membuat ulasan or komen tentang apa yang mereka tidak suka or orang orang yang mereka tidak suka. Mereka terlalu fanatik dengan parti or seseorang sehingga orang lain nampak buruk semua.
Belajarlah bertolak ansur walaupun berbeda agama, berbeda pegangan hidup. Tidak rugi kalau kita berbaik baik walaupun kita tidak lagi bercinta, tidak lagi bersama or apa saja. Hubungan itu tetap kekal kita jalinkan dengan ketulusan. Kenapa kita harus takut pada masa lalu? why? itu kan diri kita sendiri. Kenapa harus menjadi orang lain? Jadilah diri kita seperti mana yang kita inginkan. Buruk dan baik itu adalah kita sendiri.
|
|