admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 29, 2020 1:53:03 GMT -5
Hopefully dapat pulihkan semula pasaran saham Malaysia. Sejak PH memerintah... pasaran saham di Bursa Saham Malaysia merundum jatuh... kenyataan2 pemimpin PH yg menunjukkan kelemahan Malaysia telah memberi kesan negatif kepada pelaburan saham Malaysia.
Apa lagi dengan masalah keadaan politik di malaysia sekarang. Masing masing berebut untuk menjadi PM. Bukan untuk kebaikan kepada rakyat tetapi kepada diri sendiri dan kroni sendiri. Semua para politikus malaysia begitu lebih pentingkan diri sendiri dari rakyat.
Rakyat pula terlalu fanatik dengan seseorang pemimpin saja sehingga tidak mampu membuka mata untuk para pemimpin yang lebih ideal memberi kesejahteraan kepada mereka. Percaya kepada kebohongan dan janji janji palsu rakyat yang paling merasa tertindas. Apalagi dengan keadaan nilai wang sekarang makin teruk.
Pendapat semakin mengecil dengan nilai pasaran sara hidup yang tinggi tidak kira di bandar atau di luar bandar. Rakyat harus buka mata dan memberi peluang kepada pemimpin yang tidak mencari kekayaan untuk diri sendiri dan kroni tetapi memberi kesejahteraan kepada mereka. Tetapi siapakah?? tanya lah diri anda siapa ...
|
|
|
Post by milotabur on Jun 12, 2020 6:49:09 GMT -5
Harga minyak turun tapi harga barang barang yang biasa naik apabila minyak naik tetap seperti biasa. Kalau begitu salah fikiran para peniaga yang mengatakan bahawa bila minyak naik harga barang naik kerana bila harga minyak turun tapi harga barang barang tetap tidak turun. Harga naik turun barang sebenarnya tidak bergantung dengan kenaikan dan penurunan minyak tapi pada diri peniaga tersebut atas apa barang jualan yang mereka pasarkan.
|
|