admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 31, 2020 0:28:43 GMT -5
Pada akhir bulan tahun lepas, Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dimaklumkan berkenaan beberapa kes radang paru paru di Bandar Wuhan , wilayah Hubei di China.
Virus ini tidak sepadan dengan mana mana virus dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Ianya membangkitkan kebimbangan kerana kita tidak tahu bagaimana cara untuk menangani kes tersebut.
Virus baru ini dinamakan Koronavirus, merupakan anggota keluarga virus yang merangkumi selsema biasa dan virus seperti SARS dan Mers.
Virus ini diberi nama 2019-nCoV atau novel koronavirus. Seperti koronavirus yang lain ianya berasal dari haiwan. Kebanyakan dari mereka yang dijangkiti virus ini bekerja atau sering berbelanja di pasar borong makanan laut Huanan di pusat bandar China dan juga yang menjual haiwan hidup atau yang baru di sembelih.
Virus yang berbahaya ini berasal dari haiwan yang mempunyai parasit yang menyebarkan virus seperti Ebola dan selsema.
Sindrom penafasaran akut yang teruk (SARs) dan sindrom penafasan timur tengah (MERS) adalah disebabkan oleh koronavirus yang berasal dari haiwan.
Walaupun MERS dipercayai dihantar kepada manusia dari dromedari ( sejenis unta arab) hos asal untuk kedua dua koronavirus ini kemungkinan besar dari Kelawar!
Dikatakan bahawa koronavirus baru ini berasal dari kelawar atau ular dan mungkin ditularkan kepada manusia melalui spesis perantara.
Virus ini menyebabkan radang paru paru ,mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami batuk deman dan sukar bernafas. Dalam kes yang teruk menyebabkan berlakunya kegagalan fungsi organ. Oleh kerana ini adalah radang paru paru viral, maka penggunaan antibiotik adalah sia sia.
Malah ubat ubatan antiviral, yang kita ada untuk ketika ini belum mampu melawan selsema dan juga tidak berfungsi.
Pemulihan bergantung kepada sistem imun badan masing masing. Dan ramai yang telah meninggal dunia kerana jangkitan ini. Yang berbaru di China sudah melebih 150 orang.
Pemindahan virus ini dari manusia ke manusia telah disahkan oleh suruhanjaya kesihatan negara China.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 31, 2020 0:31:50 GMT -5
Buat masa ini berhentilah anda dari travel ke negara negara yang telah disahkan ada jangkitan virus tersebut untuk keselamatan anda.
Tak kan anda tak sayang nyawa anda dan ada kabar menunjukkan lebih dari lima ribu warga Wuhan telah keluar dari bandar tersebut dan mereka ini akan menyebarkan virus ke serata negara yang mereka pergi. Harap maklum dengan warga Tiongkok yang kelihatan aneh kerana di malaysia masih tidak ada larangan kemasukan dari sana.
Kerajaan Malaysia tidak menyayangi rakyat mereka kerana mereka lebih pakar tentang sains. Sains kan ada kata Aki kita yang hebat dalam semua hal. Belajarlah dari kesilapan beliau yang lalu dan sekarang. Kita tidak perlu tunduk pada tekanan rakyat harus bangkit untuk melawan hak untuk hidup masing masing. Jangan terlalu mengikut arus politik yang cuma akan memenangkan mereka tapi tidak rakyat ,
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 31, 2020 0:34:18 GMT -5
Apa itu Coronavirus(nCoV 2019)? Ianya adalah novel coronavirus atau koronavirus baru dimana ia dinamakan sebegini kerana uu merupakan kali pertama kita berhadapan dengan virus tersebut.Sama seperti koronavirus yang lain, selalunya ia mesti berasal daripada haiwan dimana haiwan tersebut menjadi hos kepada virus itu. Kebanyakan mereka yang dijangkiti penyakit ini pada mulanya adalah mereka yang bekerja dan kerap membeli di Huanan Seafood wholesale market iaitu pasar yang menjual makanan eksotik di Wuhan. Kebanyakan virus yang berbahaya selalunya bermula daripada hos haiwan sama seperti MERS-CoV, SARS-CoV dan juga Ebola. Semua itu daripada haiwan. Apakah coronavirus lain yang terdapat di luar sana?
Terdapat 2 jenis coronavirus sebelum ini yang telah menyebabkan wabak iaitu SARS-CoV dan juga MERS-CoV. Kedua-dua coronavirus ini juga berasal daripada haiwan. SARS = Severe Acute Respiratory syndrome MERS = Middle Eastern Respiratory syndrome Walaupun MersCoV disebarkan kepada manusia melalui haiwan unta, tetapi hos sebenar virus ini adalah berasal daripada kelawar. Begitu juga dengan SARS-CoV, kajian juga menyatakan ia berasal daripada kelawar. Ia hanya disebarkan kepada manusia daripada kelawar melalui haiwan perantaraan. Pada 2002, SARS telah merebak pada 37 negara dan menyebabkan panik di seluruh dunia. Ia telah menjangkiti lebih 8000 manusia dan menyebabkan kematian sebanyak 750 orang dengan peratus kematian sebanyak 9% Manakala, MERS pula lebih susah untuk merebak di antara manusia tetapi mempunyai peratus kematian yang lebih tinggi iaitu sebanyak 35%. Setakat ini, lebih 2500 orang telah dijangkiti penyakit ini. Pada hari ini, novel coronavirus ini pula telah menyebabkan lebih 2700 dijangkiti di seluruh dunia dan menyebabkan 80 kematian. Ia mempunyai peratusan kematian sebanyak 2% berbanding wabak yang lain. Apakah simptom koronavirus ini?
Pesakit selalunya akan mengadu demam, batuk dan sesak nafas. Ini disebabkan jangkitan kuman yang berlaku di paru-paru menyebabkan oksigen kurang di serap ke dalam badan pesakit. Disebabkan jangkitan paru-paru ini berasal dari jangkitan virus, tiada antibiotik yang boleh merawat penyakit ini. Jika pesakit dimasukkan ke dalam hospital, rawatan adalah lebih kepada rawatan sokongan sahaja. Sebagai contoh jika pesakit kekurangan oksigen, kita akan bagi oksigen kepada pesakit. Jika tekanan darah rendah, kita akan berikan ubat untuk meningkatkan tekanan darah tersebut. Kesembuhan terletak pada sistem imun pesakit itu sendiri. Sebab itulah kebanyakkanya mereka yang mati ini adalah kerana mereka mempunyai sistem imun yang lemah seperti mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, mereka yang sudah berumur atau kanak-kanak. Penyebaran di antara manusia
Penyebaran coronavirus diantara manusia telah disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan di China. Pada mulanya dikatakan ia hanya melibatkan mereka yang melawat ke pasar di Wuhan itu sahaja. Tetapi disebabkan jumlah kes semakin meningkat dan kebanyakkannya tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut, maka ia menunjukkan telah berlaku jangkitan sesama manusia. Pakar WHO di Imperial College London telah menganggarkan bahawa kes ini boleh meningkat sehingga 4000 orang dengan meletakkan julat diantara 1000 hingga 9700 orang. Bila perlu berjumpa dengan doktor?
Jika anda tidak pernah pergi ke China atau berjumpa dengan mereka yang dijangkiti virus ini, maka anda tidak mempunyai kebarangkalian untuk terkena virus tersebut. Rawat demam, batuk dan selesema anda seperti biasa. Jika anda ada demam melebihi 3 hari, muntah, cirit-birit, pendarahan, sesak nafas dan apa-apa simptom yang merisaukan, sila terus berjumpa dengan doktor anda. Baca juga: Simptom Koronavirus dan rawatan Kronologi wabak novel coronavirus Sumber: www.theguardian.com/science/2020/jan/26/what-is-the-coronavirus-wuhan-china-virus-sars-symptomswww.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(20)30183-5/fulltext
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 1, 2020 6:00:34 GMT -5
Buat masa sekarang jangan travel ke China.. pilihlah bercuti didalam negara saja
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 29, 2020 4:59:50 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 29, 2020 5:03:22 GMT -5
Coronavirus: state of emergency declared on Japan’s Hokkaido
juga di Korea Selatan semakin memburuk so berhati hatilah kamu sekarang.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 18, 2020 3:44:54 GMT -5
Perintah kawalan pergerakan selama 14 hari. Semoga masyarakat mengikut segala arahan yang di buat oleh kerajaan kalau masih tak faham sila beri kefahaman kepada mereka yang tak faham. Kerajaan tidak melakukan hal hal yang akan menyukarkan rakyat kalau tidak ada sebab yang penting.
Jaga diri masing masing. Jangan ingkar arahan. Bersihkan diri dan duduk dirumah diam diam.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 19, 2020 5:03:26 GMT -5
#stayhome #dudukrumah plss lah warga kandang jangan degil jangan merayau rayau cukup masa boleh merayau rayau lagi tak apa bersabarlah kalau bukan untuk orang lain untuk diri anda sendiri. Sayangilah diri anda kalau tidak siapa lagi yang akan menyayangi diri anda .
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 19, 2020 5:04:31 GMT -5
makin meningkat akibat dari kedegilan 60 peratus rakyat malaysia yang selfish.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 19, 2020 10:32:58 GMT -5
Tak perlu solat Jumaat, hanya solat Zohor di rumah - Dr Zulkifli Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sempena hari Jumaat, solat Jumaat perlu dibatalkan dan hanya solat Zohor di rumah sahaja boleh dilakukan. #DudukRumah dan pastikan kita #KekalTenang untuk #HapusCOVID19
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 24, 2020 21:49:10 GMT -5
Beberapa hari ini kita dihidangkan dengan kisah trajidis kematian akibat dari virus covid 19. Tapi masih ramai yang tidak pedulikan. Bagi mereka semua itu aturan tuhan. Keluar membeli sesuka hati. Seperti tak ada apa apa. Padahal wabak dari penyakit itu akan tetap pada mengikut zaman. Kalau mereka membaca bagaimana sesuku dari manusia telah meninggal akibat dari penyakit berjangkit.
Menyerahkan kepada takdir Allah itu tidak salah tapi kita diberikan akal dan fikiran untuk mengelak hal yang buruk. Mengikut nasihat itu bagus walaupun kita merasa perih dan menghalang gerakan yang telah kita lakukan setiap hari. Itu pun bukan lama just dua minggu saja.
Korea selatan dapat membendung penyakit convid 19 dengan pantas adalah dari sikap rakyat mereka yang mengikut arahan dari pemerintah. Tapi sebilangan dari rakyat malaysia merasa mereka cukup hebat dengan hanya takut pada Allah tapi tidak mengelak diri dari sebarang serangan tentera yang tidak nampak.
Berhati hatilah warga kandang. Memang hidup cuma sekali, kalau mati itu tidak menyusahkan orang lain itu bagus. Tapi kerana kita seorang yang degil kita menyebabkan ramai orang lain terlibat. Dimanakah sifat kemanusiaan kita?
Dudukrumah dan belajarlah mencari kebahagian dirumah untuk seketika. Selamat berjuang kawan kawan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 27, 2020 9:46:09 GMT -5
Patuhi SOP my pren! walaupun kawasan anda kawasan hijau. Peningkatan baru amat tidak memberangsangkan. Berhati hati selalu selalulah menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 27, 2020 9:48:17 GMT -5
KKMalaysiaFlag of Malaysia @kkmputrajaya PECAHAN KES BAHARU (150) KL-6 2 Kluster Setapak 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 import tiba/pulang dari Arab Saudi (1 WN, 1 BWN) 1 import pulang dari India SELANGOR-11 8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 saringan kontak rapat 1 import pulang dari Arab Saudi
|
|
|
Post by sumangsikulumintak© on Oct 3, 2020 7:51:40 GMT -5
Dah makin bertambah orang kena korana ni min, so min kena hati hatilah bila keluar works mask jangan lupa pakai lagi pun face admin bukannya ensem kacak bergaya nak ditayang tayang daa tua tuh rambut pun dah putih gila muahahahahhaa.
SOP kena jaga min pssttt borang Gerak Khas dah isi ke belum? borang mencari jodoh pun dan isi ke belum? Rentas negeri dah tak buley min tapi kalau nak rentas ke hati saya buley je admin gelak dulu min muahahahaha
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Oct 4, 2020 8:05:23 GMT -5
Macam kena edit je pic si Trump nih. Tapi beliau dan wifenya macam konpen suda kena corona dan sedang di rawat. Di Malaysia kluster YB pun makin bertambah tapi tak berani mereka letak kluster YB. Parah betul ahli politik malaysia. Rakyat marhain di suruh ikut SOP kalau tak ikut kena denda tapi mereka senang senang seja langgar SOP. Menteri2x yang menyurahkan ramai orang. Agak agak mereka buat kerja tak berbincang dan tidak mengikut perkembangan semasa. Pendaftaran untuk pelajar IPT terpaksa dibatalkan apa lagi ramai yang sudah datang untuk mendaftar cuma yang mereka dapat kata maaf dari Menteri kesian kan? kalau kita dapat menteri menteri yang kerjanya cuma dengar cerita pegawai2x tanpa rajin bikin research sendiri dan berfikiran di luat kotak. Patutlah ramai rakyat berkicau ria dengan rasa tidak puas hati kepada menteri2x tak kiralah menteri dari kerajaan sekarang atau kerajaan yang telah lalu. Tapi rakyat cuma pandai mengkritik tidak pandai menggunakan kuasa undi mereka untuk menidakkan ahli2x politik yang cuma pandai berpolitik sahaja. Beberapa hari ini kes corana semakin meningkat. Kalau tidak ada apa apa kepentingan silalah duduk dirumah. Kita jaga kita. Bukan takut kepada penyakit atau kematian, tapi mencegah itu lebih baik dari menimbulkan keburukan atau mencari kesukaran. Setiap manusia diberikan otak untuk berfikir bukan menyerah bulat bulat pada kuasa atau jalan takdir. Okay patuhilah SOP walaupun nampak sukar tapi itu semua untuk kebaikan kita semua. Jangan lupa berdoa setiap waktu untuk dihindari dari terkena corana. Tak kisah kamu itu menganut agama apa yang penting berdoalah sesama.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Oct 4, 2020 8:10:02 GMT -5
Noor Hisham Abdullah @dghisham COVID-19; 4 Okt 2020 Jumlah discaj baru:67 Jumlah kumulatif:10283 (83.05%) Jumlah kes baru;293 Jumlah kumulatif:12381 Jumlah kes aktif:1961 Kes tempatan:292 (269WN, 23BWN) Kes import1 BWN Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif: 137 (1.1%) Jumlah kes di ICU:28 Pesakit intubated:4
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Oct 5, 2020 22:10:56 GMT -5
Hati hati guys sekarang sudah makin meningkat. Di tempatku sudah ada 5 kes. So aku terpaksa ambil keputusan sendiri tanpa tunggu kerajaan bikin pkp. Duduk dirumah dua tiga hari tunggu keadaan reda. Bekerja dari rumah saja kan? . Apalagi dirumahku ada urg tua yang kebarangkalian jangkitannya sangat tinggi . Ehek aku pun orang tua juga. So kita jaga kita. Apa apapun wang boleh kita cari kalau kita tetap sihat. Kesihatan kalau rosak bukan saja menyusahkan diri sendiri juga melibatkan orang lain juga. Buat sementara ini jagalah diri sendiri jangan berani berani berada dalam kitaran orang yang ramai. Boleh tapi tetap gunakan SOP yang disarankan. Tapi kalau kita ikut ramai lagi makhluk halus lain tak ikut. Mereka kebal dengan apa jenis saranan maklum orang yang kuat mengomen kuat mengkritik. Kerajaan dari langitpun akan mereka kritik apa lagi kerajaan bumi yang tidak sempurna. Sekarang di tweet sibuk mengkritik ada satu menteri yang umum kan beliau terkena convid. Macam macam komen dan kritik aku baca. Just baca nak mengulas macam tak perlu ramai orang dah ulas. Pada aku tugas beliau itu berbeda dengan tugas tukang kritik. Beliau kena bertemu atau bergerak dalam kumpulan. Sebagai manusia biasa terkadang terlupa dan teralpa dengan normal baru. Itulah namanya manusia kan? tapi kita melihat pada sudut yang terlalu negatif. Buat silap letak jawatan carik kerajaan lain tak ikut apa kita mahu kita suruh mereka letak jawatan lagi carik pemimpin lain lagi yang kita taksub dan bangga banggakan. Aneh manusia ini. Tapi itulah ciptaan tuhan. Dan aku hanya melihat dari kejauhan. SOP kawan jagalah.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Oct 5, 2020 22:14:48 GMT -5
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 17 h · PECAHAN KES BAHARU (432)
SARAWAK-1 1 import WN pulang dari Kuwait
SABAH-130 57 saringan bergejala (3 BWN) 39 kluster Bangau-Bangau (1 BWN) 16 saringan kontak rapat (5 BWN) 6 saringan petugas kesihatan (1 BWN) 3 kluster Benteng LD 3 saringan tempat kerja 2 kes SARI 2 saringan komuniti 1 kes ILI 1 pra pembedahan
KEDAH-241 224 kluster Tembok (9 BWN) 11 kluster Bah Sintok (kluster baharu) 3 kluster Jeram (kluster baharu) 1 kluster Bah Ketil 1 kluster Sungai 1 saringan bergejala
SELANGOR-34 17 saringan pulang dari kawasan berisikot tinggi 9 kluster Jalan Meru 3 Kluster Seri Anggerik 1 kluster Benteng PK 1 kes SARI 1 kes bergejala 1 saringan kontak rapat 1 BWN kes saringan sign off kapal
TERENGGANU-5 3 kluster Bah Tanjung (kluster baharu) 2 saringan kontak rapat
KL-7 2 kluster Seri Setia 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 1 kluster Jalan Meru 1 import WN pulang dari India 1 import BWN tiba dari Myanmar
LABUAN-4 4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
JOHOR-2 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 1 kes SARI
PERAK-2 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
PUTRAJAYA-2 2 kluster Selasih
N.SEMBILAN-1 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
PAHANG-1 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
MELAKA-1 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
KELANTAN-1 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
#klusterMenteri #kitajagakita
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2020 23:10:30 GMT -5
Makin membiak. Kluster dari vip, kluster dari menteri, kluster dari ahli politik, kluster dari atas dari bawah semuanya sedang membiak. So kawan kawan kalau tidak ada keperluan sangat stay home. Apa lagi kalau anda masih ada orang tua or warga yang dah berumur di rumah. Rajin lah guna SOP. Jangan fikir cuma dengan takdir tuhan or kita ini sihat dan kuat. Atau kalau nak mati tak kerana convid mesti mati kerana hal lain. Mencegah itu adalah yang baik. Kasihan lah kepada frontliner. Warga KKM. Semua orang kadang terlalu banyak komen tanpa memikirkan jalan yang baik untuk mengelakan dari wabak ini merebak lagi besar. Kita jaga kita tapi kita cakap tentang orang lain, tentang menteri yang tak jaga sop, tentang pegawai 2x negeri tapi kita sendiri bila berebut rebut di market, or berada di kedai makan, di mall kita hanya fikirkan dan lihat orang lain tapi tidak melihat pada diri kita sendiri. Itulah rata ratanya rakyat malaysia sekarang. Terlalu fanatik dengan parti politik, sehingga tidak nampak kebaikan pun kalau parti itu bukan parti yang mereka sokong. Walau pun parti yang mereka sokong itu membuat kerusakan tetap juga mereka menyokong dengan alasan yang kadang tidak masuk akal. Jangan terlalu fanatik dalam apa juga hal. Belajar mengunakan akal dengan lebih bijak.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 18, 2020 6:21:02 GMT -5
Masih ramai rakyat yang tidak ikut SOP tapi asyik marah orang lain tidak ikut SOP. Teruk betul mental kebanyakan orang malaysia sekarang . Penuh kebencian kepada orang yang mereka tidak suka.
|
|
|
Post by Jenglotsengkek on Feb 18, 2021 9:31:43 GMT -5
vaksin nya selamat atau tidak? hanya tepuk dada dan tanyalah minda anda sendiri.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 28, 2021 6:28:28 GMT -5
Sangat menyedihkan buat Malaysia hari ini. Esok mungkin akan bertambah lagi jika tiada kesedaran dari rakyat. Rata rata rakyat seperti tidak takut dengan convid. Pusingan ke tiga kali ini amat menyedihkan sekali kerana rakyat gagal mematuhi sop dah lah kerajaan gagal rakyat juga turut gagal. Sangat kasihan
|
|