admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 28, 2019 8:39:15 GMT -5
Just new thread. Urmmm..
Baru sampai rumah tenghari tadi. Sakit leher. Tapi mengantuk gila. Rindu bau katil sendiri. Lucu ah! someOne say " tak puas tengok my face katanya macam arabic " hah!! lucu ah. Agak cerah dari dulu katanya. Kali kerana lately im really bussy with my works. Pergi pagi pulang pagi? endaklah! pergi pagi pulang petang. Macam itik itik kali.
Sleep dulu lahh.....mengantuk!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 28, 2019 8:43:25 GMT -5
Dalam flight tadi dengar dia orang bercerita kisah "penggunaan jawi"? kecoh juga kes penggunaan bahasa jawi mau di wajibkan di sekolah bukan jenis kebangsaan? ah......oh! malaysia mereka.. aku sejak sekolah rendah sampai menengah memang failed jawi... so tak tau nak komen apa. kalau baca jawi memang merangkak rangkak gila tapi baguslah begitu ada aku tengok tweet dari "permaisuri agung lately" guna bahasa jawi. Hurmm....
penatlah... tapi banyak yang ingin di tulis!! ya ya ya lahh.....tiduran dulu jumpa lagi nanti. "salam buat kekasihmu yang baru?" ahakzz...
|
|
|
Post by sinna on Dec 29, 2019 19:38:23 GMT -5
Yakinlah orang yang baik baik pasti akan mendapat seorang yang lebih baik. Selamat berjuang.
P.S
Yang selalu menyayangimu
|
|
|
Post by Tanya on Dec 29, 2019 19:45:56 GMT -5
Jangan bersedih terlalu lama. Kamu berhak mendapat yang lebih baik kalau bukan yang terbaik.
Happy New Year , Dear.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 1, 2020 10:15:22 GMT -5
yaaa kaaa? macam tak percaya jer
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 4, 2021 3:12:17 GMT -5
Untuk meringankan beban hidup sebelum tidur maafkanlah semua orang, atau seawal bangun pagi doakan kebaikan untuk semua orang yang pernah hadir didalam hidup kita. Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita pelajaran kebaikan dari keburukan sikat seseorang. Wajah seseorang dapat diubah tetapi warna hati mereka semoga tuhan tunjukkan jalan yang terbaik
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 20, 2021 8:10:16 GMT -5
Saat malam datang tanpa tatapan bulan aku ingin cepat cepat berbaring dikatil dalam kelam kamar. Ingin mencari mimpi yang membuat aku jauh terbang dari rasa ini. Aku memang sentiasa belajar memahami orang. Memahami setiap keperluan mereka dan aku pun sentiasa merelakan apa saja yang datang dan pergi dari dalam kehidupanku ini. Kerana aku faham kita tidak boleh memegang pada tali 'rasa' yang pasti akan tetap beranjak untuk satu ketika yang cuma singgah mengirim sebongkah luka. Kita tidak boleh menyalahkan kehilangan atau kepergian kerana itu adalah satu langkah ke depan menghadapi takdir. Setiap orang tidak semuanya mendapat takdir yang mulus mulus dan simple tanpa ujian. Kalau hidup mereka sempurna beruntunglah dan bersyukurlah. Perjalanan hidup ini singkat sebenarnya untuk kita menaruh dendam dan benci apa lagi sakit hati. Kata orang pasrah itu salah kita harus fighting 'berjuang' untuk apa yang kita inginkan. Sesuatu benda yang pegun dan tidak beranjak apa lagi tidak mempunyai rasa bolehlah kita perjuangkan tetapi kalau kedalaman hati insan, kemurnian jiwa insan atau keinginan besar setiap insan untuk beranjak pergi kita tidak boleh menghalang. Untuk apa terus memegang kalau bahgia itu tidak pernah sampai ke dasarnya atau bahagia itu cuma datang sepihak. Apakhabar pada masa lalu? Semoga sentiasa dalam pelukan kasihsayang tanpa sempadannya. Orang seperti aku adalah barang buangan yang pasti tau diri dalam setiap langkah yang aku buat. Tapi yang pasti aku bukan kedekut untuk memberi dan memohon kebaikan. Seperti kata orang baik baik " bercakap yang baik baik, harap yang baik baik minta yang baik baik fikir yang baik baik semua nya akan kembali kepada kita baik baik. Semoga esok aku masih diberi kesempatan untuk melihat pagi yang tenang. Kazen aku positif convid semoga teman teman doakan dia cepat sembuh. Penyakit yang kita tidak nampak dan tidak tahu bila akan singgah dan dimana dia singgah . Semoga aku di jauhi dari penyakit yang berjangkit ini dan kalian juga teman teman. Jangan pernah patah semangat terus lah berjuang.
|
|