Post by admin™ on Oct 25, 2007 19:43:07 GMT -5
1. KEHADIRAN
Kehadiran orang yang dikasihi rasanya adalah sesuatu yang tak ternilai harganya. Selain surat, telefon, foto atau faks, kita perlu hadir di depannya. Apabila berada disampingnya, Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian , dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Dengan demikian, kualiti kehadiran juga penting. Jadikan kehadiran Anda sebagai pembawa kebahagian.....
2. MENDENGAR
Sebenarnya tidak ramai orang yang benar2 boleh melakukan perkara ini. Sebab, kebanyakan orang lebih suka di dengari daripada mendengar. Umum mengetahui bahawa keharmonian hubungan antara manusia adalah ditentukan oleh kesediaan untuk saling mendengar. Lakukan perkara ini untuknya. Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, secara tak langsung kita juga telah menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk mendengar dengan baik, pastikan Anda dalam keadaan betul-betul relaks dan peka dengan apa yang disampaikan. Tatap wajahnya. Tidak perlu menyela, mengkritik, apalagi menghakimi. Biarkan dia meluahkannya. Ini memudahkan Anda memberi tanggapan yang tepat setelah itu. Tidak harus berupa diskusi atau penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun akan terdengar manis baginya.
3. D I A M
Seperti kata-kata, didalam diam juga ada kekuatan. Diam bukan sekadar boleh diguna pakai untuk menghukum, mengusir, atau membingungkan orang, tetapi lebih dari segalanya. Diam juga boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberinya "ruang". Lebih2 jika sudah seharian kita menasihati,mengatur, mengkritik bahkan mengomel!
4. KEBEBASAN
Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang berkaitan. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengekangnya? Memberi kebebasan adalah salah satu perwujudan cinta. Makna kebebasan bukanlah, " Kau bebas berbuat semaumu." Lebih dalam dari itu, memberi kebebasan adalah memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggung jawab atas segala hal yang ia putuskan atau lakukan.
5. KEINDAHAN
Siapa yang tak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih ganteng atau cantik ? Tampil indah dan rupawan juga merupakan satu lumrah, bukan? Bahkan tak salah jika Anda melakukannya setiap hari ! Selain keindahan penampilan pribadi, Anda juga boleh menghadiahkan keindahan suasana dirumah, misalnya vas (pasu) dan bunga segar cantik di ruang keluarga atau meja makan yang tertata indah.
6. TANGGAPAN POSITIF
Tanpa kita sedari, ada kalanya kita memberikan penilaian negatif terhadap fikiran,sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar dari dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada kita. Kali ini, cuba Anda hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan tulus. Cuba ingat, berapa kali dalam seminggu terakhir anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi Anda. Ingat-ingatkan pula, pernahkah Anda memujinya. Kedua2 hal ini, ucapan terima kasih dan pujian ( dan juga permintaan maaf ), adalah lumrah cinta yang sering dilupakan.
7. KESEDIAAN MENGALAH
Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sampai menjadi kecoh! Anda sepatutnya mempertimbangkan, adakah perlu sebuah hubungan cinta jadi berantakan hanya gara-gara persoalan itu? Apabila Anda memikirkan hal ini, bererti Anda telah bersedia untuk mengalah. Ok lah, Anda mungkin kesal atau marah kerana dia tidak memenuhi janjinya. Tapi kalau kejadian itu baru sekali, kenapa mesti dijadikan punca pertengkaran yang berlarutan? Kesediaan untuk mengalah juga dapat melunturkan sakit hati dan mengajak kita menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna didunia ini
8. SENYUMAN
Percaya atau tidak, kekuatan senyuman amat luar biasa. Senyuman, terlebih yang diberikan dengan tulus, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat dalam keputus-asaan. Pencerah suasana muram, bahkan ubat penenang jiwa yang resah......