admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 14, 2021 9:21:20 GMT -5
Sakit hati? Memang. Tapi apa boleh buat sesakit apa pun itulah yang harus kita jalani. Binatang itu semuanya suci tak ada yang najis. Yang najis itu adalahhati kita dipenuhi oleh najis kejahatan berpikiran buruk tentang binatang. Setiap binatang yang Allah ciptakan adalah suci cuma hati kita yang tidak suci memandang jijik pada binatang.
Aneh manusia ini. Aku memang tetap bertahan hidup disini walaupun jiwa aku sengsara. Pahit apa pun aku telan. Aku tidak boleh memilih untuk pergi apa lagi untuk memilih yang aku inginkan kerana tuhan telah mentadirkan aku didalam keluarga ini.
Kadang aku amat benci diri aku sendiri kerana aku tidak mampu pertahankan apa yang aku sayangkan demi hormat dan menjaga hati orang tua. Kita menjaga hubungan kita dengan tuhan tapi kita tidak pernah menjaga hubungan kita dengan manusia apa lagi dengan binatang. Kita merasa cukup bagus dengan solat tak tinggal puasa, zakat atau pun mengaji setiap masa tetapi kita menyakiti hati insan hati binatang hati orang kita merasa kita sudah cukup bagus untuk beragama.
Fuh............. ada hal yangmembuatkan aku ingin keluar dan meninggalkan semuanya dari daerah ini
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 15, 2022 21:41:27 GMT -5
Today anak si pugut meninggal. Aku sedih betul. Lagipun dia dalam keadaan sihat cuma sakit mata. Dah aku ubatkan matanya. Then dia seperti selsema pula. Pagi tadi ada aku bagi susu tapi dia dah menolak tak nak minum susu. Semalam ada aku kurungkan dia dalam sangkar sebab siangnya dia jalan ke kaki lima sebelah tempat sering motor lalu. Risau takut di langgar motor aku letak dia dalam sangkar tapi macam dia tak suka. So malamnya aku letakkan dia dengan saudara saudaranya yang tiga ekor.
Sejak kelmarin sudah tubuhnya agak dingin tak seperti kucing biasanya tubuh mereka panas atau hangat. Kehilangan yang belum aku kasi nama. Entah apa nama yang hendak aku panggil dia. Ketot? belum aku tanamkan lagi tunggu biar dia betul betul meninggal.
Aku tidak keluar work hari ini. Mood semakin merudung kerana merekalah teman ku sehari hari. Si bebulus kurang nak makan nasi walaupun aku gaul ikan. Aku tak tahu kenapa. Biasa mereka berebut rebut nak makan. cuma susu saja yang habis satu mangkuk.
Makanan kering luak tapi macam tak berapa kenyang. Perut mereka aku tengok semakin susut sebab biasanya mereka itu semua buncit buncit pelahap makan. Apa taknya tiga kali sehari aku bagi makan sedang aku cuma makan sekali sehari.
Aku tak kisah dengan apa yang diberikan asal mereka sihat dan cargas. Risau pula aku kerana merekalah teman ku untuk mengisi setiap ruang sepi ku. Bercakap dengan mereka lebih tulus dan ikhlas. Lebih mengerti dari manusia yang banyak berpura pura baik tetapi menyusuk pisau tajam ke jantungku.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Feb 9, 2022 7:38:29 GMT -5
anak bebulu ku dah semakin kurang dan mereka seperti kurang kasih sayang. Nak bawa masuk rumah bonda sentiasa bising. So apa pilihan yang aku ada? dari bertengkar dengan bonda pasal kucing biarlah mereka di luar rumah. Aku cuma jaga makan mereka or sakit mereka. Nak ajak bergurau jangan haraplah. Ada je salah si kucing kalau masuk rumah. Tak apalah sabar sajalah hati.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 28, 2023 9:19:12 GMT -5
Semua anak bebulu kesayangan aku telah arwah. Yang last si tommy. Sakit nya teruk tapi akhirnya pergi juga. Si pugut masih hidup tapi tidak lagi tinggal dekat dengan rumah. Hidup merata rata macam gelandangan. Padahal semua anak anak cucu cucu dia juga.
Si koyu adik beradik si tommy masih hidup, masih beranak lima ekor. Anak anak keturunan benggal. Tapi aku malas nak jaga malas nak merasa kasih sayang. Biarlah mereka di luar saja.
Si butang anak si koyu pun beranak juga... tapi entah di mana dia simpan anaknya. Si comot pun apa lagi orang yang menumpang si putih. Ramai betul mereka membiak biak. Si bacak masih tetap segak dan segar bugar walaupun kaki nya cacat. Masih tetap rajin mengawan kucing kucing betina.
|
|