admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 16, 2019 5:40:51 GMT -5
my new family... kasihan juga pisahkan dia dengan saudara mara dan kawan kawannya.. urmmm harap dia mampu bertahan dengan rindu kawanni lah aku ... you are loved you are wonderfully made yoy are beautiful you have purpose you are masterpiece god has a great plan for you.. just you
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 16, 2019 7:38:37 GMT -5
jam hampirmagrib aku ke pasaraya cari pasir, makanan dia sama susu. Menangis pula dia mencari kawan kawan or ibunya kali.. aishh di belai belai di gosok gosok baru dia diam terbaring dia disebelah tiduran .. mesti dia bosan sendirian di bilik di rumahnya ramai saudara maranya meriah macam kasihan juga tapi harap dia dapat survive kan? nasib besok aku cuti lagi.. nanti kalau aku work mesti bosan dia di bilik sendirian takut aku bawa turun ke bawah nanti bonda bising aishh tadi ku bawa naik diam diam saja tanpa bonda nampak si bacak tu pun bonda marah apa lagi si bacak kalau tengok bonda terus lari tak cukup tanah kalau aku cakap bonda si bacak pun takut sama nya dia mesti marah sama ku adusss.. bonda sudah seperti kanak kanak kecil apa boleh buatkan? itulah dunia ku..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 16, 2019 7:41:06 GMT -5
belum ku pikir namanya lagi .. lupa ku tanya namanya tadi sama si angah anak buah ku di rumah si sebelah memang banyak gila kucing lama sudah dia suruh ku adopted satu tapi aku risau bonda marah marah tapi tadi macam tergerak hati mahu bawa pulang satu petang tadi waktu aku mahu keluar jogging si sebelah call suruh aku ke rumahnya pergi makan durian dia membeli durian lagi aishhh........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 16, 2019 7:44:03 GMT -5
salah seekor dari saudara maranya hidungnya kemek betul tapi suka tiduran seja yang ni aku rasa di rumahnya hampir 20 ekor kut
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 16, 2019 8:24:17 GMT -5
kasian dia macam fever seja dia belum sampai tiga jam di rumah aishh terjaga dia tadi masa teydoran siap marah sama ku sesembur kali mimpi ngeri diaa adusss kadang macam mau hantar dia pulagn seja rumahnya tapi mesti aku pula yang kena sembur sama si sebelah jiwa lemah
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 16, 2019 8:27:20 GMT -5
Bro ku cakap kalau mau di jual tu mau dia orang ambil dalam rm250 bulu tengkuk dia tu kalau betul di jaga macam singa... ada satu tu besar betul bulu di lehernya tembal mix entah kacuk dari baka mana teda ku tanya pula tapi baka macam ini tak boleh cuaca panas kena ada kipas yang kotak tu kasi sedut habuk eeeeee
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 19, 2019 2:55:14 GMT -5
Face kucen yang kena tinggal hampir seharian. Kasiann... kadang menangis dia memanggil ku kalau aku hilang. Macam panas dibilik menganganga mulutnya walaupun dua kipas dipasang. Kali cuaca panas dan berangin. Semalam ada aku bagi makan ayam rebus, tapi macam gigi dia belum kuat. Susu macam kurang dia jilat lagi pula aku tak pandai nak bagi dengan botol susu. Air putih pun dia macam kurang minum. Aishh.. dah turun dia tergolek kat bawah dari di katil. Aktif five dia kalau memalam. Tapi suka teydo disebelah ketiak ku kali bau wangi kut ahakzz... belum aku fikirkan namanya tapi kalau pulang biasa ku panggil dia "Gutt Gutt Guttt" mengiaw dia menjawab sambil berjalan lelompat lompat dengan empat kaki. Tapi macam teda siuk itu nama... Gutt Gutt gutt... aishh semalam sudah di kasi mandi. Bonda bising kalau aku kasi mandi katanya masih kecil. Lol apa salahnya mandi dari kecil kasi wangi. Tapi pandai dia sudah pergi pasir kalau mau membuang. Kira good boy dia ni tapi aku belum pastikan gender dia tapi macam ada telo harap harap boy laa kalau puan susah ku nanti mau beranak dia nanti teda ongkos ku mau pelihara anak anak nya nanti . Ekekekeke... masih kecil lagi dia sudah di pikirkan anak anak segala stupid banar tuannya kan? tapi itulah kegembiraan ku sekarang. Bahgia itu ada walaupun bentuk nya beda. Kita tidak perlu terlalu mengharapkan insan kerana mereka itu akan berubah dan beranjak bahkan tidak akan pernah peduli dengan orang yang mereka lukai kerana buat mereka diri mereka lebih penting . Memang semua orang akan selfish kan? bangga diri kah? untuk apa semua itu nanti hilang juga semua nya. yang tidak hilang adalah kebaikan diri kita.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 30, 2019 19:46:52 GMT -5
Makin membulat dia si Gutgut. Ingat tadi pagi mau kasi mandi tapi macam tak sempat ku mau p work tapi jalan mesti jem gila. Kena tunggu dia orang abis berbaris dulu. nah panjat kaki ku dia sambil mahu lompat ke sini. Kasian ritu suda ku jentik telinganya seram dia kalau tengok ku bikin jari. Nakal bhaa.. sering beriku rasa bahgia sekarang. Kalau jam jam tiga pagi sesama kita tengok video kitty2 dia suka tengok sama hp tuu matanya membulat saja sambil siuk jarinya mau menangkap. Tapi bersin bersin dia. Kali suka tidur di bawah katil bondaku kalau ku teda dibilik. Bro ku cakap demoks gila suda dia padahal makannya itu itu sajaaaa
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 30, 2019 19:47:31 GMT -5
Panjang kan misainyaa.. kena gunting hahahahaa baby lagi suda panjang misainya
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 12, 2019 22:11:15 GMT -5
Spidercat. Aku kadang ingin cepat pulang ke rumah kalau sedang ada hal di luar atau work. Pulang mesti dia dulu yang ku cari. Sigutgut. Degil nakal dan buat aku tertawa. Sekarang dia ada di bawah kerusi sedang gigit gigit kaki aku. Dialah teman untuk menghiburkan aku sekarang selain bonda. Bersama dia hilang stress work aku or dunia mayaku. Baru habis melantak seketul ayam. Macam tak cukup lagi dia mahu lagi. Perutnya makin membulat dan macam dia sudah serasi dengan aku. Kalau nak dengar suara dia bila aku mandikan dia. Mesti menangis sakan. Padahal bukan lamapun kalau di mandikan. Cadar aku sentiasa kena gantikan dan alaskan dengan selimut baru. Maklum kakinya yang kecil itu dari tempat pasir dia membuat mesti buat aku merasa tidak selesa. Sudah dia terkedet kedet keluar dari bilik barangkali kerana tidak dilayan. Paling dia suka melompat naik ke meja pc aku kalau aku sedang didepan pc. Jari jari kecil dia akan memijak keyboard sesuka ginjal berjalan sana sini. Bikin aku panas kadang. So aku terpaksa melayan dia di katil main dengan bongkal bongkal saputangan yang aku siputkan. Matanya yang bulat dan binar dengan misainya yang panjang. Tapi faham kalau aku sedang sibuk. Makannya kadang memilih juga. Pro diet kadang dia tak nak sebab jellynya yang tak sedap kut. Tunanya biasa habis dia makan cuma tinggal jellynya tidak dimakan. Kalau wiskas pun dia memilih juga.
Dia sangat aktif sekarang. Kalau aku ke kamar mandi pastilah dia akan menunggu di luar pintu dan mengejutkan aku sambil dirikan badan dan bulunya berjalan dengan empat kakinya serentak. Kadang aku seperti bocahan melayan dia. bonda dibawah aku diatas. biasa itulah rutin ku.
Semalam aku terlelap awal. Kepenatan potong rumput sebelah petang di belakang dapur dan tepi rumah. Bersihkan kawasan kerana takut air bertakung dan membiakkan nyamuk. Sempat makan nasi ayam yang aku masak menu bonda today adalah nasik ayam tapi ayamnya agak keras. yahlah tukang masaknya bukan pakar. Kaklong ku datang sama abglong semalam ajak beliau pergi ke rumahnya dia tak nak ikut padahal basa basi gaya cakapnya macam mau ke sana. Tapi pastilah dengan aku. Lelahkan?
Pepagi ada bunyi yang aneh dari tepi bantal . Muka ku kena tempuk dengan si gutgut. Terperanjat juga aku. Sebab bunyi msg masuk nada deringnya sudah lain. Aku sudah tukar banyak hal. Cuma tunggu waktu untuk tukar no hp baru. Rupanya ada msg yang masuk. Ku renung dan coba fahami apa yang tertera di hp. Yah.. aku pun sesering teringat tapi sengaja aku sibukkan diri dengan hal hal yang lain. Sekuat apa ingatan yang aku rasakan aku akan melawan nya. Kerana aku tidak mahu melukai hati orang lain. cukuplah hati aku yang terluka. Aku harus membiasakan kehilangan. Hampir enam bulan or aku harus kuatkan hatiku lagi untuk tetap tegar melawan setiap kesukaran. aku belajar banyak hal.
Kadang aku cuma fikirkan mungkin aku bermimpi. Sambung tidur dan si gutgut pindah tidur ditepi kepalaku. Nyeri perasaan hati kan? Semua hal tidak mudah untuk kita lakukan. Tapi aku harus belajar bukan untuk orang lain tapi untuk diri ku sendiri. Banyak hal yang aku lakukan demi orang lain sejak dulu. tapi kini aku ingin melakukan hal hal yang baik untuk diri ku sendiri.
tadi waktu hantar bonda ke surau nun hujung kampung jemariku entah kenapa tidak kuat dan membalas msg. Padahal aku ingin terus hilang. Kerana aku masih ingat kata katamu, kalau aku benar benar ikhlas ingin kau bahgia "aku mesti terus hilang dari kehidupanmu". Walaupun itu sukar tapi itulah yang ingin aku lakukan asalkan engkau bahagia. Bukan kan itu lebih baik?.
Tuan guru tempat bonda belajar cuti hari ini. Aku bising mengelak tahi lembu di jalan. Bonda ajak ke rumah kazen aku nun jauh di hujung dunia lagi. Kalau drive mau dua jam setengah mahu ziarah dia baru pulang dari Makkah. Tapi ku cakap ku tak kuat nak drive jejauh. Penat. Ahakzz.. padahal memang aku malas.
Panjat lagi si gutgut di kerusi mau limpas dia ke meja pc aku. Mesti mau ajak main main lagi dia. Hurmm sepanjang doaku sepanjang ingatanku "aku tidak pernah putus mendoakan tuhan permudahkan hidupmu dan menghadiahkan kebahgiaan yang hakiki untuk mu" aku benar benar ikhlas..........
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 12, 2019 22:13:26 GMT -5
Badan aku latelyu calar balar bukan kena cakar dengan orang rumah tapi si gutgut. Kukunya halus dan tajam. Kalau mandi kadang memang terasa pedih. Tapi aku harus membiasakan. Asal anak nakal .. matanya bulat memandang aku, kali dia faham apa yang aku tuliskan dan merasai apa yang aku rasakan ketika ini. Rindu yang harus aku patahkan dengan keras. Rindu yang harus aku diamkan. yang aku ada cuma dia dan bonda. Itu harus aku hafal dan faham.
|
|
|
Post by Tanya on Sept 15, 2019 6:28:03 GMT -5
You need to know that my tears resemble pain and fear. Not weakness.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 18, 2019 19:12:21 GMT -5
Face sedih kerana kena jentik telinga sebab ganggu tengah work depan pc. Suka betul dia panjat di meja pc kemudian keluarkan face dia tepi monitor. Then monitor akan padam sebab wayarnya macam longgar. Tiga empat kali di pindahkan still juga mencari peluang memanjat. Kena jentik telinga. Kalau subuh awalan bangun , mencepuk face ku untuk solat subuh. Kadang awal dia lagi terjaga dari orang tahrim di masjid. Ajak main main. Dia masih baby lagi. Makan dan main. Berlari sana sini kerjaannya. Tapi boleh bawa teman bercakap untuk aku. Bonda macam sudah tak kisah lagi dengan dia. Awalan marah juga dia sebab katanya bau busuk nanti. Padahal aku hari hari bersihkan pasir tidak aku biarkan lama lama najis dan kencingnya di pasir. Everytime memang aku bersihkan kalau aku pulang or akan keluar work. Lately dia sudah berani bermain dengan bola pink yang aku beli. Macam pemain bola terkenal pula. Kadang ajak aku main nyorok nyorok belakang sofa. Perutnya sudah sering membuncit sekarang. Tadi awalan pagi sudah siapkan menu untuk bonda. Ayam masak kicap cukuplah boleh aku bawa sedikit bekalan untuk pergi work. Kadang malas juga untuk makan di luar. Tapi kadang lebih banyak bosan kalau makan masakan sendiri. Aku malas lagi untuk keluar bawak bonda pergi jalan jalan. Dah lama bonda tak jalan jalan rumah anak anak mereka sejak aku sibuk work. Maaf? memang kita akan memaafkan atau mengucapkan maaf dan meminta maaf. Tapi setiap kali kemaafan itu diberi bukan bererti orang akan melupakan apa yang kita pernah lontarkan kepada mereka. Apa lagi orang seperti aku. Seperti setiap kali kita mengetuk paku di sebatang pokok, walaupun paku itu telah kita cabut kesan paku itu tetap ada dibatang. Begitulah kata kata pedih kalau kita lontarkan kepada orang. Tak semua orang mampu melupakan semuanya macam setengah orang. Boleh melepaskan masa lalu dengan mudah. Boleh memaki hamun orang sebegitu mudah, menghina orang sebegitu mudah, menista orang sebegitu mudah. Ada setengah orang otak mereka seperti disk. Yang menyimpan semua memory. Walaupun di delete bekas itu tetap ada disimpan. In a quiet street corner of the village so quiet He placed for a moment the body of complaints and complaints a little longer Without a doubt, he was so happy Although; there is a longing on the other end, who knows how long he will have to wait for his presence Harapan yang sangat murni bukan?. Menanti bukan bererti harus memiliki. Tapi menanti untuk memberi harap kepada diri sendiri agar tidak roboh dan merapuh dijalan yang menyesakkan lagi. Kepercayaan yang hilang sukar untuk dibangunkan kembali. Apalagi setelah kita berikan sepnuh kepercayaan kepada orang yang kita sayangi walaupun sebenarnya kita tahu tak semuanya itu benar. Kita tetap membenarkannya. Belajarlah untuk setia pada satu hubungan. Bukan hubungan yang bersimpang siur. Belajarlah untuk tetap setia bukan cuma mencari kesukaan , kegembiraan cuma. Hidup ini bukan cuma untuk cinta. Kenapa kita suka menghina orang yang kita pernah cintai? hatta kerana kita memiliki cinta baru?. Padahal dulu orang itulah yang kita bangga banggakan. Kemudian kita tusuk dia dengan duri atau pedang yang tajam. Itukah nilai rasa kasihsayang dan cinta? Manusia memang cepat lupa bukan cuma melayu cepat lupa. Itulah hakikat nya insan. Terimakasih Tuhan, aku sering merenung kesalahan diri. Maafkan kealpaanku. Aku tetap insanmu yang amat lemah dan tak berdaya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 18, 2019 19:26:09 GMT -5
Today macam mahu keluar awal pergi work. Kasihan juga bonda sering ditinggalkan sendirian di rumah. Apa lagi yang boleh dibuat kalau bonda juga memilih untuk tetap dengan aku orang yang sendirian ini.
Semoga hidup mu baik baik tanpa aku. Berbahgia dan gembira seperti mana engkau inginkan. Berkasihsayang dengan penuh bangga dan ceria. Tapi jangan yang beria ia hanya sebelah tangan. Kasihan. Sama samalah berkasihsayang dengan bangganya. Sebab memiliki apa yang kita inginkan dari banyak orang dan mendapat pilihan dari pilihan orang lain. So happy thusday!!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 21, 2019 19:08:08 GMT -5
Mahu menulis tetapi di ganggu oleh si gutgut. Baru siap tugas dengan bonda. Siapkan breakfast bonda seperti biasa masak air , bikin teh o panas dan rendam dua biji telur ayam untuk bonda makan separuh masak. Air biasa bonda buat sendiri aku cuma sediakan air panas dalam dua mug.
Then untuk aku sendiri aku bikin nasi goreng padas untuk bekalan pergi work. Semalam si akar bising bising siap paste di facebook kandang tentang web kandang yang under maintence. Aku bukan tak nak open cuma just menulis sesuka ginjal aku.
Ini saja temanku yang baik kerana ini pilihan aku kan. TQs Vulan kerana memahami apa yang ada dalam fikiran aku. You the best freund ai have. Danke!!
So naik atas si gutgut ajak main macam biasa. Berikan dia ikan rebus yang ku sudah lumatkan padahal tadi sudah dia makan makanan instant dia. Kemaruk makan betul dia. Then blender pakaianku yang biasanya banyak singlet sama boxer tshirt tak banyak . Semalam bikin sakitkan dada temankan si bungsu bersihkan bekas kumbahan yang airnya tak menyerap. Dah lama aku nak buat tapi buat sensorang tak ada kudrat. So kebetulan beliau datang semalam ku ajak bikin sesama. Pantas betul dia bikin maklum dia bekas komando. Aku cuma jari melakar pada keyboard dan guna otak untuk bekerja. So temulang aku sedikit lembut dari dia. Ekek!!
aduss kena jemur duluan bajuku sebab sudah jam lapan mau keluar work.
I love you always. Happy yahhhh dont worry about me. Im trying harder to live the life what i must live. Jumpa malam nanti.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 17, 2019 9:17:18 GMT -5
Kasian dia kena buli sama si bacak. Geram betul. Aku keluar sekejab tutup pintu sangkar burung dan dan si bacak masuk dan kejar si gutgut. Meraung si gutgut ketakutan. Bikin panas so ku lidikan seja si bacak tua yang jahat. Entah apalah yang membuat dia samseng. Padahal makan lebih banyak dari orang lain. ampess... Dia yang nak duduk di luar rumah lebih bebas. Marah pula sama si budak kecil gutgut. Eeee bikin panas seja anak anak bebulu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 9, 2019 2:33:47 GMT -5
sekejab saja si pugut dah semakin membesar. kalau aku tak pergi work dia macam heaven boleh ajak main memacam. Kadang boleh bikin aku gelak gelak sakan. Tangan aku dah macam ayam kepsi yang paling sedap untuk dia gigit. Pic dia makin membesar.. hari tu masa aku tiada tiga hari dia ditinggalkan sendirian di rumah. Kasihan pula, nak bawak mestilah sukar. Dia pula tak pandai nak makan makanan kering. Aku ajar pun tak nak juga dia. Dia lebih suka ikan rebus, ayam goreng .. aneh betul selera dia.
Asal subuh mesti kejutkan aku untuk solat subuh, selagi aku tak bangun selagi itulah dia kerjakan aku walaupun aku da tarik selimut tutup sampai ke kepala.
Apa lagi sekarang sudah masuk musim dingin.. mesti untuk bangun awalan pagi malas........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 15, 2019 19:47:26 GMT -5
Hujan turun sejak awal pagi. After subuh, aku seperti biasa jadi tukang masak untuk bonda. Dan banyak hari menu bonda cuma ikan goreng kerana kesihatan aku merudum. Empat hari aku cuti bergelut dengan diri sendiri, perut yang padas, kepala yang puyang, aku cuma merawat diri sendiri dengan apa adanya tidak lagi bertemu dengan si baju putih. Malas mengambil dadah terkawal. Menu bonda today , ikan basung goreng, tumis pakcoi dengan carot dan brocoli bikin fishball sendiri, ikan basung gentel dan acar timun campur carot dan bawang. Macam sedap. Tapi nasi semalam. Kerana semalam just bonda makan nasi sama anak bebulu. Aku failed. Pulang work after singgah pasaraya sabasun terus kong. Lepas magrib terbongkang tidur. Tanpa mimpi? tidak juga cuma mimpi itu aku tak dapat bercerita. Si pugut yang sudah remaja, anak dara ku yang sudah besar baru tiga bulan. Ahakzz... sudah menjadi siulan jejaka gatal yang bikin aku panas. Baru umur dia tiga bulan dan pandai nak melawa dan mengawan. Hari tu terkejut aku bila ada seekor jantan liar yang naik di verandah , aku baling dengan penyapu. Ada nak merogol kali , dia melompat turun dari atap sampai bawah jatuh dikereta aku. Ahaaa.. padan dengan muka mahu merogol anak bebulu aku. Tidur dia tadi ajak aku main main aku malas, aku sibuk dengan hp dia selalu masukkan kepalanya ke leher aku untuk tarik perhatian. Dan kalau aku buat buat tak hirau dia akan melompat ke meja pc dan itu pasti aku marah marah. Dia tahu betul bagaimana nak tarik perhatian aku. So malas dia juga dengan sikap dingin aku terus baring disebelah aku tidur celah ketiak aku. Itulah dia anak dara aku sekarang. Ahakzz.... Dan besar gila dah habis sepinggang nasi dengan ikan rebus. Tapi dia tak suka snack. Dan banyak kali aku ajar makan snack tetap tak mahu dia. Nanti problem betul kalau kena tinggal dia dirumah. Kalau aku kena outstation. Ahaisshhh.... Penat lately, owh baru aku tahu kenapa sister aku singgah rumah jumpa bonda. Rupanya dari rumah kenduri kawan suaminya . Urmm........ tak adakah waktu untuk jumpa bonda memang untuk jumpa bonda bukan kerana alasan lain? itulah anak anak.. dan aku faham belajar faham tentang manusia. Sesiap mahu mandi pergi work .. macam matahari dah keluar. Selamat pagi semua jangan berbohong tentang perasaan dan kematian. Tak akan membuat kamu berbahagia selamanya. Belajar lah untuk tulus dan menerima serta bertanggungjawab. Kenapa mahu dengan status diri sendiri? kerana itulah diri kita kan???
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 4, 2020 18:55:34 GMT -5
Pugut hilang untuk hari ke dua. Banyak fikiran aku tentang kehilangan so aku tak merasa sakit lagi akan kehilangan. Kerana aku telah terbiasa dengan kehilangan. Lihat pasir dalam bekas, lihat pintu bilik sebelah yang sering dia keluar masuk buat aku ingat akan dia. Dan setiap kali aku ingin mandi , dia akan mengejar dan menangkap kaki aku, ataupun setiap kali aku keluar mandi dia akan berada dalam bakul baju kosong aku untuk mengejutkan aku. Banyak hal tentang ingatan itu akan tetap ada. Dan sangat aneh kalau seseorang cepat melupakan sesuatu yang mereka sayang. Ataupun sebenarnya mereka tidak sayang?
Banyak hal aku simpan didalam hati saja lately. Barangkali bonda pun suka dan bahgia dengan kehilangan si pugut sebab dia pun tidak suka sangat dengan apa yang aku suka. Kadang hal yang mengecwakan hati cuma terdiam dalam fikiran sendiri.
Aku blocked semua call dari family. Sejak aku cabut telepon rumah , aku malas nak terima call dari saudara mara. Bonda cakap telepon tak penting so aku cabut. Untuk apa ada benda tak penting kan? Dua tiga hari lagi besday bonda. Siapakah yang akan bawa kek, call tanya khabar, ucap selamat kerana bonda sudah berumur 76 tahun. Satu angka yang amat panjang.
Anak anak baik, tapi sibuk dengan keluarga masing masing. Kadang memang tidak tanya khabar langsung tentang bonda mementang aku ada dirumah. Bonda pun aku tidak faham, kenapa tidak gemar pergi ke rumah anak anak?. Kadang mereka seperti menjarak apakah bonda tinggi hati ? sama seperti aku?
Kadang ada aku dengar setiap tahun mereka buat family day. Jalan jalan dengan family masing masing dan bonda? Bonda bukan family mereka barangkali jarang mendapat ajakan or tidak di ajak langsung. Kasihan kan? manusia begitulah. Kali salah bonda, salah aku kerana jarang mengungkapkan apa yang dirasakan.
Rindu juga sama si pugut tapi aku sudah terbiasa mendiamkan rindu. Untuk apakah semua kehidupan ini kalau sangat menyakitkan!!! Aku harus banyak kekuatan.
|
|
|
Post by Tanya on Jan 4, 2020 18:57:50 GMT -5
Sabarlah pasti pulang tu nanti dia.
|
|
|
Post by sinna on Jan 4, 2020 19:03:59 GMT -5
She'll be home. Don't be sad.
|
|
|
Post by nataliavulany on Jan 7, 2020 1:06:44 GMT -5
Sudah pulang . Boss mood sempat jatuh sampai 300 % silentnya yaa ampun bikin gawat seluruh kotak rasa. . Itu baru aja dua hari hilang. Kalau kita hilang enggak dia pedulikan.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 7, 2020 1:11:29 GMT -5
Hah.. dekat pun dia hilang. Tiada dia tau jalan pulang, takut kali sama si bacak. entah2x sempat dikerjakan sama si bacak tu. Tapi fobia lost dia tu masih lagi macam terasa takut dia mahu keluar keluar dari pintu depan. Kecoh si beliau ceritakan cara dia pulang. Padahal petang tu mood ku masih lagi emosi tanggal malas!! kiooo banar.
|
|
|
Post by noona on Jun 3, 2020 9:18:27 GMT -5
Hello gutbaii hello hello
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 1, 2020 10:04:38 GMT -5
Si pugut pregnant untuk kali kedua. Aku harap kali ini anak dia hidup lah. Dia pun sudah pandai berdikari. Semoga dia temukan kebahgiaannya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 15, 2020 7:24:08 GMT -5
Anak gadis ku yang sudah menjadi ibu untuk kali ke dua. Aduiiii ku kasi tahu bonda anak anak dia kali ini anak keling hitam hitam semua aduiii entah sepa apaknya. Tapi macam okies dia suda pandai kasi susu sama si baby2xnya. Teda juga baby2nya pandai menangis. Sekarang dia sedang mau manja manja sama ku sebab mahu dia minta ayam rebus mangkali. Dua hari dia hilang sebab sakit mahu beranak. Kasihan kan cemanalah kalau urg ngeri juga memikirkan. Tapi tuhan itu jadikan dunia ini indah sebenarnya, aneka hal yang diluar kemampuan kita dapat Tuhan uruskan dengan bagus. Semoga berakah semua
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 15, 2020 7:32:10 GMT -5
gudnite par!!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 2, 2020 7:32:55 GMT -5
si Pugut sudah jadi ibu misali skang rajin benar jaga anak anaknya. Ghi dan Tom huhuhu aku belum berani bawa mereka main main takut si pugut bawak lari kat tempat lain. Pic anaknya pun tak ku snap lagi bio bebeso duluan. Tapi macam makin cumel pula anak anaknya walaupun golap gelita bulunya.
rini menu dinner si pugut ayam rebus suka betul dia tukar tukar menu.
|
|
|
Post by si-pugut on Oct 3, 2020 10:39:46 GMT -5
Hello Par.. Lama tak update tentang si pugut. Sejak dia melahirkan dua ekor baby memang aku tak pernah ambil lagi pic anak2xnya. Baru dalam minggu lepas aku snap itu pun susah betul. Sebenarnya ini adalah kali ke dua dia beranak. Yang pertama dia beranak susah betul kesian aku tengok. Tapi masa tu aku bawa dia ke rumah si sebelah dan wife si sebelah yang tolong tengokkan dia. Tapi second pregnant aku dah cakap sensiang kat si pugut , supaya dia pandai pandai lah beranak sendiri sebab aku dah tak nak mengalami perasaan ngeri tengok dia beranak. So selepas or sebelum birthday aku kut bulan ogos hari tu dia selamat beranak dua ekor didalam siling luar. Dua hari dia hilang dan aku cari cari panggil dia diam jer. Tapi aku memang syak dia tak jauh jauh mesti dedekat rumah jer. Aku terpaksa kopakkan atap siling untuk ambil dia dan anak dia. Terimakasih Tuhan kerana dia selamat beranak dan sangat sayang anaknya. Aku letakkan dia dibilik sebelah. Bilik baju baju dan buku buku ku. Sebab bilik ku memang dah tak ada apa apa kecuali si muka empat segi dan katil. Aku nak renovate tapi belum ada kesempatan lagi. Apa lagi terpaksa renovate bilik air bonda dulu. So tengk anak si pugut membesar dan kehidupan dia yang agak ceria aku menjadi terhibur. Kali ini dia pandai susukan anak dia. Masa first dia beranak aku rasa anak dia empat ekor. Tapi yang kali ini aku tak tahulah berapa ekor yang aku jumpa cuma dua ekor. So aku namakan mereka Ghi dan Tom. Nakal gila mereka sekarang. Tapi aku belum nak snap or ambil video tentang mereka. Yang ini aku namakan Tom.. cumel tapi macam cacat sedikit sebab kaki belakang dia macam pendek dan dia pun agak kecil dari Ghi. Tapi nakal nya ya Alloh bikin seram . yang itu Ghi. Warna Ghi memang hitam pekat dan ada putih di dadanya. Dia panjang tidak pendek macam Tom. Kadang 2x macam pinkpanther dia. Lucu gaya dia berjalan dua kaki sambil nak main. Aku rasa hidup si pugut tak lagi sunyi sebab dia dah ada kawan untuk bermain. Dia memang sayang benar dengan anak anaknya. Pantang aku nyakat anak2x dia mesti dia datang nak selamatkan anaknya. Aku harap mereka membesar dengan sihat. Hari tu aku tengok di perut si pugut ada ketulan macam sebiji telur ayam kampung. Aku ingat cancer ke apa. Risau gila aku nak bawak dia ke klinik anak anak dia masih menyusu. So aku gunting bulu bulu yang dekat benjolan dan aku letak minyak urut bonda. Dia tak lari macam si bacak kalau di letakkan minyak. Beberapa hari dari aku letak minyak aku tengok aneh juga aku syak dia kena gigit ular or apa eh. Ada nanah tapi aku tak nampak nanah tu keluar barangkali telah dia jilat. Akhirnya aku nampak bekas kudis di perut dia dan aku letak minyak bonda kasi kering. Dia pun tak banyak meragam masa sakit. Risau juga aku takut dia tak mahu susukan anak anaknya. Aku failed betul kalau jaga baby baby ni. Tapi semuanya selamat dan sihat. Semoga keluarga kecil si pugut bahagia. Jangan kau nak tambah anak anak lagi. Ku pukul bontotmu nanti Pugut.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 9, 2020 4:00:28 GMT -5
Keluarga si pugut. Pertama kali dalam hidup dia amat bahagia dengan dua anaknya. Tapi dia makin pendiam dan suka keluar tengah malam dan pulang awal pagi. Sudah menjadi kebiasaan dia tingkap bilik aku menjadi pintu keluar masuk dia. Di tingkap tersebut ada loceng yang kadang berbunyi bila dia hendak keluar kalau pintu itu tertutup dan akan mengeluarkan bunyi kalau dia masuk. Dia sangat penyayang dengan anak anaknya sangat menjaga si ghi ghi sama si tom tommy. Tommy si pendek agak manja dan suka menangis malam. Kadang kalau si mommy pugut keluar si tommy akan masuk bilik panjat ke katil ku dan berbaring di samping aku sambil menangis. Barangkali dia mengigau malam? entahlah. Tapi si ghi ghi sangat berdikari. Tapi nakal gila suka main main dalam bakul dan dia agak panjang kurus dan agak kurang makan. Tapi si tom tommy suka benar makan. Semua jenis makanan dia akan makan. Kebiasaan si tom tommy dulu yang makan barulah dia makan dan si momy pugut last makan. Kadang aku bikin dua bekas tapi dua dua dia kontrol walaupun di marah begitulah perangai dia. Semoga keluarga bahagia si mommy pugut akan kekal. Membesar mereka dengan sihat. Sekarang mereka sudah pandai main main dibawah. Aku risau takut kalau masa aku wark dan bonda kelalaian akan dikerjakan oleh si Bacak yang suka membuli. Mesti mereka fobia kalau kena buli dengan si tua bacak. Risau juga aku.
|
|