Post by admin™ on Aug 1, 2019 9:43:35 GMT -5
Mampukah Kamu Doakan Dia Bahagia Setelah Dia Menyakiti & Mengkhianati?
Bagaimana bahagia itu?
Bahagia. Ya semua orang nak bahagia, dan ingat semua orang ditakdirkan Allah dengan bahagia.
Ini bermakna, semua orang ada takdir kebahagiannya tersendiri.
Namun tak semua orang dapat merasai bahagia, apabila dirinya sendiri hanya memandang bahagia tu dari satu prespektif sahaja.
Kali ini saya mahu mengajak kalian bagaimana menilai bahagia dari prespektif berlainan.
Dari pembacaan saya, bahagia itu banyak cabaangnya jika dikira dari pemikiran manusia.
Bahagia bila ada harta berjuta, bahagia bila bersama kesayangan, bahagia bila punya teman..
..dan apabila semua itu lenyap, bagaimana jadinya?
Derita, bernasib malangkah ia dikira?
Saudara Hilal Asyraf dalam salah sebuah bukunya, berkata bahagia itu bila bersama penciptanya.
Ya, itu pasti buat kita.
Bagaimana bersama tuhan itu bahagia?
Begini, jika senang Dia kasih, jika susah Dia sayang.
Berbahagia pada yang percaya bahawa segala takdir tuhan itu terlalu indah walau apa pun jadi.
Salah Satu Jalan Untuk Kita Bahagia Adalah, Doakan Dia Bahagia Juga
Berbalik pada tajuk diatas, doakan dia bahagia.
Berbalik pada tajuk diatas, doakan dia bahagia.
Saya ini tidaklah pendai menilai, cuma berkongsi rasa yang pernah dirasa dan mungkin ada yang berperasaan macam saya.
Dimana kita perlu memilih untuk meneruskan hidup dengan lembaran baru setelah jatuh kerana soal perasaan.
Macam mana nak bahagia, sedangkan dia bahagia dengan yang lain.
– Jawapan saya, doakan dia bahagia. Senyum dan tarik nafas.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
Sahabat saya pernah cakap, “saya nak kawin dulu sebelum dia”
Kak Naqibah “kamu belum benar-benar redha untuk lepaskan dia, itu ibarat dendam”
Bagaimana Membina Bahagia Setelah Rebah?
Kalau ditanya bagaimana saya lalui, bagaimana saya kuat untuk mendoakan orang yang dikiranya menyakiti saya, jawabnya;
— dia berhak dimaafkan dan berhak punya kehidupan yang lebih baik setelah membuat kesalahan.
Dia cuma manusia yang sedang belajar seperti diri kita sendiri.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Satu benda lagi, sebagai manusia yang serba lemah kita tak layak menghukum sesiapa, saya tak lepas dari buat salah, bila fikir balik, kalau aku duduk kat tempat dia macam?
Kalau tak mampu positif atau bersangka baik cukuplah hiasi bibir dengan istighfar.
Cuma kita kena ingat jangan melangkaui tuhan dalam buat keputusan.
Hukuman itu kerja Allah
Sekarang tanyalah pada diri, adakah kamu betul-betul ikhlas, atau benar-benar sudah move dari tempat jatuh tu.
Kalau jawapan nya ya, saya pasti saya yakin kamu mampu doakan dia bahagia.
Jangan Kata Tidak, Jika Kamu Belum Pernah Lakukan
Moga hati tenang selalu.
Moga hati tenang selalu.
Percaya sayang bukan sekadar memiliki tapi sayang itu melebihi itu.
Bahagiakan untuk bahagia.
Doakan dia bahagia dan senyum.
Pada akhirnya semua akan bahagia.
Dan ia bergantung kepada bagaimana kamu memandang bahagia itu dan bagaimana kamu berusaha mencari bahagia itu.