admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 22, 2019 3:25:08 GMT -5
Dengan kata lain "terencat akal"
Aku buka thread ni sebab tetiba tadi aku dapat pengalaman dengan benda baru. Waktu aku tunggu bonda aku dekat surau, biasa aku tunggu di tepi surau tapi hari ini aku tunggu di seberang jalan sebab tak panas. Ada bangunan restoran nasi arab ke apa entah. So pasang ekon then gasak games. Tetiba ada budak masuk. Aku terperanjat gila.
Pada awal aku tengok budak ini okay. Tapi cuma baju dia ada yang macam koyak koyak sikit. Rupa macam budak budak biasa yang nakal. So aku suruh keluar lah. Dia macam buat perangai dalam kereta. Ambil memacam barang yang kat belakang. So aku fikir budak ni degil kut. So aku keluar buka pintu belakang nak seret dia keluar. Dah aku suruh dengan baik. Macam agak berkasar juga lah. Sebab pada kata dasar aku ingat dia budak nakal yang degil.
Tapi macam dia melawan. Lagi aku tarik keluar lagi dia melawan. Lucu juga aku macam panik. Tak tau nak panggil siapa. So aku tercubit lah dekat tetek dia. Biasa kan area tu tempat yang leh rasa sakit. Dia lagi meragam. Aku dah macam blur. Tak nak dia keluar dari kereta aku. Tapi nasib baik ada orang buka pintu restoran dan ajak dia keluar. Barangkali saudara dia.
So aku cakap sorry lah.. sebab aku parking depan situ. Tapi dia cakap okay je budak tu ada OKU. Tapi aku lagi lagi say sorry bila dia cakap cam tu. Macam menyesal pula aku berkasar dengan budak tu. Tapi sebenarnya aku pun blur. Barangkali kerana lama tidak bergaul dengan kanak kanak. Aku dengan bonda je so aku tak dapat nak tangkap yang budak tu ada masalah dalam pemikiran dia. Kalau OKU mesti orang ingat cacat kan? tapi budak tu tak cacat pun. Normal jer aku tengok.
So.. aku ada menyesal sikit. So today aku mula belajar cari apa itu penyakit yang menyerang bebudak macam tu..
Kasihan pula aku. Terlalu lama tak bersosial begitulah jadinya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 22, 2019 3:26:58 GMT -5
Berdasarkan definisi di atas, dapat kita fahami bahawa kerencatan akal adalah suatu keadaan di mana fungsi intelek seorang kanak-kanak berada di bawah nilai purata intelek yang biasa dan wujud dengan ketara. Ia berlaku serentak dengan kemerosotan tingkah laku adaptif dan dimanifestasikan semasa tempoh perkembangan seterusnya mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh itu, jika seseorang kanak-kanak mempunyai nilai kecerdasan intelek (IQ) di bawah nilai purat biasa tetapi tidak berlku kemerosotan tingkah laku adaptif, maka mereka tidak boleh dikategorikan sebagai terncat akal dan begitu juga sebaliknya. Tingkah adaptif pula merujuk kepada tingkah laku yang boleh memenuhi norma kehidupannya seperti menguruskan diri sendiri. Menurut Dr Iean Hamzah Sendut dan Prof Dr Zulkifli (2003) pula, mereka berpendapat bahawa, “kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai keupayaan pemikiran yang rendah dan berkurang serta bermasalah dalam pembelajaran. Bagi yang berada di tahap teruk (severe), mereka tidak boleh berjalan, bercakap dan menguruskan diri. Bagi yang berada di tahap sederhana (moderate) pula, mereka menghadapi masalah untuk belajar menguruskan menguruskan diri.” (Malaysian Pediatric Association) Menurut pendapat di atas pula, kanak-kanak terencat akal adalah mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan keupayaan kanak-kanak tipikal. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berada di tahap ringan (mild), keupayaan mereka boleh ditingkatkan jika intervensi dilakukan secara konsisten walaupun memakan masa yang lama dan bagi sangat teruk (profound), pemulihan secara khusus perlu dilakukan kerana kanak-kanak yang berkaitan benar-benar tidak berkeupayaan dari segi intelek dan tingkah laku pengurusan diri. Selain itu, American Association on Mental Retardation (AAMR) mendefinisikan kerencatan akal sebagai, “ Mental retardation is a significant character disabilities on intellectual functioning and adaptives behaviour.” (Definition and Terminology : Luckasson, Bortwick, Buntinx, Craig and Reeve et al) Sehubungan itu, kerencatan merupakan satu masalah apabila ketidakupayaan karakter berlaku serentak dengan kurang upaya dalam tingkah laku adaptif. Jelas di sini, masalah kerencatan adalah berkaitan dengan kefungsian otak. Apabila otak tidak dapat berfungsi dengan baik atau berlaku gangguan pada sistem saraf otak (neurological disorder), risiko untuk seorang kanak-kanak menjadi terencat akal adalah sangat besar. Berdasarkan ketiga-tiga definisi di atas, dapat simpulkan bahawa kerencatan akal disebabkan oleh kegagalan fungsi otak. Kesannya, fungsi mental seorang kanak-kanak akan menjadi terbatas lalu menimbulkam masalah pengawalan emosi. Emosi menjadi tidak seimbang sehingga menyukarkan individu yang terencat akal untuk bergaul dengan individu lain. Malah, gangguan kognitif turut berlaku di mana mereka akan lambat untuk menerima maklumat yang disampaikan dan sukar untuk memahami konsep yang kompleks. Jadi, mengenalpasti sama ada seorang kanak-kanak adalah terencat akal adalah sangat penting agar mereka boleh diberi pendidikan yang sesuai dengan tahap intelek masing-masing credit to: Journey of my life
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 22, 2019 3:28:42 GMT -5
Rupanya penyakit ini ada pada anak salah seorang anak sepupu ku. Dia rupa normal macam budak biasa. Cuma bila dia menulis akan terbalik balik kan huruf. Dan pemikiran dia macam lambat berkembang. Satu lagi daya ingatan dia lemah.
So aku tak tau lah budak ini dalam kategori mana sebab dia tak hyperaktif macam budak yang aku jumpa. Sebab kalau bercakap pun lembut je. Entahlah kena banyak study balik pasal penyakit budak budak kut. :)
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 22, 2019 3:33:19 GMT -5
kadang aku pun rasa macam aku "ada gangguan juga dalam otak?" OKU juga ke aku iskk? da tua tua baru aku perasan aku OKU hahahhahaa....... siokkkk!!!
|
|