admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 17, 2019 17:23:46 GMT -5
Thread Robekkan dapurmu dan terlalu banyak pagenya. So today kita open thread baru "menu today". So sini kita letak je apa apa pic gambar yang kita makan today.
Tadi pagi Ops.. semalam breakfast lah ermmm tak lah kira sekalian brunch. Kuey thiaw goreng basah ada kuah bandung. Tapi cili padi jeruknya memang meletup.
Kedai ni nama dia kedai "warung pokok nangka". Banyak tempat dah aku try kuey thiaw ni, tak kiralah bandung ke goreng kering goreng basah ke.. tak sedap tak sama dengan warung ni. Memang kadang ada juga hari yang tak sedap. Ikut mood orang yang membuatnya la kut. Tapi biasa banyak hari kena je dengan selera aku. Tadi adik yang buatkan kuey tiaw tu bikin macam terlebih banyak. Kuahnya pun memang sedap kadang aku letak kepak ayam. Tapi aku bukan suka sangat dengan kepak ayam. Kalau letak kepak ayam harga dia jadi rm8 kalau yang biasa tu rm6. Rasa nya aku beli dulu masa arwah bapak dia orang buat harganya dalam rm1.20 je. Masa aku sekolah sekolah dulu. Arwah bapak dia bikin lagi kaw.
Tak sama dengan mee bandung muar. Yang dekat muar tu macam kuah dia pekat gila. Tapi yang ngam ngam macam mee di Yunan. Jarang orang dapat buat kuah yang macam tu. Itu taste aku lah.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 19, 2019 4:00:45 GMT -5
On the way pulang dari ambil bonda dari surau nun hujung kampung, aku belikan udang segar satu bakul. Tapi tak tau menu apa lagi nak bikin. Bonda tak makan udang tapi bising juga beliau sebab aku tak masak udang tu just bersihkan dan simpan di aisbox.
Kata bonda kenapa tak masak? ku cakap nenantilah? lagi pun sebenarnya penat.
Jam 8am keluar dekat jam 9am baru sampai dekat surau nun di hujung kampung. then aku keluar carik breakfast tapi tak tahu nak makan apa. Just tengok orang jual durian then balik ambil bonda di surau . So pulang rumah masak nasik tapi macam tak berapa masak nasi lembik? tah kali beras baru ku beli tu tak bagus kut? entahlah.. or kali ku cepat tutupkan suis periuk nasi tahh... or kali fikiran aku tak berapa fokus..
dah asar tadi sempat bongkang sat sebelum godek godek kandang.
Macam mahu keluar jogging petang nanti. Lately selalu ada menu nasi so aku rasa macam berat badan ku agak naik naik ke? tah.. tapi macam nak hujan tapi macam nak jogging.. tah mana satu. Semalam kat tempat work aku cakap sabtu aku nak cuti.. macam siuk juga esok cuti lagi pun sekarang tak ramai orang.. tapi aku dah lama cuti masa sakit hari tu.. macam nak temankan bonda dirumah. Nyakat nyakat beliau. Kasian beliau asik ingatkan anak anaknya yang lain tapi tak seorang pun bertanya khabar.
Pernah ada orang cakap kenapa aku tak call mereka? ermmm.. aku sebenarnya bukan jenis yang suka call orang. Itu masalahnya. Kredit hp ku biasanya habis bikin gasak games or apa apa saja. Lagi pun aku tak tau nak cakap apa? tahlah...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 19, 2019 10:30:47 GMT -5
Udang anak gajah. Magie tomyam.. bertempek udang hahahaha.. bonda cakap kalau aku meninggal malam nanti kira dah okies sebab aku dah makan udang yang aku inginkan. Kadang bonda macam macam saja dengan aku. Tapi itulah hiburan aku . Bonda. Asal nampak aku dia asyik saja suruh aku keluar pergi beli durian. Hahaha.. katanya tak apa dia belanja. Ermm kadang aku kasihan sama bonda. Owh tahun lepas kami makan durian di kebun mana tah di KL. Dengkil ka areanya. Anak buah aku yang ajak. Tapi tahun ni belum ada yang mengajak pergi cari durian di kebun. Kali mereka telah melupakan orang orang tua seperti kami. Ahakzz... tadi kat bawah aku tengok cerita kanak kanak tapi tak sempat habis. Mengantuk. tapi naik ke bilik sempat lagi melangut di depan si muka empat segi. Bonda tanya aku esok cuti aku mahu kemana? aku cakap just ingin tidur tiduran saja. Today bukan kira cutian ku. Sebab jam doblas baru pulang. Apa lagi bikin itu ini mana sempat nak rehat. Kali awalan pagi kalau rajin keluar jogging.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 22, 2019 9:59:56 GMT -5
Sarapan awal pagi tadi roti jala. Aku tergagap nak bayar. Sebab yalah dah gedabak besar roti jala tu kan. Lagi pun kuah kari. Ada dua jenis kuah , satu kuah manis satu kuah kari. Tapi aku tak suka kuah manis so ambil kuah kari. Teh O panas. So aku keluarkan duit rm20. Tapi adik tu cakap rm2.20 je kalau tak ada 20sen pun tak apa. Massalah murah gila. So aku cakap alhamdullilah ada jer 20sen ku tu. Hahahaa... aneh pula kali adik tu rasa ada orang macam aku. Dunia berputar seperti apa ye? tadi petang aku keluar jogging. Sebelum tu pergi beli dulu roti kampung untuk bonda. Dah lama beliau tak makan roti Abdullah. Roti bantal. Harga sekarang pun dah naik rm2.40 dulu rm1.20 tapi besar gedabak. Ukuran sekarang dan lari separuh tapi harga naik. Begitulah pengusaha kalangan kaum majoriti Malaysia. Kebiasaan aku tengok harga naik dan barangan mengurang. Biasakan nak kaya cepat. Tak apalah janji rejeki itu berkat. Aku jogging tak lama.. ada juga kawan yang boleh di ajak bertexting walaupun di instagram cuma. Ahakzz.. Sebenarnya aku dah lama hilang dari tempat tempat yang biasa aku park. Tak ada gunanya kita melepak di tempat yang boleh membuat nama kita buruk. Melihat murahnya nilai kasihsayang dan cinta manusia. Tak ada guna juga kan?. Nak buat apa berbangga diri dengan cinta yang murahan.. pada aku tak sihat dan tak berkat. Keberkatan itu ada dalam bentuk keikhlasan. Kalau persaingan itu bukan keikhlasan tapi itu paksaan. Tak kemana juga. Kes budak kecil yang masuk dalam kereta aku pagi tadi pun masih bermain dalam fikiran aku. Bagaimana kalau mendapat anak sebegitu? Kenapa jadi begitu? akibat demam panas kah? atau deraan ibubapa? tekanan? banyak hal barangkali or gen ibubapa?. Kebiasaan kalau benih tua.. entahlah . Tapi biasanya budak budak yang jadi begitu adalah dari anak yang agak akhir. Walaupun tidak semua. Tapi tak jugak kut? entahlah. Aku rasanya tidak sabar untuk melayan karenah bebudak macam tu. So sebab itu barangkali aku cuma berdua dengan bonda. Bonda pun kadang melemaskan aku. Apalagi sudah menjadi budak budak. Kadang tak faham apa yang aku cakap. Dan kadang seperti deria pendengarannya pun agak kurang. Tapi syukur beliau masih kuat untuk berdiri sendiri. Tapi solat beliau sudah tak lagi ke masjid. Di rumah saja. Tahun depan beliau sudah 76. Apakah aku masih ada disamping beliau? hanya waktu yang menjawabnya. Pulang tadi aku masak sup ayam untuk bonda. Walaupun tak sedap tapi okay lah untuk bonda. bonda dah lama tak masak masak dan aku pun tidak beri bonda guna dapur. Takut beliau lupa tutup api dapur. Tapi kebiasaan nya aku yang melupakan. Haa'ahh satu periuk bonda sudah rosak akibat kelupaan aku. Tapi sampai sekarang bonda tak bising aku pun tak tau kenapa. Meski tak seindah yang kau mau tak sesempurna cinta mu yang semestinya namun aku mencintaimu sungguh mencintai mu.. tunglah kan... kadang better begini saja jangan jatuh cinta.. just be friend forever kerana bila ada cinta akan ada perpisahan bila berkawan kita akan kekal walaupun sejahat mana aku kan? terimakasih kerana sangat memahami aku..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 12, 2019 4:09:01 GMT -5
Menu untuk hari tua.. rebus daging bersama potato .. okies laa daging korban kali tak ada effect pada perut nanti. Harap harap tak membuang dan muntah muntah cam biasa kalau makan daging. Tapi kata orang daging korban ini ubat segala penyakit. Barangkali lah... dan today boleh gasak daging sesuka ginjal kan?? urmmm...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 26, 2019 6:28:59 GMT -5
Sebenarnya aku nak up pic mee sabah yang ku bikin. Tapi macam pic tu ada problem. Link nya tak dapat keluar. Okay la tu masalah dalaman je. Nenantilah aku up up kan. Pelajaran dari quotes di atas adalah belajar lah mencintai diri anda dahulu dari mencintai orang lain. Manusia sikapnya berubah dan beranjak. Itu pun dari yang hak bukan yang bathil. Selamat berhoneymoon yaaa........ :) ehekzz sudah banyak pengalaman jadi tak perlu di ajar dan belajar. Semoga cepat dapat timang si kecil untuk mengisi ruang ruang yang mungkin kosong nanti.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 15, 2019 21:14:57 GMT -5
Today makan nasi ayam goreng. Kopi O panas. Belum mandi itu kenyataannya. Tapi masih tetap bergaya juga. ahakzz... Today di rumah saja malas nak kemana mana. Jogging pun tak cuaca hujan nanti terjatuh pula di track. Siapa nak jaga kalau aku sakit kan? Tak ada juga orang yang akan bertanya kalau aku sakit. So aku kena jaga diri aku sendiri agar baik baik untuk jaga bonda.
Bonda mahu juga sedikit nasi goreng. Padahal aku sudah sesiap nak masak nasi putih untuk beliau dengan goreng ayam. Ku cakap nasi goreng tu terpedas sikit sebab aku ingat beliau taknak. Sebab pernah aku dengar beliau kasi tahu kaklong ku beliau tak suka nasi goreng. So aku elakkan memberi apa yang dia tak suka. Katanya aku ini pendendam pula. Lol... aku just ingat apa yang dia cakap bukan itu maksud aku dendam. Tak kan kita nak bagi apa yang orang tak suka. Dendam itu perasaan jahat yang ingin kita balas dengan kejahatan.
tapi kalau ingatan itu bukan dendam. Kita jadikan sempadan agar tidak memberi apa yang orang tidak suka kan gitu?. entahlah manusia sering salah tafsirkan apa yang aku cakapkan. biarlah kan..
So melangut di kandang cari topik best untuk aku tulis atau kopi dan pastekan. Aku sebenarnya dah tak kisah siapa yang nak baca or nak jadi ahli. Sebab tak semuanya yang akan kekal dalam kehidupan kita. Gasak merekalah apa yang mereka nak judge tentang aku.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 12, 2019 1:22:19 GMT -5
Menu today, masak sayur lemak kobis campur jantung pisang campur karot. Goreng ikan selar kuning. aku just makan roti canai yang tak aku suka dibeli oleh kazen aku. roti canai telo. Kalau aku tak makan kan membazir. Bonda ambil sedikit, banyak komen dia pula pasal kuah kari yang agak gelap. aku makan tanpa perasaan. nasi goreng semalam pun masih ada semangkuk.
tadi masa on the way aku cari ikan dan santan aku berselisih dengan kereta si sebelah. Aku tak perasan siapa yang bawak wife dia or dia sebab aku tak fokus sangat. Tidak dia hon pun aku, maklum aku cuma dengan motosikal saja ahakzz.. kecilkan aku dimata orang? tapi okies saja kan itu semua dunia dunia yang akan kita tinggalkan.
engkau sudah lunch dengan cinta engkau? apa yang engkau masak untuk dia? or main masak masak di katil saja ? aku faham saja sebagaimana engkau, bukankah engkau pernah menikah dulu?? hahahhaa...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 1, 2020 10:06:23 GMT -5
No Menu today.. just silent day only
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 26, 2020 9:06:44 GMT -5
No menu suda dua hari, dapur kat luar tong gas kat dalam rumah ruang dapur masih berdebu tadi petang aku just beli kan bonda nasik arab lauk ayam itu pun beliau bising aku just makan nasik lemak lauk paru malam ini minum kopi panas then macam masuk tidur awal so gitu gitu sejalah kehidupan tua ku..
jangan pulang jangan tinggalkan dia seorang bersama samalah dengan orang yang kau cintai benar benar cinta untuk selamanya semoga tuhan memberkati kalian berdua
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 4, 2020 6:34:54 GMT -5
Today menu paling siuk..
daging + rebung gulai cili padi + tempoyak
solok lada yang beso gedabak..
gambar malas nak up
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 18, 2020 6:12:56 GMT -5
Tak ada mood nak makan macam masak magie tomyam tapi malas nak bergerak dari si muka empat segi ini.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 22, 2021 10:45:11 GMT -5
Menu daging mulu dua hari ini. Maklum ada yang hadiahkan daging korban ke rumah. Tadi bakar, semalam aku rebus. Keluar cari ikan untuk bonda, tak ada ikan segar. Besok sajalah aku cari ikan di Pulau Kambing tempat ikan di naikkan. Aku malas nak pergi ke tempat naik ikan di seberang takir. Dengan cuaca panas dan aku masih rasa lemau akibat dari cucuk vaksin. Dan nak habis satu papan panadol aku gasak lemau nya masih terasa. Bonda cakap aku memang manja sangat. Lur
Tapi tadi ada aku masak ayam halia untuk bonda seketul dua je bonda makan. Tak banyak makan sudah bonda sekarang. Banyak omelannya yang aku bebaskan dari telinga kiri ke telinga kanan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 24, 2021 7:12:10 GMT -5
Videonya hilang huhuhu
Madang madang.. paling enak makan yang fresh.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 21, 2021 8:37:57 GMT -5
Belum ada menu yang aneh aneh lagi. Sekarang ini waktu untuk mengurangkan makan apalagi tidur malam terganggu.
Laksa dan rojak ayam? teh o panas? hurmmmm.............
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 9, 2022 8:42:22 GMT -5
Lately seperti tak ada menu yang sedap sedap aku bikin. Setiap hari rutin yang sama. Jam tiga harus di rumah, masak nasi dan goreng sekeping ikan tenggiri untuk bonda. Lepas solat asar bonda akan makan nasi panas panas dengan seketul ikan tenggiri goreng bersama kicap manis Mahsuri. Setiap hari menu yang sama, pagi nescafee susu or oat dan teh o panas. Kadang aku seperti lemas dengan rutin ini. Tapi tetap harus aku jalani. Mahu bicara dengan siapa ? Dengan diri sendiri saja. Tidak siapa pun yang mengetahui bertapa jenuhnya aku dengan rutin ini. Jam lima pagi harus bangun on lampu dekat bonda tidur. Jam 10 mlm + pula tutup lampu untuk beliau. Blender baju beliau tiga empat hari sekali. Apa lagi kalau harus dengan ceramah agamanya, ceramah khusus buat anak anak nya yang lain yang sering lalaikan tentang ingatkan dia. Kadang aku penat dan lelah tetapi itulah yang harus aku lalui setiap hari. Tidak boleh meninggalkan beliau seorang diri dan beliau tidak mahu ke rumah anak anak yang lain. Terlalu bergantung dengan aku seperti aku tidak punya ruang untuk diri sendiri lagi. Perih kadang memandang tempat tempat manis untuk bercuti, terbang tinggi di langit biru, atau berkeretapipi lama lama, dalam bus sehari semalam lama sudah aku tinggalkan semua itu. Hanya mendepakan hidup menjaga bonda. Untunglah anak anak yang lain kan? Keramahan yang perih dalam hati ini sebenarnya. Ingin cepat cepat beranjak tetapi tak tahu arah mana..
|
|