admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2019 22:53:04 GMT -5
Jus buah gajus yang tidak dibuang “tannin” (pembentukan kepada bahan phenolic asli tumbuhan) dikatakan ubat rawatan sakit tekak dan cirit birit. Didalam perubatan tradisional, daun gajus yang ditumbuk lumat dan disapukan unruk meredakan sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit terbakar. Daun juga biasanya direbus, air rebusan tersebut diminum dan ia mampu merawat cirit birit, sakit perut, kencing manis. Air rebusannya juga boleh bertindak sebagai “air moist” untuk menyegar dan membersihkan mata. Pada bahagian bunga pula, ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum untuk mengubati batuk. Struktur yang paling menonjol ialah buahnya yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan antaranya dibuat jus dan minum untuk mengubati sakit kerongkong, penyakit kulit, buasir, cirit birit, melegakan muntah muntah, melawaskan pembuangan air besar dan menghalang keguguran rambut. Disamping itu, bijinya boleh dikeringkan dan dijadikan minyak untuk merawat penyakit kulit. Kulit darpada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk merawat penyakit kulit. Kulit daripada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk mengubati sakit gigi, sakit gusi, malaria, cirit birit, sakit kerongkong, ulser mulut dan juga bertindak sebagai tonik. Minyak daripada biji dan jus buah juga boleh digunakan dalam industri kosmetik sebagai bahan dalam syampu dan perapi rambut.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2019 22:54:36 GMT -5
PENGENALAN Agen Antidiabetes kepada Penyakit Kencing
Manis Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ) , brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
Sejak dari dahulu kala lagi, tumbuh tumbuhan merupakan sumber yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Malah, kini terdapat banyak ubat ubatan moden yang biasanya boleh didapati di hospital dan pengiat ubat tradisional juga dihasilkan daripada sebatian yang diekstrak daripada tumbuh tumbuhan.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 pusat mega biodiversiti dunia. Negara kita dikatakan mempunyai lebih daripada 12,000 spesis tumbuh tumbuhan berbunga termasuk gajus.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2019 22:56:49 GMT -5
Gajus atau juga dikenali dengan nama Kajus, gajus, janggus, kanjus, janggar, jambu monyet, jambu terong, bunga kesasar, jambu irong, ketereh, dan jambu golok (Terengganu), marañon dalam bahasa Spanish, merey dalam bahasa Venezuela, jambu mete, jambu carang, jambu monje, gaju dalam bahasa Indonesia , Ya-koi, Ya-ruang, mamuang himapan dalan bahasa Thai dan caju atau cajueiro dalam bahasa Portuguese. Nama botaninya Anacardium occidentale L. berasal daripada family Anacardiaceae. Ddidalam bahasa Inggeris gajus dikenali sebagai “cashew apple atau Cashew nut” Pokok gajus ialah sejenis pokok yang malar hijau sepanjang tahun yang boleh mencapai ketinggian 10 – 13 merter tinggi. Gajus banyak tumbuh meliar di tepi pantai timur semenanjung Malaysia dan di kawasan kampong. Daunnya dijadikan ulam oleh orang kampong. Antara keistimewaan gajus ialah bijinya akan tumbuh terlebih dahulu dan bila hampir matang baru isinya akan tumbuh diatasnya. Bijinya yang terletak diluar ini mempunyai kulit yang tebal dan berbentuk seperti ginjal dan berwarna perang atau kuning atau merah atau diantaranya. Isinya amat lembut seperti span yang mengandungi air dengan rasa kelat-kelat manis ber pH asidik. Saintis telah mengkaji khasiat buah gajus ini dan sebatian utama terkandung dalam ialah Kardol, metikardol, anakardol dan pelbagai khasiat yang lain.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2019 22:58:12 GMT -5
Kalau orang pantai timur... suka bikin sayur lemak dengan buah gajus. Buah nya di potong halus kemudian di buang airnya. Then guna santan yang sederhana pekat, bawang besar, lada besar dan dimasak .. juga diletakkan isi ikan.
|
|