admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 19, 2019 16:56:35 GMT -5
Terjaga awal pagi. Jam 5.51 am. Kedengaran suara tahrim di masjid. Tadi ke bilik air, sempat aku kecah kecah baju ku. Terimakasih Tuhan kerana membuat aku terjaga di pagi bening ini. Terimakasih Tuhan atas segala rahmatmu. Terimakasih Tuhan atas semua kurniamu. Terimakasih Tuhan atas segala galanya.
Buta hatiku oleh keindahanmu Hanya ada dirimu di dalam hatiku, di dalam hidupku Tidakkah kau tahu ku sangat mencintaimu Namun kau tak pernah merasa seperti yang ku rasakan kepadamu Selama ini aku salah mengartikan maksud di balik hatimu Selama ini aku anggap engkau benar-benar cinta kepadaku Dan akhirnya ku tahu kau tak mencintaiku Tidakkah kau tahu ku sangat mencintaimu Namun kau tak pernah merasa seperti yang ku rasakan kepadamu Selama ini aku salah mengartikan maksud di balik hatimu Selama ini aku anggap engkau benar-benar cinta kepadaku Dan akhirnya ku tahu kau tak mencintaiku Selama ini aku salah mengartikan maksud di balik hatimu Selama ini aku anggap engkau benar-benar cinta kepadaku Selama ini aku salah mengartikan maksud di balik hatimu Dan selama ini aku anggap engkau benar-benar cinta kepadaku Dan akhirnya ku tahu kau tak mencintaiku Ku sadar ku masih sangat mencintaimu
Liriknya sangat memedihkan hati kan? tapi itulah hakikat. Kita harus menerima walau apa pun dugaan yang datang. Tidak pernah ada yang kekal untuk bersama. So kepada yang kekal bersama itu adalah satu bonus dari tuhan. Tidak mudah untuk kekalkan sebuah perasaan itu sebenarnya. Itu aku belajar sejak dulu. Sebab itu aku sangat sukar untuk mempercayai orang.
Tapi bila kita menganggap semuanya adalah anugerah dari Tuhan , hati kita akan pasrah menerima setiap takdir kita. Rabu... begitu pantasnya sehari demi sehari berlalu. Aku memang berharap hari cepat berganti dan pergi. Seperti mana juga aku akan pergi meninggalkan dunia ini.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 20, 2019 18:26:59 GMT -5
akhirnya aku tahu kau tak mencintai ku ku sadar ku sangat mencintaimu....
aneh benar lirik lagu si naif. Tapi itulah hakikat sekeping perasaan. Tak ramai orang mempunya perasaan yang sama dan akan kekal. Ramai orang mempunyai perasaan yang akan beranjak mengikut waktu. Mereka yang tidak akan pernah puas hanya dengan satu hubungan.
Benar benar betul kata kawan kawan yang mempunyai pengalaman dengan ruang sosial sekarang. Seperti mereka tidak punya waktu untuk pasangan sendiri bila asik berborak dengan rakan rakan lama or baru. Mereka lebih selesa berada dalam kitaran itu dari berada di samping pasangan or orang yang mereka cintai. Berapa banyak rumah tangga runtuh hanya kerana pasangan tidak mampu mengawal keinginan hati mereka bila berborak borak mesra dengan kawan kawan . Kemesraan menjalinkan kerapatan. Setiap hari bersama apa yang tidak akan tumbuh dalam perasaan mereka. Sebab itu aku tidak install app ruang kenalan wassap, imo, wechat or apa apa saja ruang kenal kenalan. Kerana pada aku cukuplah aku punya apps untuk orang yang aku sayangi dan aku cintai. Itu sudah cukup. Kita tidak perlu orang lain untuk mengisi hari kita.
Seperti di tempat kerja aku sekarang, aku selalu perhatikan. Perempuan yang sudah berkeluarga tetapi masih lagi melayan lelaki lain. Itu realiti setiap pagi si lelaki akan datang hantar makanan or tengahari. Aku rasa lelaki itu pun sudah mempunyai keluarga. Kata si perempuan itu kawan lelaki nya dia suka berkawan. Lucu... aku pun berkawan tapi tidak setiap hari akan menghantar makanan, or texting kepada kawan kawanku . Sebab itu setiap orang harus ada hukum moral dalam hubungan.
Mereka tidak tahu bagaimana sebenarnya erti perselingkuhan!! curang!! yang mereka hafal adalah mereka suka berada dalam kitaran orang yang boleh buat mereka bergembira dan happy. Cuma itu saja target kehidupan mereka. Happy dan gembira. Kalau orang itu tidak mampu buat mereka gembira p lantak lah. Mereka suka berada dalam gerombolan yang memuja dan memuji mereka.
Hukum moral sekarang makin teruk. Mereka tidak kisah untuk jatuh cinta dengan isteri, suami or tunangan orang. Kalau kekasih orang apa tah lagi. Mereka bercinta seperti menukar baju. Tidak selesa okay kita tukar baju lain. Hukum dan hakikat setia itu pada padangan mereka adalah orang yang ikut jalan dan fikiran mereka. Kalau orang yang bermasalah tinggalkan saja. Itulah hakikat dunia sekarang.
Yang mereka kejar.. adalah keseronokan!!!
Hidup kalau cuma sekadar untuk bersuka suka dan gembira jadilah seperti haiwan.
Entalah dunia sekarang. Semalam aku berfikiran ingin cuti. Tapi today macam malas pula aku dirumah untuk rehat rehat. Aku belum cuti lagi .. setiap hari kerja dan kerja. tapi itulah yang terbaik untuk aku sekarang.
Tidak perlu memikirkan tentang hal yang membuat kita semakin terluka. Biarlah orang yang berbahgia dengan cinta nya hidup rukun dan bahgia. Awalan bercinta memang semua nya indah indah belaka. Kita tidak lagi teringat akan masa lepas dan masa depan. yang kita fikirkan hanya keseronokan bercinta.
Semoga perasaan itu tetap kekal selamanya dan tidak beranjak anjak lagi. Kasihan dengan orang yang benar benar berharap.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 20, 2019 19:07:40 GMT -5
Sesiap untuk pergi work. Today macam malas nak bawak bekal. Macam nak cari breakfast di luar. Tapi masih blur apa yang mahu di makan. Sudah hampir ke penghujung feb. Cepat betul masa berlalu. Fresh air... aku belum memikirkan apa apa untuk masa depan. Sekadar melalui hari ini dengan apa adanya memiliki apa adanya. Melepaskan apa perlunya. Tidak ada kesedihan tidak ada kerinduan.. untuk apa semua perasaan luhur itu kalau kita tidak pernah di hargai? untuk apa semua rasa cinta dan rindu itu kalau semuanya tidak pernah di hargai? seberapa lama harus aku membodohkan diri sendiri dengan perasaan yang tidak berbelahbagi dan kediaman sekadar melihat orang yang kita cintai dan sayangi berbahgia? aku harus memikirkan untuk diriku sendiri.. hari hari ku.. kesukaan ku kemahuan ku juga.. bagaimana cara orang melayan orang yang dia cintai dengan cara dia melayan aku? mesti berbeda bukan kerana aku bukanlah sesiapa sekadar tempat untuk sebuah curhat selagi diperlukan bila tidak diperlukan.. anytime dicampakkan tanpa apa apa rasa...... Ekek!!! itulah dunia...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 23, 2019 18:42:21 GMT -5
Pagi yang hening lagi damai..
Tuhan berikanlah kedamaian dalam hatiku.. tuhan terimakasih kerana tunjukkan semua cerita bohong kepadaku terimakasih tuhan atas segala rahmat dan pemberianmu segala hal yang dibelakang ku tidak aku ketahui telah engkau jelasnya
kembalikan semuanya Tuhan.. aku lebih percaya kepada Karma.. setiap kejujuran hatiku setiap ketulusan rasaku setiap pemberian waktuku.. setiap kesetiaan yang aku titipkan tuhan.. kembalikanlah semuanya!!!
manusia memang lidah bercabang tuhan tak semua manusia itu ujud untuk bercerita dengan benar kecuali untuk kepentingan mereka biarlah mereka berseronok seronok semoga keseronokan itu membawa mereka ke lembah yang lebih bahgia kerana itulah yang mereka cari
Tapi tuhan.. jauhi lah aku dari sifat dendam dan membenci sucilah hati ku seperti dulu.. jagalah kesetiaan rasaku.. nafsu ku.. patahkanlah tuhan agar aku menjadi hamba mu yang lebih taat pada tanggungjawab bukan hanya untuk bersuka suka dan berbohong dengan rasa
sakit tuhan sangat sakit bila kita melihat dan mendengar kebohongan setiap hari pulangkan semua rasa sakit itu tuhan!!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 24, 2019 6:39:58 GMT -5
silau...
tadi petang macam mau lelap tapi barangkali kerana terlebih penat makan lelap tak kunjung datang
malam akan cepat datang tak sabar untuk keluar work lagi besok.. terasa seperti hidup menjadi robot tanpa rasa
tapi terimakasih Tuhan kerana masih kekalkan aku normal dan waras jangan biarkan nafsu aku membuat aku terlupa siapa aku dibumi tuhan.. pantaulah aku sentiasa tuhan dengan tentera mu agar aku tidak melencung jauh dari pandangan kasihsayang mu tuhan...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 6, 2019 20:08:58 GMT -5
Eh... macam mau open saja dari undermaintence..
untuk orang yang suka membaca bacalah kalau boleh memberi pedoman akan kehidupan kerana setiap orang jalan hidup mereka tidak sama...
bergembiralah selagi mampu kerana kita tidak tahu bila akan datangnya waktu sedih kita dan kegembiraan itulah yang akan menjadi kenang kenangan nanti...
setiap orang berhak untuk merasai apa yang perlu mereka rasai.. salam ramadhan...
|
|