admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 0:14:01 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 0:22:39 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 0:28:14 GMT -5
Sejuk betul hari ini. Tapi kipas tetap juga terbuka. Tak tahu nak makan apa.. tak tahu nak masak apa mau lelap dan bergelut bawah selimut tapi tak ada nafsu untuk tidur..
dimanahkah rumah hati yang mampu memberiku senyum? Dingin betul udara hari ini apakah hati mu juga sedingin cuaca? untuk ku barangkali telah mati segala rasamu tapi aku ? aku masih tetap mengenggam harap dan rindu hanya untuk mu sukar untuk aku melangkah jauh dari semua rasa yang aku miliki terhadap mu walau sekuat mana aku memberi alasan untuk melepaskan..
aku benar ingin engkau bahgia aku tidak boleh mementingkan diri sendiri seharusnya aku mesti hilang dari semua dunia yang pernah kita miliki bersama sahabat dan teman yang sama.. aku ingin pergi dan setiap hari aku belajar mengurangkan langkah ku ditempat kita pernah ada bersama dan selalu aku tanyakan
kemana harus aku pergi? dunia mana yang akan terima orang seperti aku? mengurangkan games.. mengurangkan berada dalam lingkungan teman kita yang sama
berada dalam kandang sendirian.. inilah dunia ku kan? dunia orang orang yang tidak mampu berbahgia dan membahgiakan orang..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 0:41:25 GMT -5
Saat semuanya tak lagi memberi erti, cuma kandang yang aku miliki semua nya terisi dengan apa saja yang aku rasakan. Bukan bermaksud menjaja cerita di public, bukan juga mengungkap rasa sayang yang telah hilang tapi itulah hakikat sekeping rasa yang tak mampu bersuara dengan suara. Kadang ada cerita yang boleh diambil pengajaran untuk orang yang ingin mengambil pengajaran dari setiap kisah yang tercatat. Semoga mereka tidak mengikut setiap jejak ku, semoga mereka berhati hati untuk berbicara, berkasihsayang dan tidak mementingkan diri sendiri. Egois bukan lah orang yang berhak untuk mendapat cinta apa lagi kasihsayang manusia. Tuhan telah mengirimkan kepada ku semua orang yang baik baik tapi cuma aku yang tidak layak untuk memiliki semua kebaikan mereka. Mereka tidak salah.. aku yang salah. Rasa kasihsayang yang kita tinggalkan itu pun tidak salah.. mereka semua orang yang baik baik tapi terluka dengan sikap ku yang tidak baik mengeluh pun tidak akan membuat mereka dapat menghapuskan luka yang telah aku lakarkan pada hati mereka. Terlalu berat beban yang Tuhan berikan kepadaku.. kadang pernah aku tanyakah tapi tanpa kesal sebenarnya "kenapa tuhan kirimkan mereka semua ke dalam hidupku?" .. begitu mudah aku menyayangi sebenarnya kan? meniti hari tua sendirian tanpa orang yang kita sayang itu sakit sebenarnya apa lagi kalau kita merasa diri kita tidak berhak untuk dapatkan apa yang sepatutnya dapat seperti orang lain juga. tapi sebagai manusia yang beragama aku harus kuat untuk tetap berjalan..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 14:13:02 GMT -5
3.05 am
memang suasana yang sangat sunyi. Yang kedengaran cuma bunyi kipas. Walaupun tak hujan tapi cuaca sangat sejuk. Tadi keluar ke bilik air, lena bonda tidur. Bunyi dekurannya yang perlahan. Selalu aku doakan bonda sihat walaupun tidak sekuat dulu.
Bonda tegas kadang rasa kasih sayangnya sangat sukar di ungkapkan kecuali di hari hari yang tertentu seperti hari raya or hari beliau berangkat ke Tanah suci. Kadang fahaman agamanya sangat lah sukar untuk di ikuti oleh orang orang sekarang. Barangkali kerana beliau sejak muda belajar agama dengan tuan guru.
apa nak buat di pagi hari sebegini? entahlah.. perut ku lapar rasanya petang tadi ada aku mengasak sedikit sup sayur dan nasi selain dari sebungkah pau cheese. Sudah pertengahan bulan oktober. Lagi dua bulan tahun akan bertambah.
apa agaknya yang akan berlaku pada tahun hadapan? entahlah kan? Usia makin menua saja lah yang ku tahu. Ataupun beranjak dari dunia yang biasa aku miliki? Haruskah aku meninggalkan dunia yang aku cipta bertahun tahun ini? dunia ku tersendiri dalam kotak maya yang tidak terbatas? apakah tuhan masih perpanjangkan nya? banyak pertanyaan yang harus di jawab walaupun sebenarnya tanpa jawapan..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 19:22:14 GMT -5
Hujan turun awal pagi. Barangkali sudah masuk musim tengkujuh. Apakhabar agaknya pada penoreh penoreh getah mesti tak dapat turun menoreh pada pelaut pelaut tua mesti tidak dapat turun ke laut apakah rejeki mereka today? juga apa khabar pada teman teman yang berniaga pasti sejuk juga perniagaan mereka apakah agaknya dalam fikiran mereka?
Tuhan memberi aneka cubaan dalam hidup manusia Hari itu pernah aku berdebat dengan bonda tentang hakikat ketuhanan? kenapa tuhan harus menguji orang orang yang sabar dan mengikut semua jalannya? padahal orang orang yang berada di lorong yang bersimpang dengan mudah diberi apa yang mereka inginkan so bukan mudah untuk memasuki syurga? owhh.... kenapa ada doa orang yang baik baik tidak tuhan perkenankan? dan doa orang yang tidak mengikut jalannya dengan mudah ditunaikan? dugaan hidup ini terlalu besar pada manusia yang hanya mengikut hukum akal..
owh.. aneh semalam aku mimpi mendaki gunung nabalu.. aneh pula mimpi yang jarang jarang aku lalui mimpi itu seolah benar dan memang sewaktu aku bangun dinginnya mencucuk sampai ke tulang.. perbicaraan yang bagus kenapa harus bawa bawa orang tua sekalian ke gunung? aneh juga kan mimpi nya barangkali kerana hati ku terlalu rindu atau terikat kukuh.. entahlah aku pun tak faham gunung... barangkali kehidupan
Merdu ku dengar bunyi titis titis hujan bagus kalau keluar jogging pepagi sebegini mesti orang cakap orang siuman jogging dalam hujan tapi dalam hujan boleh kita sembunyikan tangisan orang tidak akan nampak bila kita menangis
Apa agaknya yang bonda buatkan dibawah? barangkali mengaji dan mengaji itulah bonda.. bonda pun lately merisaukan aku.. beliau pun kurang menjamah nasi kalau tidak ku tanya ..biarlah aku seorang saja kurang nafsu makan aku mahu bonda tetap sihat dan engkau tetap sihat, senyum, tertawa bahgia dengan teman temanmu, biarlah aku melihat mu dari kejauhan cuma kerana bukan hak ku lagi untuk berada dalam kitaranmu.. "aku tidak akan ganggu hidup mu" tapi aku tidak semudah itu "engkau akan terus hidup dan subur dalam jiwaku" sebanyak mana engkau membenci ku berganda ganda lagi banyak nya perasaan itu tumbuh dalam hati ku.
Rasa kasihsayang itu bukan halangan walaupun engkau pergi kerana hakikat kasihsayang itu adalah melihat orang yang kita cintai dan sayangi berbahgia walaupun bukan dengan kita "tidak salah bukan?"
arghh hujan turun lagi.. sejuk sangat cuaca nya.. seluar jeans lama yang aku pakai masih muat rupanya betul betul mengurus pula barangkali kerana kes jumpa doc hari itu "yang penting doc cakap buah ginjal ku okies tiada deabitis yang lelain tak apa akan aku hadapi dengan senyuman".
Pernah hari tu masa jogging aku tengok ada orang yang mempunyai penyakit deabitis jogging dengan tongkat, beliau berjalan perlahan, kakinya seperti daging kehitaman? urmmm.. tak sanggup aku kalau menghadapi penyakit sebegitu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 10, 2018 19:26:18 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 13, 2018 9:35:37 GMT -5
I'm sorry ?
for what? for loving you to much for missing you I'm sorry for wanting to see you everyday for always thinking about you before going to sleep for feeling upset if I dont see you for wanting to be by your side I'm sorry for wanting to make you Happy for wanting you to be part of my life for trying to make you smile I'm sorry for bothering you.. for dreaming about you everyday.. I'm sorry for replying back as quick as possible I'm sorry for getting mad, jealousy and sad.. I'm sorry for being just a simple game I'm sorry for thinking that YOU LOVED ME.. for annoying you with my messages and calls.. I'm sorry for caring about you I'm just.. sorry for every single mistake I made GOODBYE LOVE..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 24, 2018 10:05:38 GMT -5
aku mengikhlaskan hati ku... semoga kebahgiaan menjadi milikmu abadi..
|
|