November 19, 2010 at 1:07pmDalam mata yang bersih tapi jiwa yang penat aku mengundur perlahan. Memberi ruang yang sangat lebar untuk engkau bertaut dengan insan lain. Insan yang lebih menjanjikan kebahgiaan dan mampu untuk menghidupkan jiwa engkau bukan orang yang seperti aku ini.
Aku melihat dari kejauhan walau tidak bersembunyi diri, melihat engkau tertawa bahgia, bercanda memancarkan warna hatimu yang kau kini mampu bahgia tanpa orang yang bernama aku. Aku tersesat seketika jatuh ke dalam bakul kasihsayang yang aku sendiri tidak tahu bagaimana bentuknya. Aku menumpang seketika dibahumu walaupun engkau tidak pernah memberikan aku ruang untuk bercerita tentang masa laluku. Kita menutupi diri tapi tidak bersembunyi. Aku ingin bercerita, aku ingin engkau menemui diri aku yang sebetulnya didalam setiap ceritaku. Tapi engkau menjauh walaupun seperti mendekat. Sukar untuk ku tangkap apa sebenarnya keinginan mu. Memang dalam waktu yang sama aku sedang menanti hukuman mati atas seluruh kasihsayangku pada seseorang yang dia diamkan sejak awal januari. Tapi aku tahu sebenarnya hubungan kami telah putus pada tanggal 21. januari 2010 sejak dia bertemu dengan orang lain dan aku tahu orang itulah yang telah menukarkan segala kasihsayangnya yang pernah dia ungkap dan berikan kepada aku. Kadang aku merasa seperti tertipu, teraniaya kerana dia tahu waktu itu aku sedang belajar melupakan seseorang yang telah aku ikhlaskan hati untuk berpisah dengannya.
Orang yang aku sayang pada kata zahir dan batin. Bukan juga yang pertama tapi pernah ku ungkapkan yang terakhir. Kami pernah hidup bersama beberapa tahun , memang hidup dengan orang seperti aku ini amat sukar. Orang seni terlalu banyak senyap dan diam, tapi cemburu ragu dan sangat pantas membuat keputusan. Dan ku amati bahawa kehidpan ku dengan dia tidak akan membawa kami kemana2x walaupun kasihsayang kami ada, suci barangkali tapi demi rasa tanggungjawab aku sebagai manusia sebagai insan yang bernama harus ku lepaskan perasaan kasihsayang cinta itu untuk dia membina kehidupan baru. Melepaskan dia ke dalam pelukan seseorang yang mampu membuat dia dan keluarganya berbahagia. Kerana selain dia bertanggungjawab atas dirinya dia harus bertanggungjawab juga atas keluarganya. So aku membuat keputusan untuk kembali dan meninggalkan dia untuk mencari kehidupan yang lain dan melepaskan aku seperti mana melepaskan seorang saudaranya yang akan pergi jauh.
Sebenarnya dalam kehidupan mudaku, terlalu ramai orang yang terlibat dengan perasaan. Yah barangkali kerana aku berdendam dengan kasihsayang. Dan aku mempermainkan kasihsayang seperti aku menukar baju aku ingin mengajar kasihsayang dengan sifat kurang ajarku kerana aku merasa sejak kecil aku kehilangan perasaan kasihsayang itu sendiri. Walaupun aku pernah di asuh untuk menghormati perasaan kasihsayang tapi akhirnya aku menjadi pendendam aku yang memilihnya.
Sebenarnya tidak mudah hidup dengan orang yang seperti aku ini. Aku pun tidak tahu bagaimana seseorang itu mampu bertahan hidup bersamaku beberapa tahun. Aku baran, kasar, kurang ajar , tapi manja, tegas, tetap romantik ( yang ini boleh membuat aku senyum ) kerana jujur aku suka perasaan halus akan kasihsayang dan aku bukan seorang yang bertanggungjawab, bukan cuma pada orang lain bahkan terhadap diri sendiri. Hal itu sebermula sejak tahun 2000 after aku sakit berat dan diagnosa mengatakan aku akan hidup tak sampai umur 40.
Waktu itu aku pasif betul. Menunggu mati. Benar2x aku menunggu mati. Dan keluarga tidak tahu. Mereka cuma tahu aku berhenti kerja dan mengurung diri sekali sekala keluar jauh dari kota. Sebenarnya aku berubat secara kampung kerana aku tidak mahu lagi jasadku tertusuk aneka besi, bahan kimia, dadah yang bertukar ganti seperti mata 3 bulan aku berada di SJMC, yang itu cuma seorang saja yang tahu bagaimana azadnya aku membiarkan jasad terkedang teruji seperti tikus putih di makmal.
Dan aku mula mengikat diri dalam dunia yang tersendiri. Dunia maya. Kehidupanku mulai berbeda. Dalam dunia ini aku temui aneka orang. Ramai kawan. Tapi sekadar teman tidak berani aku bertemu secara berdepan kerana aku sedang menunggu mati. Orang yang sedang menunggu mati tidak akan memperdulikan perasaan orang lain. Aku suka menulis dan melakar aneka puisi dimana2x tempat. Dan disana pastilah ada peminat yang akan hadir bersama aneka perasaan mereka. Tapi sebagai unknow person aku tidak larut dalam perasaan mereka. Just ignore it.
Then antara 2002 dan 2004 aku mula belajar untuk bekerja kembali. Ulang alik dari Labuan , KL, KK dalam masa itu aku mula membina satu forum. Just untuk teman2x yang sama minat dan yang mencari ruang lain untuk berteman. Sebenarnya aku tidak berapa suka chatting. Tapi bila aku mula menjengah satu ruang chatting aku mula rajin borak dan membuatkan aku kenal beberapa orang. Tapi ramai teman2x ku itu yang ada penyakit tapi merahsiakan penyakit mereka. Ada yang sudah arwah. Dan ada yang tetap terus hidup dan berkahwin. Semua itu adalah jalan kehidupan masing2x.
Sebenarnya dalam 2002 sehingga 2004 aneka benda telah aku lalui. Aku tidak betah di KL. Aku tidak boleh hidup dalam suasana seperti itu apa lagi dengan penyakitku. So aku bertahan cuma tiga bulan dan kembali ke Labuan. Tapi ada benda yang membuatkan aku harus balik ke kampung halaman. Sebuah kampung tepi laut tapi dalam bandar. Bonda ku kehilangan suaminya. Aku memang sejak kecil tidak ngam dengan suami baru bonda tapi beliau baik orangnya barangkali kerana aku jenis yang baran, pemarah dan yang teruk aku ego. Dan ego ku sangat tinggi. Dan dalam waktu itu aku bertemu dengan seseorang yang memang aku tolak dari awal. Aku cakap siapa aku, keadaan aku dan aku yang tidak tentu kerjanya sekarang. Tapi desakan kuat kerana kasih sayang dan cinta nya. Aku tidak tahu waktu itu adakah aku benar2x bercinta tapi memang sifat dasar aku kalau aku merasakan aku perlu berjumpa dengan orang itu aku harus berdepan dengan dia secara face to face supaya kenal siapa aku barulah bercinta dan berkasihsayang dengan aku. Aku bukan orang yang baik2x. Dan sememang pedih bila orang bercakap kita mencari yang baik2x. Kalau kita sendiri tidak baik jangan harap kita akan mendapat yang baik2x itulah sebenarnya kan. So aku tidak mahu dia mendapat orang yang tidak baik seperti aku kerana dia orang yang baik.
Banyak benda yang dia desak dari aku so aku mengalah. Kami berjumpa di Labuan tanggal 21.12.2003 di Airport Labuan. Waktu itu sister aku masih juga bertugas di Labuan. Bonda pun ada disana. Aku bawa dia pulang ke rumah bonda. Dan sebenarnya dalam waktu itu aku berkrisis dengan bonda. Terasa hati yang aku simpan sangat lama. Dan memang pada dasarnya tujuan aku untuk meninggalkan bonda terus. Merantau jauh ke negara orang. Tapi kerana perasaan dan desakan dari kasihsayang ini aku berjumpa dan kemudian aku lepaskan dia pergi setelah dia kenal siapa aku.
Dan selepas pertemuan itu , aku hilangkan diri ke Sarawak jauh ke pendalaman bersama dengan budak2x sekolah kecil dan rumah yang daif dengan mandi air masin. Gumpey mengajar aku menjadi manusia yang redho dengan tiada kemudahan asas tapi tetap ada internet disana. Di sekolah guna parabola. Sehari van keluar masuk untuk ke bandar Serian cuma 2 kali itu pun kena booking. So aku hidup disana dengan apa adanya bertemankan seorang temanku yang baik. Aku benar2x lost contact dengan keluargaku. Aku hilang lenyap selepas bercuti di Kuching, Miri, Sibu, Bintulu.. hilang lenyap terus aku dari keluarga. Membawa diri menjadi si "Gelandangan".
Tapi cuma 3 bulan aku mampu bertahan disana, kerana ada panggilan halus untuk aku tidak menyusahkan temanku ini. Dia baik dan keluarganya pun baik menerima aku apa adanya segala kekurangan aku segala keburukan aku mereka terima dan aku yakin mereka sayang walaupun cuma seketika.
Sebenarnya aku ingin melangkah ke Timor2x selepas ini, tapi si dia di Sandakan menyuruh aku singgah ke sana sebelum aku mula melangkah jauh dari bumi Malaysia. Singgah yang sangat salah sekali. Dan itulah kesalahan pertama dalam kasihsayang telah aku buat.
Kerana kasihsayangkah? atau kerana belas kasihankah? Tapi waktu di Sandakan aku mula bergiat dengan bengkel2x penulisan, sempat kerja sebulan di bandar Kim Fong, kemudian berhenti kerja kerana sakit ku mula kabuh kembali. Dan dia menyuruh aku tinggal dirumah dan menulis. Mengikuti bengkel2x penulisan membuatkan aku kenal ramai penulis2x sabah dan pernah menyertai aneka sayembara karya2x yang dimuatkan dalam majalah dan pernah dibukukan. Tapi aku tidak suka karya2x ku dicantas teruk so aku mengalah dan mula bergiat dalam penulisan di maya yang mana tanpa perlu melalui editor. Tapi seperti biasa tempat2x manusia akan memilih kelompok memasing. Walaupun banyak pembaharuan yang kita buat semua nya tidak akan nampak kalau mereka asik bergiat dalam kelompok sendiri dan menyokong kelompok sendiri. Aku bosan. Aku meliar dan mencari arah sendiri. Kemudian aku bukan forum kandang. Forum itu sudah lama aku buka cuma jarang aku updatekan ke udara sekadar teman2x dari teman2x saja untuk tempat mereka merepek apa saja.
Hidup ini tidak sukar bukan kalau kita menerima apa adanya. Tapi kita harus bertanggungjawab dengan diri sendiri kalau tidak pada orang lain. Sebenarnya kami boleh berkorban kebahgiaan kami. Kami boleh sama2x merantau untuk hidup berdua dan pernah itu disuarakan kepadaku. Tapi aku bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri. Biarlah aku yang berkorban melepaskan dia untuk bertanggungjawab pada keluarganya dan dirinya sendiri. Membina hidup yang jujur dan mempunyai zuriat. Kalau hidup dengan aku tidak cukup hanya dengan kasihsayang, cinta dan rindu dendam tak akan kemana orang seperti aku bukanlah orang yang bertanggungjawab itu adalah hakikat.
So aku mengambil peluang untuk kembali ke rumah bonda bila bonda akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 2007. Balik ke kampung halaman dan menunggu mati lagi. Tapi yang anehnya aku masih juga tidak mati2x. Tuhan masih memperpanjangkan umurku yang aku sendiripun sudah tidak inginkan.
Saat kembali lah yang menyukarkan apabila kita harus berpisah dengan orang yang kita sayang. Sangat2x kita sayang. Kerana dia banyak berkorban untuk aku dan aku bukanlah orang yang tidak tahu membalas budi orang. Rasanya apa yang telah aku buat keputusan itu sangat baik. Dia akhirnya bertemu dengan seorang jejaka yang baik sekampung dan mereka diijabkabulkan pada pertengahan Jun 2008. Mamak dan bapak menyuruh aku balik semasa dia kahwin tapi dia tidak izinkan aku ke sana. Padahal aku teringin sangat melihat dia ditandu oleh orang yang mampu membuat dia bahagia. So aku kecil hati. Aku diam sampai satu saat kediaman itu lah yang membunuh aku sendiri. Padahal aku ikhlas melepaskan dia tapi perasaaan sakit akan tetap ada. Aku ignore semuanya tentang dia. Dan kembali dalam dunia ku tersendiri.
Di Kandang. Aku biasa beramah tamah dengan orang, nampak seperti peramah tapi pada realitinya aku sangat tertutup orangnya. Kemudian di kandang aku mula bertemu dengan seseorang lagi. Ramai betul seseorang didalam kehidupan aku ini. Seperti kata dia.. aku tidak boleh dibiarkan bersendirian ramai yang akan hadir didalam hidup aku. Waktu aku dengan dia pun aku kenal dengan seorang penulis muda si fify pernah merayu aku aneka cara untuk menyambut cinta nya . Pada hal tahu aku telah memilih orang lain. Tapi akhirnya dia faham dan kami menjadi sahabat baik. Dan dia juga tidak berdendam kerana itulah bukti kasihsayang yang suci dan luhur. Kita tidak berdendam walaupun tidak memiliki. Bukan kah bagus begitu? Kerana sikap ku yang suka berterus terang dan bercakap secara berdepan dengan orang yang benar2x ingin dekat dengan aku.
Then dalam aku merasa sengsara sendirian , aku ditemukan dengannya. Orang yang mengubah hidup aku semakin sengsara. Pada awalnya kami bahagia. Sangat2x bahagia. Barangkali juga sebagai excapism dari kesakitan yang pernah ada atas kerana aku membalas dendam? aku berdendam dengan kasihsayang. Itulah aku. Tapi waktu itu aku cepat berterus terang dengan dia siapa aku dan bagaimana rupanya aku ini. Dia masih mahu menerima masih jugak tetap sayang rindu dendam cinta entah apa lagi perasaan. Dan aku tidak pernah mahu mempermainkan perasaan orang. Aku terpaksa berjumpa dengan orang ini. Untuk tunjukkan diri aku yang sebenarnya siapa aku ini. Jangan cepat jatuh cinta dengan orang yang kita cuma kenal atas angin.
So tanggal 31.ogos 2009 kami berjumpa di masjid putrajaya. Waktu mula kenal aku rasa dia memang menyembunyikan sesuatu dari aku. Memang pada dasarnya aku telah kenal dia awal ..masa aku masih lagi di Sandakan. Tapi kerana waktu itu aku masih bersama dia. Dia sebenarnya isteri orang dan ada anak tiga dalam usia yang masih muda. Tapi sedang proses berpisah dengan suaminya. Waktu itu aku memberi semangat dan peransang kepada dia untuk kuat dalam menumpuh hidup ini. Dan aku tanya dia adakah dia menyesal kenal aku. Dia mengatakan tidak bahkan makin kuat perasaan itu. So orang yang dalam kehilangan , orang yang tanpa panduan seperti aku ini mestilah merasa ada tempat untuk berpaut dan ku labuhkan kasihasyang .. tapi rupanya bahgia itu tidak kekal lama. Pada januari 2010 aku mula menghidu bau2x yang aneh. Perubahan sikap orang yang kita sayang, jarang call, jarang sms, jarang ym , webcam (sebenarnya dengan dia aku suka berwebcam sampai lah dia bawa aku ke mana2x ke ofis dia itulah realitinya) tapi bila aku membuka diri kepadanya seperti aku menghulurkan kepalaku untuk dipancung. Kerana pada kata dasarnya aku adalah unknown person dimaya.
Banyak yang kami lalui bersama walaupun sekejab masa yang diambil. Rupanya benar telahanku , ada sumber2x yang ku dapat dia telah ada seseorang tapi menyembunyikan dibelakangku. Dan setiap apa yang aku tulis dan aku lakarkan di jurnal2x online ku dianggap aku memburukkan dia. Tetapi itulah hakikatnya, aku menulis apa saja yang jariku menari dan apa yang ada didalam hatiku. Aku tidak menyembunyikan perasaan ku dalam penulisan ku. Adakah tidak sakit dan tidak tertusuk apabila kita tahu sesuatu yang buruk telah terjadi diantara mereka berdua padahal mereka telah sama2x dewasa dan mempunyai keluarga? dan aku mula melihat anak2x itu seperti mana pernah aku lalui waktu2x kecil dulu . aku paling benci orang yang merampas hak orang lain. So aku menunggu dan menunggu penjelasan tentang hubungan kami .. walaupun aku tahu sebenarnya aku ini tiada apa2x sudah dengan nya. Tidakkah kita terluka dalam waktu kita berkasihsayang kita didiamkan tanpa apa2x alasan? aku boleh menerima bila ditinggalkan kerana aku tahu siapa diriku ini , aku sedar diri siapa aku lantaran itu aku membuka diri memperlihatkan diri aku kepadanya. Dan sanggup menanggung risiko aku dimalukan lagi seperti mana tahun 2004 aku ditikam oleh teman maya sendiri orang yang pernah mengatakan kasihsayang kerana dendam dia sanggup menikam aku secara berdepan. Tapi semua itu adalah langkaran sejarah silam. Aku tetap menerima mereka sebagai kawan,sahabat dan teman. Walaupun seadanya.
Tapi dalam waktu2x aku sengsara menanti jawapan dan penjelasan, aku telah ditemukan satu rumah hati yang aku sendiri tersesat didalam nya. Aku tidak pernah menyangka yang rumah itu boleh membuatkan aku selamat dan mampu membuat aku tersenyum walaupun dengan airmata berlinang. Aku suka melihat setiap apa yang di buat, dia lakarkan dia nyanyikan dia ucapkan atau apapun. Itulah perasaan. Aku sebenarnya sangat memilih orang untuk berteman dengan sangat dekat. Aku menyukainya dalam diam tapi aku sentiasa penampar diri untuk aku sedarkan diriku siapa. Aku tidak mahu melukakan hati orang lagi. Aku sebenarnya ingin bercerita kepada dia siapa aku ini supaya dia tidak akan larut dan pedih hati bila kenal siapa aku yang sebenarnya. Tapi kami tidak berpeluang untuk berbicara. Kami seperti dekat tapi berjarak. Menjauh dari merindu. Anehnya perhubungan ini. Dan yang pasti aku tidak mahu dia akan terjerumus dalam kesakitan yang akan membuatkan dia terluka walaupun namanya LUKA. sepastinya orang yang kita sayang kita tidak akan membuatkan dia terluka dan itulah yang harus aku lakukan. Aku menerima apa adanya. Aku pasrah. Tapi sebenarnya jauh disudut hati ini aku sangat kehilangan dia... kehilangan yang pastinya tidak akan dapat digantikan. Yang telah menghilangkan senyumku yang telah menghilangkan ghairahku bermain games. Yang membuatkan aku termenung lama2x di depan "simukaempatsegi" tanpa melakukan apa2x. Tapi itulah yang terbaik untuk dia. Aku doakan dia akan bertemu dengan seseorang yang baik dan bukan orang yang seperti aku ini. TErimakasih kerana mengisi hariku dengan indah dan yang pasti biarlah kita akhir dengan indah juga... mengekalkan rasa yang ada ini tanpa perasaan negatif. Aku tidak berpeluang untuk berbicara sendiri .. aku tiada harapan. Bertapa sepi dan sunyinya hidup ini. Kembali dalam sarang sengsara dan kedukaan. Tapi itulah yang terbaik untukku. Terimakasih Sahabatku. Kalau engkau membacanya .. aku tidak pernah berdendam, benci atau sakit hati. Bahkan perasaan sayang itu rindu itu akan tetap ada dan mengisi hari2x sepiku yang sendiri.
salam penuh kasihsayang
"sigelandangan"