admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 3, 2018 6:29:17 GMT -5
Jangan berdendam dengan orang yang memberi mu rasa kasihsayang cinta dan rindu. Kalau dia melakukan hal yang membuat kamu rasa sakit hati kecewa dan hampa. Biarkanlah. Terimalah sebagai satu hal yang itu lah memang sikapnya. "orang yang tidak pernah mencintaimu walaupun untuk sesaat". Kerana kamu sendiri boleh melihat bagaimana dia melayan orang yang dia cintai dia rindui dan dia miliki atau pernah dia cintai pernah dia rindui pernah dia merasa memiliki.
Dia akan berkorban apa saja.. untuk orang yang dia cintai. Bahkan mengorbankan nyawanya .. tapi pernah kah dia berkorban sedikit untuk mu?? tak ada kan?? so apa yang masih kau rasakan dalam hati mu?? Dalamilah sewajarnya sikap orang yang mencintai dengan sebenarnya tidak mencintai.
Aku kadang failed dalam menilai hati orang. Kadang kita ingin lakukan yang terbaik untuk mereka. Tapi mereka sebaliknya silap faham. Biasalah manusia ini tidak sama fikirannya kan??. Cara mereka mencintai pun berbeda.
petang ini aku macam malas hendak keluar jogging. Lagipun lambat pulang ambil bonda dan singgah di rumah kazen aku yang buat kenduri. Tadi semasa aku tanya dia cakap ikut aku lah mau pergi ke tidak. Akau tanya bagus bagus . Memang tadi kalau ikut hati aku , aku pulang terus ke rumah. Tapi sampai separuh jalan ada dia cakap tidak bagus lah kalau tidak jengah. Tau pun.. kalau orang tanya tu jawablah mahu ke tidak. Jangan asyik pulang pulangkan jawapan kepada aku.
Masa merasa bagus, semuanya diberi tahu, liking poking thinking , tapi kalau masa tak suka, semuanya ditutup. Semuanya tidak di lihat marah betul? benci kan?? baguslah begitu. totaly mencintai orang yang engkau miliki saja. Orang macam aku apa gunanya? aku bukan jenis orang yang mengalah dan memujuk orang.
Aku failed dengan semua hal, kalau itu yang engkau mahu itulah yang aku berikan. Tapi aku rasa memang itu pun yang engkau inginkan. Aku pergi jauh dari kehidupan engkau. Kalau boleh aku tidak pernah ujud dalam hidup or melintas dalam hari hari mu. Bayangan orang yang sakit macam aku akan membuat orang lain benci dan menyampah.
haa'ah itulah hakikat manusia. Aku telah lama belajar sikap mereka sama saja. Rata ratanya sama. Tak ada kurang tak ada lebih.
|
|
|
Post by si-pugut on Feb 5, 2018 2:47:45 GMT -5
panjang nota ni admin kasi pendek seja laaaa... sian admin ekek
|
|
|
Post by si-pugut on Feb 5, 2018 2:48:26 GMT -5
Admin pendek nota macam ni..
"pagi saya pergi jogging petang pun saja pergi jogging" sekian terimakasih
hahahahaha
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Feb 5, 2018 19:15:39 GMT -5
Cepat betul masa berlalu sekarang ini. Lip lap lip lap sudah hari selasa. Dua tiga hari jumaat. Tapi kita tidak akan tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia ini. Hari ini nampak sihat happy bahgia, esok belum tentu apa kejadiannya.
Jiran belakang rumah, masih muda dari bonda sudah terkena angin ahmar. Dan boleh makan. Kesian. Aku kalau sakit entah siapa akan jaga. Harap harap aku meninggal tidak menyusah dan menyukarkan orang lain.
So bila kita tidak tau bila akan apa apa musibah datang, jangan kita berbangga dengan apa yang kita miliki kita punyai. Bila tuhan hendak mengambilnya dia akan ambil . Begitu jugalah perasaan kasihsayang. Bila tuhan mula mengambil rasa kasihsayang dan meninggalkan rasa benci. Kita haruslah bersedia untuk dibenci orang.
Sebab itu dalam hidup harus banyak berdoa. Semoga kita ditemukan dengan jalan yang baik dan tidak mendapat karma akan apa yang kita lakukan pada masa lalu. Ya laaa...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 18, 2018 20:53:17 GMT -5
Kereta weak.. Adus terpaksa call bro ku tgk tah apa masalahnya baru seja kopak baiki itu ini masey lagi si budak hitam bikin perangai nasib baik masey dekat
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 26, 2019 10:27:30 GMT -5
Tadi pagi perjalanan tak di rancang. Kebiasaan jumaat aku akan hantar bonda ke surau nun di hujung kampung. Tapi hari ini Tuan Gurunya tak mengajar. Kata anak muridnya sudah dibagi tahu pada minggu lepas. Kali bonda terlepas dengar. So kami keluar dari situ dan sebelum itu ada aku cakap today kita jalan jalan.
Sebab aku tengok bonda macam sedih, kerana anak anaknya tidak menghiraukan dia sudah hampir sebulan. Tak ada yang bertanya khabar atau jengah beliau. Apa lagi kalau weekend tak ada yang datang. Cuma aku saja siang malam dengan bonda . Aku faham apa yang bonda rasakan.
So aku bawak beliau jalan kampung, memang tidak crowded sangat. Kadang dengar bonda bercerita kemudian beliau sedih lagi. Aku buat buat ajak bergurau dengan tengok pokok pokok buahan yang berbuah lebat. Then bawa bonda ke pekan Kuala Brang. Lama sudah beliau tidak datang sana kali. Memang membangun betul bandar kecil tersebut. Lebih meriah dari bandar KT.
Tapi hari jumaat tak ada apa apa, aku tak jumpa pasar harian mereka. So teruskan perjalanan ke Tasik Kenyir. Singgah isi minyak. Bonda hendak buang air kecil dan aku beli dua botol air mineral untuk bonda. Kerana kami memang tak bawa bekal apa apa.
Tapi sampai di Tasik Kenyir, pengkalan gawi di tempat parking terlalu jauh berjalan kena naik bukit. Mesti bonda tak larat. So kami tak jadi pergi jalan jalan ke tasik. Sekadar pusing balik. Ada polis yang menjaga dekat tapak pesta tanya kenapa? aku cakap bonda ku tak larat nak jalan jauh dari tempat parking. Mereka gelak saja. ye lah orang tua lutut lutut dah longgar. Memang aku sekadar mahu bawa beliau jalan jalan. Tapi malas pula aku bawak beliau ke rumah anak anak beliau. Cukuplah dengan aku saja. Kalau mereka ingat kenapa tidak call or jengah bonda? Terlalu sukarkah?
Aku tidak tahu kenapa jangan tanya aku kenapa bonda. Aku cuma menjalani apa ada nya kehidupan ini. Kemudian kami jalan pulang ikut Setiu. Singgah beli durian. Tapi memang durian yang aku beli tak bagus. cuma segan nak cakap dengan bonda aku tersalah pilih durian. Tapi biarlah kan.
Tapi yang paling best aku dapat buah rambutan paling segar. Ada tuan pokok rambutan sedang mengait buah rambutan so aku berhentikan budak hitam tanya jual kah sebab aku nak beli. Tak kiralah berapa harganya. Dia just amik rm3 tapi sengaja aku berikan rm4 kepada beliau. Sebab banyak dan fresh. Kalau di bandar hari tu aku tanya harganya dalam rm8 sekilo. Buah rambutan pun mahal sekarang. Dulu tak sampai dua ringgit pun sekilo. Dunia dan makin banyak berubah dan beranjak.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 27, 2019 18:29:49 GMT -5
Pagi yang cerah lagi dingin. Semalam aku flu entahlah sedikit saja kena hujan dan dapat flu. So makan dua biji baki ubat yang aku demam hari tu masih ada. Mencoba untuk lelapkan mata dalam hidung tersumbat. Perjalanan hari yang semakin pantas.
|
|
|
Post by Tanya on Jul 29, 2019 7:00:10 GMT -5
Admin jatuh cinta lagi. Titik. HaHaHaHaHa
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 28, 2019 19:05:54 GMT -5
Jangan berdendam dengan orang yang memberi mu rasa kasihsayang cinta dan rindu. Kalau dia melakukan hal yang membuat kamu rasa sakit hati kecewa dan hampa. Biarkanlah. Terimalah sebagai satu hal yang itu lah memang sikapnya. "orang yang tidak pernah mencintaimu walaupun untuk sesaat". Kerana kamu sendiri boleh melihat bagaimana dia melayan orang yang dia cintai dia rindui dan dia miliki atau pernah dia cintai pernah dia rindui pernah dia merasa memiliki. Dia akan berkorban apa saja.. untuk orang yang dia cintai. Bahkan mengorbankan nyawanya .. tapi pernah kah dia berkorban sedikit untuk mu?? tak ada kan?? so apa yang masih kau rasakan dalam hati mu?? Dalamilah sewajarnya sikap orang yang mencintai dengan sebenarnya tidak mencintai. Aku kadang failed dalam menilai hati orang. Kadang kita ingin lakukan yang terbaik untuk mereka. Tapi mereka sebaliknya silap faham. Biasalah manusia ini tidak sama fikirannya kan??. Cara mereka mencintai pun berbeda. petang ini aku macam malas hendak keluar jogging. Lagipun lambat pulang ambil bonda dan singgah di rumah kazen aku yang buat kenduri. Tadi semasa aku tanya dia cakap ikut aku lah mau pergi ke tidak. Akau tanya bagus bagus . Memang tadi kalau ikut hati aku , aku pulang terus ke rumah. Tapi sampai separuh jalan ada dia cakap tidak bagus lah kalau tidak jengah. Tau pun.. kalau orang tanya tu jawablah mahu ke tidak. Jangan asyik pulang pulangkan jawapan kepada aku. Masa merasa bagus, semuanya diberi tahu, liking poking thinking , tapi kalau masa tak suka, semuanya ditutup. Semuanya tidak di lihat marah betul? benci kan?? baguslah begitu. totaly mencintai orang yang engkau miliki saja. Orang macam aku apa gunanya? aku bukan jenis orang yang mengalah dan memujuk orang. Aku failed dengan semua hal, kalau itu yang engkau mahu itulah yang aku berikan. Tapi aku rasa memang itu pun yang engkau inginkan. Aku pergi jauh dari kehidupan engkau. Kalau boleh aku tidak pernah ujud dalam hidup or melintas dalam hari hari mu. Bayangan orang yang sakit macam aku akan membuat orang lain benci dan menyampah. haa'ah itulah hakikat manusia. Aku telah lama belajar sikap mereka sama saja. Rata ratanya sama. Tak ada kurang tak ada lebih. yaaa.. dia tak pernah mencintai ku dia sekadar menyukai ku sebagai saudara tua atau orang tua itulah hakikatnya. Sekarang dia berbahgia dengan cinta sejatinya. Semoga dia terus bahagia seperti mana orang lain. Aku akan tetap melangkah seperti mana aku yang pernah aku. Terluka memang, apa lagi melihat kecurangan di depan mata apa lagi mendengar kegembiraan orang kebahgiaan orang tanpa pedulikan perasaan kita. Betullah jangan terlalu meyayangi seseorang kerana kitalah yang akan dilukai.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 14, 2019 12:13:05 GMT -5
Texting nya menganggu tidurku dan fikiranku. Kenapakah dia merasa kehilangan ku? siapalah aku dihatinya.. bukankah dia baru kenal siapa aku ini orang sebagaimana aku ini? risau memikirkan banyak yang aku fikirkan tentang dia.. kenapa? sakitkah? sudah menikah kah?
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 25, 2019 6:09:02 GMT -5
aku masih tetap memikirkan tentang dia bahkan tidak pernah lari dari otakku.. tuhan tidak mengizinkan dia pergi dari kepala ku dan aneka tekaan .. barangkali dia telah menikah barangkali dia sedang bercinta dengan cinta sejati nya itu yang amat dasyat sehingga membuat dia ingin mati mati dalam pelukan lelaki tersebut barangkali..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 3, 2019 13:01:27 GMT -5
kamu baru merasai kesepian? benarkah? sedang dia masih lagi hidup .. aku telah lama merasai apa itu mati jiwa sejak aku izinkan selingkuhannya dalam sadarku kerana itulah yang dia cari dalam kehidupan dia dan aku tidak tahu kenapa dan mengapa drama itu dia jalankan.. hidupnya penuh dengan drama semga tuhan memberi aku jawapan dan aku tetap menunggu jawapan dari tuhan akan kebenaran cerita itu.. aku tidak rushing biarlah tuhan tentukannya
|
|
|
Post by papilon on Jan 13, 2020 20:02:12 GMT -5
Bertahanlah setiap dugaan hidup itu ada pengajaran yang tersembunyi.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:34:06 GMT -5
panjang nota ni admin kasi pendek seja laaaa... sian admin ekek Admin mana pernah buat nota pendek pendek. Mukadimman admin pun dah berlembar lembar belum lagi penceritaannya. Paling pendek pun sepuluh muka surat tuh!!
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:35:24 GMT -5
Bertahanlah setiap dugaan hidup itu ada pengajaran yang tersembunyi. Hidup ini terlalu banyak pengajarannya tapi kita jarang untuk mengambil nya sebagai pengajaran. Orang yang baik baik itu bukan cuma posting yang baik baik tapi dalam penceritaan kita untuk memberi pelajaran pastilah melibatkan orang yang pernah hadir dan hidup dalam kehidupan kita so nasiblah kalau tercerita or bercerita... kan?
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:36:15 GMT -5
aku masih tetap memikirkan tentang dia bahkan tidak pernah lari dari otakku.. tuhan tidak mengizinkan dia pergi dari kepala ku dan aneka tekaan .. barangkali dia telah menikah barangkali dia sedang bercinta dengan cinta sejati nya itu yang amat dasyat sehingga membuat dia ingin mati mati dalam pelukan lelaki tersebut barangkali.. Opss.. kena tipu hidup hidup tu mang sudah nak move on kan? cari kayuapi banyak banyak then bakar diri sendiri laa
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:37:37 GMT -5
kamu baru merasai kesepian? benarkah? sedang dia masih lagi hidup .. aku telah lama merasai apa itu mati jiwa sejak aku izinkan selingkuhannya dalam sadarku kerana itulah yang dia cari dalam kehidupan dia dan aku tidak tahu kenapa dan mengapa drama itu dia jalankan.. hidupnya penuh dengan drama semga tuhan memberi aku jawapan dan aku tetap menunggu jawapan dari tuhan akan kebenaran cerita itu.. aku tidak rushing biarlah tuhan tentukannya Manusia ini tak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki sikap tamak tetap ada pada setengah orang buat mereka yang sering melihat kekurangan pada diri pasangan masing masing so belajarlah menghormati pasangan anda tetap lah setia dalam hubungan anda
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 25, 2020 7:39:16 GMT -5
Hujan sehari dua ini. Kamis petang itu pun aku balik work kehujanan. Melaju aku dibawah ribut dan hujan lebat memikirkan bonda sendirian di rumah. Kadang aku sangat risau dengan bonda walaupun aku di tempat work. Takut itu tetap ada kerana aku masih butuh bonda dalam kehidupan ku. Kamu urg tak pernah rindu bonda kamu urang ka? Tak ada keinginan untuk bertanya? bertanda dengan bonda? so sad kan?? jadilah anak anak yang menghargai orang tuanya saat orang tuanya masi ada. Aku tak pernah marah atau dendam dengan kamu. Cuma aku mahu kamu jalani hidup kamu dengan berani dan percaya dengan diri sendiri. Menipu teman teman itu tidak bagus walaupun sekadar untuk lari dari aku. Sejauh mana pun engkau lari tak akan membuat engkau menjadi orang lain dari aku. Engkau tetap orang yang pernah aku kenal dan yang pernah membuat aku sangat berbahgia dalam menderita. HuhUhUHu.. bangkitlah berbahagia berdua dengan dia. Aku tidak apa apa . Aku baik baik saja melihat kalian bahagia kerana bukankah aku sentiasa memberi orang lain bahagia? Pintu masuk Malaysia masi ditutup untuk hal hal kecil so bertahan sajalah diluar Malaysia sana. Tunggu pademik habis baru kita cerita apa yang ingin kita ceritakan sama sama di luar kota.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Oct 27, 2020 8:43:28 GMT -5
Melalui hari hari yang sepi dan sendiri aku belajar menikmati apa itu yang dikatakan sabar. Sabar dalam menerima setiap ujian, sabar menerima setiap makian dan hinaan, sabar dalam menghadapi kebohongan dan sabar dalam setiap perjuangan apalagi dalam pekerjaan.
Aku menatap sepi warna alam. Apakah yang Tuhan sembunyikan dari ku dan apakah yang telah Tuhan luruskan jalanku. Aku melihat dari mata hati belajar untuk tetap kuat dalam apa juga hadangan hidup.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 4, 2021 3:09:28 GMT -5
Pandang ke hadapan jangan sering menoleh ke belakang. Setiap orang mampu menangkap mimpi walaupun cuma hadir di malam hari.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 15, 2022 22:08:19 GMT -5
Lagu yang sangat memberi erti kepadaku..
airmata jatuh di dermaga (aku senang mendengar engkau bahagia tanpa aku sekarang semga engkau terus berbahgia .. walaupun ombak membawa mu jauh jauh tapi nelayan membawa mu kembali kepadaku, barangkali itulah hakikatnya aku tidak mampu mengisi tempat mu dengan siapapun lantas ku biarkan jiwaku kosong dan berkelana kemana saja tanpa jiwa)
pahit bukan?
Bale Pulang Justy Aldrin
Berjuang par se beta saki sampe Dua kali pisah dar se ho oo Beta tunggu se bale Hilang lima taong se pulang Tuhan pertemukan tong ulang Ingat janji yang se su bilang Beta rumah tampa se pulang Beta harap se mo bale pulang Rasa cinta tamba seng takurang Biar tiap malam polo bayang Cuma se saja yang beta sayang Fila mai doben fuan ne sei tomak Hau neon hakarak deit mak o Laran ne labele ba seluk So o deit tan ne fila mai doben Lima tahun bet tunggu kabar dar ale Biar saki sio beta tar mau putar bale Hujan yang turun antar deng rindu Se beta pung payung tempat berteduh Hilang lima taong se pulang Tuhan pertemukan tong ulang Ingat janji yang se su bilang Beta rumah tampa se pulang Beta harap se mo bale pulang Rasa cinta tamba seng takurang Biar tiap malam polo bayang Cuma se saja yang beta sayang Saki yang beta su berjuang Tapi kapan bale pulang Harapan ini taputus tabuang su jauh Masih terbaik ose yang bet mau Harap se tau (se masih yang terbaik sayang e) Cuma se beta pung jantong hati ee Se pung nama yang beta simpang Tatampong dalam rindu Kuli bungkus kacang Lama-lama jua busu Dua hati yang tapisah Kurang satu rasa pincang Kalo beta se pung rumah Mari bale pulang sayang Hilang lima taong Katong pisah Rumah yang sama Seng akan mo barubah Mari pulang Hilang lima taong (lima taong tong berjuang) Katong pisah (jatuh saki semua karna sayang) Rumah yang sama Seng akan mo barubah Mari pulang (mari, mari bale pulang sayang) Mari pulang (mari pulang, mari pulang, mari pulang) Mari pulang (katong dua bale ulang, bale ulang) Rumah yang sama Seng akan mo barubah Mari pulang Hilang lima taong se pulang Tuhan pertemukan tong ulang Ingat janji yang se su bilang Beta rumah tampa se pulang Beta harap se pulang Rasa cinta tamba seng takurang Biar tiap malam polo bayang Cuma se saja yang beta sayang Mari pulang, mari pulang Sio rumah yang sama Seng akan mo barubah, mari pulang Hilang lima taong se pulang Hilang lima taong se pulang Hilang lima taong se pulang Beta rumah tampa se pulang Hilang lima taong se pulang Hilang lima taong se pulang Hilang lima taong se pulang Beta rumah tampa se pulang
semuanya hanya tinggal kenangan seja sekarang setiap apa yang kau tandakan kepadaku amat memberi erti
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 15, 2022 22:09:11 GMT -5
se masih yang terbaik sayang e ... banar bhaaa
|
|