admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 30, 2017 16:50:59 GMT -5
TANDA TANDA GANGGUAN.
1. Sakit kepala selepas asar dan keatas.
2. Badan teras berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh
4. Badan terasa bisa bisa
5. Sakit ketika menziarah orang meninggal
6. Sukar tidur malam
7. Sakit pinggang tanpa sebab
8. Sakit dada bila waktu asar keatas
9. Mimpi melihat binatang seperti ular atau sebagainya
10. Mimpikan bayi atau menyusukan bayi
11. Bermimpi di tempat yang tinggi
12. Bermimpi di tempat yang kotor
13. Sakit anggota tertentu seperti kai selepas waktu asar
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
15. Bayi kerap menangis
16. Suami isteri kerap bertengkar walalu perkara kecil
17. Sayang melampau lampau pada orang yang baru dikenali
18. Malas beribadat
19. Panas baran
20. Gelisah ketika mendengar ayay al-quran
21. Kerap keguguran
22. Mengantuk mendengar al-quran
23. Darah haid lebih 15hari
24. Selalu ditindih ketika tidur
25. Selalu melihat kelibat
26. Terasa diri selalu diperhatikan
27. Kerap mendengar bisikan
28. Gagal melakukan hubungan kelamin
29. Melihat jin secara terus
30. Bermimpi seram yang menakutkan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 30, 2017 17:09:54 GMT -5
Pertama kali melihat pengubatan orang yang terkena gangguan. Memang pada mata kasar cara pengubatan yang agak aneh. Tidak sama dengan cara doktor yang akan bertanya kita "apa sakit" "kat mana sakit". Anak buah aku si angah terkena gangguan. So abah dia pergi ambil dia dari tempat belajar. Macam macam versi yang aku dengar dari si along kakaknya bercerita kes semasa si angah di bilik tempat dia belajar.
Ketawa , menjerit, menangis pengsan, dan juga yang paling mengerikan aku mau terjun bangunan. So ibu saudara sebelah mamanya pergi ambil untuk berubat secara apa kata orang aku tak faham juga "darulsifa" owh pengubatan secara islam. Menggunakan ayat suci al quran.
Tapi kalau kekuatan melawan tidak ada dalam diri yang terkena gangguan memang sukar nak hilangkan "gangguan" . so tengahari aku pergi jengah anak buahku. Tanya dia apa yang dia rasa. Ok pula dia borak borak dengan aku tengahari itu. Cerita apa yang dia rasa, apa yang dia mimpi dan dengar aku bercerita dan bertanya juga. Awal awal aku masuk terus aku tanya, masa kau pergi ziarah makngah ko sentuh dia ke? Si angah iya iyakan. Arwah makngah ku memang telah tua dan sakit tua. umur 94 tahun. Waktu aku ziarah hari rabu lepas, keadaan dia memang sudah nyawa nyawa ikan. Yang mana bahgian bawah kakinya suda mati. Dan sebelah tubuhnya pun suda mati.
Cuma mulutnya saja yang aku nampak seperti masih tetap segar. Aku pun tidak tahu apa "pemakaian" orang zaman zaman dulu. Memanglah ada yang suka pada mistik. Orang yang seperti aku yang menggunakan logik akal jarang mahu percaya benda benda takyul.
Aku cuma tengok dari jauh keadaan makngahku. Biasanya kalau aku ziarah dia aku akan sentuh dia juga. Cuma hari itu entahlah. Aku bawa pakusu ku juga kerana tak ada anak anak yang bawa dia ziarah. Si angah dan bro ku pun ada datang sekelian.
So pagi tadi sebelum aku keluar hantar bonda macam biasa, abglong aku call cerita pendapatnya tentang makngah. Sebab dia pun baru ziarah makngah. Katanya makngah kena berubat. Suruh aku slow talk dengan bonda. Katanya kat tempat nya ada orang yang boleh mengubat makngah.
Kata orang orang macam tu dah lama meninggal dunia. Erkss....... Cara pengubatan aku tidak tahu bagaimana tetapi bila dengan pembayarannya buatkan aku terkejut dan senyum . Rm 1k untuk mengubat. So aku cakap payah nak cakaplah kalau macam tu. Sebab aku tengok pada keadaan family dia orang juga. Ada rate juga rupanya untuk menghalau roh dari jasad. Kalau kehospital aku rasa mereka cucuk sahaja seminggu dan jalan.
Tapi mahu dipermudahkan urusan petang waktu aku pulang ambil bonda, ada kazen tua ku call cakap sudah meninggal. Owhh..terasa seperti aku kelegaaan dalam hati. Tuhan sudah menjemput beliau. Tetapi yang aku aneh kenapa si angah yang terkena? padahal anakcucu cicitnya ramai kenapa tak kena gangguan tersebut?
masa mengubat aku tengok si angah menjerit jerit sakit. kemudian pitam dan pitam lagi. Aneh kan kalau dia berlakun pun tak akan lah asik pitam dan jatuh tergolek dari sofa. Dia seperti tercekik tidak boleh bercakap. Kata bro ku gangguan itu memegang dari semua sendi. Yang membuatkan rasa sakit mencucuk cucuk. Menjerit jerit tunjuk ke arah mamanya.
Bila telah sedar, ada aku bertanya apa dan kenapa dia pitam dan tunjuk pada mamanya. Katanya dia nampak face makngah ku menangis di belakang mamanya. Erks............. ter berdiri semua bulu bulu roma ku . Erksss... Kes mak uda tak nak jengah jenazah arwah kakakanya pun membuat fikiran aku berputar ..putar.
Ada bau yang tidak menyenangkan tetapi aku seperti malas nak menghirau. Today majlis pengkebumian arwah makngah. Semoga beliau tenang dan berbahgia dialam lain. Innalillahiwainilaihirojiun.
Urusan mati bukan urusan kita lagi tapi menguruskan orang mati adalah fardu kifayah. Pada aku kalau jenazah telah uzur sepatutnya di segeraka pengembumian. Tak payahlah nak tunggu orang yang jauh jauh. Biarlah denga segera orang itu menemui tuhannya. Hurmm....
Aku berharap pengakhiran hidupku nanti tidak menyukar dan menyusahkan orang. Ambillah rohku dan jangan malukan jasad ku yang Allah.
|
|