admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 14, 2017 10:12:41 GMT -5
Hidup harus menerima. Penerimaan yang indah. Walaupun sesukar apa pun kehidupan yang dijalani tetaplah menerimanya dengan pasrah. Tak semua orang mampu bertahan dengan kehidupan yang sukar. Tak ramai orang mampu mengawal diri kerana kesukaran tapi yang sedikit itulah yang memberi erti.
Hidup harus mengerti pengertian yang benar walau apapun yang harus dijalani. Kehidupan ini benar bukan mainan. Tapi tak ramai yang mahu memahami kehidupan. Memahami semua yang ada dan pergi dengan penuh tulus. Tidak memasang dendam dan memasung amarah.
“Orang yang memendam perasaan seringkali terjebak oleh hatinya sendiri. Sibuk merangkai semua kejadian di sekitarnya untuk membenarkan hatinya berharap. Sibuk menghubungkan banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi. Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta.”
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 14, 2017 19:15:14 GMT -5
"dibawah teduh bayangan kasihMu.. aku mencari warna pelangi yang kau kirimkan lewat hujan seketika untuk ku lakar menjadi puisi cinta dan ku persembahkan kepadanya di rembang senja yang sudah mahu pulang.... biarlah aku mengasihimu dalam diamku dlm dinginku dalam sepi agar perasaan ini tetap bersembunyi didalam angan2x cuma"
|
|