Post by admin™ on Apr 7, 2017 9:47:58 GMT -5
Awal pagi bertolak lebih kurang jam 10am. Bro ku hantar ke hentian bas. Entah apa mimpinya kerajinan pula datang rumah. Sabtu siap ambil bonda di kedai kemudian bawak ke sekolah tahfiz si adam. So sebelum cukup masa bertolak aku selesaikan urusan bil duluan. Bonda risau takut aku lambat datang ke tempat bus. Ada saja. Sebelum naik bas beliau sudah ke tandas.
Perjalanan agak perlahan. Tak ramai orang barangkali kerana bukan hari minggu di sini or bukan musim cutian. Seat kami paling depan di belakang driver. Sebenarnya agak lama aku tidak long distance travel bersama bonda dengan bus. Biasanya aku drive. Tapi kali ini aku malas dan mahu rehat penat juga kerana bulan lepas terlalu kerap long distance drive ke rumah kakak kakakku.
Bonda pun pulang ke rumah asik menjahit telekung saja. Puyang aku tengok beliau. Kebetulan kazen ku suruh aku turun KL. So aku tanya beliau mahu ikut aku ke kl or tak dengan bas. Dia cakap okies pula. So ku beli dua tiket. Lagipun risau juga untuk aku tinggalkan beliau seorang di rumah.
Dalam bus ada saja yang beliau borakkan. aku just ermm hurmm hurmm malas nak membalas. Tak ramai dari hentian utama. Tapi di hentian ke dua bandar Marang ramai pula yg naik. Gadis gadis dan ada juga transgender bersama gadis nya. Iskk sebelum naik siap merokok dulu. Orang jantan pun tak macam tu. Heran juga aku. Dia limpas aku just tutup hidung cuz aku memang tak suka bau rokok. Perempuan disebelah ku berjubah. Mereka guna seat seorang. Yang dibelakang juga perempuan. Belakang lagi perempuan china tua yang tanya aku betulkah bas mahu ke KL. Aku iya iya kan saja. Katanya dia beli tiket di kl. Owhh...
Perempuan di belakang perempuan yang pakai jubah itu ku rasakan dari naik bas sampai laa bas berhenti untuk makan dia tak pernah berhenti untuk berborak di hp. Macam pegal telinga ku dengar dia orang bergossip. Bonda kadang tidur kadang terjaga. Aku mahu turunkan seat ke belakang dia tak mahu. Lagi pula aku pun gagal mencari butang turunkan kerusi. Aishh.. last last jumpa tapi beliau tak mahu turunkan. tapi asik tersengguk sengguk . Ku berikan bantalku kepadanya tapi dia mulanya jual mahal. tapi ku suruh sandarkan saja di tepian dinding bas takut dia terantuk kuat. Bantal bee honey ku memang dia tak suka. Bantal yang aku menang di Genting hari tu banyak tahun sudah. Tah bila mahu ke Genting lagi kan?
so bila bas berhenti makan aku ajak beliau turun untuk solat dan buang air. Sementara tunggu beliau siap aku orderkan mee hoon sup untuk aku. Aku makan perlahan sambil tengok orang. Ramai juga orang yang makan , orang orang dari raiders motosikal. Hobi orang kl memamg macam tu barangkali setiap hari minggu. Menyusahkan juga. Bising driver bus tadi kerana terpaksa beri laluan kepada mereka. Ada polis yang menjaga perjalanan motorsikal motosikal tersebut.
so beliau datang aku tanya mahu nasi or tidak. Beliau cakap mahu so ku ambil saja nasi untuk beliau . Kepala ikan dan kuah. Bising dia kerana aku terlebih letak kuah. Ku cakap letak kuah banyak senang makan. Iskk. Makcik sebelah beliau ketawa dekat ku. Senyum senyum saja beliau tengok aku melayan karenah bonda. siap aku ambilkan air basuh tangan. Kesian juga kerana beliau sudah lama tidak naik bus lama lama sebegitu. Memang agak lambat sampai.
Sekali lagi bus berhenti di R & R mereka tidak akan berhenti lagi kerana katanya driver bus barangkali jem dekat karak . Aku tengok memang pergerakan kereta pun agak perlahan. so aku di dalam bus saja. Bonda turun buang air. Lama aku tengok dia duduk duduk dekat dengan toilet. Erksss. heran pula aku . Dia sengaja berehat or tunggu siapa. Dus risau pula aku.
Tetiba aku tengok beliau berjalan dengan budak perempuan yang cakap tak henti henti didalam bas. Adoii dapat bakal menantu kah beliau. Senyum senyum beliau sama ku. Aku buat bodoh kemudian aku pula turun cari buah buahan or jajan. Siap lagi dia cerita pasal budak perempuan tu denganku. Adoiiii... puyang aku jadinya.
So sampai di KL agak malam kerana jalan jem gila. Penat memang. Apalagi dengan bonda batuk batuk. banyak pula liurnya. Di TBS memang tangga tinggi dan ada tangga bergerak. Beliau tidak mahu naik. Aku cakap tak kan mahu tinggal di bus. Memang semua orang kena naik atas sana duluan. Beliau barangkali gugup dengan tangga bergerak. Semua beg aku dah bawak dia cuma bawak beg makanan yang paling ringan. Beg tangannya pun aku bawak dan macam pembawak beg pula aku jadinya. Budak perempuan yang jalan jalan dengan bonda di toilet hampir dengan beliau. Dia pimpinkan bonda naik tangga dan bawak beg bonda juga. Ais orang tua ni dah buang tabiat kan baik dengan orang yang tidak di kenal. Aku just dongkol dalam hati.
Sampai atas mereka sempat borak. aku cari roda tempat letak beg. tak larat aku dengan tiga beg bonda apalagi dengan beg ku. Nasib baik anak buah ku datang. Dia yang datang ambil ... arghhh. Dalam kereta tak habis habis lagi bonda bercerita tentang budak perempuan tu. Ayakkkkk.............